Sunday, March 4, 2012

Atlet Harimau Jadian Malaya


Bismillah



Kan sebelum ni aku menggemuk menggembar-gemburkan tentang training aku untuk hari sukan. Maka itu semua berakhir dengan kekalahan.

Aku wakil mahallah. Untuk yang tak tahu, mahallah tu maksudnya kolej. Malam sebelum hari game, kitorang dapat la baju sponsor tu. Dalam plastik. Waktu tu aku rasa nak mencarut-carut sambil bergelek. Aku rasa sungguh geli melihat warnanya yang sungguh berdiri-hujung-dunia-tengah-gelap-pun-orang-komfem-nampak itu. Pastu siap ada logo harimau kan. Bajet team netball Malaysia Harimau Malaya ahh? Kau aphal admin? Aphal bagi baju pelik-pelik neh??

Tapi bila sampai hari game, aku tengok baju mahallah lain lagi jahanam punya warna. Warna tahik pun ada. Terus membuak-buak rasa bersyukur. Gila ah.



Yang tengah-tengah tu, yang juling sikit tu, paling cool ok. 


Satu team 12 orang. Sekali turun dalam court 7 orang, 5 sub. Aku main position GA/GS. Oh ye, dalam team aku tu ada sorang nama Yus. Dalam gambar atas ni dia adalah yang kiri sekali. Aku baru kenal dia dan rupanya dia blogger femes jugak lah. Bloggername dia Bluewendy. Bilik dia atas bilik aku rupanya. Sungguh kebetulan. Yus main position GK. Mantap ok! Susah nak tengok dia penat.

Ada 3 group. Result game mula-mula cantik je. Pastu last-last ternoda jua akhirnya.

16-5
16-9
13-7
9-15

Lebih kurang gitu la nombornya. Lupa lak aku. 

Satu kesedihan bila fikir ini last game aku boleh main kat uni. Pasni dah kena join pasukan ragbi Malaysia. 



Mereka sungguh best!~ Ini adalah rindu!


Overall no 4. Buduh.




Aku rasa ini salah baju. 



10 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai! Tapi kau tak menari? Nak salahkan lantai jugakkah?

Faaizz d. Zul said...[Reply to comment]

hah hafsah hah.

aku ingat lagi, masa closing ceremony. kontijen korang antara yg tersopan. sepi gitu.

maybe sbb tak byk naik podium.

Xp

suk said...[Reply to comment]

ehhh apa yang buruknya. baju tu ok la. comel je tengok. *hidung bertambah panjang 1cm.

si ngokngek said...[Reply to comment]

masin mulut aku..eh tak! agaknya warna ungu yg hodoh tue kot..rawrr

:sekurang-kurang mencuba,aku pernah jd player netball..best

Cik Muda said...[Reply to comment]

ehhhh... ko kan kaler ungu ungu..... takkan ko salahkan baju??

baju tu buduh ke huduh???

Bluewendy said...[Reply to comment]

akak oi..susah nak tgk yus penat?? hahaha! dah semput2 dah tuh..kih3.. pape pon, baju kitew ungu kan..cumey2!! =)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...[Reply to comment]

comel ape warna baju tu . heee

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

kakak..gambar last tu,yang hujung sebelah kiri syida kan nama dia?

jap jap halimah first kan:PP

farz zull said...[Reply to comment]

waaa..same2 main netball...hehe, brsukan mmg best, otak tak rasa lembab sngat...hehe

p/s: yg pic last kiri tu comel lah, bleh buat kak ipar? haha!

caliph shuriken said...[Reply to comment]

tgk ok jaa baju kaler ungu ni, huh...