Thursday, March 22, 2012

Aku Cuba Mendapatkan Kembali Momentum Itu



Bismillah


Kali ni aku dapat menulis dengan ikhlas.

Aku takkan main tipu dengan menempek gambar.
Atau sekadar tulis 4,5 baris dan klik 'Publish post'.


Takkan.


(Apakah perasaan korang kalau tiba-tiba sampai baris ini aku terus klik 'Publish post'?)


Yang sebenarnya, aku bebas dari kelas dan tuntutan untuk bangun pagi bersiap ke kelas selama seminggu mulai esok. Esok malam aku akan start cuti mid-term break. Walaupun pada hakikatnya kelas pagi aku cuma ada satu. Tapi kalau aku cakap aku tak ada kelas pagi, korang akan fitnah kata aku bangun tengahari tiap hari.

Tidak. Tidak.

Aku tak dapat menahan tohmahan-tohmahan rakus tu semua.


Dan sebenarnya aku masih tak tahu apa isi entri aku kali ni.
Ok sekarang aku dah nampak nawaitu nak tulis apa. Sungguh pantas, bukan?



Hari Selasa lepas, yakni dua hari lepas. Macam biasa untuk subjek Corporate Finance, ada presentation.
Ya.. Antara aktiviti yang paling aku tak suka adalah present. Heyy... Tak semua artis suka pergi depan orang ramai dan membentangkan repekan-repekan yang kami sendiri tak faham.

Dari survey secara halus yang aku buat tanpa pen dan kertas, aku perhatikan student lelaki lebih suka present. Fakta. Mereka lebih obses untuk present dan rela kena present hari-hari berbanding kena taip report yang berpuluh-puluh mukasurat. Dan ini vice-versa dengan perempuan. Perempuan lebih suka buat kerja menaip belakang tabir dari muncul di depan kelas. Majoriti perempuan. Termasuklah aku.


Tolong jangan tanya soalan bodoh seperti 'eh, kau perempuan ke?' pada aku.
Demi mengawal graf kadar kematian di Malaysia, aku sarankan agar korang jangan tanya soalan camtu.


Dan Selasa lepas, tiba giliran aku. 


Aku berbicara tentang isu syarikat penerbangan MAS yang dah beli 6 bijik pesawat airbus A380 yang kos-nya RM 148 juta sebijik. Tu pun lepas dpt diskaun sebab syarikat Airbus dijadualkan lambat hantar. 5 bijik darinya akan sampai tahun ni ke KLIA. Flight pertama dari A380 pertama MAS dijadualkan pada 1 Julai tahun ni, destinasi ke London. Isunya lebih kepada financial planning MAS yang dah sedia nazak tu bagaimana lah nak merendahkan kadar rugi sehingga kurang RM 200 juta untuk penggal pertama. Juga bagaimana MAS nak dapatkan duit untuk finance semua kos-kos pesawat Boeing dia yang 17 bijik selain dari airbus A380 tu semua. Nak guna debt-finance? Issue rights? Issue new shares? Nak dispose non-core assets? Dah pulak tu kena cakap pasal politik pula sebab saham-saham non-core business MAS sebelum ni pun terjual kat sedara-sepapat orang-orang kenamaan. Takleh sebut nama lah kan. 


Waddehel?

Korang pasti menyesal baca perenggan atas ni, kan?
Takpe. Tak perlu rasa sunyi sebab anda tidak berseorangan.
Sesungguhnya aku pun tak faham apa yang aku auta depan class tu.


Tahu tak bila dalam keadaan macamtu, rasa macam jarum saat menjadi kurang ajar.
Macam taknak bergerak je saat tu. Kalau dah jarum saat tak gerak, sampai matilah aku kat depan tu kan.

Dan tahu tak perasaannya bila lecturer dah bagi duduk, tiba-tiba ada manusia angkat tangan nak bertanya soalan? Aku syak classmate aku tu orang dari China takpun Korea. Sampai sekarang aku ingat muka mamat ni.

Lepas dah jawab soalan dia, aku pun nak balik tempat duduk.

Dan tahu tak perasaannya yang berganda-ganda bila kau dah nak balik tempat duduk, tiba-tiba ada lagi orang angkat tangan. Kali ni aku yakin dia dari Sri Lanka. Dan dia juga.. Aku akan ingat muka dia sampai bila-bila.


Bila balik dari kelas, aku terfikir-fikir...
Nasib baik aku tak ada facebook. Kalau tidak....



..dah lama aku unfriend mereka berdua.



12 tindakbalas kimia:

budakijaupendek said...[Reply to comment]

hahahaha
nak tanya soalan ke nk ngurat ?
kihkih!

fatin amalina husna said...[Reply to comment]

samalar..benda paling x best apabila diri di panggil ke depan suruh present..aduyaii~

haha..nasib baik xdak fb..<--serius??

cheqwa said...[Reply to comment]

hai cikungu...terkejut tak nasywa komen balik kat blog akak??? hikhikhik...

akak,apesal tak mintak je nambot mereka?hat korea tu,meh la sini nambot dia.^^ HAHA. entri akak kali ni menyebabkan perut saya keras akibat gelak nganga mulut.habis masuk angin =.='

Cik Muda said...[Reply to comment]

lama dah derang dua tu simpan perasaan kat ko tu....

nak tegur segan, jd ni la masanya nak enterprem muka biar ko perasan dia ada dalam kelas tu, kalo tak, selama ni ko cuma pandang derang bagaikan batu di tepi jalan....

ehhhh.......

Tukang Karut said...[Reply to comment]

nasik baik aku tak ada dalam kelas tu, kalau tak, mati la kena tanya soklan...

Encik Atan said...[Reply to comment]

ambik kaw!bhaha dendam kesumat ler tuh...

caliph shuriken said...[Reply to comment]

walaupun sy dh lulus exam finance & ada lesen, tapi agak blur bila baca perenggan MAS tu, hukk...

Ali Jasni said...[Reply to comment]

jarum saat jari kurang ajar? jarum minit lak??hihi

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

ehh eh. tapi aku kan lebih suke present dr wat paper work. erkk.

aku pompuan tau. huhu.

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

hahaha kesiannn! babe, selamat bercuti!!

bella luna said...[Reply to comment]

ok, aku rase maybe aku boleh tukar gender sbb aku lebih suke present dr taip report yg berjela2 tu,hehe,. bdw, aku baru amik corporate finance sem ni, nak mintak nota ley tak cik ungu? hehe

bella luna said...[Reply to comment]

ok, aku rase maybe aku boleh tukar gender sbb aku lebih suke present dr taip report yg berjela2 tu,hehe,. bdw, aku baru amik corporate finance sem ni, nak mintak nota ley tak cik ungu? hehe