Sunday, February 12, 2012

Tips Menjaga Muka Yang Agak Bajet




Bismillah




Aku nak kongsi sesuatu.



Sila jangan klasifikasikan entri ini sebagai menunjuk baik atau bajet.
Aku tampar nanti.



Kau tahu kan, apa-apa doa yang baik, bertujuan yang baik,
maka baiklah ia.


Jadi aku nak bagi tips yang aku rasa tak ramai yang buat walaupun sangat senang. Sampai sekarang, antara keyword paling panas kat dalam carian Google ke blog aku adalah 'elak muka berjerawat'.

Ya..
Poyo, bukan?


Sebelum-sebelum ni aku beri tips elak jerawat secara jasmani dan fizikal. Aku elakkan untuk bagi tips rohani sebab aku tak nak kelihatan bajet. Dan aku juga taknak nanti timbul riak pula. Dan jangan kerana riak itu membuatkan aku munafik. Mintak jauh ye. Maka boleh tak aku mintak kita sama-sama husnuzhon untuk entri aku kali ni.


Jaga muka ya. Nak sangat jaga muka, kannn. Hamekkaww..!


Berdekad sudah aku amalkan ini. Harap sama-sama cuba.

Bila tiap kali nak ambil wudhu', aku tau korang fokus pada niat wudhu' aje,kan? Yelah, mesti dalam kepala tu dah set, 'ok, nak start cuci muka ni, niat..niat..' sebab kadang-kadang dah lepas sampai part basahkan sebahagian kepala tu baru korang teringat korang tak niat. Canteekkkkk..!~


Cuba waktu basuh muka dalam wudhu' tu, lepas dah niat, doa pula dalam hati. Kalau tanya aku, aku doa simple je. 'Pancarkan nur dari wajahku.' Dah. Tak ke bangang punya senang tu? Tak payah study buku teks tebal atau pergi kelas agama pun. Common sense ok. Bila nak makan, kita mintak rezeki tu berkat. So kenapa tak amalkan bila ambil wudhu', mintak muka berseri. 

Senang, bukan? 'Pancarkan nur dari wajahku', dan aku selalu amalkan untuk ulang 3x apa-apa doa yang aku nak. 'Allah itu ganjil (Esa). Dia suka pada yang ganjil.' Ini yang aku pernah baca banyak tahun dulu. Kau boleh nak doa 33x kalau nak angka ganjil jugak, tapi aku rasa baik kau mandi wajib je kalau nak ambil wudhu' lama-lama. Sila jangan jadi kurang cerdik.


Apa?
Muka je ke ada doa?

Taklahh.
Kau nak muka kau je selamat?

Common sense.
Bila nak basuh tangan kanan ke siku tu, doa la kita diberi buku catatan amalan dengan tangan itu.
Bila nak basuh tangan kiri ke siku tu, doa la kita dijauhkan dari terima buku catatan amalan dengan tangan itu. Ataupun dari belakang.
Ataupun kau tak pernah terfikir nak relate-kan antara situasi basuh tangan tu dengan buku catatan amalan?

Takpe. Belajar.
Itu pasal belajar itu wajib.


Owh, tak perlu..
Tak perlu carik kamus arab pun nak baca doa tu.
Doa dalam hati bahasa melayu pun tak apa.
Allah tu faham segala jenis bahasa ok.


Apa-apa ilmu yang kau kumpul dari hidup, dari kelas KAFA, dari buku-buku agama dan ilmiah, dari majlis-majlis ilmu, dari buku nota, semua tu kan boleh dipraktikkan. Kenapa nak sia-siakan pulak. 



InsyaAllah.






p/s: Tak semestinya semua orang rasa kau cantik.
       Tapi tak semestinya semua orang nampak kau buruk.
       

16 tindakbalas kimia:

xila riston said...[Reply to comment]

cewahhhhh nicelah wehh..aah kan xpenah buat sebenanya...adoi...thx bgtau ye...skrg xmo jahil2 dh huuh

semutsengal said...[Reply to comment]

waahhh !!


nak try lah mcm ni.



#baru nak try, tsk tsk !

Tukang Karut said...[Reply to comment]

ok... ini sangat berinfo...

Muttallif said...[Reply to comment]

Wudhu mmg salah satu tips terbaik untuk kesihatan rohani dan jasmani.
Nice info

nurul-rasya said...[Reply to comment]

hebat-hebat

P U C A T said...[Reply to comment]

cool ah beb:)

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Pandainya dia..anak siapa lah ni kan hihihi..

Info tu boleh ambil sebagai panduan walaupun penyampaiannya buat akak gelak guling guling. Terima kasih

~ cik AiN pinky ~ said...[Reply to comment]

bagus....sangat berinfo.
saye pon mmg dah lame amalkan. mujarab ok. utk sesape blum try,sile try lah. :)

TiraPengemis said...[Reply to comment]

ok...jom try...hahahhaa =)

Cik Muda said...[Reply to comment]

ko ni....

berilmiah la..

walaupun kadang2 sindrom...

caliph shuriken said...[Reply to comment]

patutlaa tgk pepel cantik jaa ;p

fizafantagirO said...[Reply to comment]

ni entry betul2 serius =) sebab fokus sgt duk baca smp xblh gelak :p

shedameor said...[Reply to comment]

haha. nice. kena praktikkan ni. boleh la lawan cahay nur di muka dengan cikungu lepas ni :)

ika said...[Reply to comment]

doa yg bagus...:) nie entry sangat berilmiah...

si ngokngek said...[Reply to comment]

setiap ciptaanya cantik!

tempeklah bedak sejuk..hee

El-Janna said...[Reply to comment]

pernh baca kat blogger lain. bila basuh setiap anggota wuduk boleh niat untuk kebaikan diakhirat juga. cthnya bila basuh muka. kita leh doa juga serikanlah muka ku di akhirat kelak..

nice entry^^