Saturday, February 18, 2012

Perut Seksi Yang Elastik



Bismillah


Semalam Along aku belanja semua orang makan. Maksud aku 'semua orang' di sini adalah ahli keluarga. Setan apa nak belanja seluruh rakyat Malaysia. Najib pun tak mampu tahu tak. Kami makan kat Flamming Steamboat Buffet, cawangan baru kat Kota Kemuning.


Kalau dah nama restoran pun Steamboat, tipu lah kalau aku kata kedai ni specialty-nya dalam nasik lemak. 

Aku bukan penggemar tegar makanan seperti steamboat atau yong tau fu atau yang sewaktu dengannya. Tapi kalau dah free orang belanja, agak banganglah untuk aku tak ikut sekali dan cuma makan roti Gardenia cicah Milo panas sorang-sorang di rumah.

Restoran dua tingkat ni boleh jadi syurga makanan bagi orang-orang yang hidupnya didedikasikan untuk makanan, dan juga bagi orang-orang yang makan tak baca bismillah. Cukup seronok membazir makanan yang banyak di sini.

Nasib baik aku jenis makan baca bismillah. *selak rambut~




Tempat ni ada baaaaanyakk section untuk makanan. Nama pun konsep buffet, maka topuplah makanan sebanyak mana yang kau nak.

Section raw food untuk steamboat macam kat pic sebelah ni. Ada berpuluh-puluh jenis makanan untuk korang celup dalam dua pilihan air rebusan; tomyam dan air-rebus-apa-entah-aku-pun-tak-tau. 

Pilihan untuk kepah dan kupang aje pun dah 5,6 jenis. Kadang-kadang aku nak amik pun takut sebab rasa haiwan tu macam baru turun dari langit.



Untuk mi je pun dah ada 6,7 jenis. Ada yang warna putih, kuning, oren, hijau. Tak ke ngeri kau nak makan tu? Bagi yang vegetarian pula jangan nak menangis bila tengok banyak ketam, sotong, udang, mentibang laut serta ikan paus di atas meja. Ada section untuk sayur-sayur juga.


Macam pic sebelah, ni section untuk makanan biasa bagi mereka yang tak makan steamboat. Ada mi goreng, nasik goreng, wedges, kari ayam, etc. Gaya macam makanan hotel la. Tu belum termasuk kuih-kuih pau kukus, dan makanan sampingan lain.


Untuk desert pun ada section sendiri mak jemah. Flamming Steamboat Buffet ni ada sediakan 4 peti aiskrim macam kat pic sebelah ni. Siap dengan section untuk dressing lagi. 

Dressing di sini maksudnya benda-benda yang kau tambah pada aiskrim kau seperti biskut, coklat cair, jeli, kacang, sprinkles, etc. Bukan dressing ni maksudnya kau pakaikan aiskrim kau dengan seluar dalam.

Bukan, bukan, bukan.



Dan section air ya, tuan-tuan dan puan-puan. Ada 6 pilihan minuman yang kau boleh pilih macam kat pic sebelah. Macam-macam kaler sampai nak minum pun rasa ngeri.

Air panas pun ada. Kopi, teh. Bagi yang poyo sangat nak jaga kesihatan tu, air suam pun ada. So tak payah nak menangis sangat.

Oh ya,
ini tak termasuk air batu campur yang jugak disediakan di sectionnya sendiri.




Kami semua ada 12 orang semalam. Dan buffet kat sini cas RM 27 untuk satu kepala. Err.. satu kepala maksudnya seorang makan. Bukan kepala aku ni harganya 27 hengget. Ehhh pelisss jangan bangang sangattt. Peliissssssss...!~ 



Mahal? Tak mahal kot kalau makan boleh sampai meninggal. Bagi yang kuat makan dan mempunyai perut yang sangat elastik, sungguh tak rugi. Tapi yang cuma makan seciput steamboat, nasik goreng dan aiskrim seperti aku, maka sangatlah rugi. Pastikan perut anda betul-betul puaka kalau nak makan di sini.



Penutup mesti nak tepek muka sendiri, kan? Aku pun tak faham kenapa ada habit macamni. 


Dah cantikkk, kenalah tepek muka sendiriii... *libas rambut ke kanan~



Oii oii..!

Ni siapa baling selipar kat aku ni??



Shetoonnnnn..!






18 tindakbalas kimia:

~ariFFin~ said...[Reply to comment]

hanya orang yang mempunyai perut elastik sahaja boleh makan seberapa banyak di restaurant ni..kalo sy la kn..memang surrender awal2 la..sebab memang makan sikit je..rugi je kalo di belanje makan kat situ

Saddila said...[Reply to comment]

haha tak payah nak banyak kali selak rambut kalau pakai tudung la kak. haha

perut dila elastik. okbai :P

Koding said...[Reply to comment]

Koding Berkata:
Jemputlah makan jgn malu2...
semuanya sedap2...

fatin amalina husna said...[Reply to comment]

1st time mkn steamboat dulu jd perak skit..haha..
x pnah mkn balik skit perut trus..sbbnya men hentam rebus jaa..haha..

cinta siswi said...[Reply to comment]

nk pegi la cmnie..haha.. perut siswi elastik dan lg elastik kalau ade yg belanja..haha

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

berbaloi-baloi~ hehe

caliph shuriken said...[Reply to comment]

giler byk section restoran ni, huh...

RAIZAN said...[Reply to comment]

Ala kak, kite bayar RM27, kita makan berdua. Jimatkan? Eh! Haruslah, adik akak, memang la cemni. *Buka Spek itam*..hehe~

*Nanti bawak saya ke sini! *

Sepul Lupes said...[Reply to comment]

debabnye iman... iman darjah satu aku rase mesti akan same saiz ko *_*

shedameor said...[Reply to comment]

sedapnya.. baru cadang nak makan steamboat malam ni. nak ikut ?

Tukang Karut said...[Reply to comment]

untung bawak cik ungu gi makan... tak banyak makan!

Mama2Q said...[Reply to comment]

terliurrnya......

cik miera said...[Reply to comment]

kt kota area mana? xpenah nmpak pun restoran ni..haha, lazat.. bg map ye. nk try jugak

fizafantagirO said...[Reply to comment]

alolo tomeinyaa.. cik.. ehh silap.. budak tecikkk tu ..

si ngokngek said...[Reply to comment]

ya allah,aiskrim tue tak tahan..sedapnya weh..tergugat iman

si ngokngek said...[Reply to comment]

ya allah,aiskrim tue tak tahan..sedapnya weh..tergugat iman

Saiful Ghani said...[Reply to comment]

amboi mak jemah........... marah t johara..... bikin panas ni tunjuk makanan peberet ni..... ni nk tnya ni..... soklan yg xde kena mengena ngn entri ni.. tiap kali post entri brape kerap gelak sorang2? dan berapa kekerapan bc entri sndr???

cik ungu said...[Reply to comment]

Saiful Ghani :

saye tak gelak baca entri sendiri. kadang2 entri tu rasa macam tak kelakar pun.

baca sekali,dua sejurus lepas publish satu2 entri. tapi nama nak baca sendiri suka-suka, sungguh tak kuasa. mungkin 4,5bulan sekali. kadang2 tak ingat pun pernah tulis entri tu.


err...

kenapa ye?