Friday, February 24, 2012

Mulan Jameelah Balik Kampung #1



Bismillah


Baik. Lepas beli kompas, baru aku boleh fokus balik dengan entri sebelum ni. Sambung.


Plane kami. Royal Deutch Airlines

Kami sampai Jakarta waktu sana tengah Maghrib. Macam biasa, foreigner haruslah melalui pemeriksaan visa dan passport. 5 kaunter itu semua lelaki yang jaga. Brader kaunter nombor 3 dah usha-usha time aku tengah beratur.

Ohh..

Kacak.


Dalam kepala aku dah mula congak-congak. Aku cuba pastikan sampai je giliran aku, kaunter nombor 3 harus kosong. Dalam aku cuba atur strategi, pegawai kaunter 3 pandang-pandang lagi. Aku rasa dia nak mintak autograf. Tapi sayang, aku salah congak. Sepupu aku punya turn dapat kaunter nombor 3. Stress. Aku terpaksa berjalan catwalk ke kaunter nombor 1, yang pegawainya pakai spek dan muka macam sembelit. Langsung tak senyum. Aku jeling sekilas nametag dia.

Daddy.

Aku cuba untuk tak kutuk. Aku cuba. Aku cuba.


Tunggu di ruang arrival Soekarno-Hatta International Airport dalam 15 minit, sebijik minibus datang ambil kitorang dan hantar ke rumah yang dah siap kitorang sewa untuk 3 hari kat Jakarta. Jalan nak ke rumah kitorang tu cuma berkeluasan 3 depa orang dewasa. Sangat sempit. Tak ada ruang antara rumah, cuma sekangkang kera halaman untuk dibuat letak pokok. Walaupun begitu uolss, rumah kat kawasan tu semua cantik-cantik dan gah. Sama standard dengan design rumah-rumah kat Bukit Antarabangsa, cuma kecik sikit je. Sebab design rumah-rumah kat Jakarta banyak dipengaruhi ciri-ciri rekabentuk dari Belanda. Indonesia dulu dijajah Belanda, tahu? 

Mesti tak tahu, kan?

Nampak sangat Sejarah dulu repeat SPM. 


Rumah kitorang terselit di celah-celah kepadatan perumahan kat sana. Banglo kecil 3 tingkat. 5 bilik tidur, 4 bilik air, 2 ruang tamu, dapur open-air dan roof-top balcony. Design rumah ni memang sangat cantik. Aku dah berangan, kawin nanti aku nak duk rumah camni. Nampak tak betapa amboinya angan-angan itu?

Aku cepat-cepat duduk bilik tingkat 3. Maklumlah, rumah sendiri tak sampai 3 tingkat. Haruslah batak sikit kan. Bila lagi nak merasa.

Tangkuban Parahu


Tempat kawah gunung berapi. Aku pun tak pasti dengan gunung ni. 'Tangkuban' maksudnya 'terbalik'. Kat atas ni sejuk. Berkabus. Kalau nasib baik, nampak clear kawah ni. Tapi kalau berkabus, sia-sia je lah datang. Kalau tengok dari satu sudut puncak gunung ni, kawah gunung kat sini nampak macam bentuk perahu yang terbalik. Kitorang sampai je kat sini, terus kena serbu dengan penjaja. Macam-macam mereka try jual untuk dapat duit, tapi wajiblah pada harga yang sangat merepek. 

Kau bayangkan, magnet bodoh yang lekat kat peti ais tu, dibuat dari getah, sekeping tu dia jual RM 30. Diulangi, RM. Bukan Rupiah. Merayu-rayu suruh beli sampai kena kejar, penjaja tu tawar harga sampai harga jadi kurang dari RM 1 sekeping. Betapa nerakanya mereka ambik untung masa awal-awal tu. Driver kitorang pun dah pesan awal-awal hati-hati dengan penjaja sebab diorang akan kikis duit kita habis-habisan.







Jalan kat sini memang amat sesak lah. Lebih kurang sesak macam jalanraya kat India. Tapi trafik kat Jakarta masih senonoh lagi kalau nak dibandingkan dengan daerah lain sebab Jakarta ni kan ibu negara. 

Kitorang jalan-jalan bawak dua kereta siap dengan dua orang driver. Bukanlah satu benda yang pelik untuk tengok warung-warung kecik dengan 2 meja dan 4 kerusi, berderet kat tepi-tepi jalan. 


Tapi yang bagusnya, walaupun negara susah dan rakyatnya miskin,    penduduk Indonesia sangat berdikari dan pandai cari duit sendiri walaupun cuma jual gula-gula tepi jalan. 

Bukan benda pelik kat sana untuk tengok merata-rata orang berjalan dengan satu bundle barang kat tangan untuk dijual. At least mereka berniaga. Halal.








Yang pastinya, aku rasa nasik goreng kat sana memang sangat sedap. Tak kesah lah yang masak kat hotel atau tepi jalan, memang bagi aku sangat sedap. Sangat asli. 

Kat sini sangat banyak public transport dari berbagai kelas. Yang kaya banyak naik teksi. Yang kaya sikit naik van angkutan kota. Yang susah sikit naik macam van yang takde aircond. Yang susah banyak naik beca. Paling susah, kena lah jalan.



Aku tak pasti kenapa tapi sepanjang kat sana, ada 2,3 kali aku nampak diorang buat demonstrasi. Ada yang buat depan bangunan kerajaan, ada yang buat dalam kawasan universiti. Driver kitorang pun sengih je macam benda tu dah biasa sangat.

Indonesia memang sangat haruslah bershopping,kan. Siapa pergi sana tapi tak pernah jejak Mangga Dua, Rumah Mode, etc, memang sangat menipulah. Kat sana pun ada jugak shopping mall macam Jusco. Ada jugak hypermarket macam Carrefour. Tapi itu mungkin banyak kat Jakarta je.



Ada satu hari, tengah shopping-shopping, ada kedai kecil tepi jalan. 

Owhh..bukan jual nasik goreng. Bukan..bukan..

Dia jual senapang. Diulangi, senapang.


Memang kat sana tak dilarang jual senapang tetengah bandar camtu. Siap boleh try test shoot kat botol-botol yang sengaja digantung atas pokok tinggi kat seberang jalan. Sekali tembak bayar dalam 30,000 Rupiah. Siapa-siapa nak beli pun boleh. Ayah aku nak beli, sebab dia tak berfikiran waras waktu tu. Tapi mana lah boleh masuk Malaysia nanti. Mau tido lokap la satu family kang.





Aku banyak hutang entri sebenarnya.
Tahun depan aku sambung lagi.




Tahun depan.



15 tindakbalas kimia:

Aqiim said...[Reply to comment]

wahhh bestnya dpat gi jalan2 kat negara orang.. :D

zer0xs said...[Reply to comment]

Sampaikan salam sama cewek itu ya pak? hahahahaha

faizah husna said...[Reply to comment]

hehe...besnye boleh gy sana..nty smbung cte psl kt sne lgy tau sis..^^

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

wehh, hang pi tak ajak aku pon hahaa..

seronok baca hang merantau kat Jakarta sana.

ahh, gila apekah fridge magnet sampai 30 hengget sekeping?


cekik darah~!!
*tercirit aku membacanya

fatin amalina husna said...[Reply to comment]

mak aih..thun dpan nuu..
xpa2..masih bleyh mnaip kira ok lar tuu..haha..

Mama2Q said...[Reply to comment]

owh..dik ungu keturunan indonesia rupanya..patut lah muka ala2 mulan jameelah gitu...:)

shameel Iskandar said...[Reply to comment]

wah jalan ke jakarta/bandung. tapi yg geramnya peniaga kt tangkuban perahu bijak benar menipu. saya pernah jadi mangsa.

Saddila said...[Reply to comment]

alaaa satu je gambar mulan jameela! nak lagi laaa!!!

alif haris said...[Reply to comment]

perghhh seronoknya beliau .. hehe ..

nt aku nk p sana beli senanpang tu.. boleh tembak ko ahahha ;D

caliph shuriken said...[Reply to comment]

patut pepel nyanyi lagu daddiiii cooool wktu jeling nametag officer tu, hukk...

Juno said...[Reply to comment]

Aku pernah kena kejar di Tangkuban Perahu.
Kena kejar kaw kaw. Kalau kau beli pada seorang, yang lain mesti nak mengekor.

"Adik, beli tasbih ni."

"Hmm takpe, terima kasih."

"Belilah."

"Takpe."

"Nanti boleh bagi pada ayah. Belilah dik."

"Takpe, kat rumah dah ada banyak."

"Berilah pada ayah.."

"Dia taknak."

"Kenapa.."

"Ayah saya tak beriman! Ok bye"


Kau nampak tak dosa aku fitnah bapa sendiri tu. Astaghfirullahalazim.

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...[Reply to comment]

Uit! Oja rekomen blog ni. Hehe. Nice, best je sempoi~ =)

Ym.Bundle [Blog.Sampah] said...[Reply to comment]

bleh kirim belikan senapang tu tak kalau pegi lagi.haha..

fizafantagirO said...[Reply to comment]

huhuhu .. best nya jadi Mulan Jameelah .. eh rumah Mulan kat mana yer ?

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Oooooooooo...si Mulan ni balik kampung..

Dah syok-syok baca entry tetiba nak sambung tahun depan ya...

Akak tak kira.. baik awak cepat-cepat buat entry sambungan ni..