Tuesday, February 28, 2012

Mat Jenin Kategori Pop Rock



Bismillah



Kau tahu tak, waktu aku baru nak taip entri ni, aku perasan seluar yang aku pakai ni, koyak kat lutut.


Bukan..bukan..


Bukan aku merempit dan amek corner lipat baring cecah lutut mahupun cecah telinga.
Jauh sekali roti canai cecah kari.

Bukan aku sengaja tikam seluar ni di bahagian lutut menggunakan pisau lipat.
Lalu merabakkan sedikit untuk impak yang lebih maksima.
Membiarkan benang-benang sedikit huru-hara di bahagian koyakan.



Walaupun kadang-kadang aku impikan imej macamtu.

Muka penuh bekas jerawat dan rupa ala-ala pecah rumah.
Ada parut sikit kat kening tanda pernah bergaduh dalam group.


Ehh..bukan group discussion.


*tepuk dahi~



Aku teringin nak simpan rambut panjang serabai ala-ala hantu Jenglot.
Pakai jaket kulit murah yang beli kat uptown.
Dengan t-shirt lusuh gambar tengkorak ahli neraka.
Sambil ikat bandana merah kat kepala.
Spek hitam yang tak berjenama dan bila pakai harus batang hidung berdarah sebab spek tajam.
Jeans lusuh koyak di lutut serta berambu-ramba.

Kasut...

Hmm..

Aku tak pasti rockers pakai kasut apa sebenarnya.
Yang pasti, bukan Crocs.
Jauh sekali kasut tumit tinggi kaler pink yang ada reben ropol-ropol di depan.
Neraka apa rockers pakai kasut cemtu...


Dan..

Ini semua tak sempurna tanpa angin sepoi-sepoi yang membantu menerbangkan
rambut panjang ala-ala Jenglot aku tadi.
Dan bila helaian-helaian rambut itu terbang dihanyut angin,
aku sisir pulak rambut guna tangan kepala sambil sengetkan kepala.

Oh ya..


Aku juga harap rambut tak melayang masuk lubang hidung.
Jatuh imej la kalau berlaku situasi macamtu.


Dan suara serak-serak basah.



Jangan buat muka pelik lah kalau aku jadi vokalis Guns' & Roses.






*   *   *   *   *   *   *

Nampak?

Nampak tak macamana hanya kerana seluar terkoyak sikit kat lutut,
aku mampu berangan-angan jauh.?


Hmm..
Tapi..

Camne boleh koyak sebelah kiri je ni.



Takleh jadi ni..


*belek-belek seluar bahagian lutut kanan..



Mana pisau lipat tadi..?





Moral of the story : Setakat ni moral masih tak dapat dikenalpasti.




11 tindakbalas kimia:

Niki Razali said...[Reply to comment]

aku harap rambut ko yg mengerbang tu tak melahirkan bau yang puaka.

hahaha

Mama2Q said...[Reply to comment]

haha takdak moral pun.....

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

untung koyak kat lutut, nmpak la sopan jugek.

dr aku.

mesti dan harus koyak kt kelengkang.

T.T

Tukang Karut said...[Reply to comment]

nampak sangat sengkek...

Puan Pelangi said...[Reply to comment]

kau ! adoi . buat aku gelak terkuntut kuntut lah ! sangat jelas kejeninan kau tu , sangat pop rock . ohsom !

Cik Muda said...[Reply to comment]

kuat berangan..

shedameor said...[Reply to comment]

main point ? HAHA

fizafantagirO said...[Reply to comment]

eh , sib baik koyak kt lutut .. kalau koyak kt tempat lain ..
angan-angan apa yang datang ek ? hahahaha .

saya dewi said...[Reply to comment]

tak payah tak payah. mulan jameela dah cukup cantik bertudung. jilaka hapa imej macam tueh. wakakaka xD


padahal diri sendiri penah amek pisau potong bawang pergi koyak koyak kan seluar jeans kat lutut. harommmm. HAHAHAHA

Rapunzel Cikilolo said...[Reply to comment]

hehehe. seorang kelakar la ko ni...

caliph shuriken said...[Reply to comment]

nsib baik x tampal stiker kartun kt tempat koyak tuu, hukk...