Thursday, February 9, 2012

Blog Gila Trafik-Lait


Bismillah


*regangkan jari-jemari halus~


Kauu..
Kau pandang sini.
Tepat ke arah skrin.
Jangan langsung berani nak alihkan anak mata kau ke kanan atau ke kiri.
Melainkan kau juling macam aku, maka sila jangan.


Sebenarnya, kalau kau tertanya-tanya tentang apa jadah blog aku ni sebenarnya,
baik jangan tanya. Sebab aku pun nak tanya kau jugak.
Pejadah blog aku ni sebenarnya?




Jangan berani nak tanya apa yang blog aku perjuangkan.
Sebab nanti aku gelabah nak bagi jawapan.
Kantoi pulak blog tak ada perjuangan,kan. Eh eh tak cantik statement ni.


Ya..
Aku tak menulis tentang AJL.
Aku tak menulis tentang Adam Adli.
Aku tak menulis tentang global warming.
Dan aku tak menulis tentang Pilihan Raya Umum.
Lagipun kau pernah tengok blog politik ada background rama-rama kat tepi??
Tak jahanam ke tu?

Serta apa-apa tajuk SEO yang boleh meningkatkan trafik semasa, itu bukan cara aku.
Walaupun aku pernah gila dengan Khairul Fahmi dulu.
err... 


Kalau setakat nak search tentang Momok Dalam Botol Susu, pelis jangan. 
Hanya keyword-keyword unik saja yang mampu sampai ke blog ni.
Sebab aku unik.




Ya, aku tau ada yang muntah di depan laptop tu, kan?
Ahh..
Malas nak layan orang hasad dengki macamtu.  *tiup kuku kilat~


Blog aku blog picisan.
Tak ada cerita-cerita gah dunia luar. Aku ini begini.
Dan...
Apakah shetoonn sangat ayat aku tiba-tiba sungguh mengikut format SPM ni??


Tapi kadang-kadang, aku taip jugak entri intelektual tanpa kerelaan hati.
Mana tahan tengok orang lain bercakap hal-hal masalah negara bagai.
Terpaksalah buat-buat bijak walaupun tak suka.
Menyatakan pendapat yang tak-berapa-nak-dapat-sangatlahhh tu. Tapi aku tulis untuk aku.
Aku go for atau go against, itu aku.

Haa..nampak?
Aku dah start speaking berhabuk.
Nampak ke-gelabahan aku di situ?


Kau kena tahu bahawasanya, kadang-kadang aku suka menggelabah tanpa sebab.
Macam waktu kau tunggu train sampai dan kau sorang-sorang. Berdiri tegak akan membuatkan kau berasa teramatlah loser. Jadi, aku ada penyelesaian sendiri.
Aku cuma perlu buat-buat gelabah seperti tengok-jam-kerut-dahi-toleh-kanan-kiri-laju-laju. 
Dan aku terus rasa aku termasuk golongan yang cool. Nak jadi cool bukan susah.


Tak faham?

Owh, takpe.
Tak perlu rasa hina.


Orang tak se-hot macam Mulan memang selalu lembab skit.


Dah tu ada hati nak mengaku diri Mulan.
Krisis identiti.



Moral of the story :
Jap..
Sebenarnya entri ni nak cakap pasal apa...?


14 tindakbalas kimia:

nanad said...[Reply to comment]

hihi..yg pasti belog ni banyak buat sy gelak ;D
keep it up ^_^

ZURAINI said...[Reply to comment]

I'm lost. X tau ujung pangkal entri ni. Haha. Btw, if memg ko ada krisis identiti, chill. Sume orang ada. Hhaha

cik miera said...[Reply to comment]

haha.. suka blog kau. sebab ayat semua sempoi..

fizafantagirO said...[Reply to comment]

HAHAHA .. lama tak julingkan mata kt sini =)

*asal masuk komen je 'HAHAHA' or yg sewaktu dgnnya mesti ada skali kan .

cinta siswi said...[Reply to comment]

momok dlm botol susu?? haha.. sempoi la dear.. :)

cik bulan said...[Reply to comment]

kau gila lah baca sampai habis dan aku tataw apa rumusan dia.dalam 10 ayat je kan cikgu? er.haha


::aku pon ayat cam kelin dah.___.

Aqiim said...[Reply to comment]

apa motif entri nie? -,-

Cik As said...[Reply to comment]

akak, ayat masih boleh faham. As suka baca blog akak...happening.!:)

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

ape2 pon blog ko mmg best.
ini fakta.

:P

hanafijaafar said...[Reply to comment]

teruskan usaha kak, blog akak bes la..! *lompat-lompat*

aku dah kata, samaada mental disorder atau peptic ulcer..sebab tu blog jadi macam ni..

Cik Muda said...[Reply to comment]

entah.!
aku baca je.sebab ko best.!

shedameor said...[Reply to comment]

bedal je janji kelakar. update la selalu cikungu oi.

Tukang Karut said...[Reply to comment]

walau apa pun yang kau tulis, aku tetap baca sebab aku rasa aku merindui kau... eh... tulisan kau...

caliph shuriken said...[Reply to comment]

blog ni & tuan umah sama2 unik, hikk...