Thursday, February 16, 2012

Bersukan Pun kadang-kadang Bikin Stress


Bismillah




Bukan gambar harini
2 jam lepas, dengan jersi FBT warna emas, tracksuit NikeFIT, sarung lengan hitam Giant dan tudung bawal coklat, aku bersiap keluar bilik. Selit kunci hostel dalam poket. Tangan kiri capai air mineral, tangan kanan pegang kasut sukan warna ungu yang terselit stokin kelabu dalamnya, aku bergerak-gerak-gerak-khaasss menuju ke court. 

Dalam 4,5minit berjalan, baru aku sampai kompleks sukan perempuan. Ya. Maaflah, uni aku ini memang begini. Lelaki ada stadium sendiri, perempuan ada stadium sendiri. Tak ada apa-apa yang boleh bercampur. Termasuklah meja makan. 

Ya, untuk pengetahuan, meja-meja makan dalam kawasan tempat belajar aku ni sungguh unik. Di atas setiap meja ada sticker tertampal 'Brothers' atau 'Sisters'. Sila duduk meja mengikut jantina masing-masing. Ok, abaikan tentang meja. Tapi waktu-waktu nak ada sukan macam sekarang, itu semua dah tak penting. Siapa sampai court dulu, itu court dia punya. Setan betul,kan. 

Adalah sesuatu yang tak seronok bila semua court penuh. Kat court itulah dia main bola jaring, kat court itulah dia main bola baling, dan kat situ jugalah dia training futsal. Aku tunggu juga kalau-kalau ada team berani mati nak training kayak atas court tu jugak, haruslah aku terajang punggung mereka sorang demi seorang. Maka jangan pelik kalau sehingga di bucu-bucu tanah lapang mahupun tembok-tembok, akan ada orang bersama alat sukan masing-masing. 

Kat sana jugaklah padang hoki sebesar alam sebok nak menyempit sama. Sana jugaklah court basketball, bola tampar, badminton. Semua pakat main outdoor sebab berangin. Maksud aku berangin itu, angin udara. Bukan angin dalam badan yang sendawa-sendawa tu. Eeee tolonglah jangan bangang sangat.

Jadi aku kena sentiasa berhati-hati sewaktu training. Bila-bila masa saja aku akan terkena bola hoki, raket badminton, mahupun dilanggar basikal. 

Dah seminggu, inilah aktiviti aku setiap petang. Dan aku masih ada 4 hari sebelum hari sukan universiti start.


Percaya atau tidak,
itulah intro untuk entri ini. 


Macam jahanam punya panjang, bukan.?


Isi utama entri kali ni adalah,

petang tadi aku turun training macam biasa.
Dan bila sampai court, budak yang pegang bola 3 bijik itu tak datang.

Aku duduk mengumpat player lain yang tengah training, dan setelah merasa haus, aku pun balik.


Sekian.



Moral of the story :

Amboiiii.. Penatnya training hariniiiiiiiiiiiii....!!~



18 tindakbalas kimia:

fatin amalina husna said...[Reply to comment]

amboii~
pnatnya mngumpat..hak3..XD

saya dewi said...[Reply to comment]

hahaha.macam tueh pun bole? macam macam! bhahahaha

cik ketam said...[Reply to comment]

macam tak training apa2 la tu..hahahaha..

zer0xs said...[Reply to comment]

hari hari traning mcm tu... meme lemak ko sihat sihat belaka le...~

cinta siswi said...[Reply to comment]

hahaha.. mmg stress la kalau bersukan cmtu..

main volleyball?? siswi main gk dulu..hehe

Aqiim said...[Reply to comment]

kejadah apa nak main kayak atas court?
hahaha

ZURAINI said...[Reply to comment]

masa ko nampk sgt x begitu beharga disitu. kasihann

Mama2Q said...[Reply to comment]

UIAM...haa...kan dah dapat markah extra utk geografi...hehe

Salwa said...[Reply to comment]

Lar. bleh plak dye xdatang.haha.bikin stress.

Cik Muda said...[Reply to comment]

ko training mengumpat ke? huhuhuh~

wawa meiko said...[Reply to comment]

Risau takut terkena apa jua jenis "peralatan" permainan ituu sangat menakutkan okay .

Tak pernah duduk tepi padang bola sbb takut kena bola , kiki

Juno said...[Reply to comment]

AKU TERCARI CARI APA JENIS SUKAN YANG KAU MAIN.

AHH TER CAPS LOCK.
MALAS PADAM. BYE.

oh. RINDU KAU, BY THE WAY.

si ngokngek said...[Reply to comment]

baiklah uni hang buat camtue,baru ada feel sukan..err

Saddila said...[Reply to comment]

kahkahkah apa ni ? apa ni ?? vongok gila . haha. penat ye? suka MOTS akak :)

Tukang Karut said...[Reply to comment]

sangat penat aku baca ni...

caliph shuriken said...[Reply to comment]

punya laa panjang intro, hukk...

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

aku baca entry kau ni dapat jugak ker dosa mengumpat weh?


*lenkali kau bawak jer khemah kanopi kat situ.. takpon bawak set BBQ kat situ.. buat pesta panggang ayam turki kalau bengang sangat court tu penuh..

shedameor said...[Reply to comment]

haha. ni kalau karangan spm, 2/10 je. hamek kau. isi takde. haha