Wednesday, February 1, 2012

Bergurau Dan Menghina Itu Dua Benda Berlainan


Bismillah


Harini aku tak ada nafsu nak berjenaka.


Aku taknak ada sorang pun senyum atau sengih. Aku taknak tengok.
Harini aku akan berpura-pura gigih untuk menyatakan pendapat intelektual aku.
Ya...
Bukan senang nak tengok aku bereaksi cerdik, bukan?


Biasa tak dengar member kata 'alahh..aku gurau je. Rilek aarr..!' selepas menendang punggung kau lalu menyebabkan kau jatuh berguling ke bawah dan tangan tersimpul jadi reben.

Atau mungkin member kau kata 'chill ar..aku gurau je punn!' selepas sebarkan pada member-member lain perihal seluar dalam kau yang berlubang dan tertetas jahitan benang lalu menyebabkan setiap kali kau menyarungkan seluar dalam itu dan memulakan langkah pertama, ia lucut semula ke paras lutut.

Tak pun, member kau kata 'alahh lek arr..gurau pun tak blehhh.' selepas menggelakkan parut hodoh yang ada kat muka kau walaupun diorang tak tahu parut tu kesan melecur waktu rumah kau terbakar tahun lepas akibat kebodohan korang main api dalam kain telekung.


Sayang, sayang..
Harini kita belajar, bezakan antara bergurau dan menghina.


Rule no 1.
Bergurau tak sepatutnya melibatkan sentuhan fizikal yang tidak sepatutnya.

Kau tak perlu hempuk member dengan buku teks yang setebal alam. Kau jangan nak bergurau dengan cara menghalang member yang tengah jalan menggunakan skill tackle tanpa sebab, lalu member kau tersungkur. 


Rule no 2.
Bergurau tak sepatutnya melibatkan akhlak dan cara ajaran ibubapa.

Pernah tak mak ayah kau marah bila kau main tunjal-tunjal dahi orang lain? Atau tepuk kepala orang lain secara tiba-tiba? Aku di ajar begitu. Jadi jangan ada yang berani nak tunjal kepala aku kalau taknak terkejut tengok aku tinggi suara maki-maki.

Dan untuk lelaki, adalah sesuatu yang sungguh jahanam andai korang duk main tarik-tarik tudung budak perempuan. Ya.. Aku rasa ramai buat macamtu nak-nak waktu zaman sekolah. Sememangnya lelaki lambat matangnya 2,3 tahun sebelum perempuan. Jadi untuk yang masih tak matang tu, sila ambil perhatian. Jangan nak main tarik-tarik tudung perempuan, sebab itu gurauan bodoh.


Rule no 3
Bergurau tak sepatutnya melibatkan rupa fizikal.

'Kau gemok macam shaitonnnn!' Tau pulak kau shaitonnirrojim tu gemok. Jangan nak kata punggung member kau gedabak macam badak. Owh, aku pernah sebenarnya. Sebab member aku tiba-tiba kata 'kau ni takde punggung ke oii. Leper je aku tengokk!' Jujurnya, aku tak lah terasa pun sebab aku rasa aku suka je. Tapi bila dia susuli kutukan demi kutukan, aku terus jawab 'tu laa, aku memang takde punggung laa. Tapi aku lagi suka macamni daripada punggung lebar macam kau. Nampak tak seimbang.' Dia terdiam. Lantak kau.


Rule no 4
Bergurau tak sepatutnya melibatkan maruah.

'ehh kau mana boleh join kitorangg. Ni geng-geng anak dara punya hang out je. Kau janda, takleh join. Tak setaraf!~' Kalau kau cakap camni, takyah buat muka pelik kalau tiba-tiba bibir kau berdarah dan pipi kau pedih.


Rule no 5
Bergurau tak sepatutnya melibatkan makian atau carutan.

Terutamanya dengan perempuan. Aku tau lelaki susah nak elak benda ni. Kebanyakkan lelaki sekarang, mencarut, memaki dan melucah itu sama macam ayat-ayat pasif atau prediket yang lain. Perkataan 'F**k' itu dah setaraf dengan perkataan 'selipar' atau 'penyepit baju'. Terlalu biasa sampai nak menyebutnya tak rasa bersalah dan tak fikir 2 kali.

Ramai jugak perempuan yang macamni. Aku rasa 'bodoh, bangang, sewel, bengong, etc' itu masih di tahap awal carutan, dan aku pun gembira menyebut semua tu. Tapi kalau sampai perkataan lucah melibatkan alat sulit segala bagai, dan perempuan sendiri yang sebut dan tak merasa malu, aku rasa harga perempuan tu sedikit jatuh. Sedikit. Mungkin banyak. Mungkin. Pendapat aku je. Takyah nak mengamuk sangat. Cehh..


Rule no 6
Aku malas nak tulis lagi. Izinkan aku berhenti.



Moral of the story :

Melainkan orang yang kau bergurau tu memang sekepala, se-perangai, se-fahaman, dan segala bentuk 'se' yang lain dengan kau, mungkin gurauan hina itu mampu mengeratkan ukhuwah. Tapi sila jangan anggap semua orang sama cara macam kau. Mungkin hati kau keras, hati orang lain lembut. Maka sila berfikir dua kali sebelum bergurau.

Bergurau dan menghina itu dua benda yang berlainan.


Please jangan buat muka macam ada bencana alam.
Kadang-kadang aku serius.


18 tindakbalas kimia:

Leeyana said...[Reply to comment]

sungguh. memang ade manusia yang tak berape reti beza dua benda ni. kalau kena dengan member rapat lagi sedih.

Mama2Q said...[Reply to comment]

thumbs up dik ungu...entry yg bagus!

Hiro said...[Reply to comment]

kakaka..dia pernah nengok shaiton ke apa tahu shaiton gemok..

power power.

Saddila said...[Reply to comment]

Err rule number 3 tu. tuju kat gua ke?? kahkahkahkah

fizafantagirO said...[Reply to comment]

setuju dgn Cik Ungu .. tp bab tak bagi gelak tu tak blh ar .. nk kene gelak jugak ! HAHAHA

shedameor said...[Reply to comment]

taknak berjenaka konon. awal2 dah abgi orang gelak. haha

fatin amalina husna said...[Reply to comment]

true!! bergurau dgn menghina itu dua perkara berlainan..pnah terjadi member menghina bila wat muka sdeyh trus ckp lex r weyh lwak je pon..kureng btol!

yg psal punggung tu kan..husna stuju..klau dah slalu sgt kna perli blas je balik..tergamam trus..bru taw langit tggi rndah..

tikusmando said...[Reply to comment]

Kahkahkah. Sori.

haniamira said...[Reply to comment]

Rule no 1-kalau cuit pinggang kawan boleh?

Aqiim said...[Reply to comment]

nampak tak seimbang~
kahkahkahkah :P

Tukang Karut said...[Reply to comment]

ok serius ini memang serius...

Mohd Norafzal said...[Reply to comment]

nak bergurau tengok orang dan keadaan jugak.bukan semua org leh terima gurauan kita dan kalau kita pun sama tak tek boleh terima gurauan orang..baik dok diam2 tumpukan perhatian sahaja dalam kelas muzik cikgu Hasan

Encik Fikhri said...[Reply to comment]

setuju sesangat.tapi kadang2 ade certain gurauan yang dah terbiase,so kadang2 terbuat jugak..thnx for the sharing.sgt bgune n sangat bukak mate..

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

sll aku pakat tumbuk dulu kat mereka2 y kate mcm tu.. baru tnye ehh ko gurau ke ko menghina.. ahahha... [siyes ni tipu]

caliph shuriken said...[Reply to comment]

mmg bencana alam klau gurau2 cara cmni, huh...

AzwanRamli said...[Reply to comment]

"Bergurau dan b'senda lain jgk bagi aku.Tapi aku tak jumpa lagi definisian dia.haha.Abaikan.

Cik Muda said...[Reply to comment]

tiba tiba aku teruja dengan kepintaran ko ungu....~

bella luna said...[Reply to comment]

betul2, bergurau dan menghina itu adalah dua perkara yang berbeza,.. nak bergurau pun agak2 la and jgn sampai menyentuh senitiviti manusia lain,.