Sunday, January 1, 2012

Pembuka Tahun Baru Aku


Bismillah


Tacing gila tak ada siapa pun merindui aku kat blog.
Ok fine.
Tamoh kawan.


1. Hepi Nu Yerr 2012 !~

Selamat tahun baru 2012 untuk semua readers. Sakan sangat korang kan celebrate kat i-City kan.
Malam tadi aku dan parent pergi juga. Celebrate dengan Ustaz Azhar Idrus kat dataran Shah Alam.
Tapi ramai nak maammmppp. 
Tacing la konsert aku takde pun seramai ni.
Haruslah,kan.

New Year Azhar Idrus dengar-dengar datang 70 ribu orang.
Kalau konsert aku, 2 ribu tiket je terjual. Haruslah 2 ribu.
1999 tiket tu semua aku yang beli. 
Yang datang cuma nampak 3 orang. Tapi sebenarnya ramai.
Haruslah ramai.
Shetoonnn je yang datang ramai-ramai tu kan.

Apa-apa pun, cuba lah tahun baru sambut dengan Alhamdulillah.
Lepas lagi setahun, Alhamdulillah.
Meningkat umur setahun, Alhamdulillah.
Tak perlu lah nak ber-countdown jimba-jimba menari peluk girlfriend sambil tengok fireworks sangat.

Yang sekolah, sekolah elok-elok. Yang first year, second year, focus la kat study elok-elok.
Time junior la waktu paling senang kalau nak dapat pointer meletup.
Dah final-final year nanti subjek semua neraka. So, prepare lah awal-awal ye.
Takyah gigih sangat dengan blog nak maki orang sana-sini.

Selamat meningkat kematangan.
Dan semoga bertambah keimanan, insyaAllah.


2. Hepi Nu Status !~


Nak bertandeng dengan heroin,
haruslah aku kalah.
Pelakon extra hari kejadian.
Nak selit ucap tahniah untuk member aku, Anith yang selamat bertunang harini. 
Aku stress ok!
Anithnye tunang, Nodienye nak kawin, Nadia dah nak beranak. 
Uhhh stresss!! Terasa tua dan masih macamni haruslah menimbulkan stress.

*kesat peluh kat dahi~

Congrats cik Anith. Moga kekal sampai syurga, insyaAllah.


Antara kita sape dulu weh? 



Mulan Jameelah andartu?
Mampu kau dengar fitnah pedih macamtu?


*deym...lupa buat boarder..

15 tindakbalas kimia:

Niza Romli said...[Reply to comment]

hepi new year... moga cepat dpt jodoh :)

si ngokngek said...[Reply to comment]

happynewyear,makcik ungu..

semoga azam hang cepat kawen termakbul..AMin..

#tetibapulak..

RAIZAN said...[Reply to comment]

Sabarlah kak. ehem2...ade jodoh nanti kakak kawin la. =D Harap sampailah kad kawin dari Mulan Jameela. Amin...:')

Aqiim said...[Reply to comment]

selamat pengantin baru cik ungu :)

saja nak wish awal2.. haha :P

Cik Ungu Kamila said...[Reply to comment]

hai cik ungu. eh sama jugak. kita pun cik ungu. keh3. baidewei jodoh ajal di tanganNYA. semoga cik ungu dipermudahkan dpt jodoh. hihi. amin :)

farz zull said...[Reply to comment]

alaa...andartu la sngat, sure ramai berebut Mulan Jameelah ni...keh3x

Mama2Q said...[Reply to comment]

eleh...ckp jer...tup-tup 23hb feb ni dgr2 dik ungu dah kawen...

Saddila said...[Reply to comment]

hamboii kemain bergambar . border takde ? haha lantak di situ kak .

happy new year kak . jemput dila kahwin nnt . ngeee ~~

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

moga cepat dapat jodoh kak:)

shedameor said...[Reply to comment]

tu la cik ungu. perangai biar semiak sikit. baru orang masuk meminang. hihik

saya dewi said...[Reply to comment]

selamat tahun baru cik unguuu! semoga tahun baru nieh menjanjikan kebahagiaan dan keberkatan yang lebih dariNYA buat kita semua. InsyaALLAH.


semoga cepat kawen yek! lalalala :P

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

hepi new year... nampak benar azam tahun baru nk kawen... okeh amek tarikh ni yeh 12.12.12

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

hepi new year... nampak benar azam tahun baru nk kawen... okeh amek tarikh ni yeh 12.12.12

amir said...[Reply to comment]

Ada orang khabor kat aku, yang bilangan andartu sekarang makin meningkat.

Ko nak sumbang kepada statistik tu jugak ke?

cik ungu said...[Reply to comment]

To all :

mekaseh untuk ucapan selamat panten baru anda semua walaupun ia diucapkan dengan muka tak boleh blah.
hahahaha


maceh!