Monday, January 16, 2012

Bekalan Tak Semestinya Nasik Lemak


Bismillah


Ok. Aku tau aku dah berjanji nak hapdet gambar poyo aku dan rakan-rakan.
Tapi member kata wayar transfer tertinggal, so tak boleh hapdet.
Aku kurang berkenan dengan alasan cikai camtu, tapi aku patuh je la.

Aku tinggalkan entri ni sebagai bekalan sepanjang minggu ni.
Tak berani aku nak kata bekalan hari akhirat. 
Maklumlah, entri lagha dan duniawi macamni, layak sangat lah tu kann..

17hb ni aku dan family pergi bercuti-cuti selama 5 hari.
So, aku tak dapat nak paksa korang masuk blog aku.
Tak dapat nak paksa korang komen.
Tak boleh nak cekik leher korang sampai korang puji aku cun.
Tak boleh nak hunus pisau kat pusat korang sampai korang beli album aku.
Ciss...




Ini gambar paling romantik aku pernah tangkap.
Jangan tanya kenapa ia sedikit bercirikan hindustan di taman bunga.
Jangan sampai aku letak gambar aku sedang berguling di kaki bukit.
Jangan sampai aku letak gambar aku ber-sari ungu bertindik hidung pula.

Jangan tanya kenapa aku pandang kanan.
Itu haruslah kerana kalau aku pandang belakang, tak nampak muka pula.
Jangan tanya kenapa aku bergambar manja dengan bunga.
Haruslah aku rela, dari bergambar manja dengan korang.
Tak 'kelasss-kau-Mariaa~' langsunglahhh..~


Owh, dan tak perlu tertanya-tanya.
Kali ni aku melancong tak jauh.
Dekat saje.

Tak percaya?
Tinggalkan laptop dan pergi ke tingkap terdekat.
Dongak langit.

Nampak aku tengah melambai?

Heyy, kat  sinilahhh!


Tak nampak, kan?


Memanglah.


Jangan bangang sangat boleh tak?
Please...



p/s : kalau rindu (siapa berani tak rindu, dia tenuk..) boleh komen sampai laptop meletup.
       Aktiviti insyaAllah di-update melalui Twitter
       Take care peminat-peminat Mulan~ (siapa tak minat pun dia tenuk juga~)


13 tindakbalas kimia:

Aqiim said...[Reply to comment]

selamat bersukaria cik ungu!~ :)

Cik Ungu Kamila said...[Reply to comment]

selamat bercuti cik ungu. ole2 jgn lupe eh. thanksss :)

saya dewi said...[Reply to comment]

siapa tak minat dia tenuk?


hokeh. sukaaaa gilaaaa kat cik ungu! hik3! comel je tau! ^^


*kechinggg*


arghhhh. kenapa tiba tiba aku jadi tenuk nieh? (T________T)

~pP_guSi~ said...[Reply to comment]

selamat bercuti cik ungu...

Tasha said...[Reply to comment]

auuu,cun betol tu.. :P

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Auwwwwwwwwwwwwww.. tetiba bangun pagi tadi baru akak perasan akak dah jadi separuh tenuk kehkehekehkeh

fizafantagiro said...[Reply to comment]

Selamat bercuti cuti cik ungu =)

shedameor said...[Reply to comment]

haha. bekalan akhirat :) phewww.

Tukang Karut said...[Reply to comment]

owh! Aku akan kerinduan padamu!

Cik Orkid said...[Reply to comment]

cun melecur dia. eh silap, melecun lah. wkaka

cik bulan said...[Reply to comment]

selamat aku bukan tenuk..



btw..mak aku xbg tipu.dosa katanya..ahahaha..so..xdak pujian utk anda..kbai

Mama2Q said...[Reply to comment]

dah jadi gadis bunga? -diriku bukan tenuk...mahupun tapir...jadi kenapa daku ke sini?

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

masi seperti biasa yer? haha