Tuesday, December 25, 2012

Himpunan Soalan Mencabar Maruah


Bismillah


Berikut disiarkan himpunan-himpunan soalan paling genius taraf Bill Gates yang pernah diajukan pada aku:










Moga menjadi panduan kepada pelajar-pelajar yang bakal mengambil SPM tahun depan.



Moral : Kadang-kadang kena kawan juga dengan orang gila.


Sunday, December 23, 2012

Tips Medium Apply Kerja


Bismillah


Sebenarnya aku tak rasa nak menulis sekarang. Tadi usha-usha Google+, bila nak bangun dari kerusi tiba-tiba kaki terasa semut-semut. Pastu pulak terlanggar kaki kerusi. Tahu tak penderitaan waktu tu? Air mata aku dah bergenang tapi senyum sorang-sorang jugaklah depan laptop. Memang menuntut jihad namanya.

Dah 5 bulan lebih kurang aku kerja. Tak tau kenapa rasa macam dah lama gila aku berpura-pura sibuk di ofis. Sampai kadang-kadang aku nyaris sangka aku ni manager. *selak rambut~


Baik. Bukan tu yang aku nak cerita. Aku nak kongsi sikit tips cari kerja ni. Bagi adik-adik yang dah final year, dah boleh cari-cari tempat kerja dan mula edarkan resume masing-masing. Bila akak sebut 'edar' ni, janganlah pulak kau berdiri depan pintu masuk Tesco atau Giant sambil hulur resume kau sekeping-sekeping kat semua orang yang lalu lalang. Atau janganlah terlebih extreme dengan naik lif sampai ke level paling tinggi, dan campak semua copy resume kau ke bawah. Dengan harapan semua orang berebut-rebut nak sambut resume-resume kau yang berterbangan tu. Amboi.. najis sangat perangai tu.


Beginilah..

*batuk-batuk kecil~

Mula-mula sekali, macam mana nak apply kerja sebenarnya. Sebenarnya ada banyak cara. Aku bagi cara paling senanglah ye. Tolong jangan apply kerja dengan mengetuk pintu rumah ke rumah. Pelis... Nak jadi pembantu rumah pun guna ejen ok. Secara kasarnya ada 5 cara ;


1. Dari website rasmi syarikat.

Mudah. Buka website, cari kata kunci 'career, hiring, recruitment,kerjaya' dan yang sedarah-daging dengannya. Ni cara paling selamat nak pastikan resume yang kau hantar tu sampai terus pada alamat yang dia bagi, samada alamat emel atau pos. Cara ni lebih sesuai kalau kau dah ada target company mana kau nak kerja nanti. Contohnya kau dah plan nak kerja dengan Sirim. Bukak terus website Sirim sendiri.

Yang tak cantiknya pasal cara ni, banyak website yang tak update website diorang. Bangang bunyinya,bukan? Aku pernah 3,4 kali tengok position yang di-offer dalam website tu due date applicationnya dah tamat beberapa bulan sebelumnya. Neraka tak perangai moderator website tu? Ni sebab company lebih suka iklankan peluang kerjaya dalam company melalui Jobstreet atau ejen-ejen lain. Lebih cepat, mudah dan banyak pilihan. Lebih cepat sebab majoriti pencari-pencari kerja ni memang mencari update-update terkini kerja dari Jobstreet. Sekali update masuk emel, 20 kerja kosong diorang boleh tau. Berbanding nak apply satu-satu kat website. Kalau nak apply 10 company, dah 10 website kena masuk. Belum kira nak kena register la, isi online resume la. Leceh kan.


2. Jobstreet

Jobstreet ni bagus untuk korang tau update-update terkini tentang kekosongan kerja. Tapi kalau nak harapkan Jobstreet semata, sampai kucing kau layak amek SPM pun belum tentu dapat kerja dari Jobstreet. Sebabnyaaaaaaa... orang yang apply kerja melalui Jobstreet ni teramat neraka ramainyaaa. Konsepnya, bila Jobstreet update ada kerja kosong kat bank A, dia takkan hantar update kat kau sorang je Kiah oii.. Nun haaa.. kat 10,000 orang yang lain pun dia hantar update jugak. Kalau dari 10,000 tu, tak payah banyak la aku bagi contoh.. Kata lah 5% je yang berminat nak apply. Mampu sangat mak nak bersaing dengan 500 applicants lain untuk satu kekosongan jawatan? Mohon meninggal.

Tapi kalau suka cara mudah dan cepat macamni, aku sarankan register dengan JobsCentral. Penggunanya tak seramai Jobstreet dan updatenya lebih niche berbanding Jobstreet. Atau boleh cuba JenJobs cuma Jenjobs ni tak mesra pengguna online. Bagi aku la, website Jenjobs ni macam kelam-kabut dan link yang dibagi pun macam haram.


3. Job agent

Yang ni lebih praktikal dari Jobstreet walaupun konsepnya lebih kurang Jobstreet jugak. Cuma lebih fokus sebab penggunanya tak ramai macam Jobstreet, JobsCentral atau Jenjobs. Contohnya kau cari kerja melalui Agensi Pekerjaan Janggut. 

Aku kata contoh.

Contoh.


Agensi Pekerjaan Janggut ni iklankan kerja kosong kat Kencana Jaya Holdings sebagai technician. Ada 200 orang apply sama macam kau. Dari 200 ni ejen akan screening dari resume kau dulu. Resume kau ok, cantik, mengagumkan dan penuh riak, kau boleh lepas screening kedua yakni interview dengan Agensi Pekerjaan Janggut. Bukan interview terus dengan Kencana Jaya Holdings ye! Stage ni mungkin tinggal 100 orang. Lepastu kena screening lagi, sampai yang qualified je akan di-propose namanya pada bahagian Human Resource Kencana Jaya Holdings. 

Bergantung pada agensi. Lain agensi, lain cara interviewnya. Bab interview ni aku kongsi kat next entri. Sekarang tak sempat. Pasni nak keluar shopping. Maklumla sejak kerja, baju rasa macam tak cukup je. Takkan nak pakai baju kotak-kotak tu gi kerja. Gila rasa otai. Nak pulak tambah rantai basikal sangkut kat leher kan. Paling dapat naik pangkatlah gayanya.

Hm..

Bukan susah nak lari topik.


4. Jobfair & Talk program

Pernah dengar? Bagi student-student ipta dan ipts, kalau dengar je ada jobfair ni, tolonglah pergi.Tak dapat yang jauh-jauh, tolonglah pergi yang dekat-dekat tu. Universiti dan kolej selalunya ada banyak aktiviti jobfair ni, especially yang tahun ketiga atau keempat. Datang bawak resume 10 salinan. Pergi booth-booth company yang kau minat, buat-buat tanya soalan, lempar resume sekeping, balik. Untung-untung rezeki murah, terus dipanggil interview on the spot kat booth tu jugak. Cara ni yang bagusnya, saingan tak banyak. Kalau buat kat universiti sendiri, bebudak batch kau gak yang hantar. Takdelah satu Malaysia. 

Atau bagi yang rajin ikut dengar program-program gaya Talk ni, sila hadir. Selalunya company-company yang bagi talk ni ada buka peluang untuk siapa-siapa yang berminat. Boleh hantar resume sekali. Nasib baik, dapatlah call dari diorang lepas beberapa hari. Kalau tak pun takpelah. Bukan rugi ape pun.

Tapi tolong ye.. Kalau kau gi Talk pasal party tupperware, tak payah nak bawak resume sangatlahhhh!


5. Practical Training

Atau Latihan Industri. Yang pastinya, kebanyakkan universiti memang cerdik. Selalunya LI ni dibuat tahun akhir, semester akhir. Jadi student yang perform kalau tak ada aral melintang, boleh terus stay kerja kat tempat LI. Tak payah berhenti kerja atau apply banyak kali. Tapi ni pilihan je. Kalau agak malas nak bergerak, kerja je lah terus. Dah ada pengalaman sikit, boleh dibuat modal nak cari kerja tempat lain. Senang sikit.



Next entri maybe aku share pasal interview. Kalau rajin la. Tapi hormon malas aku ni macam menggelegak je pulak. Entah kenapa entah...



Sunday, December 16, 2012

Ayah Aku Lagi Best Dari Pizza Hut


Bismillah



Suatu malam, lepas aku balik kerja dan baru nak duduk kat sofa, ayah baru balik dari masjid. Comel je dengan jubah dan kopiah dia, datang pada aku penuh excited bertanya..

"Iqa, Ustaz Firdaus asek suruh ayah buat Sawab? Ke Aswab? Iqa tolong buatkan, Qa. Dia kata senang kalau ada Sawab tu."


Tahik. 

Binatang apa Sawab, Aswab ni.? 


Aku berikan pandangan paling jijik sambil kecilkan sebelah mata dan kerutkan kening sebagai tanda protes tak faham apa kemahuan ayah sebenarnya. Otak aku tak dapat connect dengan baik setiap info yang masuk ke telinga menyebabkan refleksi aku tunggang-langgang dan sekatan jalanraya berlaku di kerongkong. Apa yang keluar dari mulut aku cuma berbunyi "Huh..??


Ayah nampak cuba sedaya upaya untuk mengolah ayat supaya aku faham apa yang dia nak katakan. Tapi gagal. Ayah kata lagi..

"Ustaz Firdaus kata senang ada Swap ni..."


Ok. Swap ni binatang apa pulak?


Aku buntu. Cuba huraikan hubungan konflik antara Sawab, Aswab dan Swap.Aku cuma boleh terbayangkan lelaki lingkungan umur 30-an yang pakai t-shirt warna cokelat muda, tengah buat kira-kira guna kalkulator sambil rujuk buku akaun lejar atas meja kayu kecil. Kemudian scene beralih pula pada seorang makcik berkain batik dengan baju kurung kedah yang tengah berjalan masuk ke kedai runcit milik lelaki tadi. 

Itulah dia Kedai Runcit Ahmad Sawab. 

Aku tak tahu kenapa gambaran ni bermain-main kat otak aku. Siap rupa Ahmad Sawab tu sekali aku leh bayangkan.


"...nanti boleh buat group discuss ramai-ramai. Ayah nak buat group dengan geng kelas Arab ayah." Ayah masih dalam proses mengolah contoh terbaik untuk buat aku faham.



Aku terfikir-fikir sendiri.
Group discussion dalam fon..?


Tiba-tiba terasa ada kurniaan hidayah Allah berkelip-kelip dalam otak. 


Oh. Ayahanda.




Whatsapp.






Moral : Ayah aku comel juga kadang-kadang. 


Saturday, December 8, 2012

Sebenarnya Aku Bukan Watak Utama



Bismillah


Baru aku nak renovate blog, dah nampak pesanan penaja ni :




Ya.. aku tau last entri aku adalah sebulan sepuluh hari yang lepas. Terima kasih sebab bertanya walaupun ayat kau tu macam berbelit sikit. Tapi memandangkan aku rakyat Malaysia berjiwa 1 Malaysia, aku masih boleh faham ayat belit kau tu.

Baiklah.

Disebabkan dah sebulan setengah aku tak update, maka aku sajikan entri ringkas dan bangang untuk tatapan khalayak. Kalau aku tepek entri berjela-jela sangat, risau juga.. Ye lah, keyboard lappy pun macam dah rapuh-rapuh. Taip sikit, berkecai.

Sekarang ni dah pukul 9.40 malam
Rumah kosong. Mama ayah pergi kenduri kahwin. Nun kat johor.


Lepas maghrib, aku fikir nak masak apa. 
Perut masih kenyang. Takkan nak masak nasik.


Selalunya bila mama tanya soalan 'nak masak apa eh harini.?'
Aku cuba menjadi seorang yang lucu dengan menjawab,
'kita fikir masak-masak je lah.'

Dan selalunya muka mama tak ada ekspresi. Aku kecik hati.
Bakat lucu aku semakin pudar.


Hmm..
Bukan tu yang aku nak ceritakan tadi.


Sedang aku berfikir-fikir nak masak apa, aku terpandang majalah atas lantai dapur depan tv.
Cantik je mukasurat majalah tu terbuka iklan gambar pancake.


Pancake.
Atau bila aku nak nampak ayu raudhah sikit, aku akan sebut lempeng.

Aku mula kumpul bahan untuk buat adunan pancake aku. Hujan kat luar lebat menggila.
Aku kacau-kacau adunan pancake tadi sambil cuba mempraktikkan gaya mengacau adunan dengan betul. Selalu tengok Masterchef US tu, katanya gaya mengacau adunan kena betul. 


Jap..

Bila aku sebut mengacau kat sini, apa yang aku maksudkan adalah 'memutar-mutar adunan pancake dalam bekas tadi menggunakan sudu'. 
Bukan mengacau seperti berkata 'hai awak..emm..boleh saya nak nombor telefon awak.?' sambil kenyit mata ke arah bekas adunan pancake aku tadi. 

Pelis jangan bangang sangat. 
Pelis..


Tengah aku mengacau-yakni-menggunakan-sudu adunan tadi, tiba-tiba guruh sekuat alam berdentum dan serentak tu rumah aku gelap gelita.

Dari teknik mengacau aku seperti profesyenel, terus aku mengacau bak pesakit Parkinson. Aku cuba cari punca cahaya samar-samar dari bulan, tapi tak ada. Dengan mangkuk adunan tu jugak aku meraba-raba jalan ke arah pintu. Aku bukak pintu dengan harapan cahaya bulan dari luar boleh masuk. Masih gelap. Cuma sesekali kilat sekelip mata.

Waktu tu lah otak aku berebut-rebut nak ingat balik segala babak cerita hantu yang pernah aku tengok sepanjang 24 tahun aku hidup. Lucu apakah ini.? Masa aku exam, otak aku takde pulak nak se-aktif macamtu. Biadap..biadap..

Hampir 2 minit aku tercegat pegang pintu yang terbukak luas sambil peluk mangkuk adunan pancake yang tak siap-siap. Aku nampak hujan ribut kat luar. Muka aku terkena percik-percik air hujan yang menggila. Aku berfikir-fikir. Aku tak berani nak pergi belakang ke dapur. Tapi jadah nya aku nak tercegat depan pintu ni sampai hujan berenti. Aku beranikan diri kunci balik pintu. Dengan bantuan lampu henpon, aku cari jalan ke dapur. Cari mancis dalam laci. Mangkuk adunan pancake aku letak atas meja. Terketar-ketar tangan cuba nak nyalakan mancis. Dalam hati aku kutuk diri sendiri. Nak nyalakan mancis pun gaya tenat habis. Total 8 bijik lilin berjaya aku nyalakan. Aku pegang satu kaki lilin dan bawak ke switchboard. Aku tarik kerusi. Panjat. On balik main switch. Dan rumah aku terang.

Oh Tuhan. Syukur.
Aku tarik nafas panjang tanda lega.
Waktu tu aku terasa sangat macho bila berjaya melalui saat-saat getir seorang diri. 
Dan bila berjaya terangkan rumah, aku terasa amat maskulin.
Dalam hati kata, kalaulah jiran sebelah nampak kualiti hero aku tadi..Pehh...


Aku turun kerusi. 
Jalan ke arah ruang tamu. Aku nekad nak tunggu mama ayah sampai dari johor.
Nak tunggu kat ruang tamu je. Tak berani nak naik tingkat atas.


Baru aku duduk,
rumah aku gelap gelita.



Dan kau kena tahu,
saat-saat maskulin tak datang selalu.



Dan sebenarnya watak utama untuk entri ni adalah
mangkuk adunan pancake.




Moral : Sekarang nampak tak ke-relevan-an tajuk entri aku.?


Saturday, November 3, 2012

Laser Mata - Bab 2



Bismillah



Lepas berbulan-bulan aku abaikan keyword search blog ni, lantas aku pun memerhatikannya tadi. Rupanya ramai rakyat Malaysia yang nak tau pasal laser mata. Dan komen-komen dari entri pengalaman aku laser mata sebelum ni, semuanya kata ia menakutkan seiras neraka.


Mohon bertenang.



Memanglah proses-proses tu melibatkan direct contact antara bijik mata anda dengan medium lain. Tapi tak mungkinlah proses cucuk-cucuk mata tu membuatkan bijik mata anda berdarah ataupun tercabut dan jatuh bergolek ke bawah meja. Mari aku simpulkan setiap proses, tingkat demi tingkat.


Proses 1 : Titik-titik eyedrop

Sepanjang penglibatan aku dalam arena laser mata ni, tak adalah pulak aku kena guna eyedrop yang membuatkan bebola mata aku terbakar ataupun bertukar jadi bebola ikan. Tak ada. Kalau ada pun sejenis dua ubat titis yang pedih sikit. Tak mati pun.


Proses 2 : Cucuk mata

Bukanlah aku kata mata tu kena cucuk dengan jarum. Jauh sekali Mami Jarum. Ada sejenis menatang mesin yang macam pen, gunanya untuk check pressure mata. So, hujung mesin tu akan disentuh-sentuhkan kat bijik mata korang supaya dapat bacaan tekanan mata. Sebelum tu doktor akan titiskan ubat kebas dalam bijik mata supaya tak rasa apape waktu dia nak cucuk-cucuk sikit guna mesin pen tu.

Faham?

Kalau tak faham, tolong pergi ambil wudhu' sekarang.
Moga terang hati.


Proses 3 : Proses me-laser

Sama lah macam korang buat operation punggung.

Jangan tanya kenapa aku pilih punggung sebagai contoh. (Hak menulis, hak kami!)
Mestilah korang di-operate dalam keadaan tak rasa sakit. So, sebelum laser nanti doktor akan titis macam-macam ubat termasuk ubat bius. Sepanjang proses toreh-toreh lapisan mata tu, korang nampak bayang-bayang tangan doktor, peralatan, dan view yang kejap terang kejap kabur, tanpa rasa sakit. Memanglah cuak bila tengok semua tu tapi memang tak rasa apape. Cuma rasa sejuk gila kat mata bila doktor titis-titis ubat macam-macam tu.


Proses 4 : Neraka

Ya.
Peringkat ini memang sakit. Yakni, sekitar 2-4 jam lepas operation. Waktu ni kesan ubat bius dah hilang, jadi rasa sakit tu memang berdenyut-denyut. Rasa bijik mata macam terbakar dan view pun blur. 

Tapi jangan risau, tu semua sementara je. Dalam seminggu tu rasanya dah ok. Aku dulu hari ke-empat dah tak sakit. Pasal cuti jangan risau. Memang korang akan di-provide MC selama seminggu. So kalau menderita 2,3 hari pertama lepas laser tu, korang boleh menggelupur di atas katil rumah. Alang-alang sakit, biar dalam keadaan selesa. Bhahahahah! Terkelakar pulak rasanya.


Sekarang dah faham?

Semua orang duk takut dengan cerita detail aku tu. Bawak bertenang. Sakitnya cuma 2,3 hari lepas laser je. Sepanjang proses tu dan sebelum proses, semua tak sakit. Jadi jangan takut bagi yang ragu-ragu nak buat laser mata after baca pengalaman aku tu.


Heyy..

Tengok ni.
Aku mampu menaip entri dengan keyboard dan skrin yang jauh dari mata, tapi aku nampak!! Hoiyehhh!!

Jeles kan.?



Sakit sekejap je, tapi kesannya, korang tak rabun dah sampai mati. Sebab, kalau power korang naik lagi lepas beberapa tahun dan keadaan fizikal mata kau masih ok, korang boleh buat laser lagi secara FREE!


So, lantak koranglah. Aku nak sarapan ni. 
Nak melihat nasik lemak dengan pandangan yang terang.

Daa~




Sunday, October 14, 2012

Tatkala Serius Nak Tulis Entri





Bismillah



Ayuh serius menaip. 


Siapa yang terbaca 'Ayah' tadi sila hiris diri sendiri dengan pisau.


Sekali lagi.
Ayuh serius menaip.


Waktu perut lapar, semua benda boleh jadi serius. Tak tipu.
Waktu macam ni, kalau aku kata nama aku Zakaria pun tak ada siapa yang berani 
nak mempertikaikan.



Betul tak aku cakap, tak ada yang berani.



Eh, 

siapa yang angkat tangan tadi.?



Biadap. Amat.



Baiklah, baiklah. Petang tadi aku baru sampai dari Terengganu.
Ya, ada urusan bisnes jota-jota punya. 
Drama melayu, haruslah ada cerita bisnes jota-jota. Nama syarikat harus nama ala-ala Kencana Jaya Holding. 'Holding' tu wajib. Paling busuk pun harus ada 'Wisma'.
Lepastu anak lelaki Tan Sri yang jadi pengarah syarikat. Jatuh cinta pulak dengan si gadis kurang berada yang kerja part-time kat Sogo. Satgi adalah gadis seksi yang cantik berebutkan anak Tan Sri. Supporternya haruslah emak si hero yang ber-title-kan Datin Sri.
Selang 4,5 episod, si gadis seksi datang Sogo bagi pelempang sedas kat si gadis kurang berada.


Ahh..

Waktu lapar, semua jadi serius.



Ekceli, itu bukan apa yang aku nak tulis. 


Esok mula kerja di tempat baru. 
Maksud aku 'tempat baru' bukanlah tempat yang semalam baru siap bina, esok aku dah start kerja situ bersama dinding batu-bata merah belum ber-cat. 


Bukan. 

Diharap tingkatkan IQ masing-masing. Masih di taraf negatif gamaknya.


Ehmm.. Maksud aku tadi, esok aku bakal mula berkerja di syarikat yang lain. Mohon doa tulus ikhlas agar semuanya berjalan dengan baik dan cantik. 




Yang pasti,
aku tak berkerja di Kencana Jaya Holding.


Saturday, October 13, 2012

You Are Included.




Bismillah








Pictures:credit to nodie



Allah S.W.T The Almighty.
Rasulullah S.A.W and all Messengers.
The Idol, Dear Father.
The Beloved, Dear Mother.
The Supporter, Dear Sister and Brother.
The Legend, all School Teachers.
The Polisher, all Lecturers.
The Life-Giving-Memories, all Friends.
The Loyal, Dear Captain.
The Life-Characters, you.


Alhamdulillah
and Thank you.






Saturday, October 6, 2012

Sharing the Blessings




Bismillah



credit to nodie


8th of October, 2012
Session II : 1.30pm to 5.30pm
Cultural Activity Centre,
International Islamic University Malaysia,
Gombak.



Everyone is invited. Be there and bless the day.


Sunday, September 30, 2012

Aku Sombong Sekarang



Bismillah



Ya..
Ya..

Tak perlu mengalirkan airmata sebab akhirnya aku update entri.

Tak perlu.


Dan sekarang pula tak perlu cebikkan bibir sebagai tanda protes dengan statement aku di atas.

Tak perlu.



Dua bulan ni banyak cerita sebenarnya. Tapi sebagai wanita berkerjaya, kenalah buat-buat jarang update sikit, demi meluap-luapkan impak kesibukan wanita kota.

Tu diaaaaa... 
Ayat mintak meninggal.


Tapi aku tak tipu wehh.. Sumpah sibuk. Penat. Cuba kau bayangkan.



hmm..


Baca apa lagi tu? Kan aku suruh kau cuba bayangkan.

Tutuplah mata. Sambil dua-dua tangan pegang kiri dan kanan bahagian kepala. Tambahkan kerutan dahi untuk kesan yang lebih meyakinkan.


Ok. Bayangkan eh. Office hour aku start pukul 9.30. Tapi 7.30 pagi aku dah kena mulakan perjalanan. Kaedahnya, aku ulang alik Shah Alam-Ampang. Naik public transport. Kalau drive, meninggallah aku dalam traffic jam berserta duit minyak dan tol secukup rasa. Jadi travelling hours pergi dan balik secara kasarnya dalam 4 jam. Itu belum masuk train lambat, bas lambat, tayar bas terkeluar, dan lain-lain.


4 jam.

Tempoh tu aku boleh pergi-balik Kuantan, tahu?
Tahu??

Kau angguk sekarang.


Habis office hour 6.30. Sampai rumah dalam 8.30 malam. Makan. Solat. Terus tak sedarkan diri. Dah lah makhluk-makhluk dalam train tu kadang-kadang buat perangai gaya first time sampai planet Bumi. Stress Mak Jemahh oii..! 

Yang style dah nampak orang beratur ikut line, dia aci potong terus wujudkan line ilusi kat sebelah line asal. Pastu bila nak masuk train, dia aci senggol punggung dengan bahu kau, berebut nak masuk dulu. Ya ampunnn.. Tak rasa nak gigit ke taiklalat makhluk camtu? Yang style rambut nak dreadlock tapi tak reti nak cover bau, itu paling mintak digilis keretapi tu. 


Dreadlock tu apa?

Eh, kau pernah dengar menatang nama 'Google Search'?


Ehem.
Jadi celah mana aku nak dapat mood nak update blog pulak? Celah liang lahad?


Sekarang ni aku jadi accounts exec. untuk satu event management company. Aku nak sangat buat promosi besar-besaran tapi aku tak selesa if ada antara orang ofis aku yang stalk blog aku nanti. Eeeii tak seronok la hidup camtu. Tapi kalau ada yang nak buat majlis kahwin ke, majlis tunang ke, majlis harijadi ke, bersunat ke, wat majlis cukur jambul ke, cukur misai mahupun cukur wallet suami, boleh roger aku. 


Dan sekarang pulak aku tengah sibuk buat persiapan lain.


Apa?

Persiapan hari mati?


hmpphh...
Terasa pedih pulak perli diri sendiri ni kan.



Err...
Takpelah. Aku nak gi amek air semayang dulu demi meneutralkan perasaan bersalah ni.

Daa..~


AKU MEMANG MENGHARAPKAN
PUJIAN KATA AKU CANTIK!
Pic lepas habis belajar 4 bulan lepas aku edit bagi
nampak macam manusia. Kalau kau
masih kata macam puaka, sumpah aku tacing.



p/s : pasni aku nak letak gambat camwhore banyak-banyak, stok untuk dua bulan.
       post hari-hari sampai semua followers aku unfollow. 






Tuesday, September 11, 2012

Ibarat Nasik Sudah Menjadi Sushi. Tak Sedap Pulak Tu.




Bismillah



Salah satu kelemahan aku yang susah nak diselamatkan adalah berkomunikasi.
Kadang-kadang aku pilih ayat yang tak kena dengan keadaan. Kononnya nak beramah-mesra. Kononnya nak cuba ringan mulut. Tapi tak semua orang ada bakat berkomunikasi.


Kata orang, melentur buluh biar dari rebung. Tapi kalau kategori aku ni, rebung itu memang sangat jauh untuk dicapai. Bahkan status buluh pun aku tak layak.



Waktu aku sekolah menengah, mama selalu bawak aku pergi sekolah dia. Waktu tu mama penolong kanan hal ehwal murid.


Ya.. Aku tau apa kau cakap dalam hati..
'Amboi..Mak penolong kanan hal ehwal murid..tapi anak perangai macam set...'

cukup.. cukup.. 

Demi mengawal statistik kematian di Malaysia, maka aku cadangkan agar kau jangan berani-berani nak sambung ayat di atas.


Kat sekolah mama waktu tu, ada dua orang kerani yang baik dengan aku. Kak A dan Kak B. Bukan nama sebenar. Diriwayatkan, lepas beberapa bulan aku pun habis sekolah, dan mama pun dah tukar sekolah lain. Dan dengar-dengar kakak kerani tu pun dah kawen.


2007 :

Petang tu, aku teman mama beli barang rumah. Jalan-jalan-jalan, terserempak dengan Kak A dengan Kak B. Kami salam-salam. Tegur-tegur. Aku nampak perut Kak A berisi. Aku pun mula beramah mesra..

"Ehh pregnant kee!" *bulatkan mata tanda excited.

-"Ha'ah. Dah masuk 6 bulan." Kak A jawab penuh excited.


Rupa-rupanya Kak B pun dah berisi. Maka demi menjadi adil dan saksama, aku pun tegur Kak B..

"Ehh pregnant jugak kee!" *sekali lagi bulatkan mata.

Kak A, Kak B dan mama pandang aku secara berjemaah..


-"Akak kawen pun belum.." dia senyum kelat-kelat-gaya-nak-membunuh sambil cuba kontrol pernafasan.



Akak.. Saya tak bermaksud... 
err...





Aku rasa berdosa.




Moral Sang Kancil : Flush jamban selepas guna.



Wednesday, August 29, 2012

Ayah Den Idola Den



Bismillah





" Aku ada Master,
  aku ada Bachelor,
  aku ada sijil.
  Tapi aku tak tau nak buang ke mana semua tu.
  Tapi kalau kau hafal separuh Al-Quran,
  itu boleh bawak kau lebih jauh
  dengan nikmat yang lebih luas."


- Ayah



Bukanlah maksudnya tak perlu mencari ilmu di dunia. Ilmu tu wajib dicari. 
Selagi mampu, carilah. Selagi mampu, belajarlah tinggi-tinggi.
Sesetengah orang, bila disebut ilmu agama lebih penting, terus melenting.
Katanya kita berfikiran sempit, berasa cepat puas, taknak majukan diri.
Bukan semestinya bila orang itu namanya ustaz, 
dia cuma tahu ilmu agama dan bodoh tentang ekonomi,
atau bodoh tentang politik, atau bodoh tentang sains, atau bodoh tentang hal dunia.
Bukan itu.

Cuma,
andainya aku mampu belajar sampai korbankan tidur malam,
andainya aku mampu wat research pagi petang siang malam,
andainya orang panggil aku Doktor atau Professor,
hafal references buku tebal-tebal dengan tulisan font 8,
tapi bila solat balik-balik baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dengan An-Nas..

..malu lah dengan Tuhan.



Walaupun yang wajib tu Al-Fatihah. 
Tapi kalau dari sijil kita nak majukan diri dapat Diploma,
dari Diploma kita nak majukan diri dapat Degree, Master, PhD,
lebih lagi sepatutnya kita majukan diri dari duk ulang-ulang Surah Al-Ikhlas aje,kan.


Untunglah berjaya dunia dan akhirat.
Kalau tak berjaya dunia, biarlah berjaya akhirat. 
Kalau berjaya dunia, tapi tak berjaya akhirat, itu risau.




*pesanan khidmat masyarakat untuk diri sendiri. 
 ketidaksukaan anda pada pendapat saya, tidak akan dihalang.



Wednesday, August 15, 2012

Kata-kata Aluan Pra-Raya Yang Menjengkelkan



Bismillah




Bapak segala pemalas di dunia aku sekarang. Tunggu blog osteoporisis baru nak hapdet. Ahh.. Kesahhh..!


Memandangkan semua sebok nak prepare untuk raya, sebok kejar ayam lembu di kampung wat sembelih, sebok memenuhkan almari rumah dengan baju raya dan juga sebok mengira berapa batang jari lagi yang tak meletup dek mercun, maka aku pun nak gak turut sama buat-buat bz. Barulah nampak gaya orang-orang penting. Saangaatttt...!


Selamat balik kampung kepada semua. Yang tak balik pulak tak perlu menangis sambil cucuk buluh lemang ke lubang hidung sendiri. Raya mana-mana pun ada sentimental value yang tersendiri. Maka selamat berselamat semuanyaaaaaaaaa...!~




Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri (semangat mengalahkan Lee Chong Wei)


Wednesday, August 1, 2012

Kerana Asam Itu Membunuhku



Bismillah



Hampir 20 tahun lepas, aku mula belajar berpuasa. Waktu tu aku masih belum sekolah. Aku ada sorang sepupu yg lebih muda dari aku. Afiq nama dia. Tahun tu aku baru belajar puasa. Afiq pun nak belajar puasa.

Mana boleh. Dia lagi muda dari aku. Mana boleh dia dapat puasa penuh kalau aku tak dapat puasa penuh. Entah mana datang perangai hasad dengki shaiton waktu tu. Bila kenang-kenang balik, agak kagum jugak aku pada level kedengkian diri sendiri waktu kecik lagi.

Sambung cerita. Waktu tu baru pukul 11 pagi. Dah nak masuk tengahari. Afiq masih lagi gigih berpuasa. Aku mulai stress. Aku bingit betul kalau kena banding-banding dengan mak, maksu dan ahli keluarga lain tentang ke-terer-an Afiq yang jauh lebih muda dari aku tapi mampu menyaingi aku dalam acara berpuasa 400meter. Mana boleh..mana boleh..

Siang tu aku bawa Afiq turun dapur. Aku tunjukkan dia jajan asam yang aku beli malam sebelumnya. Aku makan tak habis malam tu sebab masam sangat. Tak sedap. Pembaziran lagi. Haruslah shaiton suka kawan dengan aku kan. Aku cakap kat Afiq...

"Sedap ni asam ni. Cuba la makan." 

Boleh tahan jahanam perangai kecik-kecik menghasut orang supaya buka puasa. Gila berdosanya diriku ini. Afiq pandang plastik asam dengan mata bercahaya, tapi lepas tu Afiq kata...

"Taknak lah.. Nanti masam.."

Kuang aja..
Berani dia membantah cubaan bisikan nafsu hasad dengki aku ni. Aku cuba yakinkan Afiq.

"Taklahh. Tak masam. Sedap je. Cuba la rasa sikit." Masih berusaha.

Afiq geleng-geleng. "Masam.". Masih berpegang pada paksi keimanan nampaknya budak 3 tahun lebih ni.


Penat argue seminit,dua. Aku geram. 

"Kak Iqa kata tak masam, tak masam lahh. Sedapp! Tak caya, tengok.." kata aku, lantas aku melakukan suatu bentuk demonstrasi terhadap asam itu. Dalam sekelip mata kepingan kecil asam tu berguling-guling dalam mulut aku. 


Aku terdiam tiba-tiba. Terkebil-kebil.


Aku pandang Afiq. Afiq terkebil-kebil pandang aku sebelum blah dan kata..


"Masam ah."





Moral : Aku berjaya puasa sampai pukul 11 pagi. *hnssfff hnnssff....~