Thursday, December 29, 2011

Jangan Mengharapkan Aku Lagi


Bismillah



Gigih buat nota bagai. Padahal mukasurat belakang
ada gambar orang lidi.
Motif tajuk entri nak jiwang aphal?
Mood Hombak Wendo aku tengah mari.

3 hari ni hidup aku diwarnai dengan buku sahaja. 
Tapi kenapa cuma 3 hari?

Sebab normal. Study last minute kan.
Perlu ke aku jawab pertanyaan bodoh macamtu?
Macam tak biasa.

Orang normal aja study last minute.
Orang tak normal pulak akan study dari mula.

Siapa kata?

Eh, aku la kata.


Harini (29/12) start first paper.
Next 4,5,6 dan 14hb. Sem ni 5 paper saje. Seronot ok.
Dah final year insyaAllah. Sem depan 3 subjek je. Banyaklah masa untuk berjimba.
Hujung-hujung tahun macamni harus cuba maintain pointer. Bukan fikir nak habis cepat je. 

Kena bagi kaler pucat sikit. Baru impak
study kuat sampai sakit tu nampak jelas.
Dah mula fikir kerja.
Tapi terasa nak sambung belajar.
Lecturer hensem recommend kerja kat Qatar.
Mampu sangatlah gadis-desa-perangai-puaka cam aku kerja kat Qatar,kan ?
Takyah berangan.

Tak dapat la nak gigih sangat hapdet blog 2,3 minggu ni.
Ni pun curi-curi sebab aku rasa makin aku tengok nota-nota tu, makin aku rasa nak panjat Genting Highland, naik roller coaster dan terjun tiruk gaya kuak bebas ke tanah.

Friends, readers, stalkers, makcik cleaner blok D, makcik cafe, Kak Rani pekerja kiosk, Kak Sal owner kiosk, sister menggelabah kedai fotostat, dan sebagainya,
doakan saye!

Eh, bukan doakan exam ni aje.
Doakan dunia akhirat.
Thanx!~



p/s : Sekarang ni musim exam di mana-mana. So, goodluck untuk semua!~

Tuesday, December 27, 2011

Diam Tak Bermaksud Salah


Bismillah


Pernah jumpa tak dengan orang yang jenis tak nak kalah?


Contohnya A dengan B tengah jalan-jalan nak gi memancing sambil berborak.
Mereka pun berborak.

A : Kita kena jaga hati orang walaupun kita tak suka orang tu. Rasulullah dengan orang kafir pun cakap elok-elok, ini pulak sesama agama. Berlapik lah kalau nak bercakap tapi tak bermakna kena menipu. Kalau orang tu tak reti bahasa, maknanya dia lembab.

B : Cakap je lah straight forward. Mampus la dia terasa ke tak, sakit hati ke tak. Janji jelas. Kalau cakap berlapik-lapik ni, nanti isi tak sampai. Cakap terus sekali kan senang. Berlapik-lapik ni boleh bikin salah faham.

Argue lagi.

A : Orang normal mesti faham kiasan simple. Nabi kata, kalau datang rumah orang, bagi salam 3 kali. Kalau 3 kali tak berjawab, sila faham-faham sendiri dan wajib balik. Kalau tuan rumah ada dan dengar tapi tak buka pintu, tu tandanya dia taknak diganggu. Tak perlu nak halau pun tetamu tu. Sendiri faham.

Nak jugak menang.

B : So, kalau dah 3,4,5 kali duk cakap berlapik tapi tak faham-faham juga, salah siapa? Bukan semua orang faham kiasan-kiasan bodoh ni. 

A : Kalau orang tu lembab macam kau, mungkin lah. Dah cara kami macamni, nak menjaga hati sedara sendiri. Kami boleh je nak cakap direct, 'aku menyampah dengan kau,setan' tapi nanti hati kau tu pedih. Tacing. Kami malas je nak cari kau kat padang Mahsyar nanti, nak mintak maaf. 

B : *Telan air liur~ Ok. Aku pulak dah memang cara macamni. So, nak buat macamana kan. Bukan salah aku jugak.


Tangkap situasi macamni?
Korang side A atau B ?


Mana-mana side pun, korang kena bijak. Bila orang tu tak setuju dengan kita, tak bermakna kita kena berdebat sampai bergaduh bertumbuk. Nak bom guna meriam? Cantek sangat idea tu. Ikutkan hati memang nak bom lubang hidung dia,kan? Tapi Nabi berperang bukan sebab nak menang debat, tapi nak selamatkan agama. Lepas nabi wafat, Abu Bakar (As-Siddiq) pulak gi berperang. Bukan sebab nak menang debat, tapi sebab nak memerangi golongan yang tak bayar zakat. Pernah pulak dengar nabi berperang sebab tak nak kalah debat,kan? 


Kalau dah tahu korang pihak yang benar, dah explain, dah argue, tapi orang sebelah tak nak kalah, biarkan. Sebab nabi berdakwah dengan hikmah.


Kita boleh menjadi bijak bila nak argue dengan orang yang degil dan tak nak kalah. Kalau korang rasa korang betul, korang diam aje. Doakan lah orang yang tak nak kalah tu supaya terang hati dan nampak kebenaran. Dan kalau korang rasa korang di pihak yang salah, korang still kena diam sebab korang dah salah. Hati masing-masing tahu kalau diri sendiri betul ke salah,kan? 

Bergantung pada niat jugak la, cik ungu. Kalau yang salah tu rasa dia betul, macamana?

Sebutkan dalam hati, korang berdebat sebab apa?
Kalau niatnya betul, in the end korang mesti diam. Bukan sebab kalah, tapi sebab nak menjaga silaturrahim. Kalau sepanjang nak berdebat tu korang tak nak kalah tanpa apa-apa tujuan, just nak menang dan ego meninggi. Then korang tahu korang di pihak yang salah. Sebab orang yang benar tu bercakap untuk agama, bukan untuk diri sendiri.


Nampak tak betapa benda simple dan bodoh itu boleh membiaskan banyak perkara dalam diri?

Kalau korang tengah berdebat mulut dengan member sebelah, dan dia tiba-tiba diam, senyum dan angguk aje, korang harus respect. Jangan fikir dia salah dan kalah, sebab dia mungkin malas nak bergaduh dengan korang. Dan mungkin dalam senyum tu dia tengah berdoa untuk korang.


p/s : tapi kalau dalam sesi atau pertandingan debat, jangan lah nak diam senyum angguk pulak. Komfem la kalah.


Dan tolonglah. Isi diri dengan pengetahuan agama dulu. Tak perlu perfect pun. Aku pun sangat tinggi tahap kejahilan dalam diri. Tapi tu bukan alasan untuk nak duduk di takuk sama. Jangan cuma nak hidup tu warna-warni dengan benda yang kita suka je. Walaupun tak tahu banyak, at least isi sikit-sikit. Lama-lama jadi klcc jugak. Sekurang-kurangnya ada benda yang kita tahu.

Sebok sangat belajar cara nak letak widget itu, widget ini, nak bagi blog tu kalau boleh bila klik, ada kuar meletup-letup dengan bunga api. Belajar letak kod itu, kod ini. Hafal dah sume coding, sume javascript hapekebendentah. Tapi sikit tak minat nak belajar tajwid. Padahal klik je kat Google tu, bersepah-sepah website yang ajar tajwid.


Ok fine. Aku sangat menggelabah dalam entri ni. Kata la aku menggelabah gila ungka pun, takde hal. At least korang dah nampak side menggelabah-poyo-habis-serius dalam entri ni.


Ok. Semua boleh bersurai sekarang.




Owh man..
Aku tak suka menjadi matang.
Tak suka berbicara perkara serius.
Tapi sekali-sekala perlu.

Sunday, December 25, 2011

Apa Maksud Sebenar Perempuan Bila Reply SMS?


Bismillah


Kadang-kadang susah kan nak faham apa sebenarnya maksud perempuan yang reply sms korang tu.
Amboi..
Apsal pembuka kata aku ni macam intro rancangan TV.

Kagum?
Cukup...

Sikit-sikit dah la.. *libas rambut ke kanan~

Ok.Aku telah diajukan soalan dari sorang member aku, Sepul ;


Aku pula berjanji ;


So lepas 2 hari, kalau aku tak habis berak lagi memang terlalu menipu lah kan.

Yang tak faham dan nak faham, boleh baca kat sini;




Tapi itu cuma pendapat dan pengamatan aku je lah ye.
Takyah nak feeling-feeling sangatlah.


Saturday, December 24, 2011

Aku Ada Along Yang Berpuaka


Bismillah


Tadi Along and the family datang rumah.

Along yang mana lagi?
Abang aku yang berperangai puaka tu lah.

Anak sedara aku, Sofea sibuk duk main magnet-magnet yang banyak kat pintu peti ais.
Ada magnet gambar baju biru, magnet penguin, magnet kartun main ragbi,
magnet peta, magnet anjing laut warna merah.
Banyaklah.

Aku layan Sofea main magnet.
Magnet anjing laut warna merah tu terjatuh.
Aku pun kutip nak lekat balik kat pintu peti ais.

Along nampak.
Along tanya..

"Gambar amende yang merah tu?"

Aku jawab sambil lekat balik magnet anjing laut warna merah tu..

"Gambar kau la.
  Anjing laut."


Along sengih-sengih dan jawab..

"Ok la tu kalau anjing laut. Comel."


Dia sambung lagi...

"Kalau kau mesti anjing je."


Disusuli gelak ketawa puaka.




Moral of the story :

Main kasar nampak kau, Along.


Sejarah Cita-cita Puaka [Part 2]



Bismillah




Haaa...kat sini part 1.


Ok. Sambung.

Masih dalam arena lukisan, aku bercita-cita nak jadi product designer.
Waktu tu aku belajar kat matrikulasi.
Sekurang-kurangnya aku tak jadi pereka fesyen seksi.
Aku mula berlatih merekacipta macam-macam.
Sebab aku teringat waktu sekolah dulu, kami kena reka design botol air.
Dan design aku dapat tepukan oleh rakan-rakan sekelas.
Aku tak pasti diorang tepuk sebab design aku bombastik, atau mungkin sebab diorang nak suruh aku habiskan cepat presentation aku dan duduk diam-diam kat kerusi.
Setan betul perangai diorang.

Tapi cita-cita tu tak lama.
Sebab aku pernah reka satu bentuk kerusi, dan Along kata 'macam bangang'.
Ok fine.


Aku cuba nak naikkan standard cita-cita aku.
Maka aku pilih untuk jadi pereka grafik.
Ya..Pereka grafik.
Kau mampu? Mesti tak,kan?

Tapi aku lupa, pereka grafik perlukan kehebatan dalam bidang IT.
Dan bila aku dapat gred B- untuk subjek IT waktu first year kat U**, aku kecik hati.

Eh, kantoi pulak gred cemerlang aku.
Sekarang satu Malaysia dah tahu lah aku bangang IT?

*tikam diri sendiri ~

Aku perlu tukar lagi cita-cita untuk kesejuta kalinya.
Dan bila aku terfikir yang aku sangat sukakan budak-budak,
aku nak jadi cikgu tadika.
Bila ada budak-budak tu yang gigit aku atau conteng dinding rumah,
aku ada alasan kukuh untuk lempang sorang-sorang.
Lebih-lebih lagi kalau mak ayah dia jenis tak bayar yuran.

Tapi hati suci tulus mulus kudus aku ni tak sanggup pulak nak melayan sampai 10 budak-budak sekaligus. Kau bayang kalau dari 10 budak-budak tu, 4 orang menangis, 3 berak, 2 muntah dan sorang lagi tengah on the way nak telan katak, harus stress lah aku.

Nak taknak, aku kena tukar cita-cita lagi.
Aku terfikir nak jadi ustazah.


Owh mannn..

Kenapa bagi pandangan macam ada bencana alam tu?
Shetooonnnnn!


Ok. Aku memang kejam. Bahasa pun kasar.
Tapi jahat nak mampus pun anda, ilmu agama tak boleh lupa ok.
*pedasnya bila perli diri sendiri ni


Doakanlah supaya aku end up menjadi hamba yang berguna.



Moral of the story :

Eh..
Kalaulah pilih cita-cita ni boleh kuruskan badan,
aku rasa sekarang ni aku boleh sembunyi belakang sebatang choki-choki.


Friday, December 23, 2011

Reply Komen Boleh Tak? Lempang Kang


Bismillah




Ini bukan entri.
Ni cuma satu statement dari Mulan.


Bahawasanya mulai saat ini,
aku akan kembali cuba untuk mereply setiap komen yang aku terima lepas ni. 
Rasanya macam dah setengah tahun aku tak reply.


Bukan aku lupa diri.
Tapi sejak setengah tahun yang lepas, tahap keji malas aku terlampau-lampau.
Aku nak buat menatang yang boleh reply komen terus di bawah komen korang tu.
Tapi korang pun tau kan..betapa nerakanya tahap IT aku ni.


Harus mati jari tersepit keyboard lah kalau nak reply semua sekarang kan.




Sorry lah sebab aku sebenarnya bergenetik malas.
Adakah salah ibu mengandung?


Sekarang aku dah rajin.
Percaya tak?



* elehh kau Mulannn.
   Dapat komen seketul dua, kecoh nak buat statement kan.
   Lempang siket mehhh..

Thursday, December 22, 2011

Satu Episod Aku Dan Ashraf Muslim


Bismillah


Kalau aku kata aku kenal Asyraf Muslim, mesti kau kata aku cakap lebat.
Peduli apa kau percaya ke tak.

Aku tak tipu.



1998.
Sekolah Rantau PETRONAS.



Sekolah aku buat perkhemahan unit-beruniform macam biasa. Tiap tahun.
Waktu tu aku join PBSM. Lans koperal ok. Walhal lagu PBSM pun tak hafal sangat.
Siapa nak hafal lagu PBSM? Bosan nak mampp..
Dah lah irama macam lagu mayat. Rancak sikit tak boleh ke?
Ok cukup.


Kalau dah namanya perkhemahan unit-beruniform, mestilah ada malam bergembira.
Kitorang panggil Malam Kebudayaan.
Dan tahun tu, aku wakil PBSM untuk dua pertandingan.
Menari dan menyanyi solo.


Jangan ingat aku tak nampak kau semua tengah buat muka neraka sekarang.
Kau ingat aku ni tak berseni ke?
Shadap youu..


Aku masih ingat lagi malam tu.
Aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza, tajuk Wajah Kekasih.

Ya.. jiwang.
Tak sesuai langsung dengan peribadi gagah aku sekarang, bukan?

*angkat muscle~


Aku sanggul rambut.
Pakai kot jaket hitam.
Kain labuh hitam dengan bunga ros kecil-kecil berserak atas kain.
Cantik?
Cantik gilababi kot.

Tapi bukan itu point sebenar aku.


Waktu aku menyanyi tu, dari atas pentas aku nampak abang Ashraf berlari-lari.
Dia letak dua-dua tangan dia belakang badan gaya macam wakil rakyat ziarah penduduk kampung.
Dia lebih kurus dari sekarang.
Waktu tu dia ada misai nipis.
Sangat. Sangat. Sangat. Kacak.


Dan dia naik tangga depan stage sambil senyum.

Aku hampir mati.
Sangat gilababi.


Aku waktu tu tak pasti samada nak teruskan menyanyi,
atau terjun dari atas stage,
atau telan mikrofon.
Tapi itu bukan puncak segalanya..


Atas stage.
Abang Ashraf melutut depan aku.


Diulangi.


Melutut depan aku.


Dan dia hulurkan aku bunga yang dia sorok belakang badan dari tadi.
Mawar merah.
Dia senyum.

Aku mati untuk kali kedua.
Gilababi.


Dan bila aku terima bunga tu,
dia berdiri dan tunduk hormat sambil letak tangan di dada.

Aku mati untuk kali ketiga.
Masih gilababi.


Aku dengar orang ramai bertepuk bersorak bersiul.

Dan Abang Ashraf terus turun pentas sambil sengih-sengih.


Itulah dia.
Abang angkat pertama aku dalam hidup.


Dan aku tak pasti kenapa muka aku merah waktu taip entri ni.


Please.
Ini bukan entri cari publisiti.
Aku cuma kongsi kenangan.

Sekarang ni aku tengah sengih sorang-sorang.


Sekali lagi aku tegaskan.

Sumpah.
Aku tak menipu.


Dulu dia ada misai sikit.

    *Tolong jangan salah faham.
      Waktu ni aku baru darjah 5.
      Dan Ashraf Muslim dah form 4.

  **Kalau wife Ashraf Muslim terbaca ni, tolong jangan
      saman saya. Time tu saya belum baligh lagi.


***To abang Ashraf, tak bajet pun dia ingat aku lagi.
     Apa-apa pun, semoga bahagia ke anak-cucu, dunia-akhirat,
     Amin ~


Tuesday, December 20, 2011

Sejarah Cita-cita Puaka [Part 1]


Bismillah


Masa aku tadika, cuma satu profesyen pekerjaan aje yang aku tau.
Sana sini budak-budak tadika aku cakap nak jadi doktor.
Dan cita-cita aku pun nak jadi doktor.

Bila masuk darjah satu, aku nak jadi cikgu.
Sebab aku dengki tengok mama yang tiap tahun bawak balik hadiah 2,3 bakul.
Waktu tu aku belajar erti materialistik.
Dan materialistik itu seronok,tahu?
Rasa macam layak berlakon drama watak kakak tiri yang jahat.

Cita-cita aku nak jadi cikgu bertahan sampai darjah 5.
Walaupun pernah sekejap aku teringin nak jadi orang yang duk lambai-lambai rod lampu kat lapangan terbang sebagai panduan laluan kapal terbang nak mendarat dan berlepas.
Mungkin sebab aku rasa pakai menatang gedabak kat telinga dan spek jernih besar tu buat ia nampak gila cool. 
Tapi aku tak sanggup dengan kemungkinan aku bertemu ajal digilis kapal terbang.

Jadi aku mula ubah cita-cita.
Aku nak jadi pereka fesyen. Sebab satu hobi aku adalah melukis.
Semua benda aku suka lukis tapi paling favourite aku adalah figura model.
Dan aku juga pernah jual hasil lukisan aku waktu darjah dua.
Sehelai lukisan aku jual 20sen.
Aku boleh dapat sampai RM 2 dalam sehari.
Padahal waktu tu rasa lukisan macam neraka aje.
Tapi mujurlah budak-budak tu masih bodoh dan tak tahu menilai. 

Tapi bila aku belajar yang bersubahat itu berdosa, aku jadi ragu-ragu.
Aku taknak jadi pereka fesyen sebab takut fesyen aku tu mendatangkan dosa pada aku.
Sebab aku suka lukis yang seksi-seksi je.
Memandangkan dosa aku pun dah tak terbendung, aku harus cari cita-cita lain.
Tapi sebab aku terlalu minat dengan lukisan, aku bercita-cita nak jadi arkitek.

Aku rasa dengan cita-cita ni buat aku nampak cerdik sikit berbanding biasa.
Yelah..kalau orang tanya 'kau nak jadi apa?'
Aku boleh dengan yakin sambil bukak spek mata hitam dan letak atas kepala, aku akan jawab... 'arkitek'.
Aku terbayang aku pakai skirt pendek dan kemeja. Pakai topi keselamatan sambil pegang gulungan-gulungan kertas panjang. Bila aku bentangkan kertas lukisan tu sambil tuding-tudingkan jari pada arah tapak bangunan, homaigooatttt...cool nak mampus ok!

Tapi aku sedar aku tak boleh pakai skirt pendek sebab kaki aku banyak kurap.
So, aku terpaksa ubah lagi sekali cita-cita aku.

Aku sambung lagi cerita ni, InsyaAllah.
Panjang sebab aku sangat versatile.

Dahh..
Tak payah nak mengumpat dalam hati.


***
Owh ya, aku ada tulis side entri tentang perempuan. Sesuai untuk lelaki-lelaki yang tak faham bahasa, lurus serta bendul. Sila baca kat sini --> Yang Telus Tentang Perempuan



Wednesday, December 14, 2011

Berat Badan Ideal Nak Mampus


Bismillah


Pernah kira Berat Badan Ideal sendiri?
Atau dalam bahasa penjajah, Body Mass Index (BMI) ?
Aku sepak sorang-sorang kalau kata tak pernah.


Aku dari sekolah rendah dah buat.
Ada dalam sylibus Pendidikan Jasmani kot.
Kalau ada yang kata tak pernah dengar,
nampak sangat time subjek Pendidikan Jasmani tu korang ponteng.
Pastu nyorok dalam bilik air, hisap rokok.

Kan..?


Ehhh..
Macamana aku tau??

Tak perasan ke aku kat toilet sebelah?


Ok abaikan.


Tadi aku kira BMI badan aku setelah setahun tak kira kot.
Sebab aku lupa formula, aku pergi la satu website ni.
Dia ada tulis cara manual untuk kira BMI badan.


Seingat aku, jawapan mesti dalam lingkungan 20 - 50.
20 tu underweight dan 50 tu dah area obes.


Aku pun kira.


Tekan-tekan kalkulator.
Keluar jawapan.


103.57


Shetoonnnn!!?!



Saturday, December 10, 2011

Mulan Jameelah Bermain Ombak


Bismillah


Haritu pergi PD. 
Mama ajak bercuti sama Maklong dengan Naza. Ayah aku dengan Paklong pulak dua-dua tak ada. Ayah pergi Indonesia. Paklong pergi Langkawi. Maka Kelab Isteri-isteri buat propaganda sendiri.

Al-kisahnya, nak teman Maklong bercuti sebab baru pencen. Dah bertahun-tahun kerja tak pernah Maklong mintak cuti pergi bercuti. Jadi mama bawaklah kakak dia bergembira. Bukan berpoya-poya ok.

Rasa berdosa kalau cakap berpoya.
Sebab ayah pergi Indonesia dengan rombongan masjid.
Pergi ziarah sekolah-sekolah agama kat sana.

Kau tengok..

Nampak tak jauhnya beza aktiviti hujung minggu kami dan ayah?

Ok. Senyap.



Pukul 7 pagi dah bersiap. Gila kau. Gaya macam tak pernah tengok laut kan. Tapi kena turun awal sebab weekend, kalau lambat sikit turun, harus berjalan atas orang la kat tepi pantai nanti. 


Ok. Gambar sebelah ni aku mengaku aku tak mandi. Bangun, cuci muka, gosok gigi, terus turun. Tengok mata pun tau mata tak puas hati sebab takleh tido lama. Sebelah tu cousin aku, Naza.



 Sofea macam tak rela je nak cium aku.
Tak mandi pagi la katekan.
Nasib baik lah Along datang jugak malam tu. So takde la rasa Kelab Isteri-isteri sangat sebab ada Sofea!! Sofea yang sangat comel! Nasib baik lah kau anak sedara aku, Sofea. Dapat la genetik comel-comel-Mulan-Jameelah tu sikit.


Macam-macam watersport ada kat sana dan aku main semua kecuali Kayak. Aku pernah ikut induction course Kayak tapi aku tak berapa minat. Sebab nak cari partner yang reti berkayak bukan senang. Kayak bukan aci dayung-dayung je,bhai. Kena ada teknik. Kalau tak, harus tenggelam la.


Sebab semua benda kitorang main, so pakcik owner watersport services ni jadi baiklah dengan kitorang. Dia layan je semua permintaan kitorang walaupun muka penuh tekanan dan hati memaki. Mana taknye, sikit-sikit mintak diskaun. Sikit-sikit mintak diskaun. Padan muka kau, pakcik. Hahaha!


Yang ni namanya jetski. Lepas tangkap gambar ni, aku terus
gilis abang depan tu dan gelak kuat-kuat.

Sebelum ni aku pernah bawak jetski, jadi tak ada masalah sangatlah. Walaupun aku tak pernah ambil ujian memandu jetski dengan JPJ, aku tak rasa pemanduan aku membahayakan. Pemanduan? Ke penunggangan? Penunggu? Apa? Punggung? Apa kau merepek ni shetoonnnn..!


Oopss terkentut!

Ada satu lagi namanya Doughnut. Atau lebih patriotik disebut Donat. Jangan tanya aku samada ia Dunkin Doughnut, Big Apple, J.co atau Jericho Rosales. Tak kuasa aku nak periksa. Menatang ni naik 3 orang, Sukahati nak bersila ke, baring, meniarap, berlunjur, buat aksi korek hidung, atau sebagainya. Ada bot yang akan tarik Donat ni dan memandu secara menggilababi di tengah lautan. Yang cepat mabuk pun boleh naik. Tapi sebelum naik tu pastikan keranda dah siap ditempah. Kalau-kalau apa-apa terjadi.



Yang ni namanya Doughnut.

Aku dengan Naza ada naik Banana Boat. Tapi takde gambar pulak. Korang semua mesti tau Banana Boat tu menatang apa,kan? Bukan... Bukan pisang goreng. Banana Boat ni lebih kurang macam pisang emas dibawa belayar. Pastu tengah laut nanti bot ni terbalik. Ok. Bosan. Common sangat.

Owh menn..
Kau perasan tak dalam gambar-gambar ni ada sorang abang pakai topi, baju coklat? Dia la yang tolong handle watersport ni. Aku tergoda sekejap sebab dia ni lemah-lembut je cakapnya. Friendly dan senyum memanjang. Yelah.. Kalau buat muka ungka, lari pulak customer,kan. Tak kesah la. Janji tergoda kejap.


Benda last kitorang buat adalah naik speedboat pergi round-round. Bagi ikan makan kat tengah-tengah laut.


Aku kata kat Along, air laut ni rasa cendol pulut.
Along tak percaya. Nak jugak test.


Cubaan-cubaan merendam Sofea dalam laut.



Kalau korang nak pergi PD, aku suggest tempat ni. AnCasa All Suites and Spa Resort. Tempat dia tak lah vogue sangat, tapi berbaloi. Kitorang ambil apartment 1 bilik, ada dapur siap, luas amat hall depan tu, around RM300. Kalau yang 3 bilik, around RM 700. Worth it, sebab besar. Resort ni lengkap dengan macam-macam facilities;


Swimming fool pool.
Game arked.
Snooker, ping-pong, bola tampar pantai.
Sewa basikal. etc.



Watersports yang ada kat sini;

Banana Boat.    RM 10/person. Extra RM 5 - extra long distance.
Jetski.    RM 70/15 minutes.
Doughnut.    RM 20/person. RM 50/3 persons.
Speedboat.    RM 120/boat/hour.
Kayak.    (Tak sure. Maybe around RM 50/kayak)


Motif gambar last besar nak mampus??
Korang tak rasa aku nampak macam heroin Baywatch versi islamik ke..?

Sayang takde Parachute. Aku dah buat parachute. Best! Tapi apa yang ada kat sini pun semua best je! Happy weekend uollss!~



* Resort ni patut jadikan aku duta mereka.
   Dan owner watersport services ni patut jadikan aku business share partner mereka.
   Dan abang bertopi dan berbaju coklat, patut merasa rugi tidak menjadi rakan sekerja saya.
   Blaahhh!