Wednesday, November 30, 2011

Aku Tak Mengaku Kau Abang Aku


Bismillah


Ramadhan 2008.
Hospital Pusrawi, KL.


Malam tu kami satu family ziarah arwah nenek yang masih tenat. Dah berapa hari maktok koma. Doktor pun dah cakap suruh family semua prepare.


Lewat malam tu, kitorang dah nak balik rumah. Pokde and the family dah datang ganti shift. Aku yang mamai-mamai pun turun la nak balik rumah untuk mandi-mandi sebab lepastu kitorang nak datang hospital balik. Kau tau tak hospital itu sejuk nak mampus? Aku tak tahan. Nak kencing.


Turun lif, aku carik toilet terdekat. Aku tanya Along aku..

"Toilet katne? Nak kencingg~"


Along bagi arah. Dia kata terus koridor tu, sampai hujung belok kanan, ada toilet.


Aku menurut arahan. Jalan pun dah senget sebab tenat sangat dah tahap nak terkucil tu. Aku jalan terus ikut koridor, sampai hujung aku pun belok kanan.



Aku tengok papan tanda depan mata aku.





Bilik Mayat.




Along..
Kau setan,kan..?


Friday, November 25, 2011

Mungkin Aku Layak Terima Zakat


Bismillah



Aku rasa sesiapa saja yang memasuki sempadan blog ni walaupun 5 saat, pasti mampu untuk mendapatkan at least satu info tentang aku. Yakni..

warna kegemaran aku.


Ya..
Nama pun cik ungu,
Komfem la aku suka warna kelabu tahik hanjeng, kan?

*terajang punggung~


Aku tatau kenapa, bila aku suka satu benda tu, contohnya baju. Aku akan pakai berulang kali sampai terhakis! Dan sekarang aku ada tudung favourite. Favourite sebab warna tudung tu warna feverett. Seminggu 2,3 hari aku harus pakai tudung ni. Ya.. Dah macam miskin benar la pulak. Aku tatau kenapa aku tak ngam dengan tudung mahal. Tudung-tudung yang modelnya artis terkenal. Dan aku tak malu untuk cakap, tudung aku mungkin antara yang termurah. Tudung aku cuma 6hengget. Ya.. Aku model tudung 6hengget. Aci?


Dan baju feveret aku adalah jubah free. 

Dahh.. Memang taraf miskin sangat dah bunyiknya ni. Layak dapat zakat aku tahun nie.


Jangan tanya kenapa. Yang penting aku selesa.
Harga belakang kira. Cantik tak cantik, peduli apa.

Ehhh... Berpantun secara otometik pulak aku,kan?
Kalau bakat dah membuak-buak, camni lah jadinya.







Berlainan waktu, tempat dan ketika. Sama tapi tak serupa. Betapa addictednya kepada benda sama.

Heyyy.. Siapa berani kata aku tak mandi atau tak basuh baju, meh dekatkan sikit pipi dengan lutut aku. Tak payah lah kesah orang nak kata apa. Baju murah, buruk, tak glamer, balik-balik gaya sama, macam makcik, etc. Baju mahal dan bergemerlapan tapi tak selesa pun tak guna jugak.



Moral of the story :
Wear what you are.
Don't be what you wear.


Kepada Peminat Bolasepak yang Mempunyai Awek


Bismillah



Kepada peminat bola sepak yang mempunyai awek, boleh klik sini




Thursday, November 24, 2011

Permintaan Untuk Semua Blogger


Bismillah



Ini cuma beberapa pesanan dan permintaan ringkas untuk seluruh blogger-blogger yang mempunyai dua lubang hidung.


Huh?
Ada tiga lubang hidung??

Takpe. Anda terkecuali.



Jadilah blogger yang unik.

Ada cara tersendiri.
Mampu membuatkan blogger lain mampu mengklasifikasikan anda.

Yang bila ada blogger lain cuba untuk tiru cara anda,
anda akan tahu.



Jadilah blogger yang cerdik.

Bukan merapukan benda yang tak termasuk dalam mana-mana kategori.
Tak layak masuk kategori cerita peribadi, jauh sekali fakta.

Repekkan yang tak logik menunjukkan kebodohan anda.



Jadilah blogger yang beringat.

Yang boleh sampaikan walau satu ilmu untuk yang membaca.
Selitkan kebaikan agama di mana-mana yang sesuai.

Jangan harapkan semata cerita kontroversi.



Jadilah blogger yang ada pandangan sendiri.

Jangan angguk dengan semua pendapat orang.
Jangan ikut membenci bila blogger ada yang memaki.

Pertahankan pendapat sendiri, asal masih berteraskan agama.



Heyyy..!

Apa ni?
Apsal entri aku ni ada bergaya macam puisi?


Geli ahh.



*side entry





Wednesday, November 23, 2011

Wahai Perempuan Feminin



Bismillah



Calling all the up-to-date and feminine type of girls. For those who are looking for maxi skirts, cardigans, dresses, etc, please feel free to visit my cousin's line up clothes at Pretty Please.









Dresses are mostly suitable for petite girls. Available in XS, S and M sizes.


For further information, visit  Pretty Please Facebook




** Promote Mak Jemahhh
*** Sumpah awek model dalam tu bukan aku.


Saturday, November 19, 2011

Tulis Entri Bukan Benda Senang


Bismillah


Tahu tak,
tulis entri bukanlah suatu benda yang mudah.?


(Untuk ayat di atas sahaja aku sudah memerlukan 2 minit setengah.)


Serius.


Bila aku cakap tulis entri bukan satu benda mudah, ni bukan bermakna aku bodoh. 
Jangan buat assumption begitu kalau nak hidup lama. 
Bloggers yang jarang hapdet bukan kerana diorang malas. Bukan, bukan, bukan.
Korang tengok aku ni pemalas ke? Tak,kan?


Huh?
Siapa yang angguk tadi?

*baling botol kaca ~


Bukan aku malas nak hapdet. Tapi kalaulah korang tau betapa azabnya untuk menulis satu entri, korang mungkin akan datang beramai-ramai ke arah aku dan terus peluk dengan erat.
Sebagai tanda terharu dan penghargaan. Atau mungkin juga korang nak ambil kesempatan untuk peluk Mulan Jameelah. Takpe. Aku dah biasa. *berdehem ~


Untuk satu entri, aku perlu pertimbangkan banyak benda. Dan faktor-faktor ni buat aku selalu klik button 'New Post' --> tenung skrin 15 minit --> klik 'X' --> dan terus 'Leave Pages'. Antara sebab menulis entri itu azab bagiku;


1. Aku malas nak fikir untuk memilih perkataan-perkataan yang layak dibaca golongan 18 tahun ke bawah namun masih mampu untuk menyampaikan objektif penulisan entri. Kadang-kadang, kita kena tulis perkataan yang sesuai dengan perasaan waktu tu. Kalau entri marah, kita cenderung untuk tulis entri maki-maki. Barulah orang faham apa kita rasa dalam entri tu. Tapi sebab kena bertapis dalam ayat, maksud sebenar entri tu jadi tak sampai. Contohnya, bila aku tulis tentang tips kurus, aku kena menjaga hati orang-orang yang kurang kurus. 

Tengok...
Aku kata 'kurang kurus' dan bukanlah 'gemuk'.
Sangat sopan,kan..?

Atas faktor sopan yang keterlaluan ni jugaklah, ramai makcik-makcik yang berkenan nak jadikan aku menantu. Terlalu ramai sampai aku terpaksa bukak satu kaunter depan pagar rumah dan suruh diorang ambil nombor giliran. 


Owh ya..
Kejap lagi nak interview makcik yang ke-3972. 
Penatnya... *mengeluh sambil picit kepala yang pening..


Ya.
Aku tau aku dah terkeluar tajuk.


2. Macam orang lain juga, bila pergi mana-mana, buat apa-apa aktiviti menarik, makan-makan, perasaan nak letak gambar mesti ada. Tapi aku faham, bila aku tak secantik Fatin Liyana atau Hanis Zalika, aku akan terfikir-fikir nak letak ke gambar? Aku tak sanggup memikirkan kemungkinan korang akan bunuh diri ataupun sekurang-kurangnya muntah darah bila tengok gambar-gambar yang ada. Perasaan tu lama-lama buat aku merajuk dan terus tak jadi nak tulis entri.


So, tak faham-faham lagi?
Lainkali kalau aku tulis entri ada gambar, korang wajib klik +1 kat bawah tu.

Jangan..
Jangan fikirkan sangat tentang rupa aku.
Korang pun tau Mulan Jameelah cantik,kan..? * touch-up lipstik ~


Sampai ayat ni, aku dah ambil masa 40 minit.

Neraka, bukan.?


3. Kadang-kadang, tiba-tiba idea melimpah-ruah. Kalau masukkan dalam mangkuk, mesti kena marah dengan mak sebab meleleh sampai meja kerana mangkuk tak muat. Tapi yang malangnya, bila mula nak taip, idea hilang. Macam korang nak exam la. Dah hafal dah semua tapi bila nak tulis atas kertas jawapan, otak jadi kosong. Kalau idea tu datang balik cepat takpe, ni dia terus pergi tak kembali. Innalillah giteeww..~ Begini haruslah tertekan mak Jemahhh.. Benda ni selalu sangat terjadi pada aku. Selalu sangaattt..!


Orang kata, sindrom ni terjadi sebab banyak dosa.


...eh..? Maknanya..?


Ekkhhh..!


4. Aku sangat terbatas untuk tulis entri sebab aku mengelak dari beberapa pihak dari tau kewujudan blog ni. Kalau korang rajin, cuba cari nama penuh aku dan nama tempat belajar aku dalam blog ni. Korang takkan jumpa sebab korang malas nak cari,kan.? Biadap.


Atas sebab-sebab tertentu aku merahsiakan blog ni dari sesetengah pihak. Dan ni membuatkan segala benda yang aku nak tulis, aku jadi agak teragak-agak. Terfikir kalau-kalau orang yang tak dikehendaki tu boleh sampai blog ni. Maka, banyak penulisan yang aku bataskan dari tulis sepenuh hati. Jujur cakap, memang rasa tak puas.


Tapi aku lupa.
Public figure macam Mulan Jameelah, haruslah ramai stalker.



Sekarang korang faham,kan?
Bukan saja-saja aku tak hapdet blog.

Aku tau ramai dah menghilang diri dari blog aku.
Takpe. Aku tak kecil hati kalau korang hilang dari blog ni.


Sebab aku baru nak buat pertandingan 'Follower Paling Tegar'.


Semua tak layak masuk bertanding.
Padan muka.


Okbai.




Moral of the story :
Tak semua benda nampak mudah dan betul-betul mudah.
Macam berak.

Siapa kata meneran itu suatu perkara mudah??
Buktikan.


Monday, November 14, 2011

Bukan Hari Yang Baik Untuk Mulan Jameelah


Bismillah



Pertama-tamanya, korang harus tahu bahawa aku dah khianati waktu study aku dengan menulis entri ni.

Haruslah.
Antara internet dengan buku teks, mana mungkin aku pilih buku teks..?


Aku rasa serba tak kena sekarang ni. 
Kenapa?

Entahlah...


Mungkin sebab tadi result mid-term aku tak cemerlang.
Mungkin ke?

Takkanlah...
Fail pun aku pernah. Setakat markah kurang belas-belas dari markah penuh, tak berapa kecewa lah.

Alhamdulillah sudah.


Atau mungkin sebab petang tadi aku dah hentam divider masa nak corner?
Mungkin jugak,kan?

Tapi langgar kete orang pun aku pernah,
takkan setakat gesel divider aku kecewa?

Alhamdulillah sudah tak teruk.


Mungkin sebab exam aku hari Jumaat ni,
dan game Mas vs Indo untuk Sukan SEA adalah pada Khamis malam..?



Ya.
Itulah jawapannya.




Sunday, November 13, 2011

Puaka Itu Kadang-kadang Subjektif. Bodoh,kan?


Bismillah



Assignment yang aku buat selama 7 hari berturut-turut,
akhirnya hari ni..

belum siap jugak.



Aku tak pasti kenapa sebenarnya.


Aku tak kesah kalau rezeki bertambah dan tak putus-putus.
Tapi bila assignment bertambah dan tak siap-siap, aku jadi bingung.



Aku syak.
Betul. Aku syak.





Aku syak assignment aku ni berpuaka.





Dan siapa dah bomohkan assignment aku,
anda tahu anda siapa.





Moral of the story :
Ni la manusia.. tak habis-habis merungut.
Ehhh..Apsal aku sindir diri sendiri ni? Bangang.


Wednesday, November 9, 2011

#2 Fakta Keji



Bismillah



Bila aku terasa ada taik hidung tergantung dalam hidung tanpa arah tujuan, aku tak suka korek hidung dan selamatkan taik hidung tersebut.


Sebaliknya aku lebih suka hembus kuat-kuat untuk timbulkan efek hayunan bebas pada tahik hidung yang tergantung tu.


Aku rasa kalau aku mampu hembus sampai gantungannya terlepas keluar dari hidung,
maka itu adalah satu kejayaan.



Cukup.
Tak payah cakap lebih-lebih sangat.



Aku tau aku unik.




#1 Fakta Keji


Monday, November 7, 2011

Bagaimana Nak Siapkan Assignment Secara Produktif Gila ?


Bismillah


Cuti seminggu ni tak membawa erti apape pada aku. Tak membawa kata seerti, tak juga kata berlawan. Jauh sekali kata ganda berirama. Nampak sangat BM aku dulu cemerlang. Aku kena study untuk dua subjek lagi. Bengong tak? Dari haritu exam tak habis-habis.  Dan menambahterukkan keadaan, aku ada 3 assignment yang setiap satunya kena tulis 6000 perkataan, 5000 perkataan dan 3000 perkataan. Kalau aku tengah pregnant sekarang ni, sampai anak aku masuk darjah 3 pun belum tentu kerja aku siap. Kalau semua perkataan beribu-ribu tu aku kumpul dan jadikan duit, harus mampu aku buat downpayment beli rumah sebijik. 


Tak boleh nak buat kerja rasanya bila duduk rumah. Tiap kali nak fokus je, tengok depan nampak novel. Toleh kiri nampak tv. Toleh kanan nampak Al-Quran (haa.. poyo sangat kau ni.) Tu belum toleh belakang lagi. Katil terbentang luas. Maka bagaimanakah segala bagai assignment ni nak siap?? Cuba bagi idea sikit macamana nak fokus. Aahh nak tunggu kau bagi idea, lembab sangaattt. Biar aku jawab sendiri.


1. Library

Kau jangan nak suruh aku pergi library sangat lah. Geli rasanya library tu nak benarkan aku masuk bila ingat kad library sekolah dulu berkulat je dalam wallet. Nampak nau tak pernah pinjam buku. Kau ingat Projek NILAM dulu tu aku baca ke semua buku tu? Sorry sikit... Aku copy-paste je sinopsis belakang buku. 

Apa?
Tak baik wat cmtu?


Diam la kau. Macam la aku tatau kau pun buat macamtu. Miahahhhaha!!


2. Cafe/Kopitiam

Dah nak duduk kedai orang, mana boleh duduk saja menumpang WiFi free tu. Sangat tak sopan la kau buat macamtu. At least kena order air secawan. Tapi kalau dah tak sedar diri, nak lepak stok Starbucks, Dome segala bagai. Air secawan mana dapat 2 hengget, Tijah oii.. Nak taknak harus order sesuatu jugak. Dah kalau miskin tu, nak order apa? Straw? Tisu?

Kau duduk kat restoran mamak aje sudah. 


Apa?
Takde class?


Betul jugak tu. Harus malu la Mulan Jameelah nak duk kat mamak kan?  *libas rambut ke kanan ~


3.  Beranda rumah

Aku memang terfikir macamtu. Kebetulan kat terrace luar tu memang ada meja kerusi. Suasana pokok hijau dengan angin memang sangat selesa la. Tapi kalau selesa sangat kang  berdengkur pulak aku kat situ.


Dan kau taktau jiran aku tu ada bela kucing yang perangai macam jin. Masuk area rumah aku je, berak. Masuk area rumah aku je, kencing. Shetoonnn sungguh perangai! Sebab aku ni sangat suka kucing, maka aku tak boleh nak study luar beranda rumah tu sebab dikhuatiri aku akan membunuh semua kucing jiran aku.


Kau tau semalam makhluk-makhluk tu masuk rumah aku ikut tingkap bilik. Dah lepas ni aku tak boleh bukak tingkap pulak?? Dan lepas tu aku tak boleh mandi dalam tandas sebab kucing tu akan masuk ikut lubang jamban?? Jahanam sangat kesannya pada manusia sejagat dalam rumah ni ok. 


4. Tanah perkuburan


Siapa yang ada niat nak bagi idea camni?


Takyah nak shetoonnn sangaatt, acii..??




Moral of the story Laziness will cause you pain. 




Friday, November 4, 2011

#2 Tips Elak Jerawat


Bismillah


Baik. Kesinambungan dari entri berjerawat haritu, kali ni aku bitau antara benda yang aku buat untuk jaga muka elak jerawat. Tak ada brand penjagaan muka yang khusus. Tak ada penggunaan ubat yang khusus. Tapi antara benda yang aku boleh sarankan adalah ;


Cuci muka


Ni bukan sekadar buka-paip-tadah-air-splash2-kat-muka je, kak. Ada cara jugak nak cuci muka ni. Sekarang adik kakak semua boleh duduk ramai-ramai depan saya sementara saya nak menipu tentang cara cuci muka ni. Baik. Semua dah duduk diam-diam,kan? Sambil tu boleh kunyah popcorn.


Benda basic pertama untuk cuci muka adalah, mulakan splash pertama dengan air suam hangat. Aku ulangi, air suam hangat. Basuhan pertama dengan air hangat ni akan membuka lubang pori-pori kulit muka. Jangan risau, ia tidak akan membuka lubang hidung, jauh sekali membuka aib korang. Sangat penting untuk lubang pori-pori kulit korang terbuka supaya cucian dapat sampai dalam lubang pori. Tolong jangan nak gila-babi sangat nak cuci muka guna air mendidih. Kot ye pun bangang, sikit-sikit sudahlah. Jangan bangang banyak sangat. Tamak namanya tu.


Benda basic kedua adalah, guna pencuci muka terus selepas basuhan dengan air suam hangat tadi. Lebih efisyen guna pencuci muka skrub. Biji-biji skrub akan masuk dalam lubang-lubang pori-pori kulit muka yang dah terbuka tadi. Untuk pengetahuan, antara punca jerawat adalah akibat kotoran dan debu terperangkap dalam lubang pori kulit. Bila dah terperangkap, mereka mula mendirikan rumahtangga bahagia dalam kulit muka anda serta menghasilkan keturunan kuman-kuman. Bila kuman ni mula akil baligh, maka terbentuklah jerawat. Nampak tak kitaran hidup seekor jerawat tu macamana? Ada gaya macam kitaran hidup seekor nyamuk,kan ?


Benda basic ketiga adalah cara korang mencuci guna pencuci muka tu. Untuk area pipi, gosok dari bahagian dalam pipi ke luar. Bukan aku suruh kau keluar pintu rumah pulak. Maksudnya dari pipi yang paling dekat dengan hidung ke pipi paling dekat dengan telinga. Gosok secara membulat. Untuk bahagian bawah muka pulak, gosok dari bawah dagu naik ke bahagian sepanjang rahang. Area hidung, gosok dari bahagian bawah naik ke atas batang hidung dan bahagian T-zon, gosok dari tautan kening tengah ke luar. Ni penting sebab keadaan pori-pori muka adalah berlainan untuk area yang berlainan. Kalau ikut arah yang betul masa cuci muka, biji-biji skrub tu akan lebih mudah untuk masuk ke dalam lubang pori-pori dan membersihkan kotoran yang terpenjara. 


Ini bukan tilik nasib la, sengal...


Benda basic terakhir adalah membilas sabun cuci muka tadi dengan air sejuk. Basuhan akhir dengan air sejuk ni adalah untuk mengecut dan menutup balik lubang pori-pori kulit muka. Bila lubang pori tertutup, takdelah kotoran masuk selagi muka korang tak mula berminyak. Basuh muka dengan air sejuk ni juga akan menyegarkan dan menegangkan kulit muka. Kalau korang ikut sume step ni, korang akan terasa kulit muka tegang semacam lepas habis cuci.


Last skali, lap dengan tuala bersih yang kering. Bila aku kata lap, maknanya lap. Tekan tuala kat kulit muka semata untuk serapkan air pada tuala. Jangan gosok muka dengan tuala tu gaya macam nak sental kulit berdaki kat belakang badan korang. Tak sama ok. Kulit bahagian muka lebih halus dari kulit badan. Tak boleh nak dera sangat area kulit muka ni.



Jangan sesekali...

  • ..guna air mendidih untuk basuh muka. Tapi boleh guna air mendidih dan tuang dalam mangkuk. Lepas tu boleh masukkan sepaket maggi.
  • ..guna skrub terlalu kerap untuk mencuci. Boleh guna paling jahanam pun sekali sehari. Selainnya sila guna pencuci muka krim biasa. Sebab, penggunaan skrub yang selalu sangat akan merosakkan kulit muka.
  • ..gosok muka kuat-kuat waktu pakai skrub sebab biji-biji ni akan menipiskan kulit muka kalau selalu buat macamtu. Pedih kulit tu nanti.
  • ..bilas sabun cuci muka dengan air sirap. Aku cuma katakan bilas dengan air sejuk. Aku tak kata bilas dengan air-teh-o-ais-kurang-manis-satu-Siaappp!!!



p/s : Cara ni untuk lelaki dan perempuan. Untuk yang separuh-separuh pun boleh guna sama.

Thursday, November 3, 2011

Don't Be Afraid Of The Dark sangatlahhh...~


Bismillah


Petang semalam aku ada exam sampai pukul 7. Gigih tak gigih, exam sampai maghrib.  Terasa 40% beban terangkat dari bahu. Untuk men-celebrate keseronokan duniawi yang sementara itu, lepas maghrib, aku keluar bersama roomate aku, Nad dan Kapten. Hajat hati nak tengok movie Real Steel buat kali ke-3. Melampau, bukan? Tapi seat penuh. Tak perlu lah aku nak review cerita Real Steel. Cukuplah sekadar aku katakan, aku pernah cakap "Real Steel is an epic. If you haven't watch it, you should kill yourself." dalam Twitter

So, kitorang pilih untuk tengok movie Don't Be Afraid of The Dark. 




Intro movie ni buat aku trauma. Masing-masing dah menjerit tutup mata sambil tekup mulut sendiri. Berharap oksigen tidak cukup dan pengsan supaya scene tersebut tak dapat ditonton. Intro movie ni buat aku bertasbih habis-habisan dan menyesal sebab aku yang pilih nak tengok movie tu.





Cerita ni pasal menatang makhluk yang tinggal kat basement rumah besar ala-ala Gurukul movie Mohabbatein. Makhluk ni tinggal kat tempat gelap dan makan gigi dan tulang kanak-kanak. Diorang jugak tak boleh kena cahaya terang. Mungkin sebab tak ada spek tahan silau. Bila satu hari ada satu family duduk rumah tu sementara nak buat kerja-kerja pembaikan dan upgrade rumah untuk dijual, menatang makhluk keji ni jadi excited sebab family tu ada kanak-kanak. Dan bermulalah episod seram yang bosan.


Pertengahan cerita ni agak bosan sebab unsur ketidak-logikan makhluk keji itu. Reti pulak nak maen tekan-tekan remote garaj dan reti pulak nak buat perangkap. Siap boleh cakap english lagi. Tapi tu sebab roh manusia yang diorang dah bunuh sebelum tu. Tapi merepeklah kau ni!!


Maaf muka sedih sikit.
Nad! Jangan tgk kamera!


Ok. Takyah tengok pun takpe.



Kami makan dan jalan gi bayar tiket dan balik! Jumaat ni harus bawak Nad tengok Real Steel jugak!! Owh, jumpa kitorang kat KL Festival City Mall, Setapak esok. Gaya ajak macam artis ajak peminat berbuka puasa bersama-sama,kan? Haram tak perangai? Mall ni baru bukak seminggu. So budak-budak praktikal ofis ajak lepak tengok-tengok tempat tu sambil shopping. Shopping kejadah? Duet dalam purse cuma 30 hengget. *kesat aer mata ~


Moral of the story : Tontonlah Real Steel untuk kali ke-tiga.






Ini Tulen Tentang Aku. Dan Aku Rasa Ini Menarik.


Bismillah


Buat julung-julung kalinya aku menjawab soalan bermotifkan tag. Silap... Silap la siapa yang hantar tag sebab aku memang tak pernah jawab. Cuma kali ni aku buat exception la untuk si cik muda ni sebab dia perasan muda. Layan je la..


Soalan-soalan kurang ajar yang aku harus jawab...

1. SPM KO DULU DAPAT BERAPA? 

Tengok... Soalan pertama dah menunjukkan tahap kurang-ajar yang serius. Aku tau memang ramai menunggu jawapan aku untuk soalan ni. Ramai yang menunggu peluang nak kutuk aku kalau aku dapat result teruk. Maklumla, selalu buat gaya macam budak genius sangat.  Tapi hentikanlah pengharapan itu.. Sepertimana korang takkan jumpa apa nama tempat aku belajar sekarang dalam blog aku, seperti itu jua lah korang takkan dapat tau berapa SPM aku dapat dulu.


2. TIME FORM 4 DULU KENAPA KO PILIH KELAS KO TU? SEBAB ADA MAMAT YANG KO MINAT EA?

Diikuti soalan kurang ajar seterusnya. Kalau nak tau, lelaki kelas aku dulu semuanya perangai mulia 1% je dari jin, tahu? Maka inferens bahawa aku pilih kelas berdasarkan mamat, sungguh jauh punggung dari api. Lebih-lebih lagi kelas aku dulu takde budak nama Mamat. 

Aku pilih kelas tu sebab kelas tu unik. Kelas tu belajar sains, dan kelas tu jugak belajar sastera. Orang selalu sangka budak-budak kelas tu budak pandai-pandai. Diorang tak tahu sebenarnya kami tamak. Dah lah tamak, haloba pulak tu. Apape pun, 4 SIK 2004 & 5 SIK 2005, korang batu hidupku!!! (you rock my world!)


3. KO INGAT TAK CIKGU YANG PALING CENGENG KAT SEKOLAH KO DULU?

Masih dengan soalan kurang ajar sebab meminta aku untuk mengutuk cikgu sendiri. Aku pun dah lupa nama dia. Dia ni cikgu praktikal je masa aku sekolah kat Terengganu dulu. Aku tak tau lah kenapa dia benci sangat kat aku. Diulangi, aku sahaja. Dia ajar subjek Sains tingkatan 3. Ada la dalam 2 bulan camtu.

Aku masih ingat kelas dalam Makmal Biol (biology), dia suruh semua budak lain balik tapi dia suruh aku stay semata-mata sebab nak bagi ceramah. Diulangi, aku sahaja. Dan masa tu dia one-to-one dengan aku hanya kerana buku latihan sains aku kat bahagian belakang takde garisan. Tak setan ke alasan tu? Bukan sekali dua dia wat camtu. Aku sungguh tak faham kenapa aku menjadi pilihan malang.


4. CAMPING TIME SEKOLAH DULU KO JOIN TAK? EHH, KO KELAB APA DULU??

Ni pun boleh tahan kurang ajar sebab memperkecil-kecilkan kredibiliti aku dalam mendirikan rumahtangga khemah. Perkhemahan Unit Beruniform dulu adalah satu kewajipan untuk semua budak. Student pun cuma dalam 800 orang sebab time tu sekolah aku adalah private school, so memang semua diwajibkan join dan kena denda pulak kalau tak join.

Lepas aku pindah sekolah, aku masih tetap kena ikut camping unit beruniform sebab title sebagai Penghuluwati mewajibkan aku untuk join. Tak payah nak Penghuluwati sangat kalau perangai hanya merosakkan akidah anak buah yang lain. Owh ya, kelab. Banyak. Aku pun tak ingat. Apa beza kelab dengan persatuan? Yang pasti aku pernah join Kelab Seni dan Kebudayaan. Konflik sungguh dengan title Penghuluwati, bukan? Ya.. aku memang konfius orangnya.


5. KO ADA TAK TOP 5 CHART ABANG/AKAK SENIOR YANG KO MINAT?

Kenapa soalan mesti 'yang aku minat'..? Kenapa bukan 'yang minat aku'..? Kurang ajar sekali lagi. Baik. Seingat aku, aku belum pernah admire kat mana-mana senior sekolah. Lagipun masa aku form 1, aku ada akak sama sekolah yang form 5. So aku tau senior aku semua perangai tak boleh pakai sebab diorang adalah kawan kakak aku.

Walaubagaimanapun, permintaan menjadi abang,kakak dan adik angkat agak menggalakkan. Satu fakta, Ashraf Muslim adalah salah seorang abang angkat aku. Waktu tu dia form 4 kot, dan aku baru darjah 4. Sumpah, aku tak tipu. Aku tak tau kenapa dia berminat. Mungkin waktu tu aku terlalu comel pakai baju sukan rumah merah dan baju masuk dalam seluar. Waktu tu Ashraf Muslim jadi pengerusi rumah merah dan dia pernah minum air sirap ais satu straw dengan aku waktu hari sukan. Jangan nak buat muka jijik sebab time tu aku baru 10 tahun. Dan lepas tu aku terus tak minum air sirap tu sebab geli. Hahahah.

Owh ya, tolong jangan ada yang suruh aku kirim salam kat dia. Walaupun dia pernah jadi abang angkat aku, tapi  lepas dia habis sekolah, kitorang tak contact langsung. Aku peduli apa waktu tu. Tapi sekarang ni bila fikir-fikir balik, harus bunuh diri la sebab tak minum air sirap tu balik.


6. APA YANG BUAT KO SEMANGAT NAK PEGI SEKOLAH DULU? KE MEMANG TAKDE HATI NAK PEGI SEKOLAH?

Waktu form 1, aku semangat nak pergi sekolah sebab aku boleh pergi lambat. Kakak aku pengawas, so tak ada yang berani nak marah sangat. Ya..penyalahgunaan kuasa veto di situ. Tapi masuk form 2, kakak aku dah takde. Semua pengawas pakat nak target aku,kan. Taik betul. Maka aku terpaksa pura-pura semangat.

Mungkin aku bersemangat sebab aku ada geng dengan satu group senior yang sangat gila-gila dan selamba dan kelakar dan kurang ajar. Dan walaupun aku tak pernah ada rekod jenayah kat sekolah, ada je budak yang dengki ngan aku. Aku tak risau sangat sebab geng senior ni la yang selalu backup dan tolong sound sape-sape yang wat pasal dengan aku. Owh, bukan. Aku bukan gangster. Aku cuma disayangi. Dah... Takyah nak muntah banyak sangat.

Even waktu wallet aku kena curik kat sekolah dan duit sebulan aku hilang, geng-geng ni lah yang offer untuk support belanja makan aku sebulan. Menangis wa cakap lu... Kau ada?


7. KO SUKA SABJEK SEJARAH? APESAL?

Soalan ni memalukan diri sendiri la wahai cik muda, sebab kau eja 'subjek' salah. Jangan malukan bangsa macamni. Tolong.

Bagi aku, sesiapa yang suka subjek Sejarah, pasti sudah terputus urat ciritnya. Mungkin aku pernah terputus sekejap masa form 4 sebab Sejarah form 4 adalah antara subjek favourite aku dan aku selalu bernafsu untuk score kertas subjek ni. Aku merasakan waktu tu, bahawa Sejarah Yunani, Dinasti-dinasti China, sangat menarik. Tapi semua kebahagiaan tu cuma duniawi, sebab naik form 5, aku benci Sejarah. Sampai bab Rancangan Malaysia, aku gigit urat nadi sendiri.


8. KO PERNAH KENE LARI KELILING PADANG TAK? PENAT DOL..

Soalan ni biadap sebab sebenarnya kau nak perangkap aku dengan menganggap bahawa, jika aku jawab 'pernah', bermakna aku ni kena denda dan bermasalah disiplin,bukan..? Kau silap, Inspektor Sahab.. kau silap. Nehi, kabhi nehi. 

Aku pernah lari keliling padang sebab aku masuk acara lari la. Aku pernah jadi Pengerusi rumah Biru. Jadi adalah satu penghinaan jika pengerusi tak masuk acara lari-lari. Tapi aku sangat suka acara lari berpagar. Dan acara yang aku selalu jadi wakil adalah lompat tinggi. Aku masih lagi berlari keliling court sampai sekarang. Aku cuma tak pernah berlari keliling Court Mamoth.


9. KO PERNAH DAPAT SURAT CINTA?

Soalan perangkap! 

Surat cinta pertama aku dapat adalah waktu darjah 2. Bayangkan betapa sewelnya budak itu. Secara jujur, memang banyak. Tapi aku malas nak cerita. Aku rasa ia tak penting dan ia sungguh poyo.

Tapi untuk adik-adik yang masih ada zaman surat cinta, enjoy lah waktu-waktu itu. Sebab bila adik-adik dah besar esok, akan tersangat rindu lah kepada kenangan-kenangan macamtu. Dan bila teringat, surat-surat cinta tu buat aku senyum sorang-sorang sampai sekarang.


10. SEKARANG KO RINDU TAK KAT SEKOLAH KO?

Aku pernah ada 3 sekolah. Aku paling rindu satu. Ya.. Rindu .


11. KENAPE KO FOLLOW AKU YE??

Aku ada beberapa kriteria dalam memfollow blog. Dan untuk memfollow blog kau, aku rasa kau gigih. Kau tak lokek dan tak sombong. Sebab itu.



Tag berhenti di sini. Harap maaf aku bukan penge-tag tegar.