Sunday, October 30, 2011

Bantuan Diperlukan. Sila Kesian Sikit.


Bismillah


Esok aku exam, tahu? 


Apa?

Korang ingat aku berada dalam keadaan gembira ke sekarang? Nampak tak kulit kepala aku ni berkedut? Ni sebab penat perah otak. Tapi takyah nak perah sangat la kalau dah bengap tu,kann..


Dah setengah waktu semester ni start, aku baru nak register barang elektrik. Boleh la nak kata selama 2 bulan ni aku guna elektrik secara haram. Itu kata orang ofis lah. Tapi diorang ingat aku tatau ke duit air dengan elektrik dah masuk sekali dalam yuran hostel. Saje je nak menindas kaum yang lemah macam aku ni kan. Karang aku protes, terus masuk hutan carik kayu api sebab nak masak air baru diorang rasa bersalah. Silap haribulan boleh terbakar hostel ni.


Over kan tempat aku ni? 
Tak register RM 5, kena saman RM 50. 


Jeles,kan..?


Tempat korang mampu ke nak beraksi Hitler macamni?
Tak,kan..?



Tak. Tak.
Aku bukan nak cakap pasal barang elektrik sebenarnya.


Kepala berselirat berkedut-medut dua minggu ni. Exam semua pakat nak hari dekat-dekat je kan. Due date assignment pun nak dekat-dekat dengan exam. Semua ni koleborasi nak menjatuhkan aku sebenarnya,kan..? Tak elok.. Tak elok...


Habis keadaan kepala aku yang berkedut sekarang ni siapa nak bertanggungjawab? 
Siapa nak seterika kasik licin?



Apsal korang semua tak membantu nieeeehh!
Eeeiii... mencik mencik !




** bunuh diri ~


Thursday, October 27, 2011

Jangan Tukar Pandangan Aku Kat Kau


Bismillah


Kalau diri sendiri tak tahu apa dalam hati orang, kenapa nak judge orang tu berniat baik atau jahat?

Kalau diri sendiri tak tahu apa dalam hati orang, kenapa nak kata orang tu tak ikhlas?



Terang-terangan!

Kau tau tak kau dah mengaibkan orang hanya dengan satu assumption?

Dah lah buat assumption, salah pulak tu.

Kau tau tak kau dah buat satu tuduhan yang mengaibkan?

Tahu tak tuduhan yang tak betul tu fitnah?

Tahu tak fitnah tu satu bentuk penganiayaan?


Dan tahu tak doa orang yang dianiaya tu tak ada hijab di antaranya dengan Allah..?


Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan, Nabi SAW mengutus Mu’adz ke Yaman dan beliau berkata kepadanya: "Takutlah kamu akan doa seorang yang terzhalimi (teraniaya) karena doa tersebut tidak adah hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah" (H.R. Bukhari dan Muslim).


Aku yakin kau tahu tentang hadith ni, sebab kau selalu cakap yang cara dakwah kau sangat berkesan. Yakin. Tapi yakin ke Allah terima?


Aku penat dengar kau bercerita macam-macam pasal macam-macam orang. Aku penat dengar kau membangga diri dengan harta dan kehebatan. Aku penat.


         " Jangan pandang siapa yang berkata-kata, tapi pandanglah apa yang dikatakan. "



So, how?


Ya, betul. Semua orang pernah buat silap. Tapi kalau hari-hari nak mengata, siap maki-maki, bukak aib orang sini sana tanpa rasa serba-salah dan dengan penuh yakin nak claim 'Cara dakwah saya selalu berkesan', masih kategori silap ke tu...? Macamana orang lain nak ikut..? Macamana orang lain nak betulkan silap sendiri kalau cara kau pun dah silap.




Moral of the story : Being at the top, makes you no King.




Sunday, October 23, 2011

Kenapa Orang Tak Follow Blog Kau?


Bismillah


Aku taip entri ni dalam muka kegigihan sambil tahan sakit perut. Kau tak terharu ke? Sikit lagi nak masuk taraf jihad ok. Heyy jangan main-main soal agama. Kena panah petir nanti, mau? 

Baik. Aku akan buat-buat lupa kepada kesakitan yang sedang aku tanggung saat ni sebab aku bukan nak raih undi sesiapa. Sebab aku pun tak berminat nak bertanding calon kawasan pedalaman camni. Setakat nak dapat undi dari kera-kera dan hanjing-hanjing yang meriah kat sini, aku tak perlu. Aku pasti menang.



Dem lah..

Selalu je terlari akidah.



Tegak ke point tersebut. Aku pasti korang tertanya-tanya kenapa orang susah nak follow blog korang. Kenapa? Kenapakahh?? Nak kata tak cukup cantik, beli barang mekap dah sejuta sebulan. Nak kata ketinggalan zaman, dari tudung bawal sampai ke Hana Tajima dah boleh tenggelamkan kapal Titanic. Nak kata tak hensem? Gi salun pacakkan rambut dah amek 3 hari 3 malam. Nak kata blog hodoh? Dah siap letak bling-bling penuh sampai orang blogwalk pun harus pakai spek hitam. Maka kenapakahh??

Aku taknak cakap pasal widget lagu, isu blogwalk, widget bersepah, isu follow, blog berat, font & warna, dan yang sama agama dengannya sebab semua aku dah pernah terangkan. Jadi ayuh kita fokus kepada isu yang sering dipandang remeh ye tuan-tuan. 


Kenapa orang taknak follow blog kita? 


1. Sebab nama blog kau pun dah macam haram. Tolong jangan pandang remeh dengan nama blog kita sebab itu akan terpampang sebagai URL. Menatang URL ni la yang orang akan duk klik-klik sampai mouse diorang tenggelam. First impression itu penting ok. Kalau nama blog korang terlalu general seperti ; pinggiransenja.blogspot.. kecenderungan orang tertarik untuk klik memang sungguh merudum. Sebab bosan. Nak view pun takde nafsu. Kalau nama blog kita tersenarai dengan 20 blog lain, kau ingat manusia ni rajin ke nak bukak satu-satu? Komfem orang akan pilih-pilih, dan kriteria utama pemilihan adalah berdasarkan nama blog anda. Cuba cari identiti dari nama blog tu demi menaikkan nafsu pembaca. Untuk yang baru nak buat blog atau nak tukar blog, cuba carik nama yang unik. Contohnya tahik-kuning.blogspot atau jerawat-nanah.blogspot.


Rasa bernafsu sekarang,kan..?



2. Sebab perangai kau pun macam haram. Tolong hentikan attitude 'apa yang aku tulis ni betul dan segala pandangan korang tak berguna'. Aku pernah baca satu entri blogger ni kondem satu pihak. Bila kat komen ada bagi pandangan, terus owner blog tu attack die. Bila commentor tu cuba explain dengan ayat yang sangat baik, owner tu reply 'kau takyah nak berdalih lagi laa..'. Entah. Tapi aku rasa nak tampar owner blog tu. Memang follower dia lebih 3000, tapi aku rasa siapa-siapa yang tersesat kat ruang komen tu, komfem tak bernafsu nak follow. Tolong ingat ruang komen tu tak semestinya penuh dengan entri memuji dan menyokong apa kita tulis. Kalau tak boleh terima pandangan orang, elok la disable fungsi komen tu. Dosa pun kurang, musuh pun kurang. Walaupun kita tak setuju dengan pendapat orang, tolong jangan balas dengan ayat yang cari gaduh.


3. Kau hapdet entri pun sebulan sekali, tak payah nak buat muka platipus sangatlah bila tengok bilangan follower tak naik. Memang la orang yang tak follow kita tak tau kalau kita hapdet, tapi ia membantu secara tak langsung bila banyak blog senaraikan blog kita dalam bloglist diorang. Setiap kali korang update, nama blog korang akan naik kat page diorang. Dari situ la nak tagih undi simpati. Bila orang klik, masuk blog kau, dia suka, ada la potensi dia nak follow. Aku yang tiap minggu hapdet ni pun susah nak dapat follower, ini pulak kau yang malas nak mampus tu. Kalau rasa diri tu Fatin Liyana, lain cerita. Kau tau tak bilangan follower aku kat sidebar sebelah ni masih dalam mukasurat yang sama sejak sebulan lepas? Ya.. Kenyataan itu pahit. Jangan disangka air buaya tidak tenang. *muka kecewa~


Biadap la korang ni.. Berani tak follow aku. Dah puas hidup..?



4. Tajuk entri kau semua bosan taraf puaka. Tak payah nak kunyah jari kaki sebab frust takde follower kalau tajuk entri korang adalah 'Kenangan di Kampung Pisang'. Aku mampu jalan-guna-tangan-sambil-pintal-bulu-kaki dari klik tajuk entri kau ni. Tajuk pun bikin hilang nafsu. Tajuk entri ni sangat penting! Selalunya entri berkaitan isu semasa dan formal memang perlu tajuk yang direct. Kalau entri pasal pilihanraya, tajuknya mestilah 'Pilihanraya...'. Sampai hati ke nak letak tajuk 'Khinzir update status Facebook'?. Ada yang jenis suka cari trafik dengan guna tajuk SEO. Secara peribadi, aku lebih suka tajuk yang tak menumpang populariti SEO. Rasa lebih tulen. Tapi terpulang la kat cara masing-masing. Cuma kalau boleh, reka tajuk yang buat orang tertarik.  Tapi tolong jangan selalu cari publisiti dengan buat tajuk entri maki-marah. Itu sungguh publisiti murahan. Sekali-sekala takpe. 


5. Aku malas nak fikir. Aku lapar. Korang fikir la sendiri. Takde nafsu la nak sambung.



p/s : Apsal asek sebut nafsu-nafsu ni? 
        Pergi semayang Taraweh sekarang.
        Aku kata sekarang.




Friday, October 21, 2011

Untuk Perempuan Yang Risau Dengan Jerawat


Bismillah


Bahagian 1 : Jerawat


Jerawat ni selalu dicemuh dan dikeji masyarakat. Apakah salah jerawat sebenarnya? Besaarr!! Sangat besar salah jerawat sebenarnya. Jerawat lah punca kenapa kita tak datang kenduri kahwin orang. Jerawat lah punca kenapa kita mengelak bila pakwe ajak kuar makan. Jerawat juga lah punca kenapa kita tak dapat A dalam peperiksaan. Jerawat memang menghilangkan fokus, membantutkan keyakinan diri serta menghabiskan duit dek kerana nak beli macam-macam produk.




Aku macam tak pasti kelayakan aku nak cakap pasal jerawat sebab kulit muka aku pun takde lah setaraf sutera. Untuk pengetahuan, aku tak pernah ada produk tetap yang wajib aku pakai. Aku tak pernah ada produk pencuci muka yang tetap. Tak pernah ada toner segala bagai (aku baru tau apa itu toner selepas hidup 23 tahun). Aku tak ada tepek timun, tomato, kentang mahupun kulit durian pada muka. Aku tak pernah menjadi pebeli produk kecantikan yang tegar. Aku tak pernah ada pantang dalam pemakananan. Tapi ramai yang buta selalu bertanyakan tentang kulit muka aku.


Baiklah. Buat perempuan-perempuan bombastik di luar sana, tak perlu risau sangat tentang jerawat sebenarnya. Setiap yang baik tu ada keburukan. Muka aku memang sangat susah nak dihinggap jerawat. Aku pun tak pasti apakah hina sangat kulit muka aku ni sampai jerawat tak sudi nak tumbuh. Tapi aku rasa ini kelebihan jenis kulit muka aku. Untuk pengetahuan, kulit muka aku sangat senang nak jaga. Caranya adalah, tak payah jaga. Tak payah rawat. Tak payah facial bagai. Ya. Aku serius. Dan aku tak perlu nak stick kepada satu produk. Hatta kalau pencuci muka habis, aku masih boleh cuci muka guna sabun mandi badan tanpa merosakkan kulit muka.


Bunyi menarik,kan? Tunggu. Jangan nak bertepuk-tampar dengan jiran sebelah sebagai tanda kegembiraan sangat. Seperti yang aku cakap, setiap kelebihan tu ada kekurangan. Dan kekurangan kulit muka macam aku adalah senang terbakar. Bila aku cakap terbakar, aku tak maksudkan siat kulit muka dan lempar dalam kuali panas. Tolong jangan buktikan kebodohan di sini. Tolong.


Abaikan kehodohan,fokus pada kulit sahaja.
Macam jahanam perangai..
bajet kulit cantik sangat.

Aku maksudkan muka aku cepat sunburn. Dan bila ini terjadi, muka aku jadi pedih. Dan aku pulak suka menyeksa muka sendiri dengan aktif panjat gunung walaupun panas dan bersukan di tengah-tengah padang di tengah hari. Ini kekurangan kulit muka aku. Ya. Kulit muka aku sangat halus. Walaupun takde masalah, tapi tetap ada sakitnya. Tapi bila dah sunburn, kulit aku cepat mengelupas dan beberapa hari pastu dah ok.


Kesimpulannya, bila muka korang jenis berjerawat, tu tandanya kulit muka korang lebih keras. Dan korang tak mengalami macam apa yang aku alami. Mungkin ada, tapi tak seteruk orang berkulit macam aku. Jerawat setakat 3,4 ketul tu takyah nak risau la sebab itu kan pemanis muka. Bila korang duk pakai produk macam2 nak hilangkan jerawat tu, tu yang kulit mengelupas sana sini sebab produk yang menghilangkan jerawat ni biasanya kandungan asid tinggi. Dan bila duk mengelupas je, kulit korang jadi nipis secara tak semulajadi. Walaupun kulit korang akan baik selepas terseksa, kulit korang selepas itu akan menjadi sensitif dan kesan jangka panjangnya pun mengerikan. 


Ayah aku tak bagi kitorang pakai pencuci muka sebenarnya. Ayah aku ni memang alif-ba-ta sikit. Bila kakak aku sebok nak hilangkan jerawat dia dulu, ayah aku cakap ;

"Apa sebok nak pakai itu, pakai ini. Benda tu kan banyak bahan kimia. Nanti muka kau lagi teruk. Nak muka bersih kena rajin cuci guna air bersih. Amek air sembahyang.."


Pedih,kan..? 



Tapi kalau jerawat tu jenis luar biasa. Ruam, sakit kulit, atau se-agama dengannya, sila lah pergi jumpa pakar. Tolong hentikan alternatif nak kikis jerawat guna pisau lipat. Tolong jangan bangang sampai begitu.



p/s : mana tips nya? bodoh je kan. Takpe. Bahagian lain.



Wednesday, October 19, 2011

Untuk Kau Yang Frust Cinta


Bismillah


Aku tau ramai kat luar sana tu tengah frust sebab putus cinta. Putus cinta dari relation yang bukan bulan-bulan, bukan 2,3 tahun. Lama. Cukup lama untuk korang masing-masing berniat dan berfikir tentang rumahtangga dan berharapkan masing-masing membimbing sampai ke syurga. Aku tau ramai.


Untuk kau yang suka kaler pink dan suka main netball.

Untuk kau yang suka lepak kat Restoran Awe dan suka rempit motor.

Untuk kau yang kurus keding dan nama nak sama dengan aku.

Untuk kau yang suka pakai tudung senget dan gelak sambil tutup mulut.

Untuk kau yang selalu panjat gunung dengan aku dan suka makan burger kat Wendy's.


Dan untuk ramai lagi orang kat luar sana yang aku tak kenal.


Aku malas nak cakap panjang lebar lagi. Aku harap ini dan ini dapat sedarkan korang. Sikit.
Cuma tolonglah kuat. Aku tak dapat tolong apape. Kita rapat ataupun tak, kenal ataupun tak, aku sayang korang sebab korang tu manusia macam aku. 

Sebelum bercinta sangat, tolong ingat yang tak ada benda atas dunia ni yang kekal. Semua benda yang dicipta dan diberi Allah, takkan kekal. Hidayah pun boleh ditarik balik, inikan pulak perasaan cinta. 

Yang berkahwin pun boleh bercerai. Bukan berdoa. Tapi kalau korang letakkan Allah paling atas, korang mesti tau yang tak ada benda kekal atas dunia  ni. Kalaupun cinta tu sampai akhir hayat, bukan ke ajal tu satu perpisahan juga? Dan kalau jadi macamtu, bukan ke kita kena bersedia untuk kecewa dan sedih?


Untuk kau, kau, kau, kau, dan kau.
Tolonglah kuat dan tolong jangan mati sebab cinta macamni.




Jangan kata aku tak faham.


Aku sangat faham...










Moral of the story : ..sebab aku tak mati.




Sunday, October 16, 2011

Jangan Malukan Diri Sendiri


Bismillah


Aku yakin korang semua tahu macamana rupa baju melayu. Lelaki ataupun perempuan, aku dengan kegigihan yang tinggi sangat pasti bahawa korang mengenali baju melayu. Kalau korang adalah orang melayu, tapi tak tau rupa baju melayu, sila tonggeng sekarang sebab kaki aku berebut-rebut nak terajang. 


Baju dan seluar yang berwarna sepasang digandingkan dengan kain sampin untuk menyerlahkan ketampanan jejaka melayu. Tolong jangan gelakkan kehebatan garapan bahasa klasik aku kalau taknak kena lempang. 


Korang tau kan tahap kebijaksanaan aku..?


Ia adalah pada tahap kurang 0.001 dari mencecah skala peringkat 'genius'.
Kalau setakat soalan 'binatang apa keris di kaki?' tu, aku memang takkan jawab sebab bukan standard aku nak jawab soalan cikai macamtu.



Sudah.


Sudah-sudah la muka kagum tu.
Penat ok tengok muka kagum korang setiap kali baca entri aku. 
Penat merasakan perasaan riak macamni.


Kebijaksanaan aku ni dah terserlah sejak aku kecik lagi. Waktu tadika. Aktiviti bosan macam mewarna..? Geli ok nak buat aktiviti yang tak mencabar camtu. Tapi aku terpaksa lalui semua tu. 


Bila cikgu bagi kertas ada gambar lelaki pakai baju melayu, sampin dan songkok, aku gembira sangat sebab aku dah terbayang huruf 'A' besar-besar kat sudut atas kanan kertas tu nanti. Aku amek pensel kaler Luna, dan terus kaler sambil bagi pandangan komfem-aku-kaler-cantek-dan-korang-komfem-hodoh pada kawan-kawan sebelah. Aku jeling kertas diorang. Cara diorang kaler gambar baju melayu tu semua sama je.


Huh..
Penataan warna kurang jelas.
Sempadan lukisan dicerobohi oleh warna tanpa isu-isu kebuluran.
Sudut pewarnaan tidak sekata dan konsistensi kabur.
Sudut jangkauan pesimistik dan optimistik tak sejajar dengan gerakan tangan.
Efek koleografi kurang pengenalan medifikasi tidak mencerminkan pewarnaan strategik.


Bosan... Bosan... Bosan... 



Siap! Masing-masing hantar gambar ber-kaler tu. Ada yang dapat B, B+, paling hebat pun A--. Aku senyum sinis-geli tengok gred diorang. Dalam hati kata 'hodoh camtu pun boleh dapat A...'. Bila cikgu panggil nama aku, aku pergi ambik kertas.


Sambil genggam kertas, aku tanya kawan-kawan...

'Apsal korang kaler macamni?'


Diorang kata...

'Memangla baju melayu kaler macamni.. Kenapa awk kaler macamtu?'


Aku jawab..

'Saje.. ' dan terus berlalu.



*  *   *   *   *   *

Belakang pintu, aku tengok kertas gambar baju melayu tu. 
Baju kaler merah, sampin kaler hijau, seluar kaler biru.


Kenapa aku tak tau pun baju melayu dengan seluar baju melayu kena warna sama??


Aku tengok sudut atas kanan kertas aku.


C-.



Aku rasa nak berhenti tadika.




Moral of the story : Betul... Jangan malukan diri sendiri walaupun anda genius.


Saturday, October 15, 2011

Kadang-kadang Aku Boleh Tahan Murah Hati..



Bismillah


Entri kali ni lebih kepada amal jariah. Sebab aku masih tak layak nak bayar zakat harta, jadi buat sementara ni, aku tolong benda ni je la. Pilih yang mana-mana anda berkenan, gores blog mereka dan menang. Jikalau perlu, anda boleh Putar-lagi-Halimm!! ke blog-blog yang lain. Jika tak perlu, anda boleh bolos saja dinding blog itu.



Tak Sombong Tapi Bongkak+Riak+Takabbur.

http://darkworld90.blogspot.com/
http://mdizzar.blogspot.com/
http://fiera-rafique.blogspot.com/
http://caliphshuriken.blogspot.com/
http://neracaparadigma.blogspot.com/
http://nurhijrahwidad.blogspot.com/
http://idamanja79.blogspot.com/
http://kicaphijau.blogspot.com/
http://khaifaiz.blogspot.com/


Suka Korek-Hidung-Jari-Masuk-Mulut.

http://yusukeraizan23.blogspot.com/
http://wawanasywa.blogspot.com/
http://budakijaupendek.blogspot.com/
http://aqimpunyacerita.blogspot.com/
http://lhthebest12.blogspot.com/
http://syirahrasid.blogspot.com/
http://elephantisgajah.blogspot.com/
http://iejjahygmnulis.blogspot.com/


Sewel Sikit-sikit Tapi Lama-lama Jadi Bukit.

http://anakwakmail.blogspot.com/
http://mnasriq.blogspot.com/
http://el-elsays.blogspot.com/
http://belogbudakmengada.blogspot.com/
http://ohperantau.blogspot.com/
http://shawnrazaleigh.blogspot.com/
http://shedameor.blogspot.com/


Gaya-gaya Macam Hot.

http://hanafijaafar.blogspot.com/
http://nwar90.blogspot.com/
http://alifharis.blogspot.com/
http://nomoresecret95.blogspot.com/
http://aoimiyuki.blogspot.com/
http://supernightman.blogspot.com/
http://hasbullahmahazir.blogspot.com/


Ada Hati Nak Mengorat Aku

http://silebaca.blogspot.com/
http://dewidindadayangsenandung.blogspot.com/
http://cik-bulan.blogspot.com/
http://wnurulhusna.blogspot.com/
http://ayampenyek.blogspot.com/
http://mezafirah.blogspot.com/
http://unguisme.blogspot.com/



Berdasarkan apa aku promote diorang macam aku promote pinjaman berlesen Ah Long? Takde dasar apape pun. Jauh sekali dasar laut. Aku selalu nampak nickname dorang. Tu je.


Agak bodoh bukan alasan ini?


Diam.


Tuesday, October 11, 2011

Masa Untuk Riak, Takbur, dan Bongkak


Bismillah


Sebulan lebih ni kat tempat aku belajar, tengah ada ESGame anjuran Kuliyyah aku. Benda ni tiap tahun ada dan tiap tahun aku menyibuk nak masuk. Satu lagi program sukan yang meletop kat sini adalah University Sport Carnival (USC). Yang USC ni aku masuk 2 tahun je atas sebab-sebab peribadi. Owh, bukan.. Bukan aku cuti berpantang sebab bersalin. Tolong jangan buat kontroversi kat sini.

Jersi dah jersi futsal. Kalah gak. Guane mung??

ESGame selama ni terbuka kat student Kuliyyah aku je, tapi tahun ni dia buat open. Biadap,kan? Saje nak suruh aku kalah,kan? 27 Sept baru tau ada tournament, 28 Sept baru nak buat team dan baru nak hantar borang, 2 Okt dah start tournament. Kepala hotak, bukan? Bajet star je nak masuk last minute camtu. 


Semua star tu. Kapten die yang tengah bongkok
tu je tak star.Aku la tu. Demm..

Aku bertindak selaku kapten, telah menyumbang kepada kekalahan team kami. Macam jahanam punya kenyataan. Pahit, namun berkatalah benar. Turun training pun sempat 3x je. Tu pun tak berapa nak training sangatlah. Gelak-gelak, borak, mengumpat. Patut la tak berkat. Kan dah tak menang. Demm lahh...




Budak-budak team aku, Ida, Afzan, Amal, Pa'a, Oja dengan Miza. Sorang lagi senonoh je tak datang langsung sampai habis tournament. Sabar je la aku. Banyak gak duet fee yang burn sebab aku tolong bayarkan lebih. Konon baik,kan? Duet tu oi..duet.. *kesat peluh~

Registration start pukul 8 pagi. Gila la tu. Dorang tatau agaknye jam tangan aku memang takde nombor 8, 9 dan 10. Nak taknak aku terpaksa jugak bangun pukul 11 ke atas.

Kukuh kan alasan aku..?
Ya. Terima kasih.


Hek elehh... Lari gaya nak sungguh-sungguh je kan. Nampak sangat tak dapat bola. Hahaha. Bongok ape aku memalukan diri sendiri macamni.


Game sepatutnya start pukul 9. Tapi macam biasalah, melayu kan. Aneh la kalau program tu start tepat pukul 9. So, sambil-sambil nak tunggu game start, macam biasa.. 

Apa?
Warming up?
Stretching?

Tak kuasa mak Jemahh.

Sambil tunggu game start mestilah kitorang borak-borak sambil mengumpat team-team lawan. Sambil kebas kek pisang ahli committee, dengan mulut penuh, kami gelak-gelak sampai tersembur-sembur. Haaa.. takut kan nak kawin dengan ahli team aku? Bhahahha!!



Main tak la hebat pun. Tapi sejak aku sekolah lagi, tiap kali ada tournament, tak kesah la sukan apa pun.. Prinsip sukan aku adalah 'Biar kalah, asal bergaya' Tu yang walaupun tak menang, muka masing-masing nak yakin je kan. Macam bangang.

Pukul 12 tengahari camtu baru kitorang gerak gi lunch ramai-ramai. Mana-mana pergi semua orang tanya pasal jersi. Hahaha! Rasa hebat sebab jersi cool je. Kalau tak, memang jalan tunduk kepala. Tu pun kira ok. Ikutkan hati nak jalan sambil letak kepala dalam kasut.


Over kan hiperbola aku?


Amal jadi model jap.




By the way, bebeh. Kalau nak beli jersi FBT ni, boleh roger aku. Sumpah tak tipu. Tu diaaa... gambar penutup promote baju ok. Serious buyer only! Hari tournament tu ada 3,4 team beli jersi kitorang camni. Kaler je lain. Kelasss kau Jemahh..!


Biar Kalah, Asal Bergaya ~



Ok la tu,kan? Nombor 3 tak di-consider kalah,kan..? *sedapkan hati ~



Moral of the story : Minggu ni tournament netball pulak. Wish us luck !~


Saturday, October 8, 2011

Aku Nak Puji Diri Sendiri. Kau Diam.


Bismillah


Dah 3 hari berturut-turut hujan. Bukan hujan style 'gerimis mengundang'. Hujan semua bagaikan taufan. Ok. Aku bukan nak cerita pasal hujan, sebab aku bukan katak. Aku juga bukan nak cerita pasal 4 helai baju yang aku baru beli, sebab aku bukan riak (Tak riak kejadah kau!). Jauh sekali nak cerita pasal aku ponteng kelas tutorial 2 kali berturut-turut, sebab aku taknak memburuk-burukkan diri sendiri. Haa.. Sekarang mesti korang nak kata aku bangang,kan? Takpe. Tak kesah. Nampak tak muka redha aku sekarang?


Persetankan mata juling air itu.

Anak sedara aku baru balik. Selepas dia selamat gigit lengan aku sampai biru dan cakar lutut aku dengan kuku panjang dia yang komfem banyak syaitan bergayut tu, dia pun melambai-lambaikan tangan dalam kereta dan cakap 'i love you,ciksu'. Keji tak keji perangai camtu? Dah buat aku cedera separuh mati, boleh lagi nak cakap i love you. Aaghh..!! Nasib la kau tu darah daging aku. Kalau darah daging orang lain, memang dah jadi chicken chop la. 

Kau tengok pic aku kat sebelah. Selain nampak gedik dan bajet, aku nampak penyayang,kan? Kau berani la cakap 'tak', kalau nak menemukan ajal di rel keretapi. Itu la rupa makcik sedara paling penyayang. Rela dicederakan demi melihat anak-anak sedara ketawa. Penyayang? Mungkin boleh dikategorikan bangang. Ya, mungkin. 

Owh. Tolong jangan puji tentang pic yang menunjukkan kerajinan study aku yang amat puaka tu. Buku tu terbukak masa nak amek gambar, tapi lepas dah amek gambar, entah macamana buku tu boleh terus ada dalam beg, Nampak? Nampak dah fungsi sebenar buku? Dan, owh.. kalau dah pernah nampak pic ni, maknanya korang ada Twitter aku. 


Macam Ciksu. Patut la comeelll..!! Yarabbiii..!!

Dan ini anak sedara yang paling hebat buat aku parah. Dan fon aku pernah hang angkara bakat melontar lembing dia. Nasik aku dalam pinggan pernah berenang dalam air sirap angkara bakat boling dia. Dan kepala aku pernah tanduk bola tanpa rela angkara bakat melontar jamratul aqabah dia.

Tapi macam yang aku cakap tadi, muka penyayang macam aku ni tak boleh nak marah la. Aku cuma mampu kata, 'Ehh Iman. Tak sakit sangat ni. Apa tak bunuh je Ciksu ni, kan senangg..'. Baik gila kan aku?

Aku tau sekarang ni korang semua tengah berebut berdoa supaya dapat jadi anak sedara aku.


Cukup. Aku rimas.




Moral of the story : Sedang menambahkan sifat penyayang untuk melatih bakat mendidik anak-anak sendiri. Nah kauu.. kontroversi ok ayat kau Jemahh..




Friday, October 7, 2011

Aku Feeling Minah Saleh - Part 1


Bismillah


Aku baru nak start cerita pasal entri ni. Lembab gila kan nak hapdet? Tapi aku tau korang memang tak pernah tunggu pun cerita ni. Kenyataan biadap namanya tu.


Hari berangkat. Buat-buat la gaya macam bukan berasal dari Malaysia. Beg nak hangkut gaya macam nak bawak balik Gajah Afrika sekor. 


Arrival. 15th Sept.

After we passed the luggage checking procedure, we directly went to the parking area to collect our rented minibus. Ayat intro harus speaking ala-ala darjah 1 Anggur supaya tak nampak sia-sia pergi sana. Geli ok. Keluar je dari pintu Christchurch Airport, kitorang tertanya dan tercari tempat minibus tu. Then semua tersenyap. Lepas tu buat gaya batak nak mati sebab bila bercakap, mulut masing-masing keluar asap. Dah habis mat saleh dah rasa time tu. Sambil tarik beg, tergelak-gelak dan bercakap-cakap tanpa henti dan tanpa arah tujuan semata-mata sebab nak tengok asap keluar dari mulut. Buat malu kat mat saleh je. Haruslah batak weh! Aku pernah holiday kat Australia, tapi haritu pergi masa summer. So mulut tak berasap. Kat New Zealand ni sampai waktu baru habis salji dan early spring. Sejuk!



Kitorang sewa 12 seated minibus. Badan ada 9. Space lebih tu untuk beg. Ngam-ngam la selesa. Kat oversea memang strict dengan rules dan moral manners. So, tambah duit beratus untuk sewa dua car seat untuk baby Sofia dengan Iman. Kau tau je la Iman tu macamana perangai. Memang berjihad nak suruh dia istiqamah dalam  car seat dia tu. Setakat nak kira berapa kali car seat dia jatuh bergolek keluar dari minibus tu, ada lah dalam 7 kali. 7 kali tu kalau buat pusing Kaabah, dah dapat title Haji, tahu? Ok. Lari topik. Diam.


16th Sept.

Journey to Mount Cook amek masa 7 jam la jugak. Mau tak 7 jam. Drive sikit, stop tepi jalan, amek gambar. Drive lagi sikit, stop tepi jalan, amek gambar. Kalau aku dilahirkan sebagai kamera, haruslah aku bunuh diri sebab bosan dipergunakan sebegitu kerap. Tapi dah bukan tiap-tiap hari nak gi holiday macamni kan. Rugi la kalau tak amek gambar banyak-banyak. Lupakan pasal nasib malang menjadi kamera. Kadang-kadang haruslah berlagak menjadi manusia. Apakah aku cuba tegaskan di sini??


7 jam tu kalau tak lapar, tolong jangan panggil aku Mulan Jameelah la. Lapar nak mampus kot. Dah lah tempat sejuk, lagi la cepat lapar. Tak biasa la cuaca tempat-tempat Lord Of The Ring camtu kan. Tapi kami tak gusarrr! Dalam van tu ada 2 kotak makanan. Nak dapat makanan halal kat sana memang susah, jadi kitorang sentiasa ada stok roti, buah, sayur, etc. Dan kitorang sempat la masak-masak sebelum gerak. Nasik goreng kau! Hambekk. Mana nak carik nasik goreng style Johor kat New Zealand?? Memang harus tikam bijik mata sendiri la kalau orang dengar kitorang makan nasik goreng Johor kat sana. Kau mampu?

Lupakan soal nasik goreng. Sekarang fokus kat anak-anak sedara aku sebelah ni. Anak sedara. Anak sendiri belum lagi. 


hmm....


Tiba-tiba rasa malu bila cakap pasal anak sendiri. Ahh.. Puaka betul tiba-tiba malu pulak kan. *kesat peluh~



Selang sejam mesti berenti kat public toilet. Minum air tak seberapa. Tapi kencing, sakan macam ada pesta. Ni pasal sejuk sangat. Maklumla kulit masing-masing jenis tegar haba ala-ala kulit biawak Komodo, tiba-tiba mulut nak main keluar asap plak kan. Haruslah timbul konflik antara sistem di dalam badan. Kalau tak kencing pun, Iman dengan Sofia ambik giliran pulak nak berak. Sikit-sikit nak berak. Terpaksa carik toilet nak tukar lampin. Kalau taik berbau suci tu takpe jugak. Ni masing-masing taik nak bau sikit lagi tahap neraka. Boleh?


Pemandangan kat sana tersangatlah cantik. Lebih cantik dari aku. (Apa? Apa?? Apsal buat muka macam ada bencana alam tu??) Macam yang aku kata tadi, cuaca sana sejuk sebab baru habis salji. Salji tak sempat cair lagi pun. Kalau pakai baju sehelai, tu boleh diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Aku kat sana wajib pakai 2helai baju tebal + winter jacket. So kalau nampak gemuk tu, bukan sebab lemak ok. Ini adalah penegasan pertama. Bukan gemok. Bukan,bukan. Dan muka aku tembam adalah disebabkan tudung. Ini penegasan kedua. Bukan tembam. Bukan,bukan. Faham?? (suara penuh ancaman ~)



Dalam perjalanan nak pergi Mount Cook
tu, pemandangan terlalu cantik. Kira kalau  tengok tapi dalam hati tu tak terdetik  nak cakap 'Subhanallah' tu, taktau lah aku apa nak cakap. Yelah, kat Malaysia mana kau pernah nampak gunung ada salji kat puncak? Ada? 
Sepanjang tu jugak kau boleh nampak kambing biri-biri bersepah-sepah bebas makan rumput. Biri-biri ni memang dibiarkan bebas macamtu je tapi takdelah sampai melintas jalan macam kat Malaysia. Sepanjang jalan ada pagar supaya haiwan-haiwan tu tak lintas dan terkorban digilis kereta. Bukan macam kat Malaysia. Separuh statistik lembu tu agaknya menemukan ajal kat jalanraya je. Tu belum kira anjing, ayam, kucing yang memang selalu sakaratulmaut di bawah tayar lori. 



Untuk pengetahuan, populasi penduduk New Zealand cuma 4.5 juta je. Fakta, jumlah kambing biri-biri dengan lembu lebih banyak dari manusia kat sana. Dan ekonomi diorang kukuh based on income from tourism dengan agriculture. Waktu kat sana, currency rate dolar NZ adalah dalam 2.4 dari RM. Malaysia pulak penduduknya ramai, tapi semua pemalas macam aku. Mana nak majunya ntah. Eh, apsal angguk? Biadap kan korang ni? Bagus.





Mount Cook


Kitorang tido satu malam kat Mount Cook. Gunung Masak. Bodoh bunyiknya bila dah translate. Tempat ni betul-betul kat kawasan pergunungan. Tak ramai orang dan takde penempatan pun kecuali hotel sebijik dua untuk tujuan tourism macamni. Cantiknya tak perlu nak cakap lah. Tahap jilat tapak kaki sendiri punya cantiknya. Kat sini sakan la nak attach-kan hood bulu-bulu kat winter jacket masing-masing. Padahal omputeh sana takde pun pakai jaket bulu-bulu. Tapi sebab kitorang ni baka penuh semangat waja, haruslah beli winter jacket berbulu. Kalau tunjuk kat nenek atuk di kampung, harus mereka blender telinga sendiri sebab kagum. Jaket ada bulu baru la feeling minah saleh tu lebih kuat. Kalau takde bulu, rasa macam pergi uptown Danau Kota je sebab aku pernah nampak  mamat pakai jaket bulu pergi uptown. Perasaan puaka-rasa-nak-gilis-dengan-stimrol tu memang sangat mencanak-canak la waktu tu. Tapi aku cuba kuatkan iman. 




Aghhh! Tengok. Dah lari tajuk. Senang betul diri ni nak mengumpat. Apakah? Apakah?


First time pegang salji. Kalau nak ikutkan, bukan lah first time. Dulu masa kecik-kecik, family aku duduk UK dalam setahun lebih ke dua tahun. Tapi sebab time tu masih kategori baby comel, maka aku takde memori langsung pasal salji. Maka selepas 23 tahun baru dapat pegang salji dan penuh makna. Salji itu bukan macam ais kisar nak buat ABC tu. Salji real ni, dia tak cair di tangan, malah dia serap pulak air yang ada kat tapak tangan kita. Kuasa Allah,kan. Yang itu haruslah kagum.




Penat dowh nak cerita. Sampai kena buat part-part pulak. Ni mau ada 3,4 part ni. Mesti korang cakap dalam hati 'Ceh..Poyo gila. Orang lain duduk oversea pun tak over camni.' Memanglah ngok! Dorang duk oversea, aku duk Shah Alam! Tahu?? Ok, emosi. Maafkanlah atas ke-jakun-an saya. Maklumla, aku ni asal Indonesia. Haruslah aneh kalau cucu orang Indonesia yang tak kaya macam aku tiba-tiba pergi oversea. Ramai je orang Indonesia yang kaya, tapi aku ni kategori yang tak kaya. Jadi aku wajib jakun. Korang duk diam ok. Bagi aku jakun untuk 2,3 entri ni. Hahahha.


Dah. Dah. Aku penat menaip. Macamla aku tatau, korang ni bukan baca sangat pun. Korang tengok gambar je kan. Ahh keji!


Next part nanti-nanti lah ye. Nak gi makan ayam penyet. Tata !!~