Tuesday, September 27, 2011



Bismillah




Dari kecik aku belajar. Tanda pangkah menandakan 'tidak' atau 'bukan' atau 'salah'. Kalau kat buku latihan sekolah, lagi banyak tanda pangkah, lagi senang mak ayah nak lempang sebab anak diorang bengap sangat. Tu belum tengok tanda pangkah yang penuh satu mukasurat dalam kertas Addmath SPM. 

Arahan soalan UPSR pun macamtu. "Tandakan pangkah pada jawapan yang salah."




Sebab tu masa kecik selalu pelik.
Kenapa orang yang paling banyak dipangkah undi akan menang?


Maknanya, makin banyak calon kena pangkah, makin ramai la yang taknak calon tu menang.

Kompem menang. 


Ahh...
Whatever.




** Sistem pendidikan kadang-kadang mengelirukan artis.


Sunday, September 25, 2011

It's Not As Easy


Bismillah




It's not that I can't be forgiving.
I just had enough of people taking me for granted.


It's not that I don't do any wrong.
I just had enough of purposely hurting jokes.


It's not that I can't tolerate.
I just had enough of excuses.


It's not that I'm being excessive over matters.
I just had enough of accumulating slight aches.




No..



It's not that I hate.

I'm just hurt.



Wednesday, September 21, 2011

Jangan Bahagia Sangat. Aku Belum Mati.

Bismillah Rindu?? Ehh.. Tolong. Tolong bertenang. Kalau ye pun rindu, tak perlu nak tarik-tarik aku ramai-ramai macamni. Kan tak elok kalau makcik pakcik yang nak jadikan aku menantu ternampak. Apa? Tak rindu langsung? Biadap nampaakkk..! Aku baru baek demam panas. Owh.. Dan. Aku sembelit kat sini. Tolong doakan taik aku sehat. P/s : takyah nak rindu sangat la kan. Lusa aku balik. Tataa..!

Wednesday, September 14, 2011

Tak Payah Nak Rindu-rindu Sangatlah,kan !


Bismillah


Aku tak ada selama 9 hari mulai 14hb ni. Bunyik macam nak pergi planet Jupiter,kan? Apa? Pergi tak kembali? Oii.. mulut sungguh tak ada insurans. Tengah gundah takut lecturer tak bagi pelepasan.  

Oh ye. Duit raya tahun ni collection sudah RM 1,+++. Alhamdulillah (cuba untuk tidak nampak terlalu berlagak). Tak sia-sia ambik kelas lakonan buat muka saya-comel-dan-belum-baligh-siyes-tak-tipu. Hello? Seribu, kalau setakat nak buat masuk meminang Khairul Fahmi, dah boleh sangat dahhh. Tapi pinang bulu kening dia je dulu. Yang bahagian lain tak mampu.

Aku tau korang tengah buat muka ungka. 
Sampai hati.

Aku mengharapkan doa tulus ikhlas dari korang semua. Kalau tak ikhlas, gigihkan lah jugak hati tu bagi ikhlas. Rasanya nak hapdet blog nanti tak sempat. Nak buat schedule post macam tak berapa nak reti sangat, atau dalam erti kata jujurnya.. bodoh.


Ya. Bodoh.
Ehh..? Kenapa suka?

Demm..


Take care korang!~
Muaahh!~
Geli?? Aku pun!



 *Haruslah sangat rindu korang.
**Haruslah sangat rindu Kapten.


Tuesday, September 13, 2011

Aku Tak Kelakar Ok





Bismillah




Kali ni aku langsung tak kelakar. Jangan berani-berani nak sengih, apatah lagi ketawa. 






A lot of things going on my mind.
Tuu diaa.. Cubaan speaking.


Cik Ungu sedih?
Ok. Boleh start risau sekarang.




Aku kata, sekarang.




* Mau hari akan datang, happy.



Monday, September 12, 2011

Aku Budak Baik


Bismillah


First day untuk sem ni. Aku pergi kelas untuk first day. Aku pergi kelas. Diulangi. Aku pergi kelas! Ini boleh jadi salah satu dari keajaiban dunia. Sama ajaib dengan menara Pisa yang senget di Itali. Sama tajam dengan bucu Piramid di Giza. Dah la pergi first class. First day. First student yang sampai pulak tu! Tak ke korang rasa nak menari joget salsa dibuatnya. Kalau mak aku tau, mesti dia buat sujud syukur. Padahal lecturer tak masuk pun. Aku memang layak dapat 'Anugerah Budak Baik'.


88% aku tak kenal langsung student yang berlambak-lambak kat Uni ni. Nampak sangat dah tua. Yang lain semua junior. Satu,dua batch je yang aku cam. Ini sindrom aku senior, atau ini sindrom aku tak glamer? Ahh.. terhiris hati ni kalau ada orang tak kenal Mulan Jameelah.


Accounting, Auditing & Governance of Islamic Financial Institution. Nama subjek dah sama panjang macam jarak Bumi ke bulan. Tapiiii..tapi tapi tapi you allll... Lecturer subjek ni menggugat iman,tahu! Owh bukan sebab muda. Bukan sebab hensem gila. Tapi karisma dan gaya-mutu-keunggulan beliau memang buat aku tiba-tiba berazam nak cemerlang gemerlapan dalam subjek ni. Terbayang-bayang result subjek ni aku dapat markah maksimum berserta 3 biji bintang kecil di sudut hujung kanan kertas jawapan peperiksaan. Nahh kau! Ini lecturer ala-ala Datuk K punya penangan! Nanti tak payah buat muka tenuk kalau masuk berita pasal Mulan kawin Datuk R. 




Dah penat berpeluk cium dengan member-member. Maklumlah, 10 bulan tak jumpa. Nak setahun tu. Tak sempat pulak nak bergambar dengan body sesudah raya. Bz carik kelas. Melampau tak melampau. Dah masuk 4 tahun pun tak hafal kedudukan kelas. Layak kena pelempang je ni.



 



Ok. Bukan gambar sem ni. Ada yang dah takde sem ni. Kerinduan di situ. Ok. Sekarang ni aku lapar. Aku perlukan nasi. Nasi! Malam ni nak gi Giant. Nak pergi boroskan duit. Oh ye. Tahu tak dalam banyak-banyak barang, aku lupa nak bawak langsir. Langsir!! Kau gila apa. Haruslah semua orang boleh nampak kalau aku buat tarian naga dalam bilik. Kan tak manis tu?    



Moral of the story : Carilah lecturer yang korang berkenan, untuk kesejahteraan di dalam kelas. Sekian.


Sunday, September 11, 2011

Tiba-tiba Kena Promote Izumio



Bismillah



Ni short post untuk follow-up entri sebelum ni. Ada ramai jugak yang tanya pasal air Izumio dan aku pun susah nak explain. Ramai kata nak cari tapi air ni tak dijual kat mana-mana kedai. Diulangi, tak dijual di mana-mana kedai. Diulangi, tak dijual di mana-mana kedai. Nak ulang lagi? Ehh tak kuasa aku!

Cara nak order air Izumio ni boleh refer kat sini. Aku pun tak berapa nak cerdik untuk explain secara terperinci sebab selalunya aku turun dapur, tengok-tengok dah ada sekotak air ni (Amboi senangnya hidup..). Ya, sekotak. Menatang ni tak jual satu-satu. Ni stok untuk sebulan, bhai.


Pembelian kena menerusi active member je rasanya. So, kalau nak, boleh try tanya an active member, Zainal kat emel zainal@envplus.biz.


Ok. Dah? Aku nak packing barang nak balik hostel ni. Leceh tau tak! Dah. Jangan kacau. Gi main jauh-jauh. 



Saturday, September 10, 2011

#2 Tips Kurus Keji



Bismillah


Malas nak letak gambar aku.
Kang jeles sampai bunuh diri kang, naye je.

Haritu aku dah bagi cara pemakanan. Kali ni aku nak bagi terus apa makanan yang elok untuk diet. Tapi perhatian di sini, aku tak mengamalkan sebarang diet sebab aku cintakan makanan. Aku selalunya lapar selang 3 jam dan selalunya aku tak cari makanan ringan-ringan. Aku cari nasi! Nasi, tahu?! Aghhh... 


Produk 1 : Quaker Chewy

Yang ni memang aku makan. Selalunya Quaker oat yang biasa dalam tin tu, aku tak boleh telan sebab rasa dia ada iras-iras muntah kucing. Rupa pulak jangan tanya lah.. sebijik macam muntah kucing.kan? Ehh berdosa la. Rezeki tuu. 

Quaker oat ni dibuat dalam bentuk granola bar. Satu kotak ada 10 bar. Kalau tengok gambar, Quaker Chewy ni bukanlah dibuat dari oat semata-mata. Tapi ada kacang, biskut, bahan tenusu, bergantung kepada flavour apa yang kita suka. Kat Malaysia ni, rasanya ada dalam 5 flavour. Boleh tengok kat sini.

Quaker Chewy granola bar ni rasa dia manis. Rasanya dulu ada satu produk masa aku sekolah rendah. Rasa dia lebeh kurang macamni. Memang 'chewy' seperti namanya. 


Kalau korang nak diet, tapi sarapan nasik lemak hari-hari. Tak pun roti canai, hentikan lah niat kudus korang tu. Sarapan pagi sepatutnya bukan makan sampai kenyang. Sarapan pagi untuk alas perut, supaya otak tak lembab sangat dan ada tenaga nak mengumpat orang sampai tengahari. 
So, boleh substitute sarapan dengan menatang ni. Takpun makan sarapan cam biasa, tapi substitute nasik campur waktu tengahari dengan menatang ni. Aku tak tau lah perut korang macamana, tapi makan satu bar Quaker Chewy ni, aku dah tak rasa lapar. Jeles,bukan ? Tenang..



Produk 2 : Izumio water


Yang ni tak ramai orang tau kot. Sebab memang tak jual kat 7-11. Nama pun dah tau produk Jepun. Air ni mengandungi paling banyak Hidrogen, dan kenapa Hidrogen penting untuk badan, sila baca kat sini kalau rajin. Tapi kompem pembaca aku semua malas. Air ni kena memang kena order. Ayah aku rajin beli sebab dia dulu banyak penyakit. Alhamdulillah dan InsyaAllah, jadi ok.

Kandungan air ni halus nak mampus, dan satu-satunya air yang boleh meresap dalam urat badan yang paaaling halus! Bagi aku, kalau perempuan nak kulit cantik, baik minum air ni sebab dia wat kerja dari dalam badan. Bersihkan darah. Daripada duk tepek segala macam benda kat muka tuh sampai muka rasa berat semacam. Kulit yang berjerawat batu tu selalunya sebab darah dalam badan kotor. 

Air ni minum sebotol sehari. Kesan air ni adalah, korang akan lebih kerap rasa haus. Maka korang akan lebih selalu minum dari makan. Perhatian, air putih. Tolong buang air berkarbonat tu jauh-jauh. Lempang kang haa..

Sebab produk ni tak glamer, payah nak explain. Apape boleh refer kat Naturally Plus. Oh ye. Lee Chong Wei minum air ni. Terus je aku rasa aku pun atlet dunia. Ya.. Acara lari dalam guni. 



Produk 3 : Pisau PVC

Ini produk paling terkenal dan murah. Boleh dapat kat mana-mana kedai hardware ataupun Giant.

Cara penggunaan : 

Cubit lemak di bahagian perut, pinggul, lengan, peha dan bawah dagu. Ambil pisau dan hiris lemak laju-laju.


Sekian.





Moral of the story : Nak sehat kena la usaha skit. Tuang duit sikit. Istiqamah sikit. 




Friday, September 9, 2011

Mungkin Korang Tertanya-tanya ..



Bismillah


Bhai.. Kau jeling sikit pukul berapa aku tulis entri ni. Bila? Bila? Sebelum subuh, tahu?? Gigih tak gigih haa... Ok. Tolong jangan terlalu berfikir di luar kotak keranda bahawa aku set alarm bangun kul 5.30 pagi ni semata-mata sebab nak tulis entri. Sungguh liar pemikiran tu. 

Ekceli, baru pas sahur. Menurut tips keji, tak elok tidur lepas makan. Tapi lebih keji lagi kalau sambil tidur pun nak makan. Maka sambil nak tunggu Subuh, aku tulis entri walaupun takde tujuan. Ya.. Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku isi masa ni dengan tulis entri? Kenapa aku tak mengaji? Hmmm... Susah nak jawab tu. Dan aku terasa bodoh jugak membuka peluang kepada korang memikirkan soalan maut macamtu untuk aku. Jadi aku amek keputusan untuk taknak jawab soalan tu. *sembam muka atas bantal  Ok. Diam.

3 jam dari sekarang, aku akan ke Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Apa? Aku nak beranak? Kau ni memang nak kena lempang,kan? Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku nak gi spital. Sofea sakit. Kesian betul tengok dia muntah tak berhenti. Kalau ada sesiapa nak jumpa Mulan Jameelah, boleh la pergi hospital tu pukul 10 pagi nanti. Masuk pintu hospital, ambik nombor giliran kat kaunter. Eh bukan... Bukan nombor giliran jumpa doktor. Tu nombor giliran nak ambik gambar dengan Mulan. Tolong bertenang dan jangan bersesak-sesak ok. Malu.

Sekarang ni aku terpandang karpet depan pintu bilik aku. Ada corak bulat-bulat macam bunga api. Mungkin macam roda basikal. Siapa design eh?

Huh?


Aarghh! Apakah yang aku cuba nak bincangkan ni??


Baik. Baik. Kembali pada paksi kebenaran.

Kalau korang perasan, history post banyak pada bulan Julai dan Ogos. 2 bulan ni memang aku banyak buat entri. Bermacam tuduhan aku dapat hanya kerana aku aktif 2 bulan tu. Paling tak sanggup dengar, ada orang tuduh aku blogger hebat. Sampai hati diorang bikin aku tersipu-sipu malu. Benci ah..~

Mungkin korang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba rajin hapdet? Well, 2 bulan tu aku cuti. So aktiviti yang istiqamah adalah blog. Kalau aku angkat batu blok nak buat rumah bulan-bulan puasa tu, haruslah menipu. Tapi minggu depan aku dah naik sem. Jadi kalau aku sebok nak taip entri kat dalam lecture hall, haruslah kasut pensyarah terbenam di dahiku. Mulan Jameelah kena baling kasut?? Tak cantik sangat tajuk berita macamtu,kan? Walaumacamanapun, aku berharap sokongan korang agar tak beralih arah. Pembaca tegar, teruskanlah membaca. Perokok tegar? Innalillah....



Moral of the story : 

Nak kena bawak banyak pen pergi hospital ni... Ehem.. 
Apa? Tak faham? Dah agak... 
Lembab.



Thursday, September 8, 2011

Malaysian. Be Proud.



Bismillah




Some favourite parts in Nadi Sukan Malaysia video :

0:15, 0:30, 0:36, 0:40, 2:37, and some more.


Not trying to be patriotic. But for me, this shows humbleness, unity, joy, pride and warmth. 



Moral of the story : Tapi, haruslah ada Kerol Pami. Ehem...~




Wednesday, September 7, 2011

Takut Nak Beraya Rumah Skandal??



Bismillah 


Esok tengahari nak beraya rumah bakal mertua-ntah-jadi-ntah-tak. Hambeekkk! Direct tak direct statement aku kali ni. Aku yakin ramai antara korang yang nak pergi beraya rumah skandal masing-masing. Konon-konon nak beraya la, open house la, tapi sebenarnya nak tayang diri depan family si skandal tu,kan? Sambil kias-kias saya-la-boipren-anak-makcik. Dalam rasa excited campur takut. Takut pakai tak kena la, borak tak kena la, gerak pape pun tak kena. *mengeluh ~

Jadi lah diri sendiri. Kalau kau dah sah-sah jenis wanita melayu terakhir ataupun jejaka macam Hang Tuah, tetaplah macamtu waktu beraya rumah skandal. Kalau kat luar pakai simple, janganlah beraya nanti berubah 360 darjah. Konon nak nampak cantik depan family si skandal, mula la gantung berlian besar sauh kapal kat leher. Pakai anting-anting besi sama panjang ngan rantai beskal. Baju pun stok nak berkerlipan gemerlapan di aidilfitri. Kasut pulak tinggi sampai kepala skandal sama paras ngan tulang keting. Kang ada jugak yang kena halau tak dapat beraya kang.

Bila aku cakap jadi diri sendiri, beragak lah. Kalau dah jenis mulut lancang suka mencarut dengan muka kudus, takkan lah nak jadi diri sendiri macamtu kat rumah skandal. Kot tiba-tiba si skandal terlanggar korang pastu tertumpah air sirap kat baju korang. Takkan korang nak melatah..

"Eh mak kau babi!"

Kompem. Kompem ada jenazah di hari raya. Dah biasa sangat mencarut dalam percakapan seharian la katekan. Orang macamni memang kompem tak mampu nak kawal perkataan yang keluar dari mulut kalau melatah. Aku yakin sebab aku ada kawan2 yang melatah macamni. Itu la pasal mulut tu kena jaga, sebab kalau si skandal terlanggar dan tertumpahkan air, bolehlah korang cakap..

"Subhanallah! Eh, sikit sangat you tumpahkan air ni. Simbah la banyak lagi."

Kompem esok kawin.

Dan kalau kat rumah dah memang pemalas nak mampus. Tahap nak angkat kening pun siap misscall ayah kat ofis suruh balik angkatkan kening, tolong berlakon sikit kat rumah skandal ok. Sekurang-kurangnya angkatlah pinggan cawan makan kau tu ke dapur. Lagi bagus kalau boleh basuh. Memanglah tuan rumah akan cakap "eh, tak payahlah. Letak je kat sinki." tapi percaya cakap aku, dalam hati diorang lagi suka korang basuh. Aku tau. Sebab aku macamtu. 

Ringan-ringankan mulut nak berbual. Aku mengaku aku memang tak pandai nak bukak topik dengan orang-orang tua. Yelah, bila nak borak dengan golongan macamtu, harus bunuh diri kalau nak borak topik..

"Blog saya dah lama tak update,aunty. Risau rasanya sebab unique visitor dah makin kurang. Nak dapat klik Advertlets pun payah sekarang." 

Cuba cari topik yang lebih senonoh dan selamat. Contohnya tentang raya tahun ni, macam-macam boleh dibualkan. Baju, biskut, lauk raya, balik kampung, etc. Kalau nak impress-kan bakal mertua, harus rajin tengok berita. Manis-maniskan lah muka walaupun bila senyum, rupa korang nampak macam puaka. Senyum pun dah macam puaka, cuba kalau tak senyum? Harus meninggal skandal korang nanti, siapa yang rugi? Korang jugak yang rugi sebab tak dapat kikis harta diorang,kan?



Moral of the story : Jadi diri sendiri bukan bermakna tak perlu jadi hipokrit,
tapi bawa diri sendiri sesuai dengan keadaan dan keperluan.



Tuesday, September 6, 2011

Bagaimana Taknak Nampak Loser Sangat?



Bismillah


Walaupun korang Mulan Jameelah, perasaan loser mesti menghantui pada satu-satu waktu. Bila? Semestinya waktu yang paling kita benci, yakni - waktu menunggu.

Tunggu bas sampai. Tunggu member janji-datang-pukul-5-tapi-dah-5.50-takde-lagi. Tunggu kereta siap basuh. Tunggu bulan jatuh ke riba. 

Waktu-waktu macamni, selalunya aku jadi paranoid. Bila aku terpaksa duduk sorang-sorang di khalayak ramai, aku rasa terancam. Rasa di-mengorati melalui kaedah telepati. Walaupun takde siapa yang perasan kehadiran aku waktu tu, tapi duduk diam dan bernafas sambil menunggu, tanpa kawan untuk berbual, membuatkan aku rasa macam loser. 


1. Handphone

Dulu waktu zaman sekolah menengah, aku selalu kena tunggu sejam lebih baru mak aku sampai. Jangan nak kata aku anak manja sebab aku memang akan balik sendiri kalau duit tambang cukup. Kalau aku dilanda kemiskinan, aku kena tunggu mak aku balik sekolah sebab on the way balik rumah memang lalu sekolah aku. Jimat di situ. Tapi sejam lebih tu sangat menyeksakan. Satu benda untuk menghilangkan perasaan loser, adalah dengan membalik-balikkan handphone. Handphone tak perlu mahal ye tuan-tuan. Cukup sekadar Nokia 3310, anda akan rasa lebih yakin untuk menempuhi perasaan loser tu.

Aku akan buat-buat balas mesej walaupun tak ada bunyi mesej yang masuk. Picit sana, tekan sini. Keypad tu kalau boleh tekan kuat-kuat bagi bunyik dia sampai ke hujung simpang jalan. Barulah meyakinkan orang sekeliling bahawa aku betul-betul tengah bz. Walaupun hakikatnya fon aku dah seminggu tak topup. Yang penting lakonan mesti meyakinkan.

Sesekali aku akan picit-picit fon sambil tersengih atau ketawa kecil. Tak perlu nak ketawa berdekah-dekah macam nampak beruk pakai seluar dalam menari salsa depan mata. Cukup ketawa sinis yang boleh orang dekat-dekat korang dengar. Atau bila aku rasa ada mata yang memandang, aku akan kerut-kerutkan dahi aku sampai dahi aku ada 7,8 lapis. Pastu cepat-cepat selak buku-buku teks kat sebelah sambil belek-belek skrin fon. Nampak? Nampak tak gaya macam aku tengah ulangkaji pelajaran dengan member menerusi fon? Situasi macam weh-cuba-kau-tengok-homework-tu-kat-buku-teks-jawapan-dia-betul-tak? ni memang dah selalu sangat aku praktikkan. Ramai yang beranggapan aku pelajar genius bila nampak aku camtu.


2. Jam

Bagi mereka-mereka yang tak punya handphone, jangan gundah. Ye lah.. Tak semua orang mampu ada handphone kan. So, jangan risau. Kalau anda tak punya handphone, anda tak perlu nak hangkut public phone dan lilit kat pinggang dengan tali rafia. Tolong jangan buat macamtu. Tapi anda boleh gunakan jam. Yaa... jam. Jam tangan. Jangan terlalu berfikir di luar kotak keranda. Mana mungkin kita nak guna jam dinding pulak kan.

Tengah tunggu member kat cafe sorang-sorang? Meja depan pulak ada satu group jejaka hot hensem? Hentikanlah tangan dari duk pintal bucu meja cafe tu. Berbelit sok bucu meja tuh sape nak ganti? Caranya senang je. Kerutkan dahi. Selang seminit, tengok jam kat tangan dan cepat-cepat buat gaya tertoleh-toleh mencari seseorang.Lagi panjang leher tu toleh, lagi bagus. Selang 5 minit pulak mengeluh kuat-kuat biar jejaka meja depan dengar. Situasi mana-budak-ni-lambatnya-aku-banyak-kerja-nak-wat-neh macamni akan memberikan anggapan kat orang bahawa anda seorang yang sibuk dan takde masa nak tunggu-tunggu orang. Mesti orang ingat anda ni orang penting, walaupun hakikatnya jawatan untuk kuli program pun  nama anda tak pernah tersenarai. 


3. Jari dan mulut

Err.. Tak sedap sangat bunyik props nombor 3 ni,kan? Hah! Tertanya-tanya,kan? Senaannggg.. Senang sangat. Hanphone takde? Jam tangan takde? Tak payah menangis sambil cucuk ibu jari kaki ke lubang hidung. Tak perlu semua tu. Gunakan apa anggota badan yang ada. Macamana?

Duduk. Silangkan kaki. Tundukkan badan sikit memandang peha sendiri. Menarikan jari telunjuk anda di atas peha sendiri beberapa saat. Waktu ni harus bergaya gigih sikit. Lepastu tegakkan badan. pandang satu sudut dengan anak mata sambil kumat-kamitkan mulut. Jangan lupa, kerut dahi sikit. Ulang lagi tundukkan sikit badan dan menarikan jari beberapa kali atas peha. Selang 5 minit, ketapkan bibir. Ni memang paling senang. Situasi macam kos-50hengget-darab-100unit-tolak-minyak-upah-untung-ke? memang akan buat anda dikagumi. Memang orang nak tegur pun tak berani takut kena saman.


Nampak?

Senang,kan?



Bulan depan boleh try audition filem.


Moral of the story : Memang tak susah nak menipu ni. Kena banyak berlatih.


Monday, September 5, 2011

Tiba-tiba Entri Ilmiah. Biar Betul..



Bismillah


Terasa nak gi jalan-jalan cari buku kat MPH. Owh.. tempat feveret tuh. Selalu teringin nak kerja part time kat MPH atau mana-mana bookstore. Bukan niat nak kerja pun. Tapi nak baca buku free. Harus keji sikit perangai. 

Kalau korang rajin pergi bookstore, carilah tulisan-tulisan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Beliau antara penulis yang aku sanggup habiskan duit sebab nak beli buku. Tipulah kalau korang tak pernah ada buku dia. Aku rasa buku dia lagi best dari koleksi buku Harry Potter. 

Korang boleh jugak tengok tulisan-tulisan Habiburrahman El-Shirazy yang aku rasa korang semua confirm kenal. Beliau ni banyak tulis novel-novel cinta yang banyak diselitkan unsur-unsur untuk makanan jiwa dan rohani. 
Kalau korang suka movie Ayat-ayat Cinta, percaya cakap aku.. Korang akan berganda-ganda lebih suka baca novelnya. Movie tu dah banyak sangat bahagian-bahagian yang dipotong. Tapi dalam novel ni, walaupun dalam bentuk tulisan, hati boleh tersentap banyak kali. Serius korang akan menghayati. Satu lagi tulisan Habiburrahman yang buat aku menangis, tajuknya Dalam Mihrab Cinta. Ada lah beberapa buku tulisan dia yang aku kumpul. Ni bukan novel cinta lagha,bhai.. Nak anjakan paradigma, try baca.

Baru-baru ni aku dapat hadiah dari sorang teman akhi. Dia yang selalu rajin bagi peringatan kat aku. Buku tajuk Di Mana Dia Di Hatiku, tulisan Pahrol Mohd Juoi. Lagi sekali, bukan novel cinta. Bukan, bukan, bukan. Setakat ni belum habis baca lagi. Tapi boleh tahan la. Banyak madah, tapi madahnya semua berkait rapat dengan isi olahan setiap bab. 

Kalau rasa tak standard nak baca buku agama melayu dan rasa tak high standard, boleh la baca tulisan Harun Yahya. Siapa tak pernah dengar, boleh jalan kaki-ke-atas-kepala-di-bawah sekarang. Buku tajuk Deep Thinking. Serius kena baca. Semua explanation sangat jelas tapi pastikan kamus bersama-sama anda.

Ok..ok. Tak minat baca buku camni? Suka novel cinta jugak? Aku suggest korang beli buku-buku keluaran Ar-Risalah Product Sdn Bhd. Publisher ni banyak keluarkan buku-buku tulisan penulis Indonesia tapi dah diterjemah la. Kang berbelit pulak tali pusat korang nak faham slang Indonesia kan. 

Dan untuk pencinta novel tanahair, aku sangat-sangat suggest beli novel keluaran Jemari Seni Publishing, terutamanya tulisan Hlovate. Agama, cinta, muzik, extreme sport, medic, movie, pendek kata, serba lengkap! Hlovate memang akan terangkan dengan sangat terperinci apa-apa unsur yang diketengahkan dalam satu-satu konsep novel dia. Buat masa ni, semua novel dia aku beli. Dan lagi, Hlovate ni kelakar nak mampus ok. Kalau korang nak baca novel dia malam-malam, pesan kat mak ayah korang, supaya jangan laungkan azan tengah-tengah malam. Sebab yang ketawa mengilai tu bukan hantu, tapi anak diorang. 

Gila panjang siot.... Kagum dengan diri sendiri.



Moral of the story :
- Ilmu tu luas. Kena rajin cari. 
- Biar nampak macam bodoh. Biar pakai seluar rempit. Tapi dada jangan kosong.
- Biar nampak macam tak tahu, tapi ada ilmu. Jangan nampak pandai, tapi dalam kosong.




Saturday, September 3, 2011

Raya Yang Keji


 
Bismillah




Sejak nak raya sampai sekarang tak bukak blog. Apatah lagi nak hapdet. Bz ok. Bz nak kira duet raya yang ada 2,3 helai tu. Berapa kali kira pun tak tambah-tambah jugak duet tu. Wat tertekan je.


Baiklah. Semua orang wat entri raya. Mula-mula aku ingat taknak buat entri raya yang letak gambar baju raya baru sebab baju raya aku takdelah bersulam-sulam benang emas, beropol-ropol pokok krismas dan tidak pula bersangkut lampu kelip-kelip raya. Tapi nafsu raya aku membuak-buak jugak nak buat entri raya. Jadi korang terpaksa berserah je dengan entri ni. Kenapa tajuk entri ni entri keji raya? Mestilah sebab aku letak gambar aku banyakk! So korang kena mengucap panjang-panjang la sebab takut mati terkejut.



Gambar gaya macam tak bersalah,kan? Sebenarnya ini bukan kandid. Aku cakap kat angah aku,


"Angah. Tolong amek gambar aku. Aku taknak pandang kamera. Buat-buat macam kandid tau."


Pastu aku terus pura-pura macam nak betulkan tudung sambil melentikkan jari. Kontrol pernafasan supaya saiz lubang hidung tak terlalu membunuh. Pandang tepat ke cermin hadapan buat muka gaya macam eh-dah-sampai-mana-ni-jauh-lagi-ke? Meyakinkan, bukan?


Tapi macam bodoh je aku bitau kat sini. Kompem-kompem kantoi aku kandid tipu. Tapi takpe. Korang harus buat muka yakin sekarang dan buat-buat percaya ini kandid. Kenapa? Korang lupa ke aku ni garang?



Raya meriah sebab anak-anak sedara semua berkumpul kat rumah aku. Tahun ni aku rasa nak cekik diorang sebab diorang telah memberikan aku saingan yang amat sengit dalam acara mengumpul duit raya. Tiap kali orang nak bagi duit raya kat diorang berdua ni, aku harus berdiri di sebelah dan buat-buat macam sebaya. Tapi orang selalu terlepas pandang. Mungkin sebab saiz aku tak sama dengan diorang.

Mungkin.




 
Nur Sofea Raudah dengan Iman Mukhlis. Muka nampak comel,kan? Tapi tolong... Tolong jangan terpedaya dengan muka suci diorang. Ni kalau diorang bergaduh, rumah aku boleh roboh, tahu? Sofea dah selamat baju berlubang kena bunga api. Iman pulak dah selamat telan belerang bunga api. Bagus. Genetik mana lah dorang dapat ni. Tahun depan dah kena start kasi budak-budak ni duit raya. Hmm.. Tahun ni dah kena fikir nak rompak bank mana.


Starting tepek muka aku. Ending pun haruslah tepek muka aku. Cuma sebab taknak korang mati terkejut sangat, so aku cover la gambar ni dengan selit muka Iman sekali. Senyum nak cover habis. Haruslah. Nama pun Mulan Jameelah. Makhluk tuhan paling seksi ok.


Kata orang, kalau aku tak senyum, muka aku nampak garang dan sombong. Tapi aku rasa kalau aku senyum pun, tetap nampak macam puaka. Tapi puaka yang cantik. 



Apa?



Apsal muntah?



Siut laaa...




Moral of the story : 
Seminggu starting 5hb ni, aku free kat rumah seminggu. Nak datang raya jemputlah. Tapi kena bawak kuih raya sendiri. Rumah aku sediakan air suam je. Nak air sejuk, bawak ais sendiri.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ~