Sunday, August 28, 2011

Thank You, you.



Bismillah




Roses. Surprises. Dinner. CD. And SevenHundredAndThirty Days. Thank you infinity plus one. 





p/s : Some more hundreds to go. 
        Same old prayers to pose.
     


Saturday, August 27, 2011

Luahan 50% Pre-Raya



Bismillah




Lagi berapa hari nak raya. Aku takdelah excited melampau sampai tahap celup kaki dalam kawah masak lodeh. Cuma rasa excited sebab anak-anak sedara aku ada. Apa? Anak sendiri..? Apakah pertanyaan korang ni? Bikin pipi aku merah saja. Ceh...


InsyaAllah, tahun ni dapat lagi sambut raya. Lupakanlah pasal bencana baju raya tahun ni. Aku tetap akan beraya macam orang yang lupa laki dan anak. Sampai 10hb, dah kena balik hostel. Tahun akhir insyaAllah. Dah banyak sangat uni aku ni drag masa. Tak larat. 14hb pulak nak pergi jalan-jalan dengan family. *mata bercahaya~


Aku nak cari bunga api untuk si T-Rex. Walaupun ada kemungkinan dia akan menyalakan bunga api tu dalam mulut sendiri, tapi aku tak sabar nak tengok budak ni pegang bunga api sambil pusing-pusingkan tangan. Kemungkinan besar untuk dia terlepas bunga api yang menyala dari tangan dan terbakar kain baju kurung aku memang sangat besar, tapi macam biasalah kan.. Aku akan tetap dengan muka redha. Nak cekik pun, anak sedara sendiri.


Bulan puasa ni berat badan aku turun dalam 6kg. Korang tak payah lah baca ayat tadi sampai punggung terangkat dari kerusi akibat kagum. Hentikanlah. Raya nanti tengoklah.. Mau 18kg berat aku naik. Tapi jangan risau, aku akan agih-agihkan lemak-lemak di badan aku nanti kat korang sorang sikit. Pemimpin macam aku haruslah adil dan saksama, bukan? Please.. Stop buat muka kagum dengan mata berkaca tu. Please..


Ok. Kepada yang dah sebok nak balik raya, walhal kampung korang tu kalau bukak tingkap bilik rumah pun dah boleh nampak, selamat balik kampung. Hati-hati memandu. Mulakan perjalanan dengan Bismillah. Akhiri dengan Hamdallah. Dan kalau nak balik rumah semula, jangan lupa la tapau serba sikit biskut dan kek raya untuk aku. Boleh hantar ke alamat yang tertera. 


Belum tentu kita masih hidup raya pertama nanti. Maka, mintak maaf banyak-banyak dulu kat korang. Kalau ada yang terasa hati dari entri-entri aku. Terasa sebab tak dapat ngorat aku (statement macam haram..). Terasa sebab aku tak tegur tepi jalan (Maaf. Rabun aku sangat teruk. Ini serius.). Terasa sebab apapelah! Harap maaf. Dan aku pun maafkan semua. Sekian.



Moral of the story : Aku tak dapat kad raya tahun ni. Ok. Tacing. Tahun depan aku beli kad raya sendiri, tulis sendiri, pos sendiri kat diri sendiri. Keji? Bukan... Terpaksa.



Thursday, August 25, 2011

#1 Fakta Keji


Bismillah



Masa tadika, aku pernah korek hidung dan calit hasilnya pada sofa baldu merah.

Aku tak bohong.

Aku harap sahabat se-tadika dapat memaafkan aku sempena nak raya ni.


Sekian.



Entri Kenangan Bosan. Sumpah Tak Tipu.



Bismillah



Antara benda yang selalu aku ingat dan sangat rindu, adalah semua aktiviti-aktiviti dengan kelab masa kat ****MC. Aku masih ingat berapa ramai orang nak masuk Adventure & Recreational Club (ARC) sebab itu antara kelab yang paling aktif. Minggu Taaruf (orientasi) ; dengan muka freshie-saya-janji-tak-langgar-peraturan-dan-dresscode, duduk dengar Presiden ARC bagi ucapan promosi kat budak-budak baru ni. Aku rasa dari 1,500 yang ada, 1,000 kot yang berminat.

Aku hantar lampiran list jawatan kepimpinan waktu sekolah dengan list aktiviti-aktiviti yang bajet adventure. Ikutkan hati aku nak tulis 'saya pernah dihantar gerila di sempadan Afghanistan' sebab nak bersaing dengan jejaka-jejaka badan ketul-ketul dan gadis-gadis ahli SUKMA, haruslah menonjol tahap puaka. Tapi rasanya list yang aku tulis tu dah cukup meyakinkan. Alhamdulillah, lepas stage pertama. Stage kedua, kena interview dengan mainboard depan 150 orang yang terpilih. Diulangi, depan orang. Ulang lagi, depan orang. Biadap tak biadap cara pemilihan ni? Tak berapa nak interview la namanya kan. Dah rasa feeling-feeling odisyen Akademi fantasia la pulak. Tapi Alhamdulillah, rezeki ada.

Gunung Berkelah, Gunung Stong, Gunung Brinchang, Gunung Irau, Flying Fox, Absailing, Paintball, organize Race dengan Rakan Muda, Iftar dengan anak-anak yatim, apatah lagi camping. Sumpah. Rindu. Rindu. Sangat. Paling manis kenangan kat Brinchang dengan Irau. Kenapa? Haaa..... Gosip artis,nyahh..!


Pergi hiking (panjat gunung) memang sangat best sebab ;-

1- Oja. 

2- headlamp aku aci tak menyala waktu hujan ribut malam-malam. 

3- nyaris masuk gaung sebab tergelincir turun gunung. 

4- semua orang nak mengelat taknak isi hiking beg sendiri dengan beras, sos, stove, khemah
    dan benda-benda berat sebab boleh membunuh kalau panjat gunung. 

5- tido dalam sleeping bag dan sleeping mat sambil feeling bajet pelancong Itali.

6- amek masa sejam hanya untuk muatkan semua harta-ibarat-borong-satu-Giant dalam beg.

7- bila malam-malam atas gunung, kumpul ramai-ramai keliling api sambil mengumpat.

8- tengah sebok induction dengan budak junior, tiba-tiba perasan ada pacat dalam seluar. Dah
    sampai lutut pun. Nasib baik aku pantas! (ok diam.)

9- nyaris tergelincir masuk jeram masa lompat atas batu sebab hiking bag berat sangat.  
    Biadap betul diorang bagi beras, gula dengan sos masuk beg aku.

10- member-member yang sangat..sangat..sangat.. best.



Gambar lama.
Aku dan Oja menunggu digilis lori pasir.


Walaupun kelab ni hampir bikin aku mati dan mama aku call suara gaya nak nangis.

Mujur tak mati,kan.?
Sebab korang semua sayang aku,kan.?




Apa?
Apsal geleng kepala?




Biadap!




2 tahun je aku terjebak benda-benda macamni. Pastu aku tarik diri. Atas sebab apa, aku pun tak tahu. Peribadi kot. Rasa nak nangis bila gambar-gambar tu semua dalam laptop yang kena curi. 


Kepada pencuri laptop saya, ambiklah laptop tu kalau hadap sangat. Tapi pulanglah balik semua dokumen dalam tu. Lempang kang haaa...




Moral of the story : Hanya kerana gadis itu seperti Mulan Jameelah,
tak bermakna gadis itu lembik dan manja.



Wednesday, August 24, 2011

Dua Ayat. Sampai Mati.



Bismillah





" Jangan takut rasa derita. Itu tandanya kita hidup. "






Terima Kasih Golongan Berkaki Dua



Bismillah



Terima kasih wahai para-para bloggers dan para-para sakura sekalian di atas idea-idea bernas. Aku taknak ada yang buta tikam mata sendiri guna pensel 2B sebab blog ni. Aku mencuba sehabis baik. Sila buat muka terharu sekarang. Sekarang.



Masalah background :




Masalah header :






Carik masalah :





Ada la komen-komen lain. Tak larat la pulak aku nak tepek satu-satu kan. Majoritinya kata dah ok dan tak perlu tukar. Tapi golongan minoriti layak bersuara. Heh... Kagum tak dengan daya kepimpinan aku? Tenang... Boleh la undi aku kalau aku jadi calon bertanding area Shah Alam nanti ok.


Terima kasih banyak-banyak untuk idea bernas dan idea tak bernas golongan berkaki dua. Tak dapat nak ubah semua sebab ada benda yang memang aku taknak ubah lagi. Maka, jangan dibiarkan kuih raya itu sendirian. Jangan lupa bayar bil elektrik tiap-tiap bulan. Tengok.. Mudahnya aku dapat berpantun. Hentikan kekaguman. Bai.




Monday, August 22, 2011

PERHATIAN Kepada Mereka Yang Berkaki Dua



Bismillah



Aku dengan penuh rasa rendah diri, lemah lembut, khusyu', tawaddu' serta menjulang jatidiri yang teguh dan kukuh, nak tanya pendapat bernas korang. Apa yang tak kena dengan blog ni atau terkurang atau terlebih. Aku macam bosan tengok blog sendiri.  Template, header, sidebar, apa-apa ajelah. Atau mungkin tak payah nak ubah apa-apa langsung kalau sekarang dah ok. Sila lampirkan idea dan pendapat/komen bernas korang untuk pengubahsuaian.


Diulangi, pendapat/komen bernas sahaja! Siapa nak cadangkan supaya aku ubahsuai bahagian dapur, untuk tambah almari pinggan atau tempat gantung kain lap, sila tonggeng sekarang sebab aku nak terajang laju-laju.


Bantuan korang sangat dihargai. Sekian. 






Sunday, August 21, 2011

Nak Jadi Jejaka 'Cool' Bukan Susah



Bismillah


Semua orang nak nampak 'cool'. Selalunya attitude 'cool' ni dikaitkan dengan penampilan. Rappers zaman KRU dengan 4U2C dulu banyak dikaitkan dengan attitude cool. Tapi, tolong.. Tolong jangan kompius yang mana satu 4U2C dengan Mas Idayu. Korang tak layak nak kompius benda yang nyata berbeza tu.


Semua orang ada pendapat yang berbeza tentang mengklasifikasikan kategori 'cool'. Lelaki yang pakai spek hitam, duduk kaki bersilang sambil hisap rokok - ini pun dikategorikan cool. Lelaki berambut pacak tahap-tenggiling-terpijak-rambut-pasti-meninggal pun dikatakan cool. Rambut tutup dahi ibarat nak-cover-jerawat-batu macam Noh Hujan atau Justin Biebier pun boleh dikatakan cool. Jejaka berbaju kemeja corak petak-petak dan pakai kasut Converse pun adalah cool.


Terpulang kat masing-masing.


(Ayat ini harus dibaca dengan menjelirkan lidah tanda 'mak tak kuasa,nyahh'..). Bagi aku, nak jadi cool bukan susah. Kepada yang ada nawaitu nak mengorat aku, anda memang bertuah sebab kriteria menjadi 'cool' bagi aku adalah sangat mudah. Jadi boleh ambik pisau dan tikam bijik mata sendiri tanda  kegembiraan.



  • Bagi aku, lelaki itu sangat cool bila dia berbaju melayu dan berkain pelekat. Sambil tolong rewang kat kenduri. Atau sekadar balik surau atau masjid. Versi cool dalam iman ni boleh bikin aku berjalan tangan-di-bawah-kaki-ke-atas. Ini adalah all time favourite definisi 'cool' bagi aku.


  • Lelaki juga boleh jadi cool bila dia seorang yang kelakar. Tapi bukan kelakar lawak spastik seperti korek-hidung-dan-jari-masuk-mulut tu. Lawak haruslah berkualiti. Bila dia bercakap something yang kelakar dan orang lain ketawa sakan macam-hari-esok-dah-tak-boleh-ketawa, lelaki tu pulak cuma tersenyum senget atau tersengeh. Tambah pulak sambil geleng-geleng kepala sikit. Sumpah cool! Tak perlu wat lawak dengan gigih. Sambil lewa itu kadang-kadang cool.


  • Lelaki itu juga nampak cool bila dia baru lepas bayar parking tiket kat mesin, dan nak lintas jalan. Masa nak melintas tu dia toleh kiri kanan, dan bila ada kereta nak lalu, dia lintas jalan laju-laju. Waktu tu rambut dia macam beralun sikit masa berlari. Itu cool ok! Baeklah. Aku tahu panorama cool ini sangat panjang. Nak buat macamana, mata aku terlalu special.


  • Bagi aku, lelaki itu juga akan nampak cool bila dia berkemeja pejabat, pastu dia londehkan tali leher, pastu dia lipat lengan baju ke atas. Macam gaya orang baru balik pejabat, atau nak gi ambik wudhu'. Aku boleh cair di situ.


  • Dan satu lagi all time favourite aku, adalah lelaki yang sederhana naik train. Dalam train dia cuma tunduk sambil pasang earfon dan dengar mp3/ipod. Sape yang tak dapat menghayati panorama ni, memang sangat rugilah. Boleh bunuh diri sekarang.



Mungkin ada lagi tapi aku pun tak ingat. Semua ni adalah macamana tafsiran 'cool' bagi diri aku. Diulangi, bagi diri aku! Maka, kalau ia nampak aneh dan tak bernas, tolong jangan buat muka ungka. Kalau terer, cuba try buat muka platipus. 




Moral of the story : Tak semua perempuan terpegun dengan kereta mahal,
spek hitam, atau rambut pacak.



Saturday, August 20, 2011

Banyak Benda Penting Sebenarnya Tak Penting.



Bismillah



Macamana kalau...


Mata mengantuk sangat-sangat. Esok nak kena bangun awal.
Harini pun dah cukup penat. Solat tadi pun terpaksa potong wirid dengan doa.
Tak larat sangat ok. Harus tido dulu. Kang esok pening-pening.


Tido. Lena. 
Tiba-tiba terjaga dari tidur.
Celik-celik mata, masih gelap lagi.
Tapi ada sorang datang.


Berpeluh-peluh.


Macamana..


Izrail dah datang.



Isyak tadi belum solat lagi..




Moral of the story :

 Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w:

“Perbanyakkan mengingati perkara yang menghilangkan kelazatan — iaitu mati.”


 * Persiapan. Persiapan. Persiapan.
    Banyak benda yang kita rasa penting sebenarnya tak penting.


Friday, August 19, 2011

#6 Tips Blogging Tak Ikhlas



Bismillah


Lama pulak tertinggal tips-tips tak-boleh-pakai ni. Maklumlah bulan puasa ni, fokus lari sikit. Balik-balik ingat kuih keria. 


Tips Keji 6 :
Font

Pemilihan font sangat penting bagi aku yang bajet artis ni. Kalau korang buat cerita normal, gunalah font yang standard. Times, Verdana, Helvetica, semua boleh asalkan dari awal sampai akhir entri, font korang istiqamah standard. Standard Chartered tidak diterima. Kalau boleh elakkan guna font yang berbunga-bunga-ikal-mayang-rambut-kerinting. Kesian untuk orang-orang yang juling air macam aku ni.

Elakkan guna fungsi Italic sebab kalau entri korang ada contoh dialog, entri nampak tak cantik. Tak amazing macam aku. Gunakan fungsi Italic untuk taip contoh dialog atau monolog. Monorail tidak diterima. Tak tau monolog tu apa? Pergi Google search boleh? Jangan menyusahkan hidup aku yang sedia parah ni. 


" Tenuk itu tak bersalah, abang. " Rayu Salmah.


Nampak tak macam mana penggunaan Italic? Tapi ini bukan satu kemestian. Kalau nak buat semua standard font pun ok asalkan orang faham.




Extra Tips Keji 6 :
Meriah Mak Jemah

Ni bukan tentang hari raya. Tolong sedar diri. Puasa tak cukup, sebok nak raya sangat. Huh..? Kenapa aku sindir diri sendiri ni.. Sewel. 

Jangan satu-padu-kan perenggan dengan macam-macam jenis font. Dan jangan nak warna-warni-di-aidilfitri sangat la kan. Buat la satu entri tu penuh dengan warna font yang sama. Kecuali beberapa perkataan yang nak dihighlight. Kalau nak gak buat kaler-kaler, pilih la kaler yang tak jauh beza antara satu sama lain. 


Ayat 1 :Cik Ungu budak baik. Dia tolong orang buta lintas jalan.


Ayat 2 : Tikusmando budak jahat. Dia tolong sesatkan jalan orang buta.



Nampak tak bezanya? Ayat Cik Ungu tu walaupun banyak kaler, tapi masih di jalan yang lurus. Tapi ayat Tikusmando tu dah menuju ke arah kesesatan yang hakiki.

Kalau digabungkan Tips Keji 1 , Tips Keji 2, Tips Keji 3, dan Tips Keji 4 maka bahan-bahan tadi bolehlah dibiarkan sebati dan mendidih. Selamat berbuka puasa!




* Aphal berwarna-warni-di-Aidilfitri sangat entri ni..??


Blogger Tak Payahlah Melampau Sangat



Bismillah


Haritu aku blogwalk. Sampai satu blog ni, aku nampak ..:






Aku tau ada blogger yang macamni. Tapi kot ye pon de sikap buruk macamni, tak payah la gigih sangat nak bagitau satu dunia. Kalau tak nak follow, sudah. Tak ada siapa nak tikam ibu jari kaki kau pun. 


Isu 'i dah follow u, follow i balik eh' tu isu dah basi la. Korang nak follow, korang follow la. Aku rasa taknak follow, aku pun tak follow. Tapi nampak ayat macamni bikin meluat. Annoying betul la orang macamni.


Ni satgi kalau ada orang tak puas hati aku cakap macamni, fikir sikit. Kalau ada orang cakap macamtu kat korang, tak meluat ke?



Moral of the story : Matang la skit, dik ...



Wednesday, August 17, 2011

Entri Bikin Batal Puasa



Bismillah



Itu hari ayah ajak aku teman dia pergi bazaar ramadhan Stadium Shah Alam. Ikutkan hati, aku malas nak bersesak-sesak. Dan aku jugak tak boleh nak hapuskan bayangan bahawa aku cucuk straw dalam air seringgit, dan minum sambil wat muka tak bersalah. Dapat bayangkan tak? Tu salah satu sebab kenapa aku mengelak untuk pergi bazaar. Aku takut terlupa aku tengah puasa.


Akhirnya aku bersetuju untuk temankan ayah. Aku siap-siap. Aku duduk meroyan sambil tunggu ayah balik surau. Dan-dan la waktu tu semua orang nak ikut. Dari aku berdua dengan ayah, tiba-tiba pergi ber-enam. Cis... Mentang-mentang artis nak pergi pasar. Semua sebok haa...


Kat pasar semua orang berpecah. Aku dengan mama ditugaskan membeli kuih-muih. Pembahagian tugas lebih kurang sama macam pembahagian tugas untuk jadual kebersihan kelas masa korang darjah 5. Boleh bayangkan tak atas kad manila yang besar tu, ada nama ayah, mama, aku, along, kak tie dan sofia. Dan sebelah nama aku dan mama ada gambar kuih donat dan kuih lapis.

Dapat bayangkan tak?



Hmm.. Betul.
Memang comel.


Sayangnya, tak ada kuih yang menarik untuk dibeli. Puas aku dengan mama pusing tapi tak jumpa. 30 minit kemudian, kami semua berkumpul di hujung simpang jalan. Sekali nampak macam ada mesyuarat PIBG sekolah. Semua pakat tunjuk hasil pembaziran masing-masing. Bila mama cakap kitorang tak jumpa kuih, ayah terus geleng kepala. Aneh agaknya 30 minit punya berjalan, kedai beratus tapi satu hasil pun tak ada. Mungkin jugak dia kecewa sebab bakat membazir tu tak kuat pada aku dan mama.


Sambil jalan menuju ke kereta, mama cakap...


"Hmm... Tak ade benda manis harini..."


Aku berdiri depan mak aku. Dia berhenti. 
Dan aku cakap...


"Ehh... Anak mama ni kan ada."






Moral of the story : Mama muntah hijau.



Kalau Tuan Bijak Bistari



Bismillah



Apakah kemajuan blog aku?




Monday, August 15, 2011

Kelemahan Keyboard Laptop Dan PC.


Bismillah 





Perasan tak atas keyboard laptop korang tu,
huruf A dan S duk sebelah-sebelah..?
Tahu tak macamana perkara ni boleh menjatuhkan maruah aku..?








Aku nak taip 'Surat Doktor',






Aku tertaip 'Aurat Doktor'.








Doktor mana yang tak berdosa tu.?






Moral of the story : Betul lah kata orang... Kadang-kadang nasib tak menyebelahi kita.



Weh Korang, Mintak Tolong Sikit Aci ..?



Bismillah






Kawan saya, Apai, accident beberapa jam lepas. Accident paling teruk pernah dia kena. 


Hope he will get well very soon.




Moral of the story :Wish something nice for my dear friend!




Sunday, August 14, 2011

Menghayati Beruk Di Bulan Ramadhan



Bismillah



Beberapa hari lepas, aku pergi tengok wayang.


*bunyik cengkerik



Ye. Tak baik tengok wayang bulan pose. Batal pose. Sesuka hati je cakap tengok wayang batal pose. Lain la aku memasukkan popcorn ke dalam rongga hidung. Aku tengok cerita Rise of The Planet of The Apes. Alahh... Cerita beruk jadik cerdik tuh. Merosakkan akidah betul la.


Sumpah ni bukan muka aku. Apa? Tak percaya?
Biadap.

Duduk pulak sebelah family India. Krupp krapp geget popcorn. Panas hati betul. Kalau nak ikutkan kadar kebiadapan aku, nak je aku tegur aunty sebelah tu...

" Aunty, i'm sorry to interrupt but i'm fasting today. It will be nice if u can save it for later?"


Kenapa buat muka kagum sangat? Ni ke yang korang fikirkan..? Tolonglah kembali ke alam yang nyata. Aku nak cakap benda lain...

" Aunty... Nak sikit aci..?"


Kenapa buat muka macam ada bencana alam?


Pastu entah berapa kali apek cina belakang duk borak kat fon gaya macam tengah ada kat kopitiam. Cakap taknak slow pulak kan. Tapi sebab aku berpuasa, aku kena buat-buat cool dan sabar. Lagipun aku tak boleh nak marah apek tu sebab mendengarkan dari sound handphone, aku tau handphone apek tu mahal nak mampus. Oleh kerana aku taknak berbuka puasa dengan handphone mahal dalam mulut, aku teruskan dengan lakonan cool aku.


Muka eksaited nak tengok beruk.


Owh.. dan tentang cerita beruk ni. Aku promote untuk korang tengok. Kenapa? Sebab korang percaya tak Mulan Jameelah boleh menangis tengok cerita beruk ni..?




Moral of the story : Tahu tak dari start tulis entri ni aku tahan perut nak gi tandas.?
Tabah,kan..?



Saturday, August 13, 2011

#1 Tips Kurus Tak Ikhlas



Bismillah



Pagi tadi waktu tengah menjadi manusia normal macam selalu, tiba-tiba ada benda jatuh kat badan aku. Aku terjerit. Aku melompat sikit dengan penuh keanggunan. Mulan Jameelah lompat kena ada gaya ok. Aku tengok ada kertas ke plastik melayang. Aku lega. Tapi kelegaan aku tak lama lepas aku nampak objek yang disangka kertas tu bergerak laju dan terus panjat dinding, sampai ke siling. Lalu aku sambung jerit.

Aku tak faham kenapa cicak tu terlalu berminat dengan aku. Aku tau la Mulan Jameelah menarik. Tapi tak perlulah sampai nak terkam-terkam.


Baiklah. Kembali ke jalan yang lurus. Entri ni ditulis atas permintaan Sue yang request benda merepek. 


Ok. Ini adalah permintaan yang sangat kelakar. Kau tahu tak berat aku berapa?? Apa? Tak tau? Bagus. Aku pun malu nak cakap. Aku pernah bagi Tips diet masa zaman Nabi Adam dulu. Tapi aku sendiri tak menurut nasihat sendiri. Sekarang dah menyesal.

Baiklah cik Sue. 


Tips kurus 1 : Nasi. 

Pernah dengar kan pepatah kata 'sebijik beras adalah ibarat setitik peluh petani'. Kita mesti taknak makan peluh orang banyak-banyak, kan..? 

Memang... Memang kita makan nasik sebab kita tak makan beras,kan? Boleh tak tolong jangan menjawab? Dasar Tanggang. Nasik mengandungi karbohidrat yang sangat tinggi. Banyak testimoni dah menunjukkan kejayaan orang-orang yang tak makan nasik. Kalau korang memang takleh tahan gian nak makan nasik, jenis yang kalau tak makan nasik badan menggigil dan terpaksa gigit kaki katil, boleh je makan nasik sehari sekali. Tapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Tambahlah lauk sampai jilat periuk, tapi elakkan nasik. InsyaAllah korang akan nampak kesannya dalam sebulan dua kalau korang disiplin. 


Tips Kurus 2 : Dinner

Makan malam di awal waktu. Bukan solat je nak kena awal waktu. Proses penghadaman makanan akan ambil masa dari 30minit hingga 2 jam. Bergantung kepada jenis makanan yang korang makan. Kalau roti, mungkin 30 minit. Kalau daging, mungkin 2 jam. Tapi kalau pagar rumah, cuma 5 minit saja. Sebab pastu korang akan mati. Seelok-eloknya, makan malam around maghrib gitu. Sebelum maghrib atau selepas maghrib. Baru la cantik je timing korang tido pukul 11 tu makanan semua dah hadam. Time tido, perut dan sistem badan boleh berehat pulak lepas penat cerna bahan makanan tadi. Terus tido lepas makan malam juga akan menyebabkan sembelit.


Rasulullah SAW bersabda,”Cairkan makanan kalian dengan berdzikir kepada Allah SWT dan shalat, serta janganlah kalian langsung tidur setelah makan, karena dapat membuat hati kalian menjadi keras.”
 (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a.)


Elakkan makan malam lewat sebelum tido sebab itu akan menyebabkan impian korang untuk mempunyai badan berbentuk gitar, tidak tercapai. 


Tips Kurus 3 : Buah

Sila jangan ikut ajaran sesat dengan menganggap buah-buahan adalah pencuci mulut. Bahasa omputehnya dipanggil dessert. Bukan desert ye. Desert tu padang pasir. Melainkan korang ada genetik biawak pasir, mungkin logik. Baeklah. Sunnah Rasulullah adalah makan buah-buahan sebelum makan nasi. Seelok-eloknya setengah jam sebelum itu. Ia akan membersihkan perut. Yaa..kagum,kan? Tak.. Tak perlu telan Fabuloso untuk cuci perut sebenarnya. Jauh sekali nak tanggal perut dan masuk dalam mesin basuh. Nonsense.. Jika kita makan buah selepas makan, ia akan mengambil 8 jam untuk menghadam makanan. Hambekk kau Mak Jemah oii.. Tak kesian ke kat perut sendiri?



Hmm.. Wehh.. Sambung laen kali aci? Tu pun kalau ada yang suruh sambung. Aku rasa macam berdosa je sebab semua nasihat ni bukan aku buat pun.


 Err....



* Sebahagian info diambil dari sumber asal daripada Kuliah Dhuha/Zohor ustaz Abdullah Mahmud di Ibu Pejabat BIMB berdasarkan hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban) 



Wednesday, August 10, 2011

Setakat Mana 'Cukup' Itu Cukup ..?



Bismillah



Kita selalu salah gunakan perkataan 'cukup' dalam hidup. Perasan atau tak, kita gunakan perkataan 'cukup' ni dah macam terbalik. Bila kita boleh buat lebih untuk sesetengah perkara, kita cenderung untuk cakap 'cukup'


Satu situasi senang.

Kalau kita kat kedai makan, dengan anak-anak. Kita tanya anak kita, "Montel nak makan ape, Montel? Order je ye." Kita tanya pulak anak kita yang paling kecik, "Hey Sepanjebob. Sepanjebob suke Mc'Dogol kan? Nanti kita drivethru Mc'Dogol ok?". Untung lah... Aku pun nak jadi anak korang kalau camni.


Tengah tunggu makanan tu, macam biasa, ada orang datang kat meja makan korang. Bukann.. Bukan nak mintak autograf ni. Korang bukan Mulan Jameelah. Tolong ingat tu. Mereka datang nak mintak derma. Mungkin sindiket, mungkin orang buta, apapelah. Standard harga yang kita rela bagi mesti sehelai not kertas singgit..kan? Alhamdulillah..seringgit pun duit jugak,kan? Lepas dapat duit seringgit korang tadi, budak tu pun pergi meja sebelah. Orang sebelah taknak layan.


Ok. Kalau korang bagi extra seringgit, adakah korang akan jatuh miskin? Dan pastinya extra seringgit korang tu takkan membuatkan peminta sedekah atau derma tu kaya. Bila kita bukak wallet atau purse, nak tarik duit seringgit sehelai. Tiba-tiba tertarik dua helai, kita mesti masukkan balik sehelai tu. Nak jugak sedekah seringgit!! Tak kira! Tak kira! Nak sedekah seringgit jugak!!..sambil tarik-tarik rambut. Macamtu sekali kan berkira nak bagi sehelai seringgit. 


Memanglah duit tu duit korang. "seringgit pun duit jugak ape..". Memanglah seringgit tu duit. Bila masa pulak aku cakap seringgit tu peti ais? Kat sinilah korang menggunakan perkataan 'cukup' tu dengan salah. Cuba bayangkan budak-budak yang minta sedekah tu adalah anak korang yang tengah sama-sama tunggu order tadi. Sampai hati ke korang nak bagi anak korang makan nasik kosong bila korang mampu nak bayar harga nasik goreng..?


Ada orang pernah kena tegur sebab sedekah 5 ringgit kat orang yang datang meja. "Eishh.. Banyaknye. Seringgit dah la.." Kalau dah rezeki orang tu adalah 5 ringgit.. kenapa nak kata seringgit tu 'cukup'..? Kita pun takkan kaya dengan simpan 5 ringgit tu. Melainkan dalam purse korang memang ngam-ngam untuk hidup. Orang yang mintak sedekah pun manusia jugak. Bukan pulak maknanya aku suruh sedekah sampai korang takleh bayar duit makan tadi. Ikut kemampuan. Tapi takkanlah selamanya kita mampu seringgit je..?


Percayalah.. Seteruk mana pun korang terdesak duit, InsyaAllah rezeki tu takkan putus. "...akan sampai kepadamu rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.." Ayat ni dengar macam biasa. Tapi sekali korang alami dan terasa, sampai bila-bila tak lupa. Jangan fikirkan diorang tu menipu ke, sindiket ke, buat-buat buta ke..jangan. Jangan fikir semua tu. Fikirlah 'saham' sendiri. Kita bersedekah sebab Allah. Kalau kita bersedekah sebab Allah, macamana kita boleh rasa 'cukup'..?



"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Al-Baqarah:261)


*    *    *    *    *


 "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Ramadan." (hadis diriwayat at-Tirmidzi)



Moral of the story : Orang yang paling murah bersedekah, adalah orang yang takkan miskin.




* owh ye.. tolong jangan panggil anak korang Montel.
  Itu adalah doa.