Saturday, July 30, 2011

#3 Tips Blogging Tak Ikhlas



Bismillah


Tips Keji 3 :
Justify

Bukan.. Justify tu bukan nama kuih tradisi.




Senang je pun. Jangan malas sangat boleh?
Beruang kutub berhibernasi pun tak malas macam kamu orang, tahu?



Ramai yang tak perasan kepentingan fungsi Justify ni. Selalunya bila dah habis tulis entri, ramai yang cuma tukar font dan warna tulisan sebagai final touch sebelum publish. Diorang tak perasan kot default function adalah Align Left. Walaupun tak banyak beza dengan fungsi Justify, tapi bagi mereka-mereka yang jenis terang hati sebab baca entri sambil ada air sembahyang, mereka pasti terganggu dengan ketidakstabilan politik perenggan yang tak konsisten. Heh.. Nice kan perkataan-perkataan yang aku gunapakai? Mampu mengaburi mata korang untuk menyangka bahawa aku seorang insan yang bijak bistari,bukan.? (binatang apa keris di kaki?)

Contoh perenggan dengan fungsi Align Left.
Barisan kanan tak konsisten. Huduh.



Kadang-kadang ramai pulak yang guna fungsi Align Center untuk semua entri-entri diorang. Mungkin itu style diorang. Tapi bagi pendapat seseorang yang bajet Mulan Jameelah macam aku ni, fungsi Center sesuai untuk entri berbentuk madah-pujangga. Seperti contoh ; puisi, sajak, syair, pantun 18kerat, Kuiz Teka kacang atau mungkin Roda Impian. Untuk entri panjang berjela macam jarak antara Bumi dengan Planet Musytari, fungsi Align Center ini kurang kemas dan kurang sesuai. Dan lebih elok kalau kita semua kurangkan gula dalam makanan. Untuk mereka-mereka yang rabun dan bermata juling air macam aku, (jangan tanya kenapa aku kutuk diri sendiri..) fungsi Center ini menyebabkan mata kami lebih tidak istiqamah pada tempatnya. Tak kesian ke? Kejam... 

Contoh perenggan Align Center.
Baris kanan dan kiri tak sekata. Huduh.




Untuk entri bercerita yang panjang berjela tadi adalah paling afdal untuk korang guna fungsi Justify. Sebab fungsi Justify ini adalah untuk memperkemaskan perenggan-perenggan entri sambil menghilangkan ruang-ruang udara serta ruang-ruang rindu antara huruf dan perkataan. Kesannya penulisan entri jadi sekata. Maka, jika entri korang panjang melampau dan banyak sangat perkataan nak ditulis macam-esok-dah-kiamat-nak-tulis-takleh-dah tu, pemilihan fungsi Justify membantu entri korang agar lebih kemas, khusyuk dan tawaddu'.

Contoh perenggan Justify.
Amazing. Macam aku.





Nampak tak perbezaan untuk setiap perenggan kat atas? 


Apa?

Tak nampak?





Biadap.



Ni zaman moden, bhai... Kemudahan dah ada, maka gunakan. Klik aje pun. Bukan korang kena amek pembaris atau jangka sudut untuk ukur huruf jadi sama rata. Sewel.




Tips Keji #1
Tips Keji #2

Bencana Baju Raya ... Kenapa Aku ..??



Bismillah



Bangun pagi je perut dah memulas. Perasaan nak cirit tu menguasai diri. Tapi perasaan cirit tu perlu berlawan dengan perasaan malas nak pergi toilet. Apa? Perasaan cirit tu ingat senang-senang je dia boleh mempengaruhi minda aku? Tolong sikit ok.. Perasaan cirit harus berdepan dengan perasaan malas nak ke toilet ni terlebih dahulu. Siapa akan jadi juara?


Cam bongek je perenggan pembukaan.
Najis!


Sebenarnya aku nak cerita kisah baju raya. 

Haa... Dah.. Tak payah nak cebik-cebik muka sambil mengumpat dalam hati.
"Puasa pun belum, dah sebok cerita pasal baju raya.."

Dah tu aku sambut raya, aku cerita pasal baju raya la.
Kau nak aku cerita pasal baju Santa Clause ke?
Lempang nak?


Ehem..
Tolong jangan mengalihkan perhatian aku sekarang ok.


Baeklah. Baju kurung raya sudah siap ukur. Sudah siap tempah.
Sudah siap jahit. Sudah selamat try pakai. Dan sudah selamat basuh.


Tapi segala bentuk keselamatan terhenti di situ.
Keluar dari mesin basuh, baju kurung aku sudah mengecil dan mengecut.


Aku cuba sarungkan baju tu ke atas badan aku.
Dengan harapan kadar pengecutan baju raya aku hanyalah ilusi optik semata.
Bila aku dah sarung, muka aku berubah serta-merta jadi muka macam ada bencana alam.
Aku tiba-tiba nampak tangan aku lebih panjang dari biasa.
Kaki aku pun lebih panjang dari biasa.
Kadar pengecutan baju membuatkan baju kurungku serba singkat.
Macam bodoh rupanya kalau aku pakai di hari raya.
Dah macam penyanyi kabaret.


Kecewa..kecewa..kecewa..


Mungkin betul..
Aku harus cari baju Santa Clause.





Mana mau cari jambang putih saiz S ..?




Moral of the story : Kepada kawan-kawan.. Raya ni kalau corak baju raya aku sama dengan langsir rumah atau alas meja, tolong jangan buat muka mintak pelempang.



Friday, July 29, 2011

Aku Pergi Stadium Semalam *dongak kepala ~

Bismillah



Sampai stadium dalam kul 5 petang.
Ya.. aku terlalu semangat Assabiyah, bukan? Pedulikan.

Sakit kaki menapak dari tempat parking nak masuk stadium. 
Tempat parking? 
Bukan... Bukan tempat parking dalam stadium tu, bhai..
Kitorang parking kat luar.
Menapak berapa jauh?
Korang tahu tak beza jarak Bumi dengan planet Zuhal?

Haa... Lebih kurang.. 


Lepas solat Asar, kitorang masih tak tahu hala tuju kehidupan.
Belum jumpa jalan yang lurus. Hidayah belum sampai.
Plan-nye pergi 2,3 group bergabung. Last-last semua berpecah. 
Khabar angin konon pergi sampai 40-50 orang, last-last aku duduk berlima je.
Mr. Kaptenku tak dapat tiket. Haru tak haru mak Jemah oii.. ~
Duduk terpisah sampai ke habis game.




Dah nak start


Surau ada 4 rasanya. Macam tak logik surau yang dua kali ganda luas bilik tidur aku tu nak menampung 100 ribu punya kapasiti. Tak tahulah nak cakap. Tapi pukul 7 orang semua dah duduk. Kat surau tu boleh kira kot berapa ramai je yang keluar masuk. 


Everyones' and all time favourite section : ULTRAS MALAYA

Patutnya nak duduk sebelah team ULTRAS MALAYA tapi ramai sangat yang dah awal-awal duduk area tu. Nampaknya harini Miss Universe macam aku kalah sama Ultras Malaya punya pengaruh. Deymm... 


Area seat kitorang : Blue-Yellow fever 

First gol Malaysia.
Aku menjerit. Semua orang menjerit.
Komunikasi antara aku dengan Anis ibarat permainan Regu.
Kena buat bahasa isyarat sebab suara semua tenggelam dek sorak.


Aku sama Anis (kiri).
Aku tak suka melihat diri sendiri.


Harimau Malaya. Harus berlatih passing bola. Apape pun, Khairul Fahmi agak meng-hero-kan diri. 


Apa?

Khairul Fahmi curang?



Deymm.. 






Macamana hubungan kitorang boleh terkantoi nie..?




* Thanx My Kapten. Banyak-banyak-banyak !
** Thanx My Kapten and the siblings !
*** Thanx Harimau Malaya !

Tuesday, July 26, 2011

#2 Tips Blogging Tak Ikhlas

Bismillah



Yaa.. Dah try Tips Blogging #1 haritu? Ke masih lagi tak faham-faham sampai sekarang? Kemungkinan air sembahyang korang tu asek batal. Atau mungkin korang punya tahap lembab tu tak dapat dibantu lagi.


Baek! Aku nak kongsi satu lagi tips membuang masa di arena berblogging. Memandangkan tips kali ni merangkumi bidang IT yang dulu aku cuma dapat B, aku harap korang sabar dan istiqamah membaca.


Tips Keji 2 :
Neraca Dacing

Tidak.. Tidak ada kena mengena langsung dengan politik. Tidak juga mengenai sukatan lada hitam. Jauh sekali sukatan pelajaran Malaysia. Ni adalah mengenai kadar berat blog kita. Yaa.. Blog yang berat adalah sesuatu yang harus dielakkan sepertimana kita mengelak setiap kali nak melintas depan salesman di pusat membeli-belah.


Brader.. Blog bukan macam muscle anda. Makin berkepak makin gagah. Makin berat makin payah rebah. (Deymm.. Apsal aku berpantun secara tiba-tiba nie..?). Dan kakak.. Kita punyalah berdiet siang malam nakkan badan yang mampu mengelak titisan hujan andai hujan turun, nak badan seringan buih. Tapi kenapa bab blog, kita ibarat menggantung sauh kapal Titanic di skrin laptop?


Kenapa blog yang ringan nak loading penting? Bhai... Di arus zaman moden dan kecanggihan ni semua orang mengejar masa. Lebih-lebih lagi artis macam aku (Pandang kanan sambil buat muka riak). Sungguh tak ada masa nak tunggu blog yang 20 tahun baru siap loading. Blog yang lembab menyebabkan visitor datang dan berambus laju-laju sebelum sempat kotak chatbox keluar. Bila tak ramai tinggalkan link, maka tak ramailah yang mampu sesat ke blog korang. Tak ke rugi tu? Tak ke? Tak ke? Hah? Apsal tak jawab? Tanggang !


Baeklah. Macamana nak ringankan blog? 

Selain dari membuang sauh kapal Titanic tadi, sila buang segala widget-widget yang bergerak. Contohnya slide gambar. Slide gambar adalah yang paling menyusahkan. Kalau korang tengah mengalami sindrom internet lembab, cuba reload page blog korang. Widget apakah yang selalunya paling lembab-nak-mati ibarat menunggu-timun-dalam-kuali-menjadi-chicken-chop untuk muncul? Maka, adalah lebih afdal korang terajang widget tu jauh-jauh.


Macam contoh blog aku. Menatang paling lembab nak muncul adalah widget Mutiara Islam. Kat atas sekali. 

Kenapa aku tak buang? Bhai.. Tengok la blog aku ni. Penuh dengan benda merapu dan lagha. Syaitan memang suka bertenggek kat blog macam aku ni. Widget Mutiara Islam tu demi meneutralkan kelaghaan di sini. Dan dengan harapan setiap orang yang baca kata-kata tu serta diri aku sendiri akan dapat manfaat. Tak banyak, sikit pun jadi la. (Tiba-tiba masuk mode serius. Tak percaya,kan..?) Jadi cukup kukuhlah alasan aku. Lagipun rasenye blog aku takdelah lembab nak mampus loading kan? *muka yakin ~


Cadangan bodoh yang aku boleh bagi untuk kurangkan  kelembapan sewaktu loading page adalah kurangkan gambar yang banyak. Satu entri sampai 7,8 gambar. Saiz pulak sama besar dengan peti ais. Selain tu, boleh tukar widget Twitter korang. Ramai yang letak box Twitter yang tunjuk tweet2 yang kita update. Takde orang nak baca pun. Baik tukar pada logo gambar burung yang tak bersalah tu. Tepat dan padu.


Kalau sayang nak buang semua, buang la sikit-sikit. Mana-mana yang tak perlu sangat tu. Kasihanilah visitor-visitor blog korang. Macam aku. Aku selalu usha blog atas katil. Jangan dek kerana page korang yang lambat loading, membuatkan laptop aku bukan berakhir di bawah katil, tapi menemukan ajal ke luar tingkap bilik.


Korang boleh ukur berat blog kat iwebtool. Tapi sebenarnya tak perlu pun. Korang sendiri boleh tau tahap kelembapan blog korang sendiri. Kalau rasa ok dan memadai, boleh la menjerit sambil cucuk mata sendiri sebagai tanda kegembiraan.




Monday, July 25, 2011

Stalker Itu Baik, Cuma Terlebih Prihatin

  

Bismillah



Sebenarnya korang semua suka ada stalker kan? 


Yaa... Korang sangat suka kalau ada stalker sebenarnya. (Macam sama dengan ayat atas je.?)
Mulut kata keji, hati kata maki.
Tapi celah-celah Bedah tu ada rasa bangga kan?

Oiihh maunye tak bangga Kak Temah oii..
Ingat manusia poyo macam kita-kita ni ada ke yang stalk?
Ingat diri tu siapa? Mulan Jameela?


Ada je yang betul-betul tak suka diri kena stalk.
Tu disebabkan stalker tu adalah dari kalangan spesies yang tidak disukai.
Lebih-lebih lagi jenis yang tinggal komen maki dan carut.
Asek nak cari gaduh je kerjanya.
Set nama anonymous pulak.
Rasa nak lempang.


Tapi kalau stalker tu orang yang kita tak kenal?
Walawehh, bangga bolehh?

" Ada orang stalk fb aku, bhaii... Dan-dan dia bagi mesej nak kenal.. Ntah sape-sape. Rimas betol. "

Padahal ukuran lubang hidung waktu tu sama besar dengan acuan kueh tat. Tepat dan padu.


Stalker.
Tak semestinya stalker semua jahat.
Kadang-kadang diri sendiri pun jadi stalker.


Tak??


Abeh yang korang duk usha page fb ex korang nak tengok ex korang bahagia tak ngan kapel baru die tu?
Apa namanya tu kalau bukan stalker?
Penternak ayam? Penanam orkid?


Apahal muka korang tiba-tiba merah?


Stalker tu pun kira macam silent reader jugak.
Kalau yang stalk tu memang orang yang kita tak suka, takleh nak wat apa la.
Sabar je la. Peduli la diorang.
Cita-cita nak jadi detektif tak kesampaian agaknya.


Kalau tak, hargailah setiap stalker kalau korang ada.
Sebab tu tandanya ada orang ambil tahu.




Moral of the story : Jadilah stalker yang sihat. Yang tak menyakitkan hati. 



Sunday, July 24, 2011

Aku Pun Ada Cerita Cinta Gak Ape.. [Part 2]



Bismillah



Nota : Pastikan baca sini dulu kalau nak faham.


Sejak dari peristiwa biadap tu, aku jadi malu nak kuch-kuch hota hei dengan Zaki lagi.
Tapi, aku sedar satu benda..


Waktu Zaki pandang tepat ke arah aku masa mandi tu,
dia senyum senget.


Jahanam.


Dia sengaja menggunakan senyum Leonardo Dicaprio tu untuk menggoda aku.
Dia tau kelemahan aku. Kelemahan aku!
Apa dia ingat senyum senget macamtu boleh bikin dia join kitorang mandi?
Keji.


Baiklah.
Lupakan sekejap pasal peristiwa yang lebih bersejarah dari jajahan Jepun tu.


Lepas mandi, sesi memakai baju.
Keji betul cikgu tu suruh aku pakai baju ramai-ramai dalam bilik tu jugak.
Apa dia ingat Mulan Jameelah tukar baju ramai-ramai depan orang ke?
Cikgu tu dah memperkecil-kecilkan status artis aku.


Aku pasrah.
Aku dan kawan-kawan mandi 4 orang tadi pakai baju.
Kongsi bedak.
Ada sorang kawan aku.
Dia ikat rambut jalin panjang.
Macam rambut minachi India.
Dia terkinja-kinja sapu bedak.
Aku pandang serong.
Entah kejadah yang seronok sangat pakai bedak.
Harus ke terkinja-kinja sebegitu?


Saat tu aku terus terdetik..
Dia nak merebut perhatian Zaki!
Deyymm..


Aku pandang keliling.
Zaki tengah pandang lagi. Senyum-senyum.
Dalam hati aku pelik..
Mamat ni apahal.?
Tak perlulah obvious sangat.
Aku tau la Mulan menarik.


Bila sampai giliran Zaki mandi, aku cepat-cepat pakai baju.
Main-main dengan kawan-kawan seperjuangan.
Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising-bising dalam toilet.
Biasalah.. budak lelaki kalau mandi ramai-ramai mesti over.


Budak laki mandi ramai-ramai..?
Err...
Buat semua lelaki yang dah baligh di luar sana, tolong jangan buat perangai camni.
Tak elok dipandang jiran-jiran.
Malu atuk nenek di kampung.


Ok. Sambung.

Bunyi bising dalam toilet tu bikin aku toleh pandang ke arah toilet.
Dan tiba-tiba Zaki keluar dari toilet..






..dia pandang aku, dan...







...dia senyum senget.





Deyymm...


Sekarang bila ingat-ingat balik pasal Zaki,
dalam hati aku macam kata....









..pervert siut budak ni !



Moral of the story : Zaki, takpe. Aku dah lama maafkan kau.
Kat mana kau sekarang ah? *sobs ..~


Saturday, July 23, 2011

#1 Tips Blogging Tak Ikhlas




Bismillah




Ni entri versi amek-hati-masuk-mesin-basuh-sabun-spin-sidai. Maknanya entri ni lahir dari hati aku yang habis kudus dan penuh gigih. Mungkin agak poyo untuk aku tulis benda ni, tapi aku harap aku leh membantu la sape-sape yang bernawaitu untuk terus membazirkan masa di arena berblogging ni macam aku.


Kalau nak diikutkan dari tahap kebodohan dan kemiskinan blog aku ni, memang sungguh tak layak lah nak capai 1000 followers kurang dari tempoh setahun. Warna pun gelap macam kawasan tanah perkuburan. Gelita. Takda nur-nur hidayah langsung. Header tak bertukar sejak zaman Nabi Adam. Balik-balik header gambar aku shoot-bola-confirm-tak-masuk tu jugak yang istiqamah gila kat atas. Kadar kekerapan meng-hapdet entri? Sama banyak dengan bilangan anak-anak gajah yang dilahirkan oleh burung kenyalang. Sikit. Jarang. Tepat dan padu. 


Walaubagaimanapun ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, resipi kali ni sangat mudah ye. Mari kita lihat bahan-bahannya : ~


Tips Keji 1 :
Blogwalking.

Tak payah nak gigih sangat ber-blogwalking sampai keyboard tenggelam. Terlalu lama blogwalk menyebabkan kita terlalu lama memandang skrin. Dan seperti yang cikgu Sains aku ajar sambil memberikan aku gred B masa kat skolah (Senang-senang je aku menunjukkan kebodohan diri di sini..), memandang skrin komputer terlalu lama adalah sangat tidak elok ye. Sebab apa? Ehh bukann... Bukan sebab mata kering atau sakit. Tapi sebab skrin komputer akan terhakis dek kene panahan durjana mata kita berjam-jam. 




Owh ya.. Untuk mereka-mereka yang memang takde chatbox (Cbox/ Shoutmix), dan takde nawaitu langsung nak letak kat blog, takyah nak gigih sangat la bace entri ni atau buat-buat kerut dahi konon khusyuk membaca. Dusta!



Tipsnya di sini, tiap kali blogwalk, spend 20-30 minit saje. Kalau korang jenis yang ketagih nak blogwalk 24jam, korang kena banyakkan blogwalk ke blog-blog islamik. Cuba baca dan amalkan seberapa banyak amalan yang korang baca. Sebab bila korang mati sebab urat mata korang meletup, takde lah sia-sia sangat amalam waktu hidup tadi kan? Bengap. Aku kata 20-30 minit tu cukuplahh. Degil! Nak jadi tanggang?


Err.. Akidah entri terpesong lagi.

Teruskan.


Ya..20-30 minit saja untuk satu sesi blogwalk. Tapi..! Yaaa... Ada tapi di sini. Kalau dalam drama melayu, perkataan 'tapi' itu selalu membawa berita malang. Habislah korangg.. 


hmm..?

Aghhh! Terlalu cepat ter-distracted lah pulakkk..!


Ok. Tapiii...Untuk setiap blog yang korang blogwalk, klik 2,3 nama teratas dalam chatbox diorang. Nama-nama tu confirm tengah tonggang-terbalik buat blogwalk kat blog-blog lain. Dan blog-blog lain tu pulak meraung-raung-sambil-tarik-rambut untuk blogwalk jugak. Maka, dengan menyebokkan diri kat empunya blog 2,3 nama teratas tu membantu makhluk-makhluk yang tengah blogwalk untuk sampai ke blog anda dengan lebih cepat, tepat dan padu.


Perhatian : Ini haruslah dilakukan secara konsisten setaiap hari. Tak kiralah sehari korang buat 3,4 kali sesi blogwalk. Kalau dalam hati tu de nawaitu nak buat setahun sekali, hentikan lah niat kudus korang tuh.





Apa?




Tak faham langsung?






Biadap.



Kalau tak faham jugak, sila tinggalkan laptop sekarang dan pergi ambik air sembahyang. 
Pastu datang balik baca. Moga terang hati sikit. 





Apa?



Nak ambik air sirap boleh tak?








* bunuh diri ~








InsyaAllah ada lagi tips bodoh yang aku rasa perlu untuk kongsi. Lebih-lebih lagi untuk orang-orang yang baru start nak ber-blog. Entri yang ni pun dah panjang nak mampus. Gila.



Wednesday, July 20, 2011

Bukan Aku Taknak Ganti Puasa Awal-awal ... Tapi ...


Bismillah



Aku tengah menaip depan tv.
Rozita Che Wan...
Deeyymm.....!
Tengok Rozita Che Wan boleh bikin airliur meleleh.

*kesat airliur

Aaghh..!
Tahan. Tahan. Tahan.



Harini aku puasa.


Bukan...
Bukan nak cakap aku baik.
Sebab aku puasa ganti je.


Kenapa lambat ganti?
Kau ingat aku saje-saje je ke taknak ganti puasa awal-awal?
Tolong sikit ok..
Aku lambat ganti puasa sebab aku sakit.


Penyakit sejak lahir.
Penyakit ni datang kalau aku tak makan.




Kalau aku tak makan,

..aku rasa lapar.


*kelip-kelip mata yang berkaca-kaca ~





Moral of the story : Owh.. Baru pukul 3.00 ... 
Gigih.. Gigih...