Monday, June 27, 2011

Aku Sebenarnya ... Anak Angkat Ke ..?





Bismillah








Ok. Aku sangat-sangat-sangat-sangat hairan. 




Minggu lepas aku dapat phone call.
Dia nak bercakap dengan Ms. Salva Sarevani.








Tadi pulak aku baru dapat phone call.
Dia nak bercakap dengan Mr. Avasamy.












Mood : Kecelaruan identiti.














Moral of the story : Siapa sebenarnya aku.?




Aaarrrghh...!!~

Saturday, June 25, 2011

Semuanya Sebab Sebijik Blog




Bismillah




PERHATIAN : KALAU INI KELUAR KAT DASHBOARD KORANG, ADALAH SANGAT AFDAL ANDAI KORANG BACA. SEKIAN



Sebab...


..semua ni bersangkut paut dengan setiap seketul dari kamu. Ya.. aku tau penggunaan penjodoh bilangan aku salah. Saje test.. Nampaknya kamu semua bijak. Tak sia-sia cikgu BM korang bagi korang C masa sekolah dulu. Sebab tu baru korang sedar diri nak study,kan?
Ok, nampaknya aku dah menyimpang jauh dari paksi kebenaran. 



Sambung.



Aku tak pandai nak ucap kata-kata romantis. Tak reti nak bagi ayat-ayat manis.(~manis tak kurma inii!?~) Aku bukan minah bunga. Jauh sekali minah pokok kelapa sawit. Jangan mengharapkan wang emas, jauh sekali nak suruh aku register masuk pertandingan Kilauan Emas. Gila ape korang ni?



Mungkin angka 1 tu bagi awek hot macam Hanis Zalikha tak ada apa-apa. Tapi bagi aku, angka 1 tu bermakna 1 Malaysia.  Sekarang Rakan Subahat aku dah jadi 1000. Kalau ajak berjudi ni memang jadi jutawan ni. Ehh apsal plak taknak?? Bukan dah setuju jadi Rakan Subahat ke? Cehhh...



Kalau aku mampu,
Aku bagi setiap sorang rakan subahat aku tu Taj Mahal.
Tapi tak boleh..
Taj Murah pun aku tak mampu bagi, ade hatii pulakkk....~



Macamana aku cakap bodohnya blog aku dulu, sampai sekarang masih macamtu. 



Thanx member-member semua. Setiap muka yang ter-tepek kat sidebar kiri blog aku ni, semuanya aku sangat appreciate ok. Walaupun avatar korang letak muka cipan sekalipun.. Ya.. Aku suka binatang-binatang yang hampir pupus ni. Mujur ada sekor kat blog aku kan.



Aku tak ucap thanx terlebih kat rakan aku yang ke-1000, dan aku tak kurang ucap thanx kat rakan aku yang lain. Kalau takde yang pertama, ke-10, ke-37, ke-487, atau ke-999, mana nak datang yang ke-1000..kan..?



Kalau korang rasa blog aku banyak yang kurang... tak payah susah-susah nak rasa. Aku dah lama tau. Mintak maaflah atas apape yang kurang. Tapi aku tetap rasa macam dulu...




...aku rasa cukup..




Sebenarnya aku try nak buat entri ni macam terharu, tapi gaya macam tak jadiii je... Suwei btul laa...




18ribu kali jugak fikir nak tepek menatang
gambar nih. Suwei laaa.....




p/s : Apa? Menyesal follow?? Biadap.





Moral of the story : 

I want not to be 'Perfect' , because I value 'Enough' more.



Thank you ;)


Monday, June 13, 2011

Cuba Cari Entri Yang Berilmiah Sikit Boleh?




Bismillah




Ok. Praktikal dah habis. Misi sekarang nak fit-kan badan. Ya.. betul. Tak tipu. Siyes. Hmm.. sedap pulak keropok berkolestrol tinggi ni. Ehh, sedar tak sedar dah 2jam aku depan laptop makan menatang ni. Aghh fit-kan badan! Fit-kan badan! Ok abaikan.


Tengok luar. Sekarang tengah hujan. Maknanya apa? Ya.. maknanya kau menyanyi tak sedap. Jadi tolong diam. Haa tengokk. Makin lebat bolehh?? Berhenti nyanyi! Ini serius. Kita pasti taknak tengok Malaysia turun salji, bukan? 


Jangan dicuba untuk carik isi -isi ilmiah dalam entri aku ni. Memang sampai aku kawin dengan Orlando Bloom sekalipun, belum tentu korang akan jumpa. Jadi hentikanlah pencarian yang sia-sia tu. Sekarang aku tak boleh hapdet blog selalu-selalu. Maklumlah, kata nak kuruskan badan. Kalau asek hapdet je nanti jari-jari aku je yang kurus. Maka? Nak buat ape je dengan jari kurus? Masuk Olimpik? Kepala lutut...


Abaikan...abaikan.. Kan aku dah kata tak ada isi ilmiah dalam entri ni. Masih nak mencari? Owh ye.. Lupe pulak sekarang tengah hujan, dan aku pulak baru lepas basuh kereta tadi. Apa? Lancer? Mane pulak datangnya Lancer tu.. Ferrari ok.  Ferrari. Betul.. Cantik betul kereta Ferrari tu melintas potong kereta aku yang tak Ferrari tadi. Biadap sungguh. 


Eh, aku dah kata tadi entri ni tak berilmiah,kan? Kau ingat ni blog Perpustakaan ke? Hailaaa.....




Moral of the story : Ok. Jari dah kurus sikit. Oyeahh !~