Sunday, May 29, 2011

Tahu Tak Apa Detik Paling Jahanam Dalam Hidup?




Bismillah




Perut memulas gila.
Menggelabah tenuk pergi toilet.
Sedaya upaya jalan menuju ke toilet dengan penuh bergaya dan tampak normal.
Cuba mengawal kerutan dahi.
Dada berdebar takut tak sempat.



Dan...




... mendapati toilet tak ada air.




Ya..




Detik-detik paling jahanam dalam hidup,




Sekian.






Moral of the story : Hanya yang mengalami dapat memahami. Bapak tacing gila moral harini.




Friday, May 27, 2011

Persidangan Cukai Malaysia 2011 (Serius ke ni tajuk entri aku??Aghh!!)



Bismillah 



[AMARAN : Ini mungkin bosan tak hengatt punya entri.]


Macam haram tajuk. Educated taknak kalah. Rasa nak lempang diri sendiri. Sudah, sudah. Cukup. Jangan cakap aku budak pandai. Jemu dengar benda sama. Ah..~


24hb n 25hb itu hari jadi committee Persidangan Cukai Malaysia kat PWTC. Menyamar sebagai ahli MATA, aku disuruh jaga kaunter pendaftaran atau registration counter. Haa... Nampak? Nampak tak macam mane aku buat korang fikir aku pandai speaking. 

Heh ~ *mengeluh berlagak





Kami tak membantu apape. Kami cuma tolong habiskan makanan.

Orang kuat program. Kuat menipu.




Bos-bos besar dari seluruh Malaysia datang register. Dari pagi sampai petang. Tiba-tiba datang sorang apek..


"Saya mau register untuk pameran katil punya..."


Huh..???? 


*  *  *  *



Bukan pentas Akademi Fantasia

Sumpah aku takde dalam gambar. Tak perlu cari. Aku kat belakang sofa.



Ok. Jangan tanya aku apape pasal isi persidangan. Sebab aku langsung tak berada dalam persidangan tu.

Owhh ade. 10 minit aku kat dalam persidangan sana. 
Tolong edarkan kertas. 








Moral of the story : Orang-orang kuat selalunya buat kerja ringan-ringan je. Macam...
 err... tolong edar kertas .. ?





Thursday, May 19, 2011

Tolong Jangan Guna Hal Agama Untuk Mengorat. Itu Sangat Keji.




Bismillah




Macam mana ciri lelaki baik?




Dia akan tolong kejut untuk solat Subuh hari-hari.




Siyes ..?




Ini cerita 4 tahun lepas. Ada member aku dulu sungguh rajin kejutkan Subuh. Sampai satu tahap sungguh annoying. Aku selalu rasa mamat ni nak tunjuk diri baik ke? Ye.. Memang dia selalu jadi wakil baca doa tiap kali kitorang buat program kelab. Tapi jangan... Jangan judge orang. Husnuzon.. Husnuzon..



Well, dah Allah nak tunjuk.
Beberapa bulan lepas tu, mamat ni terlepas cakap time borak-borak ...




" senang je nak mengorat perempuan.
Kejut Subuh hari-hari, kompem perempuan tu cair! "





Well, boy, you were not the first. Common flirting tactic wouldn't get through us.





Moral of the story : Kau boleh tunjukkan islam, tapi kau tak boleh tunjukkan aku iman.


Monday, May 16, 2011

A Humble Grateful Letter for God



Bismillah



it was 14th of May 2010 ...


I value my life  and the chance You gave me few years back. Thanx for giving me twice chances to live on my life, for giving me strength to look up and stay strong. Thanx for the painful 7 years which taught me how Mighty You are. Thanx for not letting me die. Thanx, Entirely Merciful, the Especially Merciful, Allah.


You took one thing which I valued as my life, my heart, only to give me a thousand more precious gifts. You lend me 7 years of tears only to give me a lifetime to laugh on. Forgive me for the sins and please bless me till I die. Thanx for each and every reason that makes me smile, and each and every reason that makes me cry. Thanx for sending each and every wonderful people You met me with. Please love them and guide them and keep them safe.


In each person, lies his own fate. And i am so amazed how my own fates had gone across too many lives of too many people. That makes everything just perfect.



Bless my 23 years back, and every seconds coming.



Bless me, Allah and forgive me for all the sins.
Leave me not, Allah, I need you within.






 Thanx for all wishes, surprises, presents, cards, cakes, prayers and thoughts. 
You all haven't made my day, but my whole life. Thank you, sincerely.







** Bless me for any remaining years I have. 
Let me die with faith in my heart,
and with my forehead on the ground...






Sunday, May 8, 2011

The Daughter Side Of Me



Bismillah








Happy Mother's Day, mom ~ 
Love u infinity plus one ! 




p/s : Malam ni mama belanja the whole family. Bukan patut kitorang ke yang kena belanja? Miahahahha...
Concorde, Ma ..!!

Thursday, May 5, 2011

Jejaka Kacak Itu Kejam

   

Bismillah




Waktu aku baru pandai lari laju-laju, angah aku dah berumur 6,7 tahun. Zaman kanak-kanaknya dia memang seorang budak yang sehat tubuh badan. Atau bahasa kurang ajarnya, debab. 


Hari tu, angah mandi swimming pool dengan along. Angah dan swimming suitnya. Berlari-lari di tepi swimming pool. Melintas sorang  jejaka kacak. Terpegun dengan ketembaman angah,  jejaka tu menegur ...



Jejaka : Mak aihhh... Sehatnya adiikkk! Kat rumah Mak bagi makan beras ape niii... 

...sambil tersengih-sengih sinis.



Angah masih tak faham apa itu 'perli' dan 'sindiran'. Lalu Angah menjawab ...





".. beras cap Jasmine..."




...dan angah terus berlari menggendong pelampungnya.




Moral of the story : Naif itu comel.





Sunday, May 1, 2011

Bagai Manchester United Dengan Restoran Mamak

     



Bismillah




Terkilannya.
Terkilannya.



Orang bertepuk-tampar-tempeleng kat kedai-kedai mamak berTV skrin besar. 
Man-U gol, kena tempeleng. Man-U tak gol pun kena tempeleng.
Bila gol, habis satu kedai bersorak. (Termasuk aku)
Bila tak gol pulak, habis satu kedai mengeluh. (Termasuk aku)



Teringat ceramah Ustaz Kazim Elias...

"Berapa banyak tenaga manusia yang terbuang seluruh dunia, hanya kerana taksub nak tengok perlawanan bola. Islam tak melarang umatnya bersukan. Bersukan itu harus. Yang tak harus tu, lepak berjam-jam menonton perlawanan bola. Kalau musim World Cup? Berapa jam darab dengan berapa hari, darab dengan berapa puluh ratus juta orang? Takdak faedah, tuan-tuan.."



Tsukk!!
Pedih hulu hati.





Moral of the story : Kat komen nanti mesti banyak perkataan 'tapi' ... Kompem.