Saturday, April 30, 2011

Excuse Me ... I Am No Rubbish.

  

Bismillah











Being at the top, makes you no king.


Even a kingdom may collapse,
without a man as its army.






Moral of the story : Learn to appreciate. And, mean it. 
    

Tuesday, April 26, 2011

Hadiah Itu Agak Tak Sopan




Bismillah



Minggu lepas aku teman Mama pergi rumah Angah.
Ayah tak ikut. Abang ipar tak ada. Abang ipar aku kerja kat laut. Sebulan sekali balik rumah.
Tinggallah tiga awek hot, anak beranak spend masa bersama.
Owh.. lupa T-Rex / T-Rex juga ada.


Satu petang yang damai kami berempat jalan-jalan kat mall.
Aku dan Angah nampak sesuatu.


Angah : Belikan untuk *Kerol, nak !?   *Abang ipar aku a.k.a husband Angah


Aku angguk laju-laju sambil kitorang ketawa terbahak-bahak.



Abang Kerol & Angah. Sama sweet sama sengal.
Malam tu Abang Kerol call Angah ...




Angah : Saye ade beli something untuk awak !

Angah : Adelahhh.... Mane boleh cakapp.




Aku dengan Angah dah bantai ketawa tahap petala ke-lapan.




Angah : Kalau awak sayang saye, awak kena pakai ..!





Angah mengugut sambil tangan keluarkan dari beg plastik ...,

.. boxer kuning terang bergambar kartun-kartun Sesame Street.






Moral of the story : Genetik aku gila ..? Mana adaaaaaaaaaaaaaa.... !




Saturday, April 23, 2011

For Those Who Has The Desire To FLY !!!












I have an interesting promotion to aviation enthusiast and also to everyone. It is an offer to anyone who would like to soar the sky and feel the excitement on how to fly the aircraft yourself !! 

Don't miss the opportunity. You also can make it as a birthday present for someone special, just to fly casually, to have an exposure on aviation, to have something different experience, or for any reason that one can have.

The offer as follows:-

1. KL city tour
2. Selangor tour

The rate is MYR 850 / flight /sortie for 3 person 


The services provided are :

- Airport pass process
- Refreshment (Mc'D, SUBWAY, Special meal request
  needs to be inform together with the reservation)
- Safety Briefing
- Technical Briefing
- Experience to feel and handle the aircraft
- Transport into airport compound

Terms and condition :

- All reservation should be made in advance at least 3
  days before the chosen date.
- The reservation is subject to aircraft availability.
- The price is for Cessna 172. Sirrus 20 is available
   however it will be in different price. 
- Payment can be done in cash or bank into the
  account number given after the reservation is done.
- Special meal can only be fulfil if the requested meal
  available in Subang airport area. 


For those who are serious and interested, any inquiries can be made through me.


Please spread the msg to all.


Regards,
Naim Fawwaz.
Certified Pilots,
PPL & CPL License holder.



Thursday, April 14, 2011

Entri Untuk Yang Aku Panggil Adik


Bismillah




Adek,

Aku tau kau tengah susah hati.
Tau kau tengah struggle nak survive.
Aku tau aku tak boleh sekadar cakap 'sabar, sabar, sabar',
tapi memang tu je aku dapat cakap, dek.

Satu hari nanti bila kau sedar kau survive dan masih hidup, semuanya sebab kau sabar.


Dengan kau, i'm being more of a listener rather than story-teller. I guess i need not say even more. But i wish you'll spend 3 minutes to read and understand.





" Tidaklah di beratkan seseorang melainkan kemampuannya "
 Surah Al-Baqarah : surah 2 : ayat 233





Aku harap sangat kau pegang satu ayat ni. Kau mesti boleh. 
Dan tolong sedar untungnya kau kena uji macamtu.
Berubahla.



Some people might not noticed.
But be glad coz at least someone has.


Senyum la, dek. 
Even kau terpaksa buat-buat.
At least aku tau kau kuat.




Moral of the story : Take care, deq. 



Tuesday, April 12, 2011

Syaitan Tak Bersalah

  




Bismillah




Dari kecik aku tau tandas tu tempat syaitan. Dan sebab itu lah aku selalu takut tiap kali nak mandi. Jangan.... Jangan nak buat kesimpulan bahawa aku ada kaitan dengan kambing. Tidak sekali-kali. Waktu sekolah aku selalu mandi dalam keadaan takut. Agak bodoh perasaan tu. Cis...


Aku selalu terbayang-bayangkan berapa banyak ekor syaitan ada dalam tandas tu dengan aku. Aku benci nak lama-lama dalam tandas sebab rasa cuak tak boleh blah. 
Aku selalu terbayang macamana kalau mandi waktu malam, tiba-tiba ada syaitan padam lampu tandas aku? Dan tiba-tiba lagi bila lampu bukak, ada lembaga tepi aku tengah gosok gigi? Dan lagi satu bayangan ngeri aku, kalau tiba-tiba air shower tuh mencurah-curah warna merah. Tak mungkin itu air water-color. Terlalu banyak tengok tv ni.

Waktu kena mandi subuh-subuh nak pergi sekolah, aku selalu rasa berdebar-debar. Kenapa kena mandi kat tandas? Kenapa aku tak boleh mandi guna mesin basuh? Bukan lagi bersih dan efisyen ke?


Betapa paranoidnya aku dalam tandas masa kecik-kecik dulu. Nak tengok cermin pun asek terbayang tiba-tiba ada pantulan hantu sebelah aku kat dalam cermin.


Bercakap tentang pantulan ... 



Satu hari tu aku cedok air guna gayung, dan aku jengah kepala tengok dalam gayung tu, atas permukaan air tu aku nampak bayang-bayang aku macam biasa. Tapi waktu tu aku tak biasa. Aku masih tak mahir sifat pantulan. Aku terus lari bagitau kakak aku.....





Aku : Angah! Nak tengok bayang-bayang syaitan tak..?







Moral of the story : Bukan....Bukan bodoh. Itu namanya naif. 




Dan naif itu comel. 



Friday, April 8, 2011

[Harus Baca] Friendship Dari Sebijik Blog Berusia 6 Bulan




Bismillah



Orang kata logik, followers yang ramai bermakna kawan ramai. 

Siapa cakap?

Dalam sejuta followers yang ikut tu, berapa ramai je yang betul-betul follow-up? 
Tak ramai.



Kali ni terasa macam nak cerita, relationship yang aku dapat dari sebijik blog.
Apa? Boyfriend? Kepala lutut kau...



Kalau korang perasan, (korang memang kuat perasan kan!kan!), kat sidebar sebelah ni ada part 'Cik Ungu Pilih Yang Ni..'. Half of them sememangnya sudah aku develope-kan relationship sebagai member blog. Apa panggilnya? Friendship? Blogship? Fish & chip? Tak penting.


Blog Just A Pit Stop tu, owner dia seorang yang terencat. Dia tak perlu agree untuk apa entri yang aku tulis untuk buat aku follow dia. Blog dia pure. Aku suka. Dia? Err.. aku suka jugak. Tapi aku straight ok. Aku follow apa yang dia tulis. Aku tau bila dia down. Dan bila baru-baru ni dia kata nak berenti blogging, aku rasa  terpukul. Ntah jin mana yang kurang ajar pukul aku senyap-senyap. Mentang-mentang aku tak nampak kan. *Siyes dowh.. agak terasa la aku bila kau nak menemukan ajal pada blog kau. sedeh skit.. skit je laaaa..~

Untuk kau Fatimah Nur Sabah, kau tough kan. Walaupun aku tau kau fragile gak. Tu la.. suruh jadi plastik dlu taknak. Sebab kau tough, kau jangan bersedeh hati sangat lagi ye. Kesengalan kau diperlukan.
* nama betul die Fatimah Nur Sabiha .. tapi aku suka Sabah. hahahaah..~


Blog Baju Lusuh Seluar Tampal satu lagi owner yang mungkin sindrom datang kadang-kadang. First time masuk blog dia tahun lepas, aku paling suka header dia yang macam padang golf tu. Aku ingat lagi first entri dia yang aku baca, dia kondem orang yang guna bahasa rojak. Aku terkena se-das, tapi aku suka. Jadi aku terus follow. Walaupun dia muda dari aku, opinion dia macam pakcik umur 70 tahun. Dan dia selalu membebel bila aku main YM kat ofis. Alahh.. kau pun sama. 

*Untuk Encik Hanafi Jaafar ( Encik, sebab kau dah kawin.), semoga menjadi suami yang soleh. Walaupun aku ganas, tapi impian aku pun nak jadi isteri yang solehah nanti. (Mesti tiba-tiba kau rasa nak kawin ngan aku kan! miahahaha!) 
*Untuk wife Hanafi, sila jangan menangis dengan gurauan bodoh saya ni.


Blog ni mungkin korang pernah tersesat. Takpun mungkin korang pun mangsa followers dia sebab blog dia boleh tahan glamer.*menyampah~ Blog Khaifaiz. Antara blog paling awal aku jumpa, dan antara owner paling awal aku kenal. Selalunya dia akan jadi antara orang pertama yang komen setiap kali aku kuarkan entri. Mungkin dia ni membesar depan laptop. Aku kurang pasti. Tapi satu benda aku pasti, dia sengal. Tak syak lagi.

Dulu dia jadi cikgu sementara. Aku musykil... Apalah nasib anak-anak murid dia tu..? Kesian...


Asfira Aminuddin. Budak satu tempat belajar. Budak satu hostel. Junior aku. First time aku masuk blog dia, aku rasa dia seorang yang sangat gurly! Ramai musuh sebab ramai dengki? Sian dia. Dan aku mengorat dia hanya dengan sebungkus goreng pisang. Miahahha.

*Babe, be tough okeh! Orang dengki kamu sebab takde ape yang kamu ada~ *angkat muscle ~


Aoi@riena adelah blogger paling bz kat mukabumi ni! Korang kenal Pak Lah? Takpun Mahathir? Haa.. budak ni lebih bz dari mereka! Gila ahhhh..! Walaupun dia bz, tapi bila dia update blog, dia wajib singgah blog aku. Walaupun kadang-kadang aku rasa dia macam terpaksa, takpeee... Aku maafkan kau! hohhho..~


Tiba-Tiba Menang !. Nama blog pun dah macam bongok,kan? Tak tengok tuan dia lagiiii.. Bongok kuasa 3. Mihahahha..! Owner dia sengal. Sebab tu aku leh merepek ngan kau. Kalau nak baca lawak bodoh tentang diri sendiri, boleh tengok blog dia. Kalau korang tanya siapa pernah jatuh motor patah kaki, dia mesti tak angkat tangan. Sebab dia jatuh motor, cedera kat punggung. 

*Hasbullah! Jangan marah aku. Tak baik. Alalalaaa..~


Roket Ungu. Mula-mula aku berkenan nak ziarah sebab nama blog dia ade perkataan 'ungu'. Ya.. Agak bodoh alasan aku untuk meng-usha blog orang. Tapi aku rasa aku suka, dan entri-entri dia semua aku suka. Aku tak kenal sangat minah psycho ni, tapi aku tau dia sengal. Jadi, selamat datang ke alam barzakh. 


Cik As. Sape perangai macam hantu, cuba kawan ngan cik as neh. Moga-moga korang jadik anak yang taat! Kalau korang tengok blog dia, sila jangan judge dia ya. Sebab bila aku boleh ngam dengan dia, bermakna dia ok. Boleh belajar nasyid la dengan dia haaa.. Cik As! Good luck exam yeeee!


Line. Antara yang rajin megomen. Obses pada lipas. Aku rasa dia gila. Amir, Budak baru kenal. Tapi dia takkan dapat menyorokkan kesengalan dia dari aku. Dan ada lagi yang aku tak dapat nak tulis satu-satu.


Yang aku nak cakap, walaupun kami tak berkawan macam berganding-bahu-menuju-ke-Mecdogol-beli-aiskrim ataupun keluar-di-hujung-minggu-main-boling-tapi-masuk-longkang, tapi untuk friendship dalam alam mayat ni.. err.. alam maya ni... ini dah lebih dari biasa.


Dan untuk itu, kepada semua, terima kasih.






Moral of the story 1 : Jangan tengok berapa ramai followers aku. Tengok berapa ramai yang follow-up.

Moral of the story 2 : dan sebab itu kau tak boleh praktikkan 'u follow i, i follow u'. Sebab inilah jadinya. Cuma hiasan.

Wednesday, April 6, 2011

Entri Yang Bakal Kumpul Ramai Musuh ?




Bismillah




Entri harini ada gambar muka sendiri.
Entri semalam ada gambar muka sendiri.
Entri kelmarin ada gambar muka sendiri.
Entri minggu lepas ada gambar muka sendiri.
Entri bulan lepas ada gambar muka sendiri.
Entri tahun lepas ada gambar muka sendiri.
Entri zaman nabi Adam dulu pun ada gambar muka sendiri.



Gambar semua nak sorang-sorang.
Pose pulak harus semua 4,5 jengkal jarak antara muka dengan kamera.

Owh... sebab tu jarak paling jauh bila tangkap gambar sendiri guna fon ye tak?



Apa kata suruh orang lain tangkapkan?
Dan ajak lah ramai sikit dalam gambar tu.


Aci?




*tiba-tiba aku kena baling dengan selipar.. Adeih ~


Apa? Aku menyibuk? Macam bagus?
Memang pun.
Miahahahahahaha..!!~





Moral of the story : Aku pun kadang-kadang macamtu. Tapi jangan extreme boleh?



Sunday, April 3, 2011

Dangdut Itu Cool Whattt ... !





Bismillah






Ini serius. Sila kerutkan dahi sampai dua-dua kening korang bercantum.

Jawab soalan dalam hati :


1. Adakah korang banned lagu-lagu dangdut sebab korang rasa dangdut tu lagu kampung? 

2. Adakah korang mengutuk orang-orang yang minat Mawi saat kegemilangan beliau beberapa tahun lepas?

3. Adakah korang kata korang tak tengok Akademi Fantasia sebab rancangan itu bodoh?



Kalau korang jawab 'ye', korang sebenarnya agak poyo. Cuba untuk menjadi seorang yang cool. 



Jangan gelak! Jangan gelak! Haip! Haip!




Padahal kalau kau duduk sorang-sorang kat rumah, terdengar lagu dangdut, kaki kau bergerak-gerak jugak. Ketuk-ketuk pen jugak kat meja ikut beat lagu dangdut tu,kan? Tapi depan orang kau maki habis lagu dangdut sebab kau nak nampak cool. Ade?


Dulu, semua orang minat Mawi. Sampai golongan yang tak minat Mawi tu rasa diri cool sebab tidak minat Mawi. Tolonglahh.. Itu ke ukuran ke-cool-an korang? Ade?


Ye. Memang agak bodoh rancangan itu. Suara tak sedap mana pun. Tapi adakah bila korang kutuk AF dan kata korang lagi suka tengok American Idol, korang rasa korang cool sebab korang tak suka AF? Tapi time takde orang kat rumah, kau tengok jugak senyap-senyap kannnn.




Hek elehhhh.. Rilek sudeeyyy... !~




Moral of the story : Rilek-rilek ayam itu cool. 
                             Trying too hard to be cool ..?  Itu poyo.





Friday, April 1, 2011

Ajal Maut Sebuah Blog




Bismillah





Bulan pertama:
Masa first-first buat blog dulu, aku memang bingai gila. Aku cuma buat akaun je. Lepas sebulan baru aku wat entri. Macam zaman mula-mula korang ada facebook la. Ketagih macam nak mati. Hari-hari wajib update. Kalau ada jawatan kosong 'kerani penghapdet facebook', aku yakin melimpah ruah jutawan kat dunia ni. 


Waktu tu segala butang kat blog ni aku tekan. Punya la semangat assabiyah. Pantang cursor anak panah tu bertukar jadi gambar tangan, aku harus klik. Sampai mouse aku ni boleh tenggelam. Keyboard jangan cakaplahhh.. Sikit lagi nak sama leper dengan lantai. Ok. Hiperbola sangat.






Bulan dua-tiga:
Ye.. Ye.. Betul lah tu. 2,3 bulan yang pertama, nafsu ber-blog membuak-buak. Ibarat aur dengan tebing. Apa? Takde kena-mengena? Memang pun. Syabas sebab Bahasa Melayu sastera korang tak sebengap yang aku sangka. Yiieehaaa..!


Hari-hari fikir apa nak tulis..apa nak tulis.. apa nak tulis. Nampak kejadian-kejadian pelik sikit, mula dah nawaitu nak tulis dalam blog. Rasa tension sikit, ingat blog. Rasa teruja sikit, ingat blog. Hatta nampak tudung merah tersangkut kat ampaian pun boleh timbul nawaitu nak tulis kat blog. Kebodohan apakah ini???



Bulan empat-lima:
Masuk bulan ke-4, dah mula bukak blog 2,3 hari sekali. Update entri pun seminggu dapat dua entri pun rasa macam baru lepas exam SPM. Time ni aktiviti blogwalking memang seminggu sekali. Kadang-kadang nak dua minggu. Kalau harini aku nak beranak, next update aku mungkin masa anak aku dah amek UPSR. Hiperbola? Bukan... Imaginasi kreatif.
  


Setengah tahun:
Memang. Ibarat air sirap menunggu bas. Makin banyak komitmen lain nak di-komitmen-kan. Makin banyak kerja buat badan penat. (Kerja ape ntaahhhhh.. ) Blog pun makin sunyi. Bukak laptop je dah nampak labah-labah tengah kait sarang kat bucu skrin. 



Setahun:
Tak cukup umur setahun lagi. Tapi mungkinkah blog aku akan mereput ???
Perlukah aku sediakan keranda mengikut saiz yang bersesuaian?


Owh jangan...jangan. Samada korang baca blog aku secara sukarela,
atau aku heret korang klik page aku sampai mouse korang pun tenggelam. 


Pilih!




Apsalkah semenjak dua menjak tiga menjak ni bahasa melayu aku macam jahanam sikit?




Moral of the story : Setinggi-tinggi terima kasih buat 'Rakan Subahat Cik Ungu' di sidebar kiri yang telah menyokong aku walaupun gaya terpaksa. Juga kepada stalker-stalker tak diiktiraf. Serta tak lupa kepada mama dan ayah di kampung, yang tak pernah tau aku ada blog. Akhir sekali kepada Khairul Fahmi sebab tak pernah tau yang aku ada entri pasal dia dalam ni. Siut...