Thursday, March 24, 2011

Aku Cuba Untuk Tak Reti Malu




Bismillah
  



Nyaris 20 tahun lepas, hmm.. macam tak kena je penggunaan kosa kata aku. Hampir 20 tahun lepas..? Ya.. sedap sikit bunyik dia.


Sambung.

Hampir 20 tahun lepas, aku adalah anak didik di tadika yang menggunakan uniform hijau. Zaman yang sepatutnya aku berwajah kiut tu, sebenarnya zaman tu aku hodoh gila. Budak lain mungkin korang tengok rasa nak belai. Tapi kalau korang tengok aku waktu tu mesti rasa nak terajang.
Familiar dengan Ugly Betty? Ya. Iras sikit. Aku pakai spek sejak umur 4 tahun.


Tak percaya?
Apa? Cacat?


Kurang ajar.



Rutin harian aku adalah datang pagi pukul 8. Belajar, mewarna, korek hidung pastu calit kat kusyen baldu, dan makan nasik dalam dulang. Sampai pukul 5 petang, aku dah ready-ready nak balik. Mama atau ayah aku akan jemput aku kat tadika.



Aku takkan lupa hari tu sampai bila-bila ....





Pukul 5.30 petang.

Dari dalam tadika aku dah excited bila nampak kereta Volvo lama warna kelabu metalik ayah aku sampai depan pagar tadika. Dengan penuh riak dan takbur aku galas beg dan berlari-lari ke pagar. Tak salam pun cikgu. Derhaka...


Aku masuk kereta sambil mulut riuh membebel apa aktiviti bodoh yang aku buat hari tu. Dalam hati waktu tu mengejek budak-budak lain lambat balik. Tapi aku bangga tak lama. Beberapa saat lepas tu aku terpaksa keluar dari kereta dan jalan masuk tadika. Tak sempat jalan pun kereta tu.


Masa nak tutup pintu kereta tu, aku sempat jeling kat belakang kereta.








Jahanam.









No plat lain.






Dan aku malu... sampai sekarang.





Tuesday, March 22, 2011

Entri Buat-buat Sedih. Ntahpape..~


Bismillah




Aku terpaksa tulis entri ni sebab bos aku paksa. Dia ugut aku kalau aku tak tulis entri ni, dia nak naikkan pangkat aku jadi Manager. Aku yang humble dan selalu bersederhana ni pun terpaksa la tulis entri ni sebab takut riak menguasai diri kalau jadi manager. (Nampak? Senang-senang je dah dapat 3 baris ayat..)

21 Mac semalam, bos belanja semua staff dia makan. Nak celebrate 2 trainee habis training period, Syam & Najwa. Makan kat Sweetree Ampang. Bos dah suruh kitorang carik tempat awal-awal. Aku memang dah bayang hotel je la kan. Alang-alang orang nak belanja, biar sampai lupa diri. Tapi berbalik pada sifat humble dan berserderhana yang ada dalam diri aku tadi, aku diam je. 


Aku dan Cik Nad
Pengawas-pengawas Pusat Sumber
versi nak kena buang sekolah.
From left : Najwa, Nad, Aku, Fathi & Syam 


Time nak order tu bos macam berpeluh. (Mesti takut bajet lari kan..) Semua pulak buat gaya macam dah setahun tak makan. Atau gaya nak amek kesempatan? Ya...mungkin jugak. Aku lah tu.






 Nak makan memang terganggu sikit lah. 

Sebab bila aku jeling kanan sikit, aku nampak ikan berenang.

Aku jeling atas sikit, aku nampak siput babi. 

Kat tingkat atas pulak ada cicak.


Apa? Zoo?


Kejadahnya nak celebrate kat zoo? Kau rasa kami reptilia berdarah sejuk?

Lempang nak?



Basically sini kedai makan Korea. Tapi aku malas nak membebel panjang-panjang pasal kedai ni, sebab tak meng-untungkan aku langsung. Lain la aku ada share kat kedai ni kan?
(Nampak tak simptom-simptom mata-duitan aku.?)

Overall semuanya ok. Dan owner Korean itu pun saaaangattt friendly! 

Nasib lah taste aku bukan orang Korea. Ceh.. ~



Kiyut kan deco kedai dia? Seb bek aku tak naik train tu.

Betul kan aku kata ada ikan berenang.
                                                                                                        
Gaya teruja dapat makan


Hari tu memang Inchek Boss juara makan paling banyak la. Walaupun nasik dia sikit, tapi sebab dia dah curik makanan Nad sikit, makanan aku sikit, Syam sikit, Fathi sikit, jadi overall..


.. bos menang.

Yelah. Nama pun bos. Kena la menang kan.






Top : Syam, Fathi, Inchek Boss
Bottom : Aku lagi, Nad lagi, Najwa
Kepada Inchek Boss, terima kasih belanja makan. Time saya lagi berapa bulan je. Dah boleh save duit dari sekarang lah kot. Ehem.. ~

Kepada adeq Najwa & Syam, selamat bersuka-ria. Thanx for the friendship. Rajin-rajin datang ofis buat semak. Kalau kawin tak ajak, memang nak kena lempang. 




Moral of the story : Nama je farewell. Tak sedih puuunnnnn... Sebab hari-hari korang boleh datang ofis jugak kannnn. Baik tak payahhhhhhhhhhhh... Miahahahhaha..!!~




Sunday, March 20, 2011

Cover Macho Itu Kadang-kadang Perlu !




Bismillah




*Amaran : Sangat berat untuk aku tulis entri ni... Tapi.. Aku pasrah.. ~



Beberapa belas tahun lepas, masa aku darjah 6, aku ada klik sendiri. Klik ni maksudnya geng. Bukan sound effect waktu tangkap gambar. Boleh la kalau nak di kata sekolah time tu dipelopori dua klik agung. Klik perempuan, klik aku. Ada dalam 5 orang. Klik lagi satu, klik lelaki. Dalam 5 orang jugak. Dua klik ini ada persefahaman tersendiri tapi kami baik.


Time tu memang dah rasa otai habis. Senior sekolah rendah la katakan.


Korang boleh bayangkan group hot chick. Tapi sebab tu darjah 6, takde maknenye la hot. Tudung pun senget, baju kena aiskrim. Tak aiskrim pun kena sambal nasik lemak. Macam bangang. 


Jalan nak ramai-ramai. Kalau bertembung budak lain kat jalan, kitorang dah menabur janji untuk tidak ketepi untuk bagi jalan. Biar diorang yang ketepi. 

Kami rasa macho. Kami rasa cool. 

Ya... kecik-kecik perangai macam jahanam.


Tapi, satu hari, aku sedar, macho itu kadang-kadang tak boleh di-cover. Sedang aku berlari dari toilet nak ke kelas (jangan tanya kenapa), aku terpijak kain sendiri dan... aku terbang. Ok bodoh. Itu tipu. Sah-sah la aku jatuh tersungkur ke lantai. Bila aku toleh kanan, klik lelaki betul-betul depan aku. Tengah gelak gaya sangat bahagia. Siut... 
Izzati. Penyelamat negara.


Dan tiba-tiba klik aku, Izzati, datang ke arah aku
dan terus baring bersama-sama.
Dan Alia ke Zaira ntah, datang jugak dan baring bersama.
Kami gelak-gelak sambil buat gaya ala-ala berenang kuak tenuk.


Ya.. Itu namanya cover.
Atau bahasa gerilanya...

penyamaran.




Aku harap klik lelaki itu, Shahariz, Azfar, Zufri, Azizi, dan Faiz.. Aku harap diorang lupa semua kenangan-kenangan itu. Tolonglah Tuhan... !~





Moral of the story : Adik-adik... Dengar cakap akak. Cover macho itu perlu. Sila belajar dari sekarang. 








Thursday, March 17, 2011

Cuba Explain Kat Aku Yang Naif Neh ...




Bismillah




Boleh tak aku yang naif ni nak tanya satu soalan yang sangat bodoh..?



Blog ni memang mesti ada entri baru hari-hari ke.?



Nak update 3 hari sekali tu pun dah rasa habis komited dah tu.
Macamana ada bloggers yang boleh ada entri baru tiap-tiap hari.?


Kadang-kadang sehari sampai 2,3 entri terus


Kagum betul aku ada orang yang TIAP-TIAP HARI ada situasi berlaku dalam hidup dia.
Ke otak dia memang sentiasa ada benda nak tulis?


Serius.
Korang makan ubat apakah?
Kagum gila.


Betul ke kena update hari-hari, 
kalau tak, orang tak datang blog kau.?




Kadang-kadang takde benda nak tulis pun, tapi nak tulis jugak.
Walaupun sekadar nak cakap
'harini bangun pukul berapa, makan apa, tido pukul berapa'.?


Sebab nak hari-hari nama blog naik kat followers updates ke.?



Lagi sekali soalan aku..

Blog ni memang kene ada entri baru hari-hari ke.?


Kalau camtu, pasni aku update hari-hari aku bangun pukul berapa, makan berapa ribu butir nasik, minum guna cawan kaler apa, dan kelip mata berapa ratus ribu sehari.


Tu pun kalau ada orang tak bosan baca benda-benda camtu.


Kan..?








Moral of the story :  Jangan marah. Aku cuma manusia yang mengkagumi orang-orang yang dikurniakan ilham yang tak pernah surut. 

Monday, March 14, 2011

Mengukur Kebodohan Blog Sendiri

Bismillah




Banyak blog yang aku masuk, aku rasa kagum. Banyak jugak yang aku rasa menyampah (Jujur sangat pun tak elok..err....). Tapi macam biasalah, korang mesti kata 'Blog aku, aku punya suka lah!'. Ok..Ok.. Sukati kau lah yer. 


Benda first yang timbul dalam kepala korang bila masuk page aku, mesti ..


'Awatnya yang gelap semacam ni.. Dah ada gaya kawasan tanah perkuburan sikit la..'


Memang. Misteri tak? Ada rasa macam nak mengenali tuan blog dengan lebih mendalam tak? 
Ada rasa macam 'hot' tak tuan blog ni?
Ada rasa macam nak lempang tak tuan blog ni sekarang?
Ya... Terima kasih.


Apa yang korang akan perasan tentang ketiadaan medium-medium dalam blog aku adalah :


1. Banner
    Aku sampai sekarang masih lagi blur macamana korang letak menatang banner tu siap boleh link. Jangan...
    Jangan kata aku bodoh. Aku cuma kurang pandai.


2. Nuffnang/Churp2/Adsens
    Aku belum pernah bernafsu nak cari duit dari sini. Entah la. Apa? Aku tak reti meng-optimum-kan
    penggunaan blog? Habis kalau aku reti pun, kau rasa aku nak share ke duit tu ngan kau? Tak tau ke aku ni 
    kedekut tahap petala ke-lapan? (Dan sebenarnya jugak, aku tak reti buat menatang tu. Ahh...~)


3. Award
    Dulu ada. Bukan tak appreciate, tapi rasanya kalau kumpul banyak-banyak kang ramai pulak yang dengki. 
    Tak pasal-pasal ada orang sabotaj blog aku. Pastu masuk Buletin TV3. Tak pasal-pasal satu Malaysia tau 
    address blog aku. Dan tiba-tiba aku lebih glamer dari Cikgu Shida kesayangan korang tu. Dan bila trafik
    aku mencanak-canak naik, kau jugak yang buat muka ungka. (Ya...bajet artis bukan statement ni.?)


4. Contest
    Sama macam Nuffnang. Belum bernafsu nak join apa-apa contest. Contest paling last aku join adalah
    Pertandingan Nasyid Daerah. Nombor 3. Dahh.. Tak payah buat muka macam ada bencana alam. Apa?
    Ingat orang ganas tak hafal lagu nasyid ke? Tolong skit... Ni bukan dalam hati ada taman dah ok.. Ni dah
    siap ada hutan hujan tropika dah ni haa..


5. Tutorial
    Apakahh?? Aku pun cam jahanam, ada hati pulak nak jadi tutor orang lain. Memang 'selamat datang' 
    kepada kesesatan yang nyata. Aku cuma mahir satu benda. Sedawa sambil ketawa. Kalau kau rasa dah 
    kurang kerja sangat yang boleh dibuat, boleh Formspring aku untuk pendaftaran kelas.


6. Ceritera Chenta
    *perenggan ini cuma ilusi


7. Lagu
    Ape ni? Ape ni? Kau nak baca ke nak dengar lagu? Kalau nak dengar jugak, tangan kanan sila klik mouse
    ke blog aku, sambil tangan kiri sila klik mp3 sendiri di sebelah. 




Memangg..memangg. Blog aku cacat. Tak sempurna. Banyak benda yang takde. Bukan blog aku dipinta lahir ke dunia macam ni. Bukan blog aku pinta kasih dan manja. Bukan juga rayu simpati. Namun blog aku punya hati. (Kejadahhh..?????)




Moral of the story : Ya.. Aku biasa-biasa saje. Blog pun biasa-biasa saje. Tapi aku rasa cukup.



Sunday, March 13, 2011

Menjadi Hot Secara Sengaja

 

Bismillah








Interested to become one of the hottest person? 
Struggling to collect all sort of branded stuff?
Purposely intended to catch glances of people around you by any chance?
Willing to hold back your religion just to satisfy the requirement of being 'hot'?








Go for it.
You will never be respected.










Moral of the story : 'Hot' itu bukan bila kau ber-make-up cantik, berselendang belit, berseluar legging,
 bercakap I-You, ber-IPhone 4, ber-body lawa. 
Itu Paris Hilton wanna-be.



Wednesday, March 9, 2011

Baru Tau Aku Berbakat ?? (Statement Mintak Terajang..)



Bismillah




Dari minggu lepas, bateri Si Kelisa aku dah lemah. Atau bak kata Western Food-nya, bateri dah week. Owh bukan week. Dah weak. (Nampak? Kelas bahasa Inggeris rosak percuma) Memang dah cantik sangat lah timing-nya Si Kelisa tak boleh start langsung. Bila pulas kunci kereta, bunyik macam kereta senggugut. 




Usaha-usaha untuk 'lompat' (jump) kereta pun berlaku. Nasib baik Nad bawak 'pelompat'. Waktu proses nak try 'melompat' tu, mulut masing-masing dah terkumat-kamit. Dalam kepala otak bercakap, dalam hati bercakap, mulut pun nak bercakap. Sudahnya tindakan refleks tangan tak menghantar maklumat telus ke kepala otak. (Jadinya aku gila?) 


Aku berkira-kira dalam hati sendiri...


Wayar merah dengan wayar merah ... Positif Positif ... Tapi kalau magnet, kutub sama akan menolak. Bila aplikasi dilakukan ke atas 'pelompat' kereta, adakah ia akan bertukar dari Kutub Utara-Kutub Utara, Kutub Utara-Kutub Selatan, ataupun beruang kutub? 




Nad (menyuluh) : Eh.. ni ape-ke-name-nye ehkk??
Aku (menunjuk) : Owh.. Yang ni namenye stereng...



Worst case scenario pun, cuma dua dalam kepala time tu :


1) Kitorang kena renjatan elektrik 8jota skala rikter


2) Si Kelisa meletop


Tujuan gambar : Berlagak bagus.

Owh..dua-dua pun tak jadi. Alhamdulillah. Tak sia-sia Nad ambik co-co Automotif.


Bukan Coco Pops yang makan dengan susu tu. 
Jauh sekali Coco Lee artis Cina tu.

Ko-Kurikulum.

Sebut betul-betul...

Ko-Kurikulum.





Dan tak sia-sia aku ambik Kemahiran Hidup KMT waktu PMR.







Moral of the story : i) Ok. Statement last tu poyo. Macam melekat je ilmu tu kat otak aku sampai sekarang.

ii) Sape-sape terasa perlukan khidmat letup kereta, boleh Formspring aku. (wadde..?~)








Tuesday, March 8, 2011

Sila Lihat Dan Puji. Tak Puji Siap Kau ... !

  

Bismillah 
  





Fokus yang baju merah... (yang putih pun ok gak)

Haahhh!! Puas hati dapat jumpa T-Rex !!


Mak aku dah beli khemah, kolam swimming pool plastik dengan basikal baru untuk cucu-cucu dia.

Bulan lepas balik, diorang dapat baju baru. 

Minggu depannya balik, diorang dapat kasut baru. 

Minggu depannya balik, diorang dapat mainan baru. 

Minggu ni balik dapat khemah. 


Aku terasa macam aku ni ...........................................
.......................... anak angkat  .......? ~ 

Duh ~  




Jangan mengutuk. Tu je gaya yang aku tau.


Nad siap main kejar-kejar ngan budak toyol tak hijau ni. Mengekek ketawa. Aku jadi risau. Ketawa macam putus nafas. Bukan T-Rex.. Tapi Nad yang mengekek tak cukup nafas. Ya.. Seram.. 


Diorang lari keliling meja, Keliling sofa. Keliling khemah. Aku macam ... wadde..?~


Iman dah pandai sebut 'Peace!' tapi jari dia tak reti buat lagi. Semua jari dia angkat. Nasib tak angkat jari tengah je (apakahh? apakahh?..)





Tooomeeeeiiinyyeeeee.....!!~

Nak balik, Iman salam dengan cium tangan.
Iman kiss pipi aku, dan... ya... air liur meleleh..




Terima kasih budak gemok! Ciksu shayang kamo!




p/s : Bila Fifi dah besar sikit Ciksu cite pasal Fifi pulak okeh!
p/s : My Kapten, belum masa lagi la~ Weee... ~






Moral of the story : Inchek Boss! Tolong jangan kata saya kemaruk nak kawin okeh!




Sunday, March 6, 2011

Kenapa Kena Lari Kalau Nampak Salesman ??

Bismillah




Alahh.. takyah nak kencing aku, nak kata kalau kau nampak salesman dari jauh, kau lari pecut ke arah salesman nak tengok apa barang dia mau jual. Tipo! Tipo! Dan tipo! Kau ni sama spesis je dengan aku. Nampak salesman dari jauh terus amek jalan lain semata-mata taknak bertembung dengan ahli jemaah salesman tu,ken?ken.? Sebenarnya bukan nak lari dari salesman sangat pun, tapi ini adalah satu bentuk tindakan refleks! Ya... Refleks. Bukan.. Bukan Cornflakes. Refleks ni adalah seketul tindakbalas automatik ataupun respon luar kawalan. (Percayalah aku yang dapat B dalam Sains nie..).


3 sebab je kenapa manusia lari kalau nampak salesman ;

1) Malas nak dengar syarahan promotion yang berapi-rapi.
2) Tak sampai hati kalau tak beli.
3) Tak boleh kalau tak beli.
4) Muka berjerawat 


Aku spesies nombor 2. Siyes.. Aku tak boleh kalau orang tu dah bercakap banyak-banyak sampai nak herot bibir tu, pastu aku cakap "takpelah..mekaseh..". Aaaghhh!! Tidakkk! Aku tak boleh melakukan! Kesudahannya aku mesti habiskan masa berjam-jam dengar celoteh dan kemungkinan besar aku beredar dari situ dengan satu beg di tangan. Siut... Aku jenis tak sampai hati. (Tengok.. Senang je aku dedahkan kelemahan sendiri kan. Pasni kompem beratur salesman depan pagar rumah aku. )


Hina ke salesman sampai kita kena lari dari diorang? Tak. Tak perlu lari pun. Cuma kena kuat semangat skit la kalau nak berdepan dengan salesman. Aku salute salesman yang hormat pelanggan. Bila orang kata taknak, dia senyum dan kata ok, terima kasih. Itu bagus. Salesman yang memaksa ni memang nak makan kaki.


2 makhluk salesman yang paling kurang ajar pernah aku jumpe :

i) Bila aku dengan member-member aku kata taknak, dia jawab " Owhh...macam ni ke rupanya perangai student-student U**.." sambil wat muka mintak penerajang. Sorry la brader. Free-free brader kena sumpah malam tu.

ii) Bila aku dengan mama aku ambik flyers yang diorang hulur, terus sorang salesman tu tangkap tangan mama aku dan terus apply krim amende ntah. Aku dalam hati macam .. 'wadde...~'. Itu sangat biadap ok. Kau tu lelaki. Mama aku perempuan. Kau nak rentap-rentap tangan isteri orang ni, kau tu siapa. Bodoh! Siapa kata meniaga boleh halalkan cara. Ehh,..tolong..tolong.. Nak lempang orang..



kalau encik buat muka camtu lagi, encik dapat kaki. Mau?




Moral of the story : Kau kerja cleaner, tak pakai tie dan kemeja pun, tapi akhlak baik, orang lagi suka. 
  





Saturday, March 5, 2011

Nak Hentam Orang Pun Cover La Sikit ....

   


Bismillah 





Makhluk A marah. Kepala berasap. Makhluk A tak sabar nak balik rumah nak buka blog. Tak sabar nak tulis entri penuh carut dan maki. Makhluk A klik ' New Post ' dan terus menaip-naip-naip. Banyak perkataan yang Makhluk A taip sebenarnya tak ada pun dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Apatah lagi dalam buku Fizik keluaran Sasbadi. Lepas dah puas maki, Makhluk A klik ' Publish Post '. Makhluk A senyum puas hati.



Persoalannya !




Puas hati ke?




Banyak ye aku tengok bloggers duk hentam memaki dan mencarut dalam blog bila tak puas hati kat sape-sape. Ye..ye.. Faham. Orang tengah bengang la katakannn.. Tapi sampai mention nama bagai, perlu ke? Haa.. Jangan nak guna ayat "Aku punya blog, aku punya suka.." nak argue pasal ni. Nak marah, boleh marah. Tapi berpada lah.Ni maki sana, carut sini, tuutt sana, tutt sini. Sedar tak benda tu mengaibkan orang? (Nampak tak gaya aku yang macam-bagus-bagi-tazkirah-tapi-aku-pun-cam-bangang tu.?) Bagi hint-hint dah la kalau nak lepas geram pun.. Tak payah la duk caci maki sampai tenggelam keyboard tu haa.. Dah kaya sangat la tu nak beli laptop baru kannn. 



Yang slalu moody tu boleh amik ni, tampal kat dahi.



Kalau tu je cara kau nak lepas geram, tulis dalam diari. Yakni diari yang betul-betul diari. Blog bukan sebijik diari, unless kau private blog kau. Dan tolonglah jangan gunakan entri caci-maki kau tu untuk lariskan trafik. Kau pun buat silap juga. Dah la kat rumah mengumpat, kat kelas mengumpat, kat tempat kerja mengumpat, ni dalam blog pun nak ngumpat lagi. Sebenarnya,kan.. Blog-blog hentam-maki-carut orang ni buat orang lain menyampah. Bayang kalau dalam entri-entri tu semua ditujukan kat kau balik. Kau suka?




Moral of the story : Kalau bengang sangat, ada cara senang. Santau. Pastu silakan masuk neraka. Sekian.