Sunday, February 27, 2011

Sekurang-kurangnya aku update !



  
Bismillah  



  

Story 1 : Nombor 4


Movie Number 4 memang two thumbs up! Dan kau si hero Number 4..! Kau hensem ok! Aku nak motor Ducati macam Number 6 pakai. Walaupun aku ada kesedaran sivik yang kaki aku mungkin takleh jejak tanah, tapi takpe. Nawaitu tu yang penting. Ekh..? Kuar dari cinema, tiba-tiba ramai gila superhero Planet Lorien ...


" Aku Number 7!"
Apa? Macam langsuir? Aku sokong...

" Aku Number 5!"


Kejadah entahhh...~ Ni la orang kata teknologi bawa pengaruh buruk. *kerut dahi~



Story 2 : My Kapten


Team Economics kalah bola. Alahh.. rilek la. Shah Cup je pun. Entah siapa-siapa ntah Shah tu, bukan kenal. Yang nak direbutkan sangat 'cawan' dia tu kenapa? Beli sorang satu kan senang. Well, My Kapten.. I'm surely proud of you! 


* May not be your best performance, 
   but I guess, that was good enough for me to cheer 
   right from the grandstand. ~



Story 3 : Puak


Bila kau kepala gila-gila, tak semestinya geng kau mesti semua gila-gila.
Bila kau pakai shawl Yuna, tak semestinya ahli geng kau semua ahli shawl dan klip reben gedabak kat kepala.
Bila kau pakai jeans koyak lutut, tak semestinya ahli geng kau takde yang kaki surau.
Bila kau budak tahfiz, tak semestinya ahli geng kau sume berjanggut dan berkopiah.


Tak bosan ke hidup berpuak-puak?


Bukan dunia ni kita share sama-sama ke?




* Thanx cik as ! Ukhuwah fillah ~




Moral of the story : By the way...  Aku Number 9 ..!







Tuesday, February 22, 2011

Tak Baca Pun Takpe

   


Bismillah

 

 

Harini semangat bekerja tak ada. Rasanya dari semalam tak ada. Pagi-pagi bangun dah tak senyum. Rezeki pun lari naik bas Rapid KL. Elok je sampai ofis rasa nak membuang. Harini semua macam tak kena je. Aih..aih..


Entri agak bangang untuk harini. Nasib baik aku buat air Horlick sedap. Puji sikittt.... 




Moral of the story : Nampak sangat tak ada moral. Nak di-tipu-kan apa lagi?

 

Sunday, February 20, 2011

Agama Aku Tak Pernah Ada Fesyen Semasa Pun..

  


Bismillah 


  




   
Kau pernah tak rasa letih dengan life sendiri?


Bila orang sebok dengan hip-hop dan lagu 'Anak Ayam', kau pun mula pakai seluar londeh dengan topi baseball.
Bila orang sebok dengan Yuna, kau pun mula beli gitar dan lilit selendang.
Bila orang sebok tangkap gambar, kau pun sebok gantung DSLR kat leher.
Bila orang sebok dengan fon canggih, kau pun sebok nak slide-slide jari atas skrin.




Kadang-kadang aku pun jadi penyebok.
Ya. Aku mengaku.




Tahu tak kadang-kadang benda tu kau tak perlu pun.
Walaupun benda tu semua buat kau nampak hot atau advanced.
Tapi apa guna kalau semata-mata sebab nak ikut fesyen je?






Kau pernah tak rasa letih dengan life sendiri?


Dah letih nak dengar orang datang kat telinga dan cakap benda-benda yang kau taknak dengar.
Dah letih nak bercakap sana sini dan buat orang gelak sebab kau tau kau buat-buat.
Dah letih nak tengok orang sekeliling buat muka pelik dan kata kau macam bagus bila kau buat benda baik.
Dah letih nak sorok-sorok diri kau yang kau taknak orang lain tau.








Aku rindu dengan life lama aku..
Sumpah. Amat.


Life yang tak sibuk dengan benda-benda duniawi yang tak ke mana.
Life yang orang sekeliling kau takkan terima.






Kau tak letih?
Ikut arus fesyen tak pernah tinggal.
Sebab taknak orang kata kau kuno.






Agama kita tak pernah ada turun naik.
Hukum Allah dari zaman Nabi Adam sampai harini tak pernah berubah ikut fesyen.
Sama je.
Statik. Tapi tetap susah nak ikut kan?
Kau pernah tanya diri sendiri tak?
Kalau ada, ingatkan aku kenapa.






Akan sampai waktu tu nanti...










Moral of the story: at one point you are willing to give up everything you have now
for something you lost before.



  

Thursday, February 17, 2011

Feelings that i once knew ...

  


Bismillah  






   





i forgot how it feels admiring someone.



   





Maybe it's true that I'm suffering from an emotions deficit disorder..  


but I guess I'm okay.


 




p/s: Jeles kat kau la beb !

Monday, February 7, 2011

Kadang-kadang Cakap Besar Buat Kau Nampak Hot

  

Bismillah




Kau selalu tak dengar pepatah "Hidup ni ibarat roda"..? Memang, Tu versi oldskol. Siapa tak pernah dengar, sila tonggeng sekarang dan mintak member sebelah terajang kuat-kuat. Tapi sampai sekarang memang satu tu je lah versinya. Aku belum pernah dengar lagi pepatah kata "Hidup ini ibarat microwave".. Hmmm..? Bunyi pun dah buruk. Ahh..~


Kau pernah tak tengok orang yang cakap besar lama-lama termakan cakap sendiri? 
Aku pernah. Aku sendiri pun pernah termakan kata-kata sendiri. 
Maka, jangan cakap besar.


Pernah tak dengar orang menggelabah nak kritik orang lain tapi last-last dia buat apa yang dia kritik?
Aku pernah. Kat sini dan sinun.
Aku tengah tunggu balasan la ni. *haishh....~


Ya. Aku suka bila jumpa orang macamni. Hati aku gelak kuat-kuat. Dapat aku bayangkan hati aku siap main sep-sep dengan jantung dan hempedu dalam badan ni. Tapi bagus untuk dia belajar. 


Ehh.. Betul la tu. Aku pun pernah kritik orang. Confirm. Tapi walaupun aku rasa aku dah cukup beringat, tapi aku pun tak sure cukup ke tak untuk elak dari aku termakan kata-kata sendiri. Korang ada pernah terfikir?


Bila sekali aku termakan kata-kata sendiri, aku jadi malu. Sejak dari tu, tiap kali nak mengkomen benda sekeliling, selalu beringat. Kalau rasa mungkin takdirnya aku boleh jadi macam apa yang aku kritik, aku takkan cakap. Beringat. Tapi kalau confirm aku yakin aku takkan buat, silalah berlagak.


Contoh keadaan di mana kau harus cakap besar ...


- Bila member kau yang pakai tube dan legging kutuk gaya kau macam kampung



Kau boleh jawab...


" Walaupun aku gaya kampung, at least ada orang nak. Kau seksi lebih, tapi kau  gemok dan hodoh." 
*sambil angkat kening sebelah ~



Perghh... Tak rasa hot ke tuhhh..??



Err...yang jawapan contoh tu agak menghina. Contoh je ok. Diulangi, CONTOH sahaje. Sila jangan jadikan pedoman hidup.






Sekali kau kena, kau akan belajar dan ingat sampai bila-bila.





Moral of the story : Cakap besar sekali-sekala takpe. Macam aku. *sila buat 'peace'..








Saturday, February 5, 2011

Antara Cirit dan Facebook

Bismillah






Cerita 1 :  Cirit


Semalam aku balik kampung. Batu Pahat. Tak... Tak kena banjir pun area tu.  Ya..selain dari suka tumpang glamer, aku juga suka makan free. Ini fakta. Ade 3 kenduri dalam 2 hari kat sana. Satu pun kitorang tak lepaskan.



Pagi-pagi tadi dah bangun pergi jalan-jalan cari sarapan area Kluang. Aku order roti telur. Baru makan separuh, aku rasa perut memulas. Apa petandanya? Betul... Aku nak cirit. Tak boleh tunggu balik bilik. Aku tumpang toilet kedai makan tuh. Tengok je tandas situ, nawaitu aku terus terpesong. Pintu tak boleh kunci. Bumbung tak ada, Dongak sikit dah boleh nampak orang tingkat atas kedai makan. Selera nak cirit aku patah. Kau agak aku boleh berjihad ke dalam keadaan macamtu? 



Ayah memahami. Terus balik bilik. Tapi rupanya ayah bukan memahami sangat pun. Time aku sebok berjihad, dia ketuk-ketuk pintu suruh keluar.



Ayah : Ayah nak masuk pulak niii...Cepat sikitt..




 Haishh.. Aku tertekan. Kenapa aku rasa diri diperkotak-rokok-kan?





Cerita 2 : Facebook



Kat kenduri tahlil nenek saudara...




Mak saudara 1 : Itulah..tengok jugak gambar si Iman tu kat facebook Angah. Montel betul lah! Haritu ada nampak Kak Ngah online tapi saya mesej tak balas.


Mama aku : Ha'aa.. Iyee.. Ade tengok yang baru Angah dah letak gambar dia dengan basikal baru tu? Halahh..Akak menaip lambattt. Belum habis taip awak dah keluar!


Mak saudara 2 : Haa...Itulah. Selalu jugak nak carik facebook si Iqa ni tapi carik-carik tak jumpa mana.



Aku pun senggol bahu mama aku. "Ma.. ni semua tengah cakap pasal facebook ke?"



Mama aku : Ehh.. budak ni tak percaya kita cakap pasal facebook.


Mak saudara 2 : Ehh.. kita ni makcik moden tau. Main taip aje. Mane reti dah guna pensel.


Mak saudara 1 : Iyelahh.. Pensel sekarang kita buat jadi celak je!


Aku : ...*wadde...?~





Moral of the story : Buat yang tak pernah follow-up blog aku.. Ya.. Aku suka 'melabur', dan ya.. aku tak ada facebook. 

Kenapa korang buat muka macam ada bencana alam camtu?   





Tuesday, February 1, 2011

Aku Cuma Tumpang Glamer... Salah Ke?

  
Bismillah






  
Cerita 1 (30 Januari 2011) : 


Kelmarin pergi wedding abang kepada kawan. Selepas hampir sesat dalam 13x, sampai jugak kat tempat makanan free itu. Seperti tajuk post ni, aku cuma tumpang glamer. Tambah lagi kat sana aku jumpa kawan-kawan sekolah rendah dan menengah yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Aku terasa macam baru habis belajar kat oversea dan kawan-kawan meraikan kepulangan aku ke tanah air. Tapi hakikatnya, aku cuma tumpang glamer... *sedeh..~



Alia, Anis, Hafiza, Fara & Izzati

Aku rasa macam amek gambar kelas tahun 60-an. Klasik.
 
Aku pasrah walaupun aku tak se-menarik rakan-rakan.
Perasaan nak tampar diri sendiri itu selalu ada ...

Balik dari wedding tu (selepas sesat dalam 16x..), aku asek terfikir...




...bila aku nak kawin..?





Apa? Kenapa korang buat muka ungka macamtu?




p/s : Inchek Faizul, terima kasih atas khidmat bantuan GPS manual anda.



   




Cerita 2 (1 Februari 2011) :




Apa guna cuti seminggu kalau duduk rumah aja membelai-belai lemak sendiri? Sebenarnya semalam aku mengalami cirit-birit yang ekstrem, dengan pakej muntah-muntah. Betul. Semalam je aku rasa aku slim. Diulangi.. Semalam je. Pagi ni gemuk kembali. Aku tau main bowling takkan buat aku slim. Tapi takpe. Sekurang-kurangnya aku cuba.. (Nampak semangat aku kat situ?).


Aku Zohor kat surau OU. Kalau kau biasa kat OU, sebelah surau (tak tau la wing mana..chicken wing kot..) ada kedai gifts yang sangat comel. Aku nampak ini... 



Comel. Tapi tak nampak lagi kan..? Dekat sikit...


Dekat lagi sikit...


Joe.. call me okeh! Kau sweet dowh ... ~



Usai Zohor, pergi U-Bowl. Abang kaunter bowling baik. Aku suka. Tapi badan dia tak ketul-ketul macam abang ketul-ketul aku. Kalau aku kena pukul sebab aku menang bowling, boleh ke abang kaunter tu selamatkan aku? Tak berapa nak yakin la sangat.



Keputusannya dah ada...



Miahahahahha..!!!~



Haaa...nampak?? Nampak?? 



Kalau orang dah tangkap gambar posing-posing ala-ala gembira-gedik-cacat ni apa tanda dia? Setakat bowling... Cehh... Takde cabaran langsung!



Tolonglahh.. Aku main bowling dari aku sekolah kot. Nak lawan dengan amatur macam diorang tuh, kau rasa satu cabaran ke bagi aku?









Betul...










Aku kalah.


Ya.. Aku cuma tumpang glamer.









Moral of the story : Selalu tak dengar orang kata "Mengalah tak bererti kalah" ..?