Sunday, January 30, 2011

Mudahnya Aku Di-Perkotak-Rokok-kan ~

  


Bismillah







Pagi tadi time tengah melawa (ke..?Berambus!) aku teringat cerita time Darjah 2. Nama kelas aku dulu 2 Nilam. Kelas ketiga. Bukan.. Bukan bodoh. Cuma kapasiti kelas pertama dan kedua time tuh dah penuh sebab aku pindah masuk pertengahan tahun. Betol. Darjah 3 aku naik kelas pertama. (Nampak? Nampak macamana aku meneutralkan kembali tanggapan korang terhadap IQ aku?)




Ada seorang rakan sekelas pakar pencerita dan pemutarbelit dari cerita tak best menjadi cerita best. Aku bagi nama dia Azyani. (Memang nama sebenar). Dia bersaiz tinggi melebihi kami yang berumur semuanya 8 tahun. Selain bersaiz tinggi ke atas, saiz dia juga lebih melebar berbanding rakan-rakan sedarjah yang lain. Aku, Izati, dan beberapa orang rakan mengelilingi si Azyani yang sebok memutarbelitkan cerita. Mentang-mentang cikgu tak masuk kelas lagi.






      ******************************************



Azyani : Ada hantu ni kann.. Dia kejar je kita dalam mimpi. Kita takut la. Kita pun lari-lari balik rumah..  Pastu,kann.. Sampai depan pintu rumah, kita masuk dalam rumah, kita tutup pintu rumah kita.
*mata Azyani yang bulat, dibulat-bulatkan lagi macam nak terjojol. Perlu ke ?~



Kami : Eee.. Pastu?Pastu? Hantu tu ikut awak masuk tak?
*muka teruja ~



Azyani : Masa tu,kan.. kat depan pintu rumah kita ada gantung ayat Quran.



Kami : Ooo.. Mesti dia tak boleh masuk kan!



Azyani : Takk.. Hantu tu cabut ayat Quran tu pastu dia hempas kat lantaiii..!
*dengan muka bersungguh-sungguh macam baru habis larian obor.



Izati : Heyy.. Mane boleh buat macamtuu. Kalau buat camtu mesti habis la hantu tu jadi pasir!! 
*muka tak puas hati hantu boleh lawan dengan Quran.



Azyani : Ehh..Tak!Tak! Hantu tu tak jadi hempas. Dia tengok je pintu tu ...



Aku : ??????????





Moral of the story : Kau try tipu aku tengok. Aku mesti percaya.  

  

Saturday, January 29, 2011

Habit Baru Yang Bangang

Bismillah






Kalau kau tengah blogwalk, selalu tak nampak blog-blog yang ade widget ikan? Takpun menatang-menatang peliharaan yang lain. Yang bila korang letak cursor anak panah dalam area kotak ikan, nanti ikan-ikan tu datang berkumpul kat cursor korang. Mana-mana kau alih pun dorang ikut asal dalam area kotak. Ade,kan? kan? kan?

Pastu bila korang klik, nanti kuar la bulat-bulat kaler oren. Ikan-ikan pun berebut-rebut makan tanpa cuci tangan terlebih dulu. Ade, kan?kan?kan?







Yes! Itulah habit baru aku. 

Bagi ikan-ikan makan.








Betul. Aku comel bila berbuat begitu. (Terima kasih). Dan bila aku tak bagi ikan-ikan tu makan aku sampai rasa bersalah dan bimbang (bimbang? Macam bangang penggunaan kosa kata!) kalau-kalau makanan yang aku bagi tuh tak cukup. Pastu aku klik banyak-banyak sampai aku rasa ikan tu semua dah kenyang. 





Apa? Bodoh?


Bukan....






Itulah namanya comel.






Moral of the story : Aku tau kau tergoda dengan sifat penyayang aku.    




Monday, January 24, 2011

Bila Sejuk, Aku Emo.

Bismillah




Bos, saya tengah curik tulang. Bos suruh saya betulkan workingpaper, tapi saya bosan dan tension. Maka saya pun dengan penuh berat hati dan rasa bersalahnya meng-hapdet blog saya. Maafkanlah saya yang lemah ini~



Tidakk..tidakk..~ Entri ini aku tulis dengan mood frust. Andai tertaip ayat-ayat poyo ala-ala aku-kechiwa-chenta-ini-dusta, harap maafkanlah aku yang lemah ni. Tapi ada berita gembira, korang boleh lempang aku sesuka hati. Gembira, bukan?



Pagi tadi dah tension. Ada burung kejut luar tingkap. Dia punya siul, mak kauuuu...... Kuat gila. Nape kau tak terbang hinggap je kat cuping telinga aku. Kan lagi style impaknya. Aku capai bantal peluk empat segi kaler hijau sambil mata tertutup. Silap la kau burung... Kau tak tau ke aku ni pakar penembak-tepat. Aku angkat bantal empat segi tinggi-tinggi,dan ... tutup telinga aku kuat-kuat. Ya... Masih ada rasa belas di hati ku ini. Tahniah untuk aku.. (Part ni korang boleh buat muka kagum..sila, sila...)




Sumpah bukan aku ..
Semenjak-dua menjak-tiga menjak ni, aku rajin pulak mandi air panas pagi-pagi. Sanggup masak air nak mandi pergi kerja punya pasal. Orang kata mandi air panas bagus untuk peredaran darah. Bukan ke bulan itu beredar mengelilingi bumi pada orbitnya? Hubungkaitt??



(Fara..kau taknak mengaku kau takut sejuk..?)
Ehh...maaane ade takutttt...Takkaaannlahh takut sejukk.. Tak ngam langsung dengan peribadi Cik Ungu yang kental! Huh~ *Angkat muscle ~



Taknak lunch harini. Merajuk. Mintak datang teman makan pun susah. Bukan suruh berenang kuak lentang sampai Laut Merah. Oiihh.. Geli! Apa ni merajuk-merajuk ni! Berambus la Cik Ungu!~





Aku la kan... Tension betul dengan ofis ni. Apsal ofis ni sejuk sangattttttt...!!




Moral of the story : Kau nak moral apa lagi niii... Tak nampak ke aku menggigil ni..Shuuhhh!!




Sunday, January 23, 2011

Kau Tengok Wayang Duduk Diam-diam Boleh Tak ??

Bismillah





Haritu tengok movie Faster. Masuk-masuk je dah tension. Ade sister ni sudah amek wa punya seat. Bila tanya "Sis, ni seat kitorang ni.." sambil tunjuk tiket, sister ni boleh geleng-geleng kepala pulakkk. Aku punya muka time tu macam 'eh-kau-ni-tergeleng-geleng-apahal'. Pastu kitorang cakap lagi yang dia da duduk seat kitorang, kot-kot dia tak dengar. Pastu dia boleh buat muka kueh bingka sambil cakap "eh..taknak..". Taknak ape kak oiii!! Aku tempeleng nak?? Beberapa saat pastu baru pakwe die kat sebelah macam tersedar dari alam khayalan dan bangun nak beralih tempat. Tempat kitorang kat hujung tepi sekali. Tempat diorang lak kat dalam sikit. So patut diorang beralihla ke tempat asal diorang. Kau tau tak boleh pulak perempuan tu tanya kitorang...


 " Eh, sana tu ada kosong.." (sambil tunjuk kat seat asal diorang) ..."korang taknak duduk sane?.."


Aku pun terus tarik muka empatbelas sambil maki dalam hati. Ehhh.. Kau ke yang jual tiket kat aku? Mase aku beli tiket tadi row tu dah penuh dah. Tinggal seat tepi tu je yang kosong. Kalau kau beli awal, apahal taknak beli seat tepi tu tadi. Apsal kau kena menyusahkan hidup aku! Apsal kau kena menambahkan dosa aku pada hari yang tersebut! Apsal kau menyusahkan aku kena kutuk-kutuk kau ni! Penat tau tak mengumpat kau!


Acan dengan penuh bajet gentleman pun kata "Takpelah, bang..biar kitorang je duduk sana." Kitorang pun terpaksalah merentasi tempat duduk diorang. kalau diorang yang alih tempat kan senang. Sebelah je padahal. Taik kau! Time acara merentasi halangan seat kitorang yang diorang duduk tu, aku nak je pijak kaki pempuan tu sambil tenyeh-tenyeh sampai penyek! Biar kaki dia sebati dengan lantai cinema tu. Hambek kau! Nak sangat seat kitorang tu kannn?? Haa..hambekkk.. Bersemadilah kau dengan aman kat seat tuh! (Sabar, Faraa....fuuhh..fuhh..~)




Dah duduk tu tahap kesabaran aku diuji lagi. Mamat belakang seat aku asek tendang-tendang je. Ehhh kau niii.. Kaki kau Parkinson hape?? Selepas beberapa minit aktiviti menendang seat aku tak berakhir, aku dah terbayang bagusnya kalau aku ada ilmu hitam waktu tu. Aku nak lepaskan ular bawah seat. Biar ular tu gi belakang patuk kaki mamat parkinson tu. Pastu balik rumah aku nak Voodoo-kan mamat tu biar kaki die melekat dua-dua kat lantai. (Imaginasi tahap tinggi dah aku ni..) Gila lari mood betul.


Time wayang habis, semua orang keluar la. Aku nak usha pempuan yang curik seat tu tapi dia dah blah. Maklumla kau duduk seat tepi, senang la nak blah. Siap kau. Aku Voodoo-kan kau nanti! (Owh..khurafatnya~). Pastu mamat parkinson tu aku usha je dari wayang habis sampai kuar. Time melepasi geng-geng mamat parkinson tu, tiba-tiba aku dengar suara garau abang yang duduk sebelah kitorang sound geng-geng parkinson...


 "Kau cakap kat member kau laenkali tengok wayang jangan memekak." 


Owh abang badan ketul-ketul !~ Wa memang rasa nak peluk lu time tu wahai abang badan ketul ! 





Wa sukeee...!~



P/s : 
1. Sister curik seat, lainkali kau bawak kerusi-lipat la pergi wayang. Senang kau nak    
    berkelah kat port-port kau suka kan.
2. Mamat parkinson : Siap kau nanti! Melekat la kaki kau malam ni!
3. Abang badan ketul : Walaweehhh... Wa caya sama lu lah !~







Moral of the story : Sabar itu separuh dari iman ... (Kejadahnya aku perli diri sendiri neh?? Bangang..)

Thursday, January 20, 2011

Who Said It Was Good To Say Sorry?

Bismillah 






When you keep apologizing and continue to be forgiven,
you forget how to value a forgiveness.




You need one minute mistake to turn one's life into a hellhole.

You need one sentence for you to be totally hated throughout your life.






If you can't stand pain, then dare not to let others to feel so.

Someone's life has been affected because of you.





An apology can't pay one single tear. A forgiveness can't heal one broken heart.






Everyone knows forgiving is a noble act. An act of an angel.


Unfortunately,


I am no angel ...





"Don't do revenge!"

I am not. I accepted and pleased with all your painful 'gifts',




..that I refuse to give you anything back in return,
including..







...a forgiveness.
  



You can do anything, but not everything ...





Moral of the story : There are times where a forgiveness worth hell more
than another chance to live.
   





Saturday, January 15, 2011

Menu dan Resipi yang Turun dari Langit






Bismillah




Haritu lapar (bila yang aku tak lapar?), aku dengan Acan pergi la restoran jenama X ni. Tengok menu dia. Memang style kedai yang suka renovate resipi agaknya. Tak pun aku yang memang asal dari Dinasti Yap Ah Loy ni yang tak pernah tengok makanan-makanan ala-ala Terminator ni. 






Ok. Aku bagi korang 3x percubaan. Apa yang ditambah kat laichi kang tuh.


1x - Aiskrim? Salah!


2x - Cendol? Salah!


3x - Pulut? Salah!



Ok la..aku bagi can 10x percubaan. Sebab kompem korang jawab salah punya.



4x?


5x?


6x?



Dah2..


Penat nak tunggu


Jawapan...












Pastu aku dengan Acan bantai gelak macam hari esok dah tak boleh gelak.

Ke kitorang yang kuno sangat tak pernah jumpa menu camni?

Maafkanlah kami.



p/s : hanafi, haritu kau kata mengidam makanan melayu kan? Nanti aku pos yang ni. Tu pun kalau telur tu tak menetas sampai kat sana. 




Moral of the story : Aku macam nak try, tapi kenapa mulut tak terluah nak order. Dahsyat2...


 

Monday, January 10, 2011

Inilah Sebabnya Kenapa Perut Kau, Aku dan Khairul Fahmi Ada Satu Aje !




Bismillah






Kerana aku dalam mode tension-tension itik semenjak minggu lepas, jadi Ahad semalam pergi la jalan-jalan sambil mencabar kewibawaan duit dalam poket sendiri. Gila kau... Minggu ni duit dalam poket boleh dikira bawah takat beku kalau nak dibandingkan dengan minggu-minggu lain. Takpe.. takpe.. Aku kan financial controller. Control tak berapa nak control la. Control jangan bagi banyak. Asek habis je kejenye. Semalam sebab aku sedar diri, aku tak beli apape pun. Bettooolllll..!!~ Cuma beli hadiah birthday untuk member satu. Tu pun dah beli yang paling jimat kos. (Janji ikhlas~ Ehem~) 



Semalam makan banyaaaakkkkk. Gila lagi.. Tapi orang kata, biar duit habis dekat makanan dari habis kat benda-benda Niyang Rapik (merapik). Selalunya aku rasa makan biar sekadar cukup lah. Tak payah nak membazir makan banyak-banyak sebab kalau kau makan nasik sepinggan dalam 18 ribu hengget sekalipun, last-last jadi taik jua adanya. Pastu taik tu kena flush dan lemas sebab tak reti berenang. (kesian dorang..~) Tapi disebabkan seminggu dua ni kebolehan perut aku untuk menjadi elastik sangat tinggi, jadi aku pura-pura lupakan je prinsip makanan dan pembaziran aku tuh. 



Muka lapar tak boleh disorok..Ciss...
Lagi 10 tahun aku membayangkan diri aku sebagai seorang obes yang loser. Duduk atas sofa yang sikit lagi nak tenggelam sambil kunyah Nachos dengan tangan kanan, manakala tangan kiri aku tengah pegang burger saiz Large. Pastu baju aku comot kena sos dan serpihan-serpihan Nachos. (Owh Tuhan!~ Tolong jangan jadikan ia kenyataan!~) 



Dan sebenarnya, di saat perenggan ini ditulis, perut aku sedang mengamuk sebab usahanya untuk meregang dan menjadi elastik masih belum dilayan. Lapar weeyyyy...!!~






Moral of the story : Aku tau rakyat Malaysia prihatin. Sebarang makanan dan minuman boleh dikirm ke alamat yang tertera. Terima kasih. 







p/s : Title entri agak macam jahanam. Aku janji kali ni last entri pasal Khairul Fahmi! Ekh~ Aku tengah mengusir minat ini secara perlahan-lahan bersama berlalunya musim bola Suzuki Cup. Lagi seminggu ke aku akan sembuh sepenuhnya. Sekian. 

Sunday, January 9, 2011

Tension-tension Itik

Bismillah




Gila laaa.... 
Migrain datang lagiii...! Kini dengan mainan baruuu...!~


Boleh tak tadi tengah buat kerja, tiba-tiba skrin lappy aku menjadi hitam. Sehitam-hitam punggung kuali, hitam lagi skrin itu. Owh, rupanya charger lappy aku tercabut. Itu sengal. Lebih menyengalkan keadaan, rupanya kaki aku sendiri yang langgar. Tuuttt sungguh!~ Nasib baik boleh reboot. Apa reboot tu? Aku saje je guna term-term macam canggih, nampak la sikit macam aku cerdik. Ahahaha..!~ Kejinya taktik ~


Nantoknyaaaaaa....~

Ugh!~


Gila laaa... Tak boleh elaborate panjang-panjang entri kali ni. Semenjak-dua menjak-tiga menjak bos tempat praktikal aku menjadi stalker, harus dipastikan blog aku bersih dari unsur-unsur tak senonoh. Kot tak esok kat ofis kene lawak sarkastik tak hengatt punyaaa.. 





Moral of the story : Inchek boss! I know you read this! Kerja belum siap! Wawa...~

Sunday, January 2, 2011

Jangan Seksa Perut Aku! Tolonglah!



Bismillah




Ehh! Rajin pulak kau nak hapdet-hapdet blog wahai Cik Ungu! Sebab aku bosan. Korang patut bersyukur sebab ni petanda aku masih hidup. 

Aktiviti hari ini adalah :


-
-
-
-
-

makan

-
-
-
-
-

makan

-
-
-
-
-

makan

-
-
-
-
-
dan makan !


Dimulakan dengan Nasik Lemak buah bidara sayang selasih hamba lurutkan...,


Buang 4 ketul telur, buang 2 ketul timun, buang rendang ayam, baru sama macam nasik lemak aku tadi





...diikuti dengan kuih bingka (bukan ungka ok. Ungka tu menatang yang tepuk-tepuk tangan atas kepala tu haa.. tapi aku try depan cermin tadi, ehh..serupaa!), 


-
-
-
-
-
-
-
-

Susah rupanya nak buat pilihan kan?



-
-
-

Ok, next !


....kemudian disusuli pula dengan Blueberry CheeseMuffin.


Ok, ni mahal punya. yang aku makan tadi versi murah. Blueberry die besar taik lalat je.


Siapa kata aku dah habis?? Selepas itu Cornflakes beriringan dengan Low Fat Milk (masih cuba lagi nak me-low kan kadar kolestrol yang dah tak dapat dibendung)...



Haaa..yang ni sebijik! Mangkuk je lain. Aku makan guna mangkuk hayun.


...menghantar bola tepat ke arah Mango Pudding, yang kemudiannya menggelecek ke arah Ice Lemonade, terus menanduk tepat ke arah Plain Cheesecake yang gagal menghalang bola dari membolosi perut. 



Ok, sekarang jangan kacau. Aku nak pergi jogging.*

Sekian.




Moral of the story : (*Boleh berambus dengan angan-angan kau Cik Ungu!)




Saturday, January 1, 2011

Tiada Paksaan Dalam Islam, Tiada paksaan Dalam mem-Follow Blog !



Bismillah




Tegak ke poin itu (Straight to the point) aku memang gatal-gatal badan kalau ditinggalkan pesanan :

"Follow me back!"





Ehh..takk..takk. Aku tak marah pun. Ramai je tinggalkan mesej cinta macamtu kat 'kotak jerit' aku. Aku dengan yakin dan penuh integriti diri menyatakan di sini aku tak belum pernah lagi tinggalkan mesej "aku dah follow kau. Baek kau follow aku kalau kau nak selamat." atau yang sewaktu dengannya pada mana-mana blog pun. Sebab apa?



Meh ikut saya mehh..mehh...Ololoo...
1) Bila korang cakap macamtu, korang akan  bikin si mangsa menjadi serba-salah. Lebih-lebih lagi kalau korang dah follow dia. Di sini, satu pertembungan atom Nak dan atom Taknak akan mencetuskan percikan-percikan elektron negatif yang bernama Paksarela. Apabila ini berlaku, si mangsa akan kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai kerana bimbang mereka akan menyinggung perasaan orang lain. Bagus betul.. Anak siapalah tu..


2) Andai si mangsa mem-follow blog korang kerana membalas budi, walaupun blog korang tidak disenangi oleh mangsa, ini akan menyebabkan blog korang mungkin banyak followers, tapi kurang pembaca. Bandingkan statistik (lagi??benci~) jumlah 'page visited' korang dengan jumlah followers korang. Bagai langit ketujuh dengan mantel bumi. Aku yang tak buat macamtu pun orang still tak baca blog aku. Oihh sayu gilaa!


3) Bila anda follow sesiapa sahaja tanpa suruh diorang follow balik, mereka pasti akan lebih hargai dan happy. Secara automatik diorang akan sukarelanya memfollow korang. Serius! Sebab terasa keikhlasan korang memfollow senyap-senyap.  Bukan follow sekadar nak orang follow blog anda balik sebab anda nak kumpul followers dan berbangga ramai yang follow. Bak kata Neil Armstrong, "berapa ramai pengikut tak penting, tetapi berapa ramai pembaca itu lebih afdal." (Betul weihh, Neil Armstrong baru je hantar SMS nie haa...*Bapak menipu aku ni..)


4) Bila anda follow secara ikhlas tanpa balasan, tuan blog akan merasa macam 'bajet blog aku best'.Ini secara automatik menaikkan semangat si tuan blog untuk terus membazirkan masa menulis blog yang tak berfaedah.  Haa..kan bagus tuuu.. Benda lagha semua orang suka. Miahahaha!!~


Sesiapa yang menjadi ahli fenomena ini, takyah la terasa. Aku cakap ni sebab aku adalah golongan yang terasa serba-salah kalau tak follow korang balik. Baik aku ni,ken?kenn.? Ada orang kesah, ada orang tak kesah. Serius! Maafkanlah mak yang lemah ini! Ah!~




Moral of the story : Senyum! Tak perlu kata apa-apa!~ ; p