Saturday, December 24, 2011

Sejarah Cita-cita Puaka [Part 2]



Bismillah




Haaa...kat sini part 1.


Ok. Sambung.

Masih dalam arena lukisan, aku bercita-cita nak jadi product designer.
Waktu tu aku belajar kat matrikulasi.
Sekurang-kurangnya aku tak jadi pereka fesyen seksi.
Aku mula berlatih merekacipta macam-macam.
Sebab aku teringat waktu sekolah dulu, kami kena reka design botol air.
Dan design aku dapat tepukan oleh rakan-rakan sekelas.
Aku tak pasti diorang tepuk sebab design aku bombastik, atau mungkin sebab diorang nak suruh aku habiskan cepat presentation aku dan duduk diam-diam kat kerusi.
Setan betul perangai diorang.

Tapi cita-cita tu tak lama.
Sebab aku pernah reka satu bentuk kerusi, dan Along kata 'macam bangang'.
Ok fine.


Aku cuba nak naikkan standard cita-cita aku.
Maka aku pilih untuk jadi pereka grafik.
Ya..Pereka grafik.
Kau mampu? Mesti tak,kan?

Tapi aku lupa, pereka grafik perlukan kehebatan dalam bidang IT.
Dan bila aku dapat gred B- untuk subjek IT waktu first year kat U**, aku kecik hati.

Eh, kantoi pulak gred cemerlang aku.
Sekarang satu Malaysia dah tahu lah aku bangang IT?

*tikam diri sendiri ~

Aku perlu tukar lagi cita-cita untuk kesejuta kalinya.
Dan bila aku terfikir yang aku sangat sukakan budak-budak,
aku nak jadi cikgu tadika.
Bila ada budak-budak tu yang gigit aku atau conteng dinding rumah,
aku ada alasan kukuh untuk lempang sorang-sorang.
Lebih-lebih lagi kalau mak ayah dia jenis tak bayar yuran.

Tapi hati suci tulus mulus kudus aku ni tak sanggup pulak nak melayan sampai 10 budak-budak sekaligus. Kau bayang kalau dari 10 budak-budak tu, 4 orang menangis, 3 berak, 2 muntah dan sorang lagi tengah on the way nak telan katak, harus stress lah aku.

Nak taknak, aku kena tukar cita-cita lagi.
Aku terfikir nak jadi ustazah.


Owh mannn..

Kenapa bagi pandangan macam ada bencana alam tu?
Shetooonnnnn!


Ok. Aku memang kejam. Bahasa pun kasar.
Tapi jahat nak mampus pun anda, ilmu agama tak boleh lupa ok.
*pedasnya bila perli diri sendiri ni


Doakanlah supaya aku end up menjadi hamba yang berguna.



Moral of the story :

Eh..
Kalaulah pilih cita-cita ni boleh kuruskan badan,
aku rasa sekarang ni aku boleh sembunyi belakang sebatang choki-choki.


9 tindakbalas kimia:

Saiful Ghani said...[Reply to comment]

tu bru cita2 tu.. kalau AZAM TAHUN BARU x tau lah mcm mane yer...... =P

Mama2Q said...[Reply to comment]

last2 skrg ni jadi apa? dah jadi apa2 ke belum, or masih mencari cita2??

Not so Randy said...[Reply to comment]

ustazah????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????!!!!!!!!!!!!

-bilangan tanda soal dan tanda seru tu menunjukkan betapa ketidak boleh membayangkan keadaan tersebut-

ZURAINI said...[Reply to comment]

ok. ari ni birthday aku. sekian. hahaa

cik ungu said...[Reply to comment]

saiful ghani :

saya pernah ada azam sampai darjah 6 je.
pastu dah takde sebab tau dah.. takkan jadi punye.


mama2Q :

sejak 2 tahun ni dah tau.
insyaAllah la kot menjadi.

cik ungu said...[Reply to comment]

Not so randy :

owh man.
baik tarik balik kata2 tu.

kalau tiba2 orang yang jadi ustazah anak-anak kamu, haaaaaa....

daulaatttttttt.


ZURAINI :

apa ni?apa ni??
siapa bincangkan topik besdey ni??

hahah hepi besdey cayunk!~

Aqiim said...[Reply to comment]

semoga cik ungu berjaya dalam hidup.. :)
nanti kalau dah femes, jgn lupa blanja sy eskrem.. ok?
haha

Tukang Karut said...[Reply to comment]

macam orang tak ada pendirian lak asyik tukar cita cita je...

cik ungu said...[Reply to comment]

aqiim :

insyaAllah~ Aminn~

nanti i blanje uols ais ye.
nanti kisar sendiri la smpai jadi askem yek yek.


tukang karut :

eh eh jahatnye mulott.
biasa lah tu. rasanya ramai je macamtu.
tatau nak jad apa.

insyaAllah rezeki ada, lagi baik kerja dari org lain.