Tuesday, December 20, 2011

Sejarah Cita-cita Puaka [Part 1]


Bismillah


Masa aku tadika, cuma satu profesyen pekerjaan aje yang aku tau.
Sana sini budak-budak tadika aku cakap nak jadi doktor.
Dan cita-cita aku pun nak jadi doktor.

Bila masuk darjah satu, aku nak jadi cikgu.
Sebab aku dengki tengok mama yang tiap tahun bawak balik hadiah 2,3 bakul.
Waktu tu aku belajar erti materialistik.
Dan materialistik itu seronok,tahu?
Rasa macam layak berlakon drama watak kakak tiri yang jahat.

Cita-cita aku nak jadi cikgu bertahan sampai darjah 5.
Walaupun pernah sekejap aku teringin nak jadi orang yang duk lambai-lambai rod lampu kat lapangan terbang sebagai panduan laluan kapal terbang nak mendarat dan berlepas.
Mungkin sebab aku rasa pakai menatang gedabak kat telinga dan spek jernih besar tu buat ia nampak gila cool. 
Tapi aku tak sanggup dengan kemungkinan aku bertemu ajal digilis kapal terbang.

Jadi aku mula ubah cita-cita.
Aku nak jadi pereka fesyen. Sebab satu hobi aku adalah melukis.
Semua benda aku suka lukis tapi paling favourite aku adalah figura model.
Dan aku juga pernah jual hasil lukisan aku waktu darjah dua.
Sehelai lukisan aku jual 20sen.
Aku boleh dapat sampai RM 2 dalam sehari.
Padahal waktu tu rasa lukisan macam neraka aje.
Tapi mujurlah budak-budak tu masih bodoh dan tak tahu menilai. 

Tapi bila aku belajar yang bersubahat itu berdosa, aku jadi ragu-ragu.
Aku taknak jadi pereka fesyen sebab takut fesyen aku tu mendatangkan dosa pada aku.
Sebab aku suka lukis yang seksi-seksi je.
Memandangkan dosa aku pun dah tak terbendung, aku harus cari cita-cita lain.
Tapi sebab aku terlalu minat dengan lukisan, aku bercita-cita nak jadi arkitek.

Aku rasa dengan cita-cita ni buat aku nampak cerdik sikit berbanding biasa.
Yelah..kalau orang tanya 'kau nak jadi apa?'
Aku boleh dengan yakin sambil bukak spek mata hitam dan letak atas kepala, aku akan jawab... 'arkitek'.
Aku terbayang aku pakai skirt pendek dan kemeja. Pakai topi keselamatan sambil pegang gulungan-gulungan kertas panjang. Bila aku bentangkan kertas lukisan tu sambil tuding-tudingkan jari pada arah tapak bangunan, homaigooatttt...cool nak mampus ok!

Tapi aku sedar aku tak boleh pakai skirt pendek sebab kaki aku banyak kurap.
So, aku terpaksa ubah lagi sekali cita-cita aku.

Aku sambung lagi cerita ni, InsyaAllah.
Panjang sebab aku sangat versatile.

Dahh..
Tak payah nak mengumpat dalam hati.


***
Owh ya, aku ada tulis side entri tentang perempuan. Sesuai untuk lelaki-lelaki yang tak faham bahasa, lurus serta bendul. Sila baca kat sini --> Yang Telus Tentang Perempuan



17 tindakbalas kimia:

Cik Yaya said...[Reply to comment]

Haiyaa.. terlebih ambitious nie.. XP banyak betul cita2.. saling bertukar2..

LAici KAng Ais said...[Reply to comment]

haha...byk tul

Mizfantagiro said...[Reply to comment]

dOne follow u=)
hihihi kecik2 macam2 cita2 ada.makin besar..berubah2 cita2 ^^

Saddila said...[Reply to comment]

haha kecik2 da pandai jual lukisan . tak boleh blah .

saya dewi said...[Reply to comment]

hahaha. kecik kecik dah pandai bisnes. awwww. kayooo.

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

boleh tahan cita2 cikungu tuh.... berubah-ubah lak tuh...haha

Aqiim said...[Reply to comment]

what?!
kaki mulan jameelah banyak kurap?
omg omg nie berita hot nie!
esok berita nie akan masuk paper muka depan!
hahahaha

Cik Orkid said...[Reply to comment]

Cepat siket sambung entry tu. haha :p btw jawab soklan kat shout tu :p

shedameor said...[Reply to comment]

jadi ustazah jela cik ungu :P

Tukang Karut said...[Reply to comment]

tak kan kaki mulan banyak kurap kot? tak MODEL la cam ni...

Maii Yusre said...[Reply to comment]

banyak betul cita2 dia ;DD

cik ungu said...[Reply to comment]

cik yaya :

well...
last2 jadi artis kan.


Laicikang ais :

biasee....

*muka merah~

cik ungu said...[Reply to comment]

Fantagiro :

tq.
beselah.
orang berwawasan kan.


saddila :

eh sape kate xleh blah?
dipersilakan keluar sekranag!

cik ungu said...[Reply to comment]

saya dewi :

bese lahh..
artis kan.


MEZAFIRAH :

jeles la tu tengok semangat wawasan kiteeeww.

cik ungu said...[Reply to comment]

aqiim :

ehh tu duluuu..
skrg kaki suci ok.
letak kulis bawang pun kalah.


cik orkid :

haha.
part 2 dah ada dalam draft.

lepas berak kang akak post.

cik ungu said...[Reply to comment]

shedameor :

eh mana tau?


tukang karut :

heyy heyy

itu sejarah jajahan jepun ok.
sekarang tidak lagi.


Maii yusre :

beselahhhh.
kelasss kannnn

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Amboi banyak cita-cita awak ni Mulan,

Cita-cita berubah ikut cuaca ..hihihi