Thursday, December 22, 2011

Satu Episod Aku Dan Ashraf Muslim


Bismillah


Kalau aku kata aku kenal Asyraf Muslim, mesti kau kata aku cakap lebat.
Peduli apa kau percaya ke tak.

Aku tak tipu.



1998.
Sekolah Rantau PETRONAS.



Sekolah aku buat perkhemahan unit-beruniform macam biasa. Tiap tahun.
Waktu tu aku join PBSM. Lans koperal ok. Walhal lagu PBSM pun tak hafal sangat.
Siapa nak hafal lagu PBSM? Bosan nak mampp..
Dah lah irama macam lagu mayat. Rancak sikit tak boleh ke?
Ok cukup.


Kalau dah namanya perkhemahan unit-beruniform, mestilah ada malam bergembira.
Kitorang panggil Malam Kebudayaan.
Dan tahun tu, aku wakil PBSM untuk dua pertandingan.
Menari dan menyanyi solo.


Jangan ingat aku tak nampak kau semua tengah buat muka neraka sekarang.
Kau ingat aku ni tak berseni ke?
Shadap youu..


Aku masih ingat lagi malam tu.
Aku nyanyi lagu Siti Nurhaliza, tajuk Wajah Kekasih.

Ya.. jiwang.
Tak sesuai langsung dengan peribadi gagah aku sekarang, bukan?

*angkat muscle~


Aku sanggul rambut.
Pakai kot jaket hitam.
Kain labuh hitam dengan bunga ros kecil-kecil berserak atas kain.
Cantik?
Cantik gilababi kot.

Tapi bukan itu point sebenar aku.


Waktu aku menyanyi tu, dari atas pentas aku nampak abang Ashraf berlari-lari.
Dia letak dua-dua tangan dia belakang badan gaya macam wakil rakyat ziarah penduduk kampung.
Dia lebih kurus dari sekarang.
Waktu tu dia ada misai nipis.
Sangat. Sangat. Sangat. Kacak.


Dan dia naik tangga depan stage sambil senyum.

Aku hampir mati.
Sangat gilababi.


Aku waktu tu tak pasti samada nak teruskan menyanyi,
atau terjun dari atas stage,
atau telan mikrofon.
Tapi itu bukan puncak segalanya..


Atas stage.
Abang Ashraf melutut depan aku.


Diulangi.


Melutut depan aku.


Dan dia hulurkan aku bunga yang dia sorok belakang badan dari tadi.
Mawar merah.
Dia senyum.

Aku mati untuk kali kedua.
Gilababi.


Dan bila aku terima bunga tu,
dia berdiri dan tunduk hormat sambil letak tangan di dada.

Aku mati untuk kali ketiga.
Masih gilababi.


Aku dengar orang ramai bertepuk bersorak bersiul.

Dan Abang Ashraf terus turun pentas sambil sengih-sengih.


Itulah dia.
Abang angkat pertama aku dalam hidup.


Dan aku tak pasti kenapa muka aku merah waktu taip entri ni.


Please.
Ini bukan entri cari publisiti.
Aku cuma kongsi kenangan.

Sekarang ni aku tengah sengih sorang-sorang.


Sekali lagi aku tegaskan.

Sumpah.
Aku tak menipu.


Dulu dia ada misai sikit.

    *Tolong jangan salah faham.
      Waktu ni aku baru darjah 5.
      Dan Ashraf Muslim dah form 4.

  **Kalau wife Ashraf Muslim terbaca ni, tolong jangan
      saman saya. Time tu saya belum baligh lagi.


***To abang Ashraf, tak bajet pun dia ingat aku lagi.
     Apa-apa pun, semoga bahagia ke anak-cucu, dunia-akhirat,
     Amin ~


27 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

ye la... aku percaya la ni... kang kata aku buat neraka la tuh!

Saddila said...[Reply to comment]

haha gila la . kahkah . ehh lagu mayat wujud ke kak ? nak dengar please :(

El said...[Reply to comment]

serius ke? sbb kalau serius nak cakap jugak dulu ashraf muslim selalu kencing malam. dengar cerita sampai sekarang tak ubah lagi

Cik Orkid said...[Reply to comment]

pehh gila. alala kita nak jugak. hahaks

cik ungu said...[Reply to comment]

Tukang karut :

eh tak kata apape pun.


Saddila :

cuba awk nyanyi depan cermin.
Mesti lepastu dah pernah dengar.

cik ungu said...[Reply to comment]

El :

Sumpah aku tak tipu.

Namun aku tak amek tahu ye hal-hal dalam kelambu dia.

Eh, kau tau pulak dia kencing malam.

Ragu-ragu la aku camni..


Cik Orkid :

haha.

Alah cerita lama la.
Zaman 90-an.

Menyesal pulak tak keep in touch kan? dem...

~ cik AiN pinky ~ said...[Reply to comment]

ehh..kenape saye yang baca pon tesenyum2 nih.....

mampuihhh laaa~ haha

shedameor said...[Reply to comment]

susah gila nak percaya cite cik ungu ni. haha

qlah said...[Reply to comment]

wah.. hihi ;D

Aqiim said...[Reply to comment]

boleh pcaya ke nie? =.='

smpai 3 kali mati..
dasyat~
haha

chemay said...[Reply to comment]

jeles gilababi.
-.-

~pP_guSi~ said...[Reply to comment]

okai... i jelesss!

Cik Ketam Malas said...[Reply to comment]

Ok, pecaya dah ni.

tapi kalau aku pecaya, macam terasa aku pulak yg sengal.

kan?

farz zull said...[Reply to comment]

pergh...jeles ni, hmpph hmmphh

cik ungu said...[Reply to comment]

cik Ain Pinky :

saya rase awk ada parkinson senyum ni.

tersengih tanpa sebab bleh bawak maut,tahu?


shedameor :

penat je eden bersumpah lillahi ta'ala.


tacing ah cemni.

cik ungu said...[Reply to comment]

qlah :

gile ke ni?


Aqiim :

owh menn..

wa mane main-main bab sumpah-sumpah ni.

masuk neraka kalau tipu,tahu?

cik ungu said...[Reply to comment]

chemai :

tak perlu.
itu cerita 15 tahun lepas.

terasa tua pulak.cis.


PP Gusi :

itulah.
i pun jeles dengan zaman kanak-kanak.

menyesal betul.

cik ungu said...[Reply to comment]

cik ketam malas :

tak faham.
kenapa nak kena rasa sengal?

yarabbi, tak percaya la tu.


farz zull :

saya pun jeles.

kenapa lah tak keep in touch dulu kan.

*bunuh diri~

muahaha said...[Reply to comment]

mcm tak caya jeeeeee

Mizfantagiro said...[Reply to comment]

Ye . ye . sy dgn rela hati percaye ^^
HAHA . setiap kali bc entry ck ungu nih leh pengsan*

cik ungu said...[Reply to comment]

muahha :

tak caya sudahhh.
penat je i bersumpah.

tacing~


Fantagiro :

ni lagi sorangg

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

bayak kali mati??? kena percaya neh

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Ye ..akak percaya citer kamu ni Mulan ..insan secantik awak ni Mulan, hati siapa tak tertawan hihihi

cik ungu said...[Reply to comment]

MEZAFIRAH :

bagus.
kalau mati 5x, mau sujud terus kan.


Suara kalbu :

kalau akak tak caye, saya santau laki akak.

haa tolong takut skrg.

Saiful Ghani said...[Reply to comment]

Subhanallah.............

cik ungu said...[Reply to comment]

saiful :

haa kagum kauu

Saiful Ghani said...[Reply to comment]

ape lak kagum.... org bc komen2 di atas lantas kuarlah
Subhanallah.......... ramai x puas hati......... haha cternyer....

tau x nape ashraf tu masa turun dr pentas sengih2?? hahaha