Tuesday, December 6, 2011

Perangai Blogger Dan Gaya Penulisan


Bismillah


Harini aku nak bagi ceramah.

Hah!

Dah! Dah!
Takyah buat-buat tak sempat baca ayat intro aku kat atas dan nak close tab window ni cepat-cepat.


Satu perkara yang kita selalu buat adalah judge orang.
Untuk korang yang tengah baca ni, tolong jangan geleng kepala kalau aku cakap korang judge tuan punya blog berdasarkan blog dia. Cara penulisan dia. Gambar dia.


Aku tau fenomena gambar berpipi kembung dan bermulut itik bagaikan virus sekarang. 
Terimalah hakikat tak ada yang teruja nak tengok gambar-gambar macamtu, lebih-lebih lagi setiap entri nak mengembung dan memuncung. Tapi itu ke ukuran kebaikan atau keburukan seseorang?


Aku ada kawan yang sosial mak jemahh kat luar. Tapi blog dia penuh dengan puisi, madah dan syair.
Apa hak aku untuk cakap dia berpura-pura puitis dan romantis? Atau berpura-pura sosial sebab bajet hot?


Aku ada kawan yang berjubah berpurdah kat luar. Tapi blog dia penuh 'cehh', 'sori beb', 'aku punya pasal la'.
Apa hak aku untuk cakap dia berpura-pura alim atau berpura-pura cool?


Perangai ni ada dua jenis. Yang semulajadi dan yang boleh berubah.
Kalau korang budak sains, boleh la nak kata perangai yang dimalarkan dan perangai yang bergerakbalas.
Heyy.. tolonglah. Sains aku A ok. 
Tapi itu cerita masa darjah 4. Abaikan.


Budak pipi kembung tu secara teorinya mungkin lebih berilmu dari kebanyakkan dari kita.
Dan budak yang berpurdah tu mungkin orangnya lebih cool dan kelakar dari peserta Rajalawak.


Dan untuk bloggers, pantulkanlah diri sendiri dalam penulisan. Jangan takut apa orang cakap.
Kalau korang nerd, tak perlu menulis dengan gaya bahasa cool supaya orang lain suka.
Kalau korang sempoi dan gila-gila, tak perlu menulis gaya bahasa Kamus Dewan hanya kerana korang pakai jubah. Tapi tak bermakna korang boleh tulis entri porno walaupun korang seorang kaki clubbing.

Dah jelas apa yang halal dan haram.

Pokoknya kat sini, jadi diri sendiri. Pembaca blog mungkin akan judge korang tapi biarlah. 
Diorang tak kenal siapa kita dalam realiti. Kalau kenal pun mungkin tak cukup rapat untuk kenal peribadi.
Biarlah apa orang kata. Kita tahu apa yang kita suka, kita tahu kita macamana.

Masing-masing dah besar dan tahu batas masing-masing.
Selagi tak bertentangan dengan Shari'ah dan akidah.


Tak sepatutnya ada konflik identiti pada blogger antara realiti dan dalam blog.




**personal opinion


16 tindakbalas kimia:

RAIZAN said...[Reply to comment]

Sokong! Just be urself.Rite akak? >.< =D.....*lalalala~

saya dewi said...[Reply to comment]

setuju 9072496756 kali! HAHA.

tapi I always fall in lovelove dengan gaya penulisan cik ungu.

hey hey.

kita dulu pun A sains jugak. tapi malar tueh apa? malar hijau?

evergreen ke? HAHA #sengal -..-"

Aqiim said...[Reply to comment]

based on my first observation when the first time i met this blog, i though cik ungu was a girl with a last malay woman habit, but after a long time, i found that you are a girl with a crazy2 thinking. you have such a great ideas. i think u're such a great writer! i love to read all your entries.. well done cik ungu.. ;)


greetings from lombok, united states.

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

good point of view!!

Juno said...[Reply to comment]

penulisan aku membosankan. aku juga.. membosankan.

ah, leganya bila takde konflik kat situ.

khaifaiz said...[Reply to comment]

aku seorang yg bosan... jd aku tulis benda yg membosankan...

yustie ftyt said...[Reply to comment]

cik ungu, memang lumrahlah kan...huhu..tapi,setuju dengan cik..*angguk² kan kepala sudaaa..hee

shedameor said...[Reply to comment]

bila cik ungu jadi serius. haha

lah said...[Reply to comment]

kenapa ya blog xdak button LIKE? *hem, sambil tongkat dagu!*

Tukang Karut said...[Reply to comment]

aku sama macam khai...

zehan said...[Reply to comment]

yup.....jadilah diri sendiri....:)

caliph shuriken said...[Reply to comment]

sokong cik pepel.. jadi diri sendiri lebih mudah kn ^^

Cik As said...[Reply to comment]

pewwwit...kelaslah akak punye entri..;) pasti ada je ayat memikat...hehe, sy suka...

Cik Ketam Malas said...[Reply to comment]

jangan jd hipokrit sudeh..

nizamsani said...[Reply to comment]

hidup ini terlalu suntuk untuk menjadi orang lain.

♥e'in♥ said...[Reply to comment]

agree! pd e'in, lantak laa org lain nak ckp ape pun.. janji kite tahu sape diri kite..