Saturday, December 10, 2011

Mulan Jameelah Bermain Ombak


Bismillah


Haritu pergi PD. 
Mama ajak bercuti sama Maklong dengan Naza. Ayah aku dengan Paklong pulak dua-dua tak ada. Ayah pergi Indonesia. Paklong pergi Langkawi. Maka Kelab Isteri-isteri buat propaganda sendiri.

Al-kisahnya, nak teman Maklong bercuti sebab baru pencen. Dah bertahun-tahun kerja tak pernah Maklong mintak cuti pergi bercuti. Jadi mama bawaklah kakak dia bergembira. Bukan berpoya-poya ok.

Rasa berdosa kalau cakap berpoya.
Sebab ayah pergi Indonesia dengan rombongan masjid.
Pergi ziarah sekolah-sekolah agama kat sana.

Kau tengok..

Nampak tak jauhnya beza aktiviti hujung minggu kami dan ayah?

Ok. Senyap.



Pukul 7 pagi dah bersiap. Gila kau. Gaya macam tak pernah tengok laut kan. Tapi kena turun awal sebab weekend, kalau lambat sikit turun, harus berjalan atas orang la kat tepi pantai nanti. 


Ok. Gambar sebelah ni aku mengaku aku tak mandi. Bangun, cuci muka, gosok gigi, terus turun. Tengok mata pun tau mata tak puas hati sebab takleh tido lama. Sebelah tu cousin aku, Naza.



 Sofea macam tak rela je nak cium aku.
Tak mandi pagi la katekan.
Nasib baik lah Along datang jugak malam tu. So takde la rasa Kelab Isteri-isteri sangat sebab ada Sofea!! Sofea yang sangat comel! Nasib baik lah kau anak sedara aku, Sofea. Dapat la genetik comel-comel-Mulan-Jameelah tu sikit.


Macam-macam watersport ada kat sana dan aku main semua kecuali Kayak. Aku pernah ikut induction course Kayak tapi aku tak berapa minat. Sebab nak cari partner yang reti berkayak bukan senang. Kayak bukan aci dayung-dayung je,bhai. Kena ada teknik. Kalau tak, harus tenggelam la.


Sebab semua benda kitorang main, so pakcik owner watersport services ni jadi baiklah dengan kitorang. Dia layan je semua permintaan kitorang walaupun muka penuh tekanan dan hati memaki. Mana taknye, sikit-sikit mintak diskaun. Sikit-sikit mintak diskaun. Padan muka kau, pakcik. Hahaha!


Yang ni namanya jetski. Lepas tangkap gambar ni, aku terus
gilis abang depan tu dan gelak kuat-kuat.

Sebelum ni aku pernah bawak jetski, jadi tak ada masalah sangatlah. Walaupun aku tak pernah ambil ujian memandu jetski dengan JPJ, aku tak rasa pemanduan aku membahayakan. Pemanduan? Ke penunggangan? Penunggu? Apa? Punggung? Apa kau merepek ni shetoonnnn..!


Oopss terkentut!

Ada satu lagi namanya Doughnut. Atau lebih patriotik disebut Donat. Jangan tanya aku samada ia Dunkin Doughnut, Big Apple, J.co atau Jericho Rosales. Tak kuasa aku nak periksa. Menatang ni naik 3 orang, Sukahati nak bersila ke, baring, meniarap, berlunjur, buat aksi korek hidung, atau sebagainya. Ada bot yang akan tarik Donat ni dan memandu secara menggilababi di tengah lautan. Yang cepat mabuk pun boleh naik. Tapi sebelum naik tu pastikan keranda dah siap ditempah. Kalau-kalau apa-apa terjadi.



Yang ni namanya Doughnut.

Aku dengan Naza ada naik Banana Boat. Tapi takde gambar pulak. Korang semua mesti tau Banana Boat tu menatang apa,kan? Bukan... Bukan pisang goreng. Banana Boat ni lebih kurang macam pisang emas dibawa belayar. Pastu tengah laut nanti bot ni terbalik. Ok. Bosan. Common sangat.

Owh menn..
Kau perasan tak dalam gambar-gambar ni ada sorang abang pakai topi, baju coklat? Dia la yang tolong handle watersport ni. Aku tergoda sekejap sebab dia ni lemah-lembut je cakapnya. Friendly dan senyum memanjang. Yelah.. Kalau buat muka ungka, lari pulak customer,kan. Tak kesah la. Janji tergoda kejap.


Benda last kitorang buat adalah naik speedboat pergi round-round. Bagi ikan makan kat tengah-tengah laut.


Aku kata kat Along, air laut ni rasa cendol pulut.
Along tak percaya. Nak jugak test.


Cubaan-cubaan merendam Sofea dalam laut.



Kalau korang nak pergi PD, aku suggest tempat ni. AnCasa All Suites and Spa Resort. Tempat dia tak lah vogue sangat, tapi berbaloi. Kitorang ambil apartment 1 bilik, ada dapur siap, luas amat hall depan tu, around RM300. Kalau yang 3 bilik, around RM 700. Worth it, sebab besar. Resort ni lengkap dengan macam-macam facilities;


Swimming fool pool.
Game arked.
Snooker, ping-pong, bola tampar pantai.
Sewa basikal. etc.



Watersports yang ada kat sini;

Banana Boat.    RM 10/person. Extra RM 5 - extra long distance.
Jetski.    RM 70/15 minutes.
Doughnut.    RM 20/person. RM 50/3 persons.
Speedboat.    RM 120/boat/hour.
Kayak.    (Tak sure. Maybe around RM 50/kayak)


Motif gambar last besar nak mampus??
Korang tak rasa aku nampak macam heroin Baywatch versi islamik ke..?

Sayang takde Parachute. Aku dah buat parachute. Best! Tapi apa yang ada kat sini pun semua best je! Happy weekend uollss!~



* Resort ni patut jadikan aku duta mereka.
   Dan owner watersport services ni patut jadikan aku business share partner mereka.
   Dan abang bertopi dan berbaju coklat, patut merasa rugi tidak menjadi rakan sekerja saya.
   Blaahhh!



10 tindakbalas kimia:

El said...[Reply to comment]

comelnya anak penyu yang terapung tu...last time pergi PD tak jumpa pun..

[picture 9&10]

Aqiim said...[Reply to comment]

comelnya Sofea..
nama pun sedap.. ^^

Syahbinar Shuib said...[Reply to comment]

wahhh... bestnye dapat mainn

RAIZAN said...[Reply to comment]

Kak, lepas abang tu kena gilis, nape die idup balik kat donut bot tu? Abang tu watak game Mario ke kak? haha! XD

Anonymous said...[Reply to comment]

comelll sgt gamba fifi yang last tu.. gigi shomel! chup, gamba FIFI tau.. bukan gamba besar last skali tu =P -nisfami-

Mama2Q said...[Reply to comment]

wah....kopak juga duit kalau main semua benda alah tu yer....BTW...along tu kelakar la...air laut rasa cendol...ahaks....

shedameor said...[Reply to comment]

haha. cik ungu tempek muka sana sini. macam cun je. wekk :P

zehan said...[Reply to comment]

waduh....syoknyaa.....lama betul x pi bercuti...huhu

saya dewi said...[Reply to comment]

serunukkk nya. jeles. HAHA XD

Cik Muda Sae said...[Reply to comment]

oooo..ko yang lemas aritu kan..kan kan???