Thursday, December 8, 2011

Ingat Kau Sorang Je Dah Tengok?



Bismillah


Apa?

Ingat korang je dah tengok Hombak Wendo?
Aku pun dah ok.


Dan aku tak tahu kenapa aku harus berlagak.
Sewel.


Kitorang tengok movie tu tiket malam. 
Haa..elok sangat lah tu kan. Orang lain waktu malam pergi beribadat.
Tapi engkauu...??


Fikir-fikirkan lah.. *tepuk2 bahu sendiri~



Aku tak tau kenapa aku rasa gambar ni buat aku nampak
macam kanggaru takde hidung.?

Dan ini pula... hmmhh..
Komfem. Sabotaj.

Aku dah baca novel Hombak Wendo ni masa aku baru tingkatan 1. Cuba bayangkan betapa comelnya aku waktu tu. *malas-nak-cakap-lebih-lebih~

Aku dah tak berapa ingat jalan cerita penuhnya. Tapi filem dah banyak yang lompong. Banyak scene yang dah potong. Haruslah. Novel Hombak Wendo tu dah la ada sambungan. Mana cukup 2jam. Kalau semua scene nak masukkan dalam filem jugak, harus aku masuk wayang anggun tapi keluar ada janggut.


Aku kurang pasti kenapa struktur badan aku
begitu. Hmm.. Sungguh elastik, bukan?

Nak buat pipi kembung dan mulut itik. Tapi
takut ada pembaca blog yang almarhum nanti.

Abaikan kedudukan mata aku yang juling tu.
Camera trick ni keji niii...!


Dah habiskan masa dan duit kat TGV, kena habiskan duit kat kedai makan pulak. Order nasik pastu makan tak habis. Baru sempurna syarat-syarat pembaziran. Memang harus berebut-rebut setan nak jadikan aku sahabat. 

By the way, aku tak suka cerita Hombak Wendo.
Tata.



15 tindakbalas kimia:

cheqwa said...[Reply to comment]

puyoooh, cikungu layan jugak ea hombak berhombak hombak ni~ hahaha...cikungu anggun lah pakai baju kurung #pengsan :p

Juno said...[Reply to comment]

hmmph.

kau tak suka filemnya atau novelnya?
ke, dua dua.

ke, aaron aziz.

Aqiim said...[Reply to comment]

kenapa si tudung merah tu gmbar dia ada satu je?
sedangkan gmbar cik ungu lg bnyak?
apa nie? x adil lahh..
cik ungu kn pemimpin yg adil?
ahh malas lah nak undi mulan jameelah!
haha

diana said...[Reply to comment]

juling2 pun cun..
muahahah

Mama2Q said...[Reply to comment]

Pegi tgk wayang pakai baju kurung...bajet gadis melayu terakhir tau..BTW, please oh pls..jgn wat mulut itik pipi kembung kay, itu akak tak suke tau...(hahaha...suka hati cikungu la kalau nak buat pun, kan)

Tukang Karut said...[Reply to comment]

juling2 pun kalau lelong mau laku 4,5,6 juta gak ni...

oli-go said...[Reply to comment]

yeah..btol cite ombak rindu the movie ni tak best..beter bace novel je.dri novel nak di jadikan movie mmg tak sesuai..tapi kalu omputih punye novel buat movie sesuai..sbb dorang boleh la kan nak buat aksi2 terlarang neh...

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

aku tak tgk lagi sbb tunggu ko ajak aku

amir said...[Reply to comment]

Hombak Wendu tu filem komedi Cina ke?

najwa aminah abas said...[Reply to comment]

aku belom tengok cerita ombak rindu. malang, kau dah kate tak sedap.

bukan photographer said...[Reply to comment]

orang kate best..
jadi aku nak tanye ni..
betul ke best minum air teh o ais smbil berlari?

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

best ape hombak wendo?? banjir kot pawagam ade aku..haha

caliph shuriken said...[Reply to comment]

try laa wt pp kembung & mulut itik nk tgk ni, hikk...

penselwarnabiru said...[Reply to comment]

bagaimana kanggaru tersebut nak bernafas smbil tgk hombak rindu?

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

agagagaga ! semua macik dalam panggung menangis kot tengok citer nie.

sampai makan dan minum hingus mereka sendiri.

hebat kan?