Tuesday, December 27, 2011

Diam Tak Bermaksud Salah


Bismillah


Pernah jumpa tak dengan orang yang jenis tak nak kalah?


Contohnya A dengan B tengah jalan-jalan nak gi memancing sambil berborak.
Mereka pun berborak.

A : Kita kena jaga hati orang walaupun kita tak suka orang tu. Rasulullah dengan orang kafir pun cakap elok-elok, ini pulak sesama agama. Berlapik lah kalau nak bercakap tapi tak bermakna kena menipu. Kalau orang tu tak reti bahasa, maknanya dia lembab.

B : Cakap je lah straight forward. Mampus la dia terasa ke tak, sakit hati ke tak. Janji jelas. Kalau cakap berlapik-lapik ni, nanti isi tak sampai. Cakap terus sekali kan senang. Berlapik-lapik ni boleh bikin salah faham.

Argue lagi.

A : Orang normal mesti faham kiasan simple. Nabi kata, kalau datang rumah orang, bagi salam 3 kali. Kalau 3 kali tak berjawab, sila faham-faham sendiri dan wajib balik. Kalau tuan rumah ada dan dengar tapi tak buka pintu, tu tandanya dia taknak diganggu. Tak perlu nak halau pun tetamu tu. Sendiri faham.

Nak jugak menang.

B : So, kalau dah 3,4,5 kali duk cakap berlapik tapi tak faham-faham juga, salah siapa? Bukan semua orang faham kiasan-kiasan bodoh ni. 

A : Kalau orang tu lembab macam kau, mungkin lah. Dah cara kami macamni, nak menjaga hati sedara sendiri. Kami boleh je nak cakap direct, 'aku menyampah dengan kau,setan' tapi nanti hati kau tu pedih. Tacing. Kami malas je nak cari kau kat padang Mahsyar nanti, nak mintak maaf. 

B : *Telan air liur~ Ok. Aku pulak dah memang cara macamni. So, nak buat macamana kan. Bukan salah aku jugak.


Tangkap situasi macamni?
Korang side A atau B ?


Mana-mana side pun, korang kena bijak. Bila orang tu tak setuju dengan kita, tak bermakna kita kena berdebat sampai bergaduh bertumbuk. Nak bom guna meriam? Cantek sangat idea tu. Ikutkan hati memang nak bom lubang hidung dia,kan? Tapi Nabi berperang bukan sebab nak menang debat, tapi nak selamatkan agama. Lepas nabi wafat, Abu Bakar (As-Siddiq) pulak gi berperang. Bukan sebab nak menang debat, tapi sebab nak memerangi golongan yang tak bayar zakat. Pernah pulak dengar nabi berperang sebab tak nak kalah debat,kan? 


Kalau dah tahu korang pihak yang benar, dah explain, dah argue, tapi orang sebelah tak nak kalah, biarkan. Sebab nabi berdakwah dengan hikmah.


Kita boleh menjadi bijak bila nak argue dengan orang yang degil dan tak nak kalah. Kalau korang rasa korang betul, korang diam aje. Doakan lah orang yang tak nak kalah tu supaya terang hati dan nampak kebenaran. Dan kalau korang rasa korang di pihak yang salah, korang still kena diam sebab korang dah salah. Hati masing-masing tahu kalau diri sendiri betul ke salah,kan? 

Bergantung pada niat jugak la, cik ungu. Kalau yang salah tu rasa dia betul, macamana?

Sebutkan dalam hati, korang berdebat sebab apa?
Kalau niatnya betul, in the end korang mesti diam. Bukan sebab kalah, tapi sebab nak menjaga silaturrahim. Kalau sepanjang nak berdebat tu korang tak nak kalah tanpa apa-apa tujuan, just nak menang dan ego meninggi. Then korang tahu korang di pihak yang salah. Sebab orang yang benar tu bercakap untuk agama, bukan untuk diri sendiri.


Nampak tak betapa benda simple dan bodoh itu boleh membiaskan banyak perkara dalam diri?

Kalau korang tengah berdebat mulut dengan member sebelah, dan dia tiba-tiba diam, senyum dan angguk aje, korang harus respect. Jangan fikir dia salah dan kalah, sebab dia mungkin malas nak bergaduh dengan korang. Dan mungkin dalam senyum tu dia tengah berdoa untuk korang.


p/s : tapi kalau dalam sesi atau pertandingan debat, jangan lah nak diam senyum angguk pulak. Komfem la kalah.


Dan tolonglah. Isi diri dengan pengetahuan agama dulu. Tak perlu perfect pun. Aku pun sangat tinggi tahap kejahilan dalam diri. Tapi tu bukan alasan untuk nak duduk di takuk sama. Jangan cuma nak hidup tu warna-warni dengan benda yang kita suka je. Walaupun tak tahu banyak, at least isi sikit-sikit. Lama-lama jadi klcc jugak. Sekurang-kurangnya ada benda yang kita tahu.

Sebok sangat belajar cara nak letak widget itu, widget ini, nak bagi blog tu kalau boleh bila klik, ada kuar meletup-letup dengan bunga api. Belajar letak kod itu, kod ini. Hafal dah sume coding, sume javascript hapekebendentah. Tapi sikit tak minat nak belajar tajwid. Padahal klik je kat Google tu, bersepah-sepah website yang ajar tajwid.


Ok fine. Aku sangat menggelabah dalam entri ni. Kata la aku menggelabah gila ungka pun, takde hal. At least korang dah nampak side menggelabah-poyo-habis-serius dalam entri ni.


Ok. Semua boleh bersurai sekarang.




Owh man..
Aku tak suka menjadi matang.
Tak suka berbicara perkara serius.
Tapi sekali-sekala perlu.

22 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

kali ni aku tunduk tanda setuju jugak...

Aqiim said...[Reply to comment]

sy ada jugak kwan jenis taknak kalah nie,,
bila kita cakap, ada je nak mnjwab..
walaupun kdang2 jwpan dia tu menampakkan kebodohan diri sndiri.. :)

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

terbaiklah kak

diam tak bermaksud salahkan.kadang banyak bercakap ni lagi banyak salah yang kita tak sedar,so diam jalan terbaik.

farz zull said...[Reply to comment]

yess...yg part widget bagai pun aku sokong, bab coding semua hafal x ingat, tanya basic tajwid mau gagap..harus ubah minda anak muda..

cik ungu said...[Reply to comment]

tukang karut :

nah 5 markah.


Aqiim :

menggelikan kan ade member camtu.
bagi je lah dia menang.

kalau dia tacing tu maknanya memang dia tau la dia salah.

cik ungu said...[Reply to comment]

hanim :


akak tension bila berckp dengan org camni.
ni leh jd alasan taknak jwb exam ni.

aci?


far zull :

sangattt.

kdg2 bila ckp benda2 mcmni, diorang jadi bengang.kata kita tunjuk bagus.

tak faham btul.

Saddila said...[Reply to comment]

kite tak suka orang B tu . Bangang sangat . rasanya dia sorang je lembab . ehh -_-' terlebih pulak .

W.o.a.y.I.e.s said...[Reply to comment]

bravo, bet entry ni. kepala manusia adakalanya melebihi kerasnya diamond.

El said...[Reply to comment]

by the way aku rasa aku orang yang B. kalau benda penting nak kena bagitau jadah apa nak berkias2...bagitau straight je. baru senang fhm.

and kalau aku yg ditegur pun aku akan lebih tersinggung kalau org tegur berkias

Radin87 said...[Reply to comment]

cara nak ajar orang Melayu..

i) kalau anda orang melayu, wat camni..
3 kali cakap berlapik, sekali cakap lepas. lepas tu berlapik balik..

ii) kalau anda orang cina..
cakap lepas jer..

kenapa? kalau orang melayu sendiri tegur, melayu takleh terima. kena berlapik.. tapi kalau cina tegur direct, orang melayu leh terima.

Pelik tapi benar.

Mizfantagiro said...[Reply to comment]

terima kasih cikgu=) sungguh berguna utk semua, buat renungan^-~

cik ungu said...[Reply to comment]

saddila :

dia bukan lembab.
dia macamtu sebab dia nak semua orang ikut cara dia agaknya.


woayles :

apa susah sgt nak sebut nick kamu ni?

diamond pun koman2 mahal. kalau org keras kepala nak pajak mana?

cik ungu said...[Reply to comment]

El :

kau kan insan yang unik.pan asian kot kau ni.

haa komen radin tu macam sesuai nak jawab utk pihak kau.



radin :

pandangan anda sangat bagus.
org melayu ni kekadang bodo sombong. susah nak cari org cina yg bodo sombong. dorang selalunya pandai sombong.

~pP_guSi~ said...[Reply to comment]

entri y terbaik dripada y terbaik..

baru2 nie ada kess mcm nie..
kdg2 terpaksa berdiam diri utk orang mcm nie.. tp xtaula sampai bila dia akan sedar menda nie y

'XPERLUla kan mau berdebat benda y terang d suluh lagi salah kan...'

mmg memerlukan kesabaran y tinggi owh.. aku nak sgt share menda nie ngn dorank... biar terbuka skitt mata tu..

anyway.. like brabis ko punya entri!!

Cik As said...[Reply to comment]

wah, nice perkongsian... as suka sgt, moga dapat kita ambil manfaat bsama utk mnuju ke arah kebaikan...insyaAllah,bismillah ala kulli hal...=)

si ngokngek said...[Reply to comment]

senyum sambil angguk-2 setuju

tp klau debat buat camnie mmg konfom kena bebel dgn cg pulak..hehee

Cik Muda Sae said...[Reply to comment]

gile sries ko hatini..erkk..tahniah, aku bersurai skang...

siti suraya said...[Reply to comment]

tak suka kott orang camni . buat hati panas jeee :D

cik ungu said...[Reply to comment]

PP Gusi :

kadang-kadang orang ni lambat sikit nak berfikiran matang. diorang rasa kalah diam maknanya kalah dan loser. mentaliti budak-budak.

betul lah orang dewasa selalu mengalah dengan budak-budak.


Cik As :

rindulah kat as!
huhuhu

insyaAllah.
akak nak exam. doakan yep!

cik ungu said...[Reply to comment]

so ngokngek :

kalau debat boleh la offer diri untuk disingkirkan.

memalukan sekolah je kan.


cik muda sae :

haaa..takut lettewwww.
penat je gigih wat muke siyes ni.

caliph shuriken said...[Reply to comment]

singgah baca dgn muka siyes, hukk...

cik ungu said...[Reply to comment]

caliph :

tak cukup kerut tuu