Thursday, November 3, 2011

Ini Tulen Tentang Aku. Dan Aku Rasa Ini Menarik.


Bismillah


Buat julung-julung kalinya aku menjawab soalan bermotifkan tag. Silap... Silap la siapa yang hantar tag sebab aku memang tak pernah jawab. Cuma kali ni aku buat exception la untuk si cik muda ni sebab dia perasan muda. Layan je la..


Soalan-soalan kurang ajar yang aku harus jawab...

1. SPM KO DULU DAPAT BERAPA? 

Tengok... Soalan pertama dah menunjukkan tahap kurang-ajar yang serius. Aku tau memang ramai menunggu jawapan aku untuk soalan ni. Ramai yang menunggu peluang nak kutuk aku kalau aku dapat result teruk. Maklumla, selalu buat gaya macam budak genius sangat.  Tapi hentikanlah pengharapan itu.. Sepertimana korang takkan jumpa apa nama tempat aku belajar sekarang dalam blog aku, seperti itu jua lah korang takkan dapat tau berapa SPM aku dapat dulu.


2. TIME FORM 4 DULU KENAPA KO PILIH KELAS KO TU? SEBAB ADA MAMAT YANG KO MINAT EA?

Diikuti soalan kurang ajar seterusnya. Kalau nak tau, lelaki kelas aku dulu semuanya perangai mulia 1% je dari jin, tahu? Maka inferens bahawa aku pilih kelas berdasarkan mamat, sungguh jauh punggung dari api. Lebih-lebih lagi kelas aku dulu takde budak nama Mamat. 

Aku pilih kelas tu sebab kelas tu unik. Kelas tu belajar sains, dan kelas tu jugak belajar sastera. Orang selalu sangka budak-budak kelas tu budak pandai-pandai. Diorang tak tahu sebenarnya kami tamak. Dah lah tamak, haloba pulak tu. Apape pun, 4 SIK 2004 & 5 SIK 2005, korang batu hidupku!!! (you rock my world!)


3. KO INGAT TAK CIKGU YANG PALING CENGENG KAT SEKOLAH KO DULU?

Masih dengan soalan kurang ajar sebab meminta aku untuk mengutuk cikgu sendiri. Aku pun dah lupa nama dia. Dia ni cikgu praktikal je masa aku sekolah kat Terengganu dulu. Aku tak tau lah kenapa dia benci sangat kat aku. Diulangi, aku sahaja. Dia ajar subjek Sains tingkatan 3. Ada la dalam 2 bulan camtu.

Aku masih ingat kelas dalam Makmal Biol (biology), dia suruh semua budak lain balik tapi dia suruh aku stay semata-mata sebab nak bagi ceramah. Diulangi, aku sahaja. Dan masa tu dia one-to-one dengan aku hanya kerana buku latihan sains aku kat bahagian belakang takde garisan. Tak setan ke alasan tu? Bukan sekali dua dia wat camtu. Aku sungguh tak faham kenapa aku menjadi pilihan malang.


4. CAMPING TIME SEKOLAH DULU KO JOIN TAK? EHH, KO KELAB APA DULU??

Ni pun boleh tahan kurang ajar sebab memperkecil-kecilkan kredibiliti aku dalam mendirikan rumahtangga khemah. Perkhemahan Unit Beruniform dulu adalah satu kewajipan untuk semua budak. Student pun cuma dalam 800 orang sebab time tu sekolah aku adalah private school, so memang semua diwajibkan join dan kena denda pulak kalau tak join.

Lepas aku pindah sekolah, aku masih tetap kena ikut camping unit beruniform sebab title sebagai Penghuluwati mewajibkan aku untuk join. Tak payah nak Penghuluwati sangat kalau perangai hanya merosakkan akidah anak buah yang lain. Owh ya, kelab. Banyak. Aku pun tak ingat. Apa beza kelab dengan persatuan? Yang pasti aku pernah join Kelab Seni dan Kebudayaan. Konflik sungguh dengan title Penghuluwati, bukan? Ya.. aku memang konfius orangnya.


5. KO ADA TAK TOP 5 CHART ABANG/AKAK SENIOR YANG KO MINAT?

Kenapa soalan mesti 'yang aku minat'..? Kenapa bukan 'yang minat aku'..? Kurang ajar sekali lagi. Baik. Seingat aku, aku belum pernah admire kat mana-mana senior sekolah. Lagipun masa aku form 1, aku ada akak sama sekolah yang form 5. So aku tau senior aku semua perangai tak boleh pakai sebab diorang adalah kawan kakak aku.

Walaubagaimanapun, permintaan menjadi abang,kakak dan adik angkat agak menggalakkan. Satu fakta, Ashraf Muslim adalah salah seorang abang angkat aku. Waktu tu dia form 4 kot, dan aku baru darjah 4. Sumpah, aku tak tipu. Aku tak tau kenapa dia berminat. Mungkin waktu tu aku terlalu comel pakai baju sukan rumah merah dan baju masuk dalam seluar. Waktu tu Ashraf Muslim jadi pengerusi rumah merah dan dia pernah minum air sirap ais satu straw dengan aku waktu hari sukan. Jangan nak buat muka jijik sebab time tu aku baru 10 tahun. Dan lepas tu aku terus tak minum air sirap tu sebab geli. Hahahah.

Owh ya, tolong jangan ada yang suruh aku kirim salam kat dia. Walaupun dia pernah jadi abang angkat aku, tapi  lepas dia habis sekolah, kitorang tak contact langsung. Aku peduli apa waktu tu. Tapi sekarang ni bila fikir-fikir balik, harus bunuh diri la sebab tak minum air sirap tu balik.


6. APA YANG BUAT KO SEMANGAT NAK PEGI SEKOLAH DULU? KE MEMANG TAKDE HATI NAK PEGI SEKOLAH?

Waktu form 1, aku semangat nak pergi sekolah sebab aku boleh pergi lambat. Kakak aku pengawas, so tak ada yang berani nak marah sangat. Ya..penyalahgunaan kuasa veto di situ. Tapi masuk form 2, kakak aku dah takde. Semua pengawas pakat nak target aku,kan. Taik betul. Maka aku terpaksa pura-pura semangat.

Mungkin aku bersemangat sebab aku ada geng dengan satu group senior yang sangat gila-gila dan selamba dan kelakar dan kurang ajar. Dan walaupun aku tak pernah ada rekod jenayah kat sekolah, ada je budak yang dengki ngan aku. Aku tak risau sangat sebab geng senior ni la yang selalu backup dan tolong sound sape-sape yang wat pasal dengan aku. Owh, bukan. Aku bukan gangster. Aku cuma disayangi. Dah... Takyah nak muntah banyak sangat.

Even waktu wallet aku kena curik kat sekolah dan duit sebulan aku hilang, geng-geng ni lah yang offer untuk support belanja makan aku sebulan. Menangis wa cakap lu... Kau ada?


7. KO SUKA SABJEK SEJARAH? APESAL?

Soalan ni memalukan diri sendiri la wahai cik muda, sebab kau eja 'subjek' salah. Jangan malukan bangsa macamni. Tolong.

Bagi aku, sesiapa yang suka subjek Sejarah, pasti sudah terputus urat ciritnya. Mungkin aku pernah terputus sekejap masa form 4 sebab Sejarah form 4 adalah antara subjek favourite aku dan aku selalu bernafsu untuk score kertas subjek ni. Aku merasakan waktu tu, bahawa Sejarah Yunani, Dinasti-dinasti China, sangat menarik. Tapi semua kebahagiaan tu cuma duniawi, sebab naik form 5, aku benci Sejarah. Sampai bab Rancangan Malaysia, aku gigit urat nadi sendiri.


8. KO PERNAH KENE LARI KELILING PADANG TAK? PENAT DOL..

Soalan ni biadap sebab sebenarnya kau nak perangkap aku dengan menganggap bahawa, jika aku jawab 'pernah', bermakna aku ni kena denda dan bermasalah disiplin,bukan..? Kau silap, Inspektor Sahab.. kau silap. Nehi, kabhi nehi. 

Aku pernah lari keliling padang sebab aku masuk acara lari la. Aku pernah jadi Pengerusi rumah Biru. Jadi adalah satu penghinaan jika pengerusi tak masuk acara lari-lari. Tapi aku sangat suka acara lari berpagar. Dan acara yang aku selalu jadi wakil adalah lompat tinggi. Aku masih lagi berlari keliling court sampai sekarang. Aku cuma tak pernah berlari keliling Court Mamoth.


9. KO PERNAH DAPAT SURAT CINTA?

Soalan perangkap! 

Surat cinta pertama aku dapat adalah waktu darjah 2. Bayangkan betapa sewelnya budak itu. Secara jujur, memang banyak. Tapi aku malas nak cerita. Aku rasa ia tak penting dan ia sungguh poyo.

Tapi untuk adik-adik yang masih ada zaman surat cinta, enjoy lah waktu-waktu itu. Sebab bila adik-adik dah besar esok, akan tersangat rindu lah kepada kenangan-kenangan macamtu. Dan bila teringat, surat-surat cinta tu buat aku senyum sorang-sorang sampai sekarang.


10. SEKARANG KO RINDU TAK KAT SEKOLAH KO?

Aku pernah ada 3 sekolah. Aku paling rindu satu. Ya.. Rindu .


11. KENAPE KO FOLLOW AKU YE??

Aku ada beberapa kriteria dalam memfollow blog. Dan untuk memfollow blog kau, aku rasa kau gigih. Kau tak lokek dan tak sombong. Sebab itu.



Tag berhenti di sini. Harap maaf aku bukan penge-tag tegar.



11 tindakbalas kimia:

ANNUR said...[Reply to comment]

hahah. jawapan yang sangat best!

sengaL~

Sizzling Suzai said...[Reply to comment]

AKAK Y ASYRAF MUSLIM tu mmg gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr r!!!!! hadoiiiiii...pasal terlepas nih?!!! hahaha...sy y nanges nih!hahahhaha...then i rase soklan2 ni xd r kuhang hajar pon except y 1st tu jerrrr..hahha nmpk sgt SPM kantoi! haha =D

nota kaki:sy nak ASYRAF MUSLIM jd suami angkat la!hahahhahahha

suk said...[Reply to comment]

orang yg tag tu mesti pernah kena denda lari keliling padang.

Pondok Usang said...[Reply to comment]

wahh.. bertag-tag jawapannya...

bella luna said...[Reply to comment]

ohh, cik ungu gile jelas keangkuhan ko didalam entry nie, rase nak lempang2 je lau ko ada depan aku, sib baik kite beribu batu;)

Ku Azhar said...[Reply to comment]

ku ske je subject sejarah T_T

Not so Randy said...[Reply to comment]

Dia dah kahwin pun. =p

Cik Muda Sae said...[Reply to comment]

terima kasih ungu ngn jawapan2 yang agak kurang ajar itu... wakakaka~

kau patut kirimkan salam sayang aku pada Asrap Muslim tu....patut.!

Tukang Karut said...[Reply to comment]

jawapan yang sangat jujur...

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Ini TAG ke jawab soklan essay ? Hihihihihihi....

Budak Cik Ungu ni memang sengal sebab Selalu buat akak gelak sampai pengsan wakakakakakkaa

cheqwa said...[Reply to comment]

hahaha...pergh,akak suka subjek sejarah?tabik spring ah.mantop!haha..err err,agak2 budak yg bagi surat cinta pertama dulu tuh ada blog tak?dia follow cikungu tak?hahahaha