Monday, November 7, 2011

Bagaimana Nak Siapkan Assignment Secara Produktif Gila ?


Bismillah


Cuti seminggu ni tak membawa erti apape pada aku. Tak membawa kata seerti, tak juga kata berlawan. Jauh sekali kata ganda berirama. Nampak sangat BM aku dulu cemerlang. Aku kena study untuk dua subjek lagi. Bengong tak? Dari haritu exam tak habis-habis.  Dan menambahterukkan keadaan, aku ada 3 assignment yang setiap satunya kena tulis 6000 perkataan, 5000 perkataan dan 3000 perkataan. Kalau aku tengah pregnant sekarang ni, sampai anak aku masuk darjah 3 pun belum tentu kerja aku siap. Kalau semua perkataan beribu-ribu tu aku kumpul dan jadikan duit, harus mampu aku buat downpayment beli rumah sebijik. 


Tak boleh nak buat kerja rasanya bila duduk rumah. Tiap kali nak fokus je, tengok depan nampak novel. Toleh kiri nampak tv. Toleh kanan nampak Al-Quran (haa.. poyo sangat kau ni.) Tu belum toleh belakang lagi. Katil terbentang luas. Maka bagaimanakah segala bagai assignment ni nak siap?? Cuba bagi idea sikit macamana nak fokus. Aahh nak tunggu kau bagi idea, lembab sangaattt. Biar aku jawab sendiri.


1. Library

Kau jangan nak suruh aku pergi library sangat lah. Geli rasanya library tu nak benarkan aku masuk bila ingat kad library sekolah dulu berkulat je dalam wallet. Nampak nau tak pernah pinjam buku. Kau ingat Projek NILAM dulu tu aku baca ke semua buku tu? Sorry sikit... Aku copy-paste je sinopsis belakang buku. 

Apa?
Tak baik wat cmtu?


Diam la kau. Macam la aku tatau kau pun buat macamtu. Miahahhhaha!!


2. Cafe/Kopitiam

Dah nak duduk kedai orang, mana boleh duduk saja menumpang WiFi free tu. Sangat tak sopan la kau buat macamtu. At least kena order air secawan. Tapi kalau dah tak sedar diri, nak lepak stok Starbucks, Dome segala bagai. Air secawan mana dapat 2 hengget, Tijah oii.. Nak taknak harus order sesuatu jugak. Dah kalau miskin tu, nak order apa? Straw? Tisu?

Kau duduk kat restoran mamak aje sudah. 


Apa?
Takde class?


Betul jugak tu. Harus malu la Mulan Jameelah nak duk kat mamak kan?  *libas rambut ke kanan ~


3.  Beranda rumah

Aku memang terfikir macamtu. Kebetulan kat terrace luar tu memang ada meja kerusi. Suasana pokok hijau dengan angin memang sangat selesa la. Tapi kalau selesa sangat kang  berdengkur pulak aku kat situ.


Dan kau taktau jiran aku tu ada bela kucing yang perangai macam jin. Masuk area rumah aku je, berak. Masuk area rumah aku je, kencing. Shetoonnn sungguh perangai! Sebab aku ni sangat suka kucing, maka aku tak boleh nak study luar beranda rumah tu sebab dikhuatiri aku akan membunuh semua kucing jiran aku.


Kau tau semalam makhluk-makhluk tu masuk rumah aku ikut tingkap bilik. Dah lepas ni aku tak boleh bukak tingkap pulak?? Dan lepas tu aku tak boleh mandi dalam tandas sebab kucing tu akan masuk ikut lubang jamban?? Jahanam sangat kesannya pada manusia sejagat dalam rumah ni ok. 


4. Tanah perkuburan


Siapa yang ada niat nak bagi idea camni?


Takyah nak shetoonnn sangaatt, acii..??




Moral of the story Laziness will cause you pain. 




13 tindakbalas kimia:

pajong pemalas!!! said...[Reply to comment]

cdangan ak kpda kau adalah wt assigmnt kt dlm kbun rambutan..sunyi.

Nurul Ashakirin said...[Reply to comment]

HAHAHA, ;p Alah buat jea kat rumah kawan, pastu sembang sembang balik umah tidur.

ika said...[Reply to comment]

bagus nie...rasanya, hat yang akhir tu tmpt paling seswai untuk membuat kerja...PALING2 seswai...

Cik tikah said...[Reply to comment]

hahaha... nape entry ni mcm nk luahkan stress di dlm diri? :p

Tukang Karut said...[Reply to comment]

huh! alasan semata mata...

suk said...[Reply to comment]

huyoh kucing masuk dari lubang jamban. gila extreme. mcm cerita johnny english yg first. kelakar. hahaha.

oh nak fokus buat assignment? cuba buat dalam stor pastu suruh adik kunci dari luar pastu pesan kat dia jangan buka selama beberapa jam.

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

haha..akak yg last tu paling ok.rasanyalah!..sunyi kan,,tapi anem tak penah try lagi ce akak wat dulu,nanti roger2 la ea:p

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Entry bagus pepagi ni sebab akak pun tengah kacau bilau nak submit 3 assignment kelas akak Ahad ni.

Tempat yang paling aman pada akak.. LIBRARY . :-)

Tapak Kaki said...[Reply to comment]

member aku bila dah kemaruk+gila sangat dalam jamban pun dia online..

PendekarPetai said...[Reply to comment]

tonggeng buntot 3 ari 3 mlm ke langit... slalu aku wat berkesan....

Cik Miera said...[Reply to comment]

buat atas meja makan je.. leh makan2 smbil buat keje.. hehe *sebab aku suka makan, bg idea nk ko ikut jugak.* huhu

ANNUR said...[Reply to comment]

hahah., wat assigments kat cafe/kopitiam haruslah rajin sebab boleh smbil makan2! ngee.

caliph shuriken said...[Reply to comment]

dgr jaa assignment trus nantok, hukk...