Friday, November 4, 2011

#2 Tips Elak Jerawat


Bismillah


Baik. Kesinambungan dari entri berjerawat haritu, kali ni aku bitau antara benda yang aku buat untuk jaga muka elak jerawat. Tak ada brand penjagaan muka yang khusus. Tak ada penggunaan ubat yang khusus. Tapi antara benda yang aku boleh sarankan adalah ;


Cuci muka


Ni bukan sekadar buka-paip-tadah-air-splash2-kat-muka je, kak. Ada cara jugak nak cuci muka ni. Sekarang adik kakak semua boleh duduk ramai-ramai depan saya sementara saya nak menipu tentang cara cuci muka ni. Baik. Semua dah duduk diam-diam,kan? Sambil tu boleh kunyah popcorn.


Benda basic pertama untuk cuci muka adalah, mulakan splash pertama dengan air suam hangat. Aku ulangi, air suam hangat. Basuhan pertama dengan air hangat ni akan membuka lubang pori-pori kulit muka. Jangan risau, ia tidak akan membuka lubang hidung, jauh sekali membuka aib korang. Sangat penting untuk lubang pori-pori kulit korang terbuka supaya cucian dapat sampai dalam lubang pori. Tolong jangan nak gila-babi sangat nak cuci muka guna air mendidih. Kot ye pun bangang, sikit-sikit sudahlah. Jangan bangang banyak sangat. Tamak namanya tu.


Benda basic kedua adalah, guna pencuci muka terus selepas basuhan dengan air suam hangat tadi. Lebih efisyen guna pencuci muka skrub. Biji-biji skrub akan masuk dalam lubang-lubang pori-pori kulit muka yang dah terbuka tadi. Untuk pengetahuan, antara punca jerawat adalah akibat kotoran dan debu terperangkap dalam lubang pori kulit. Bila dah terperangkap, mereka mula mendirikan rumahtangga bahagia dalam kulit muka anda serta menghasilkan keturunan kuman-kuman. Bila kuman ni mula akil baligh, maka terbentuklah jerawat. Nampak tak kitaran hidup seekor jerawat tu macamana? Ada gaya macam kitaran hidup seekor nyamuk,kan ?


Benda basic ketiga adalah cara korang mencuci guna pencuci muka tu. Untuk area pipi, gosok dari bahagian dalam pipi ke luar. Bukan aku suruh kau keluar pintu rumah pulak. Maksudnya dari pipi yang paling dekat dengan hidung ke pipi paling dekat dengan telinga. Gosok secara membulat. Untuk bahagian bawah muka pulak, gosok dari bawah dagu naik ke bahagian sepanjang rahang. Area hidung, gosok dari bahagian bawah naik ke atas batang hidung dan bahagian T-zon, gosok dari tautan kening tengah ke luar. Ni penting sebab keadaan pori-pori muka adalah berlainan untuk area yang berlainan. Kalau ikut arah yang betul masa cuci muka, biji-biji skrub tu akan lebih mudah untuk masuk ke dalam lubang pori-pori dan membersihkan kotoran yang terpenjara. 


Ini bukan tilik nasib la, sengal...


Benda basic terakhir adalah membilas sabun cuci muka tadi dengan air sejuk. Basuhan akhir dengan air sejuk ni adalah untuk mengecut dan menutup balik lubang pori-pori kulit muka. Bila lubang pori tertutup, takdelah kotoran masuk selagi muka korang tak mula berminyak. Basuh muka dengan air sejuk ni juga akan menyegarkan dan menegangkan kulit muka. Kalau korang ikut sume step ni, korang akan terasa kulit muka tegang semacam lepas habis cuci.


Last skali, lap dengan tuala bersih yang kering. Bila aku kata lap, maknanya lap. Tekan tuala kat kulit muka semata untuk serapkan air pada tuala. Jangan gosok muka dengan tuala tu gaya macam nak sental kulit berdaki kat belakang badan korang. Tak sama ok. Kulit bahagian muka lebih halus dari kulit badan. Tak boleh nak dera sangat area kulit muka ni.



Jangan sesekali...

  • ..guna air mendidih untuk basuh muka. Tapi boleh guna air mendidih dan tuang dalam mangkuk. Lepas tu boleh masukkan sepaket maggi.
  • ..guna skrub terlalu kerap untuk mencuci. Boleh guna paling jahanam pun sekali sehari. Selainnya sila guna pencuci muka krim biasa. Sebab, penggunaan skrub yang selalu sangat akan merosakkan kulit muka.
  • ..gosok muka kuat-kuat waktu pakai skrub sebab biji-biji ni akan menipiskan kulit muka kalau selalu buat macamtu. Pedih kulit tu nanti.
  • ..bilas sabun cuci muka dengan air sirap. Aku cuma katakan bilas dengan air sejuk. Aku tak kata bilas dengan air-teh-o-ais-kurang-manis-satu-Siaappp!!!



p/s : Cara ni untuk lelaki dan perempuan. Untuk yang separuh-separuh pun boleh guna sama.

16 tindakbalas kimia:

bella luna said...[Reply to comment]

agak2,ko buat tak yang basuh muka dengan air suam hangat tu?hehe

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

ingat bagi mereka yang masih mamai baru bangun tdo sila pastikan bebetul yang korang kenal yang mana pencuci muka dan ubat gigi

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Bagus budak ni. Sapa2 yang single elok cepat2 tackle. Dahla cantik, tak kedekut ilmu plak tu..cuma sengal sikit jer hihihihihihihi

Thanks info pasal jerawat ni. Akak suka :-)

Cik Muda Sae said...[Reply to comment]

hahaha...aku baru nak guna air rebina....~ ne tau ley jadik kulit cam ko kan ungu...ahahahaha~

sara pedrosa said...[Reply to comment]

aku ada nk tmbah skit ye cik ungu.
ni aku dpt msa tngok video rahsia awek muda makcik jepun. umo 55 tp cam awal 30-an

tips dia, tang guna air sejuk tu.. lagi sejuk lgi bagus katanya, air dr peti ais boleh la tu.

bila cuci plak, gosok guna 2 jari aje..afdal jari manis n jari hantu. Efek lebih lembut, guna lima2 jari pressure kuat maka boleh jahanam sel2 kulit sedikit sbanyak katanya.

Kalo yang jenih kuku pnjang, elak kuku dr kena kulit muka..senang2 potong terus aje.
;)

sha my heart said...[Reply to comment]

nak guna air oren la, cantik muka siap ada vitamin C lagi. haha~

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

wah akak ada buat segmen kesihatan dan anda ea..hehe

thankz 4 sharing kak,patut pun cantik:)

hiro said...[Reply to comment]

hihihi..

hanafijaafar said...[Reply to comment]

kau kata hari tu nak buat video untuk benda ni, sampai hati kau tipu aku kan...

shedameor said...[Reply to comment]

whoaa. da macam doktor pakar kulit pulak. haha

ika said...[Reply to comment]

mesti kulit cik ungu giler kentang licin nak mampus ibarat kulit epal...

Tapak Kaki said...[Reply to comment]

first time aku dengar lubang pori-pori.. dah macam si pari-pari pulak aku rasa..haha..

noor sakinah said...[Reply to comment]

tips lagi.. air kosong 3 liter. tak pun 25kg berat badan = 1 liter air kosong. konfen kulit bersih

bella said...[Reply to comment]

salam cik ungu :)

sy ada nak tambah sikit..heee
selain splash dgn air suam,boleh juga wapkan muka dengan air suam + daun bunga tahi ayam. fungsinya adalah untuk mengecutkan jerawat sedia ada.

caranya : didihkan air beserta daun bunga tahi ayam..setelah air mendidik, tutup api. dan wapkan muka selama 15-30 minit.. insyaALLAH lama kelamaan jewarat akan kecut dan mula hilang :)

ummi said...[Reply to comment]

perkongsian tips yg sangat menarik sekali.. :).. tips elak jerawat

Clara Cutez said...[Reply to comment]

BAVETLINE Agen Judi ONLINE
Bavetline Agen Judi 30%
Daftar
Bonus
Deposit
Withdraw
Peraturan
Prediksi Bola
BAVETLINE Deposit Awal 30%
BAVETLINEOKE Deposit Awal 30%
BAVETLINE TERPERCAYA Deposit Awal 30%