Friday, October 21, 2011

Untuk Perempuan Yang Risau Dengan Jerawat


Bismillah


Bahagian 1 : Jerawat


Jerawat ni selalu dicemuh dan dikeji masyarakat. Apakah salah jerawat sebenarnya? Besaarr!! Sangat besar salah jerawat sebenarnya. Jerawat lah punca kenapa kita tak datang kenduri kahwin orang. Jerawat lah punca kenapa kita mengelak bila pakwe ajak kuar makan. Jerawat juga lah punca kenapa kita tak dapat A dalam peperiksaan. Jerawat memang menghilangkan fokus, membantutkan keyakinan diri serta menghabiskan duit dek kerana nak beli macam-macam produk.




Aku macam tak pasti kelayakan aku nak cakap pasal jerawat sebab kulit muka aku pun takde lah setaraf sutera. Untuk pengetahuan, aku tak pernah ada produk tetap yang wajib aku pakai. Aku tak pernah ada produk pencuci muka yang tetap. Tak pernah ada toner segala bagai (aku baru tau apa itu toner selepas hidup 23 tahun). Aku tak ada tepek timun, tomato, kentang mahupun kulit durian pada muka. Aku tak pernah menjadi pebeli produk kecantikan yang tegar. Aku tak pernah ada pantang dalam pemakananan. Tapi ramai yang buta selalu bertanyakan tentang kulit muka aku.


Baiklah. Buat perempuan-perempuan bombastik di luar sana, tak perlu risau sangat tentang jerawat sebenarnya. Setiap yang baik tu ada keburukan. Muka aku memang sangat susah nak dihinggap jerawat. Aku pun tak pasti apakah hina sangat kulit muka aku ni sampai jerawat tak sudi nak tumbuh. Tapi aku rasa ini kelebihan jenis kulit muka aku. Untuk pengetahuan, kulit muka aku sangat senang nak jaga. Caranya adalah, tak payah jaga. Tak payah rawat. Tak payah facial bagai. Ya. Aku serius. Dan aku tak perlu nak stick kepada satu produk. Hatta kalau pencuci muka habis, aku masih boleh cuci muka guna sabun mandi badan tanpa merosakkan kulit muka.


Bunyi menarik,kan? Tunggu. Jangan nak bertepuk-tampar dengan jiran sebelah sebagai tanda kegembiraan sangat. Seperti yang aku cakap, setiap kelebihan tu ada kekurangan. Dan kekurangan kulit muka macam aku adalah senang terbakar. Bila aku cakap terbakar, aku tak maksudkan siat kulit muka dan lempar dalam kuali panas. Tolong jangan buktikan kebodohan di sini. Tolong.


Abaikan kehodohan,fokus pada kulit sahaja.
Macam jahanam perangai..
bajet kulit cantik sangat.

Aku maksudkan muka aku cepat sunburn. Dan bila ini terjadi, muka aku jadi pedih. Dan aku pulak suka menyeksa muka sendiri dengan aktif panjat gunung walaupun panas dan bersukan di tengah-tengah padang di tengah hari. Ini kekurangan kulit muka aku. Ya. Kulit muka aku sangat halus. Walaupun takde masalah, tapi tetap ada sakitnya. Tapi bila dah sunburn, kulit aku cepat mengelupas dan beberapa hari pastu dah ok.


Kesimpulannya, bila muka korang jenis berjerawat, tu tandanya kulit muka korang lebih keras. Dan korang tak mengalami macam apa yang aku alami. Mungkin ada, tapi tak seteruk orang berkulit macam aku. Jerawat setakat 3,4 ketul tu takyah nak risau la sebab itu kan pemanis muka. Bila korang duk pakai produk macam2 nak hilangkan jerawat tu, tu yang kulit mengelupas sana sini sebab produk yang menghilangkan jerawat ni biasanya kandungan asid tinggi. Dan bila duk mengelupas je, kulit korang jadi nipis secara tak semulajadi. Walaupun kulit korang akan baik selepas terseksa, kulit korang selepas itu akan menjadi sensitif dan kesan jangka panjangnya pun mengerikan. 


Ayah aku tak bagi kitorang pakai pencuci muka sebenarnya. Ayah aku ni memang alif-ba-ta sikit. Bila kakak aku sebok nak hilangkan jerawat dia dulu, ayah aku cakap ;

"Apa sebok nak pakai itu, pakai ini. Benda tu kan banyak bahan kimia. Nanti muka kau lagi teruk. Nak muka bersih kena rajin cuci guna air bersih. Amek air sembahyang.."


Pedih,kan..? 



Tapi kalau jerawat tu jenis luar biasa. Ruam, sakit kulit, atau se-agama dengannya, sila lah pergi jumpa pakar. Tolong hentikan alternatif nak kikis jerawat guna pisau lipat. Tolong jangan bangang sampai begitu.



p/s : mana tips nya? bodoh je kan. Takpe. Bahagian lain.



21 tindakbalas kimia:

Umie Artoqiemie said...[Reply to comment]

bapak kau ohsem hahaha ^__^ yeahhh

Juno said...[Reply to comment]

kulit aku normal. jerawat seketul dua. cuma kulit aku ni cepat hitam kalau tadah dekat matahari.
mula mula kemerahan, lepas tu jadi ne-yo sehari dua.

dan aku tak pasti kenapa aku curahkan masalah aku kat sini.

Not so Randy said...[Reply to comment]

nak hilangkan scar jerawat pliz??! haha

RAIZAN said...[Reply to comment]

>.< Haha! Akak! Sy paling banyak jerawat time Form 2! Muke selenge giler time tu! skang x da..haha! =P

Akak, mmg xpenah ade jerawat kan? Kulit jenis suci~ =D

ai n i s h a f i qa said...[Reply to comment]

uwahh!syanteknye kulit dy, btw thanx 4 the info~=)

Tukang Karut said...[Reply to comment]

amek wuduk tu tips la tu... memang betul pun...

Cik Yana said...[Reply to comment]

Terbaik lah bapak cik Ungu. Hehehe~ cik Yana naik jerawat time nak datang bulan je. Dia bagi sebijik besar pulak tu. Hahaha~

Sizzling Suzai said...[Reply to comment]

hahahhaa..sy mmg terpanggil tuk bace ni kak..alahh actually it depends on individual's skin la..de y over sensitip cam sy payah kot..kak klu takat sketul 2 nk bising mmg la kt jd geram kn..tp klu berketul2 habes satu muke xtakkan nk diam kot!! haha..tula in d end G JUMPE PAKAR yerrr =P duit pon habes yerrr! hahaha..

Shawn Razaleigh said...[Reply to comment]

muka gua ada iras2 faizal tahir, macam mana nak ubat, tips pleaseeeeeeeeeeeee



kah3. awrrr

Anak Wak Mail said...[Reply to comment]

aku selalu tonyoh ngan berus sabut je nak hilangkan jerawat..:P

suk said...[Reply to comment]

orang kata jerawat ni tandanya kita masih muda remaja.


eh cik ungu xde jerawat? ok. tua.

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

muka kau bersih la, kulit licin. aku tumpang bahagia. Eh?! aku jeles sebenarnya..

*suka dengan tips amalkan wudhu' tu.. InsyaAllah muka bersih dari kotoran dan bercahaya di akhirat kelak..

InsyaAllah~

zer0xs said...[Reply to comment]

tips menghilangkan pipi bebola ikan?

~ cik AiN pinky ~ said...[Reply to comment]

tahniah cik ungu sbb kulit ko licin n cara nk jaga ialah xyah jaga. wow..! (aku jeles sbnarnye)

aku sgt setuju pasal amik wuduk tu. itu lah pencuci muka paling mujarab. yup...betul...! bkn stakat membersih + berseri2 lagi tau...

thumbs up cik ungu...!

bella luna said...[Reply to comment]

wah jelesnya,hanya itu yang mampu aku ucapkan,muahaha,.tapi aku setuju ngan ayah cik ungu, basuh muka ngan air bersih adalah pencuci yang paling bagus,.baru 2,3 hari lepas aku kena brainwash basuh muka pakai air biasa je,.tak perlu nak guna pencuci muka bagai,huhu

Cik Muda Sae said...[Reply to comment]

MORNING..~!

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Haiyaaaa...ayah Cik Ungu tu sangat awesome. Kalau akak yang kena macam tu.. confirm akak duk diam diam dalam laci..

cheqwa said...[Reply to comment]

WOW,KOMENG I JADI ISU UNTUK WAT ENTRY CIKUNGU LAAAAH! terharu i...sayang cikungu.sobsob :'D hahaha.cegampang!naseb baca balik entry2 cikungu,kalo tak,tak perasanlah entry ni!

untunglah kulit muka cikungu,cepat sakit,cepat lega.haha...cheqwa banyak kot jerawat kt muka.kalo cikungu tengok,mesti takmo kawan cheqwa.MUAHAHAHAHAHA :p

Anonymous said...[Reply to comment]

muka aku start berjerawat masa umur aku 24tahun..dulu kulit muka aku mcm budak ni la..sekarang umur aku 27thun..jerawat x hilang2 lagi..

Biz Cantik said...[Reply to comment]

cik, sy bkn nk promote tp nk tlong kwn2 yg ad mslh kulit. sy dlu bnyk jrawat jgk, then sy guna Vitamin C Organik 500mg. skrg kulit sy b'ansure pulih.. skrg femes sgt klau bab2 jrwat dan resdung ni. boleh la usha2 dlu ye.. tiada bhan kimia..

dila said...[Reply to comment]

Cantiknya awak