Wednesday, October 19, 2011

Untuk Kau Yang Frust Cinta


Bismillah


Aku tau ramai kat luar sana tu tengah frust sebab putus cinta. Putus cinta dari relation yang bukan bulan-bulan, bukan 2,3 tahun. Lama. Cukup lama untuk korang masing-masing berniat dan berfikir tentang rumahtangga dan berharapkan masing-masing membimbing sampai ke syurga. Aku tau ramai.


Untuk kau yang suka kaler pink dan suka main netball.

Untuk kau yang suka lepak kat Restoran Awe dan suka rempit motor.

Untuk kau yang kurus keding dan nama nak sama dengan aku.

Untuk kau yang suka pakai tudung senget dan gelak sambil tutup mulut.

Untuk kau yang selalu panjat gunung dengan aku dan suka makan burger kat Wendy's.


Dan untuk ramai lagi orang kat luar sana yang aku tak kenal.


Aku malas nak cakap panjang lebar lagi. Aku harap ini dan ini dapat sedarkan korang. Sikit.
Cuma tolonglah kuat. Aku tak dapat tolong apape. Kita rapat ataupun tak, kenal ataupun tak, aku sayang korang sebab korang tu manusia macam aku. 

Sebelum bercinta sangat, tolong ingat yang tak ada benda atas dunia ni yang kekal. Semua benda yang dicipta dan diberi Allah, takkan kekal. Hidayah pun boleh ditarik balik, inikan pulak perasaan cinta. 

Yang berkahwin pun boleh bercerai. Bukan berdoa. Tapi kalau korang letakkan Allah paling atas, korang mesti tau yang tak ada benda kekal atas dunia  ni. Kalaupun cinta tu sampai akhir hayat, bukan ke ajal tu satu perpisahan juga? Dan kalau jadi macamtu, bukan ke kita kena bersedia untuk kecewa dan sedih?


Untuk kau, kau, kau, kau, dan kau.
Tolonglah kuat dan tolong jangan mati sebab cinta macamni.




Jangan kata aku tak faham.


Aku sangat faham...










Moral of the story : ..sebab aku tak mati.




15 tindakbalas kimia:

Tukang Karut said...[Reply to comment]

putus cinta? makan lagi best la...

RAIZAN said...[Reply to comment]

We are in same boat but different destination. =( Akak....I know u r in trouble now.... be patient. . .
Trust u...n I know u can be patient.

Chill out sis! >.<

ZURAINI said...[Reply to comment]

btol tu. Stiap yg jumpe pasti berpisah. stiap yg hidup pasti akan mati.

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

saya sering diluka tatkala hati baru mula nak berbunga..
sobbsss.. T__T

nub said...[Reply to comment]

masalah manusia sepanjang zaman.....

cinta

khaifaiz said...[Reply to comment]

adakah itu engkau?

Blueice Butterfly said...[Reply to comment]

~nice entry..teruskan kuat semua!!^_^

IEQAH said...[Reply to comment]

dear..mmg betul like you said..but when we feel it n cinta itu betul hancur sakitnyaa sampai mati laa dear.. Hopefully ieqah tak rasa semua tu and kena berusaha supaya ALLAH yg pertama..doakan :)

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

alhamdulillah aku hidup lagi :) ko jgn risau :P

~ cik AiN pinky ~ said...[Reply to comment]

nice entry...aku putus cinta dh dua kali..tapi dua-kali aku yg tinggalkan merekan. masa mula-mula becinta. janji dgn diri xmo tinggal die. tapi jgn jadi bodoh plak kn. dek kerana die buat perangai kite nk petahan cinta konon. mcm cik ungu ckp. Allah tentukan cukup sampai situ. kalo pikir, rase mcm susah nak hadapi bile sakit hati. tapi bile dah jadi rase tenang pulak. sbb semua dh tertulis kn...

AdaApe..? said...[Reply to comment]

apa tu cinta???huhu

Cik Muda Sae said...[Reply to comment]

kecewa dengan cinta manusia...

fatinizzati said...[Reply to comment]

aku pun dulu pernah putus cinta. seriously aku perit and kecewa gila2. then waktu tu baru aku realised what important is bawa diri kepada yang satu, ALLAH. and now alhamdulillah aku dah tenang sepenuhnya. tak perlu sebab cinta kita nak jadi huru-hara.

NoYB said...[Reply to comment]

Betul cakap cik ungu,...Letakkan cinta pd yang teratas terlebih dulu...insyaAllah, semua akn dipermudahkan...amin...

Be strOng! ^___^


JOm bacer... :Oh, tidak! Kan dah NAIK...!!!

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Cinta pada bunga, bunga akan layu..


cinta pada manusia, manusia akan mati..

Cinta pada Allah, cinta yang kekal abadi..