Tuesday, October 11, 2011

Masa Untuk Riak, Takbur, dan Bongkak


Bismillah


Sebulan lebih ni kat tempat aku belajar, tengah ada ESGame anjuran Kuliyyah aku. Benda ni tiap tahun ada dan tiap tahun aku menyibuk nak masuk. Satu lagi program sukan yang meletop kat sini adalah University Sport Carnival (USC). Yang USC ni aku masuk 2 tahun je atas sebab-sebab peribadi. Owh, bukan.. Bukan aku cuti berpantang sebab bersalin. Tolong jangan buat kontroversi kat sini.

Jersi dah jersi futsal. Kalah gak. Guane mung??

ESGame selama ni terbuka kat student Kuliyyah aku je, tapi tahun ni dia buat open. Biadap,kan? Saje nak suruh aku kalah,kan? 27 Sept baru tau ada tournament, 28 Sept baru nak buat team dan baru nak hantar borang, 2 Okt dah start tournament. Kepala hotak, bukan? Bajet star je nak masuk last minute camtu. 


Semua star tu. Kapten die yang tengah bongkok
tu je tak star.Aku la tu. Demm..

Aku bertindak selaku kapten, telah menyumbang kepada kekalahan team kami. Macam jahanam punya kenyataan. Pahit, namun berkatalah benar. Turun training pun sempat 3x je. Tu pun tak berapa nak training sangatlah. Gelak-gelak, borak, mengumpat. Patut la tak berkat. Kan dah tak menang. Demm lahh...




Budak-budak team aku, Ida, Afzan, Amal, Pa'a, Oja dengan Miza. Sorang lagi senonoh je tak datang langsung sampai habis tournament. Sabar je la aku. Banyak gak duet fee yang burn sebab aku tolong bayarkan lebih. Konon baik,kan? Duet tu oi..duet.. *kesat peluh~

Registration start pukul 8 pagi. Gila la tu. Dorang tatau agaknye jam tangan aku memang takde nombor 8, 9 dan 10. Nak taknak aku terpaksa jugak bangun pukul 11 ke atas.

Kukuh kan alasan aku..?
Ya. Terima kasih.


Hek elehh... Lari gaya nak sungguh-sungguh je kan. Nampak sangat tak dapat bola. Hahaha. Bongok ape aku memalukan diri sendiri macamni.


Game sepatutnya start pukul 9. Tapi macam biasalah, melayu kan. Aneh la kalau program tu start tepat pukul 9. So, sambil-sambil nak tunggu game start, macam biasa.. 

Apa?
Warming up?
Stretching?

Tak kuasa mak Jemahh.

Sambil tunggu game start mestilah kitorang borak-borak sambil mengumpat team-team lawan. Sambil kebas kek pisang ahli committee, dengan mulut penuh, kami gelak-gelak sampai tersembur-sembur. Haaa.. takut kan nak kawin dengan ahli team aku? Bhahahha!!



Main tak la hebat pun. Tapi sejak aku sekolah lagi, tiap kali ada tournament, tak kesah la sukan apa pun.. Prinsip sukan aku adalah 'Biar kalah, asal bergaya' Tu yang walaupun tak menang, muka masing-masing nak yakin je kan. Macam bangang.

Pukul 12 tengahari camtu baru kitorang gerak gi lunch ramai-ramai. Mana-mana pergi semua orang tanya pasal jersi. Hahaha! Rasa hebat sebab jersi cool je. Kalau tak, memang jalan tunduk kepala. Tu pun kira ok. Ikutkan hati nak jalan sambil letak kepala dalam kasut.


Over kan hiperbola aku?


Amal jadi model jap.




By the way, bebeh. Kalau nak beli jersi FBT ni, boleh roger aku. Sumpah tak tipu. Tu diaaa... gambar penutup promote baju ok. Serious buyer only! Hari tournament tu ada 3,4 team beli jersi kitorang camni. Kaler je lain. Kelasss kau Jemahh..!


Biar Kalah, Asal Bergaya ~



Ok la tu,kan? Nombor 3 tak di-consider kalah,kan..? *sedapkan hati ~



Moral of the story : Minggu ni tournament netball pulak. Wish us luck !~


15 tindakbalas kimia:

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

ko yg mana satu?yg pehanya ukur lilit 21 inci tu ke?time tepi padang je nmpak muka ko.hahaha

Ku Azhar said...[Reply to comment]

waaaa gambar cantik2!!

khaifaiz said...[Reply to comment]

tahniah

YOUsoF said...[Reply to comment]

Training 3 kali, dapat tempat ke-3. Ngam la tuh! ;D

Hehehe dah menang gaya pun ok la kan, dapat cover sikit rasa kecewa dan malu tu..

Bagi yang terbaik untuk netball ok!

Juno said...[Reply to comment]

retis hotsetap jaguh gelanggang rupanya.

puihh!

mari, takraw.
aku yakin kau balik menangis.
*smugface

NoYB said...[Reply to comment]

hahha....gud Luck ok...biar kaLah, asaL bergaya...cuNNnnn..! ^____^

RAIZAN said...[Reply to comment]

Salam! Kak! Hehe! Terbaiklah kak!
Saya musykil! Sape la yang main futsal pakai seluar bell bottom tu?O.o

Haha! Tempat ke-3 ea? Yang masuk pun tiga team kot~ Lalala~ >.<

BTW: U look nice in jersy~ hehe! =p

Tukang Karut said...[Reply to comment]

comey comey nya... nak main gak boleh?

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

bergaya je lebih.. :P

VanillaKrimSoda said...[Reply to comment]

kenapa sekarang baru bagitau website jersi tu.!! demmm!!! terlambat...

caliph shuriken said...[Reply to comment]

lawa jersi mcm star, hukk...

Anonymous said...[Reply to comment]

amal tu amal hakimah ke awk? -nisfami-

shedameor said...[Reply to comment]

jangan nak kecewa sangat la kann ? da memang tak pandai main, terima la ape yang sepatotnya dapat. hik3

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

uu..hebat men futsal tu..hoho..
no 3? not bad la..

bella luna said...[Reply to comment]

aku rase sbb ko training 3 kali sebab tu dpt no 3, cube korunk training sekali je, mesti johan,.hehe,nice jersi,.seriusly, how much is it? lau mampu boleh la aku order,uhuhu