Sunday, October 16, 2011

Jangan Malukan Diri Sendiri


Bismillah


Aku yakin korang semua tahu macamana rupa baju melayu. Lelaki ataupun perempuan, aku dengan kegigihan yang tinggi sangat pasti bahawa korang mengenali baju melayu. Kalau korang adalah orang melayu, tapi tak tau rupa baju melayu, sila tonggeng sekarang sebab kaki aku berebut-rebut nak terajang. 


Baju dan seluar yang berwarna sepasang digandingkan dengan kain sampin untuk menyerlahkan ketampanan jejaka melayu. Tolong jangan gelakkan kehebatan garapan bahasa klasik aku kalau taknak kena lempang. 


Korang tau kan tahap kebijaksanaan aku..?


Ia adalah pada tahap kurang 0.001 dari mencecah skala peringkat 'genius'.
Kalau setakat soalan 'binatang apa keris di kaki?' tu, aku memang takkan jawab sebab bukan standard aku nak jawab soalan cikai macamtu.



Sudah.


Sudah-sudah la muka kagum tu.
Penat ok tengok muka kagum korang setiap kali baca entri aku. 
Penat merasakan perasaan riak macamni.


Kebijaksanaan aku ni dah terserlah sejak aku kecik lagi. Waktu tadika. Aktiviti bosan macam mewarna..? Geli ok nak buat aktiviti yang tak mencabar camtu. Tapi aku terpaksa lalui semua tu. 


Bila cikgu bagi kertas ada gambar lelaki pakai baju melayu, sampin dan songkok, aku gembira sangat sebab aku dah terbayang huruf 'A' besar-besar kat sudut atas kanan kertas tu nanti. Aku amek pensel kaler Luna, dan terus kaler sambil bagi pandangan komfem-aku-kaler-cantek-dan-korang-komfem-hodoh pada kawan-kawan sebelah. Aku jeling kertas diorang. Cara diorang kaler gambar baju melayu tu semua sama je.


Huh..
Penataan warna kurang jelas.
Sempadan lukisan dicerobohi oleh warna tanpa isu-isu kebuluran.
Sudut pewarnaan tidak sekata dan konsistensi kabur.
Sudut jangkauan pesimistik dan optimistik tak sejajar dengan gerakan tangan.
Efek koleografi kurang pengenalan medifikasi tidak mencerminkan pewarnaan strategik.


Bosan... Bosan... Bosan... 



Siap! Masing-masing hantar gambar ber-kaler tu. Ada yang dapat B, B+, paling hebat pun A--. Aku senyum sinis-geli tengok gred diorang. Dalam hati kata 'hodoh camtu pun boleh dapat A...'. Bila cikgu panggil nama aku, aku pergi ambik kertas.


Sambil genggam kertas, aku tanya kawan-kawan...

'Apsal korang kaler macamni?'


Diorang kata...

'Memangla baju melayu kaler macamni.. Kenapa awk kaler macamtu?'


Aku jawab..

'Saje.. ' dan terus berlalu.



*  *   *   *   *   *

Belakang pintu, aku tengok kertas gambar baju melayu tu. 
Baju kaler merah, sampin kaler hijau, seluar kaler biru.


Kenapa aku tak tau pun baju melayu dengan seluar baju melayu kena warna sama??


Aku tengok sudut atas kanan kertas aku.


C-.



Aku rasa nak berhenti tadika.




Moral of the story : Betul... Jangan malukan diri sendiri walaupun anda genius.


25 tindakbalas kimia:

Zemint Firdaus said...[Reply to comment]

lain kali wat warna pelangi ye..

kunci locker said...[Reply to comment]

apakah ini entri???hahahhaa...

RAIZAN said...[Reply to comment]

akak! Merah Itu Cinta~ Haha! Segan je. Da ter kaler badut~ Alalla~ Huhu!
Kenangan akak mmg bez la time kecik2!! Sy lak kaler ais krim x jadi ais krim! Huhu!

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...[Reply to comment]

haha... seni ape... sptutnye cik ungu kene dpt A+ siap ngn bintang lg..huhu

sis92 said...[Reply to comment]

hehe..tulah lain kali jgn pandang sebelah mata
tkpelah kanak2 ribena mmg begitu :)

suk said...[Reply to comment]

ye saya faham perasaan menjadi genius. kadang kala kita perlu menyorokkan kegeniusan kita untuk lebih mudah bergaul dengan orang kebanyakan.

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

wakakakakakaka :P
tu lah,., berlagak lagi... :P

MakNgah said...[Reply to comment]

baju melayu style bangla punya

EmpayarUtama said...[Reply to comment]

Kira ok tu. Anak aku kaler Bendera Malaysia sempena sambutan Merdeka baru ni selagi ada warna semua diletaknya. 24 kaler pensel campur 24 kaler krayon hehe. Katanya nanti nak asah kaler pensel jadi sama tinggi. Genius dia atas sikit dari aku gamaknya huhuhu

CiK GorGeouS ! said...[Reply to comment]

eehhh...itu baru seni Lah ! =)

IEQAH said...[Reply to comment]

untunglaaa si chomel kita ni suka buat kita gelak laaaa :)

Cik tikah said...[Reply to comment]

jarang ada org ngaku dia genius. org x taw malu je ngaku. hahaha... :P

khaifaiz said...[Reply to comment]

ko hebat cik ungu... pandai pegang pensel colour

~ cik AiN pinky ~ said...[Reply to comment]

sabor je lah mak jemahh...lawak je lah cik ungu nih. hahaha

Juno said...[Reply to comment]

Tahu C untuk apa?

C = Cikai.

*jelir lidah, berlalu pergi.

shedameor said...[Reply to comment]

meluat melihat kebodohan diri sendiri kann ? hik3

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

aku rasa tindakan ko utk berhenti tadika dulu adalah pilihan yang tepat!

Tukang Karut said...[Reply to comment]

ok la tu... ada gak kaler2... kalau aku, lukis orang lidi pakai bj melayu je... tak perlu nak kaler apa2...

Radsmil said...[Reply to comment]

dalamnya bhasa.. ssh nk fhm..tpi nice entri...:)

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

haha.akak korean kan?dimaafkanlah tak pernah tgk baju melayu cane:P

NuR 'aQiLaH said...[Reply to comment]

kalo bangang tp wat2 genius cane cik ungu? huwaaa T_T

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Mencabar betul baca entry awak ni hahahaha. Baju melayu kalerpul..kehkehkehkeh..

Wan Zaleha Zain said...[Reply to comment]

colourful sungguh !!! warghhhh. :P

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

kau seharusnya masuk Universiti masa umur 5tahun. kau terlalu bijak. ngeh!

Blueice Butterfly said...[Reply to comment]

~gila kreatif..hehe cikgu teruja tue yang dapat C untuk cantik..hehe :)