Saturday, October 1, 2011

Follow Punya Hal Pun Nak Kecoh..


Bismillah


Ehh.. Tiba-tiba aku klik 'follow' button kat blog korang. Takjub? Pelik? Musykil kenapa Mulan Jameelah nak follow blog korang yang cuma cerah sikit dari kaler blog aku tu? Ni personal opinion aku. Jangan nak terasa hati, atau terluka-hati-terhiris-sembilu atau nak wat follow up post sebab tak puas hati. Diulangi, ni personal opinion.

Aku klik button 'follow' tu bukan sebab tersalah tekan atau nak saje nak test button tu meletup ke tak. Jauh sekali aku dibomoh orang. Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan aku follow blog di atas kesebaban yang tersebab.


1. Entri 100% best. Aku tak jumpa lagi blog yang dari post pertama sampai yang latest, semua best. Tapi majoriti entri-entri yang ada mesti best. Bagi aku, entri best tak semestinya mesti kelakar-kelakar gaya kalau baca harus meninggal mulut ternganga atau rahang senget sebab ketawa banyak sangat. Entri best bagi aku boleh jadi kelakar, entri makan dalam, entri jenis jentik hati a.k.a touching atau entri sukahati-aku, yakni entri merapu meraban tapi grab attention mata aku dari awal sampai habis entri.

2. Satu kenyataan yang pasti, aku tak follow blog korang sebab korang cantik atau hensem. Kalau korang memang cantik, tapi entri biasa, memang harap dimaafkan. Apa? Jeles sebab diorang cantik/hensem? Oih.. tak payah nak jeles sangat la kan. Cantik luar cantik dalam cantik dengar sini pun, segala pujian cuma layak untuk Allah aja. Takde kena-mengena dengan blog ok. 

'Jemahh..cantiknya kauu! Jelesnyaa!'

Apsal nak jeles? Dah rezeki dia kat rupa, rezeki korang pun melimpah-limpah kat bahagian lain. Apa ada hal? Nak puji memang la boleh. Nak kagum. Tapi hati tu kasi setting supaya selalu  ingat setiap kejadian tu dengan izin Allah. Mulut puji, hati tu kasik mustaqim sikit. Tolong ingat ketat-ketat. 

Oii.. Ni apahal sesi tazkirah sebelum Subuh nie?

3. Walaupun blog biasa, penulisan biasa, segalanya biasa, tapi aku mampu tewas dan terus patuh mengklik button follow dengan penuh jatidiri, hanya bila ownernya seorang yang peramah. Kalau blogwalk tu, dia punya jejak kat chatbox tu je mau 6 harakat punya panjang. Dan kadang-kadang pulak komennya walaupun tak panjang, tapi nampak friendly. Kelakar. Yang jenis ni memang aku suka. Betul la kata orang, kalau dah kita baik, kita takdepape pun orang tetap suka. Tak perlu gigih sangat nak buat macam-macam bagi orang suka.

4. Walaupun possibility rendah, tapi aku masih kadang-kadang follow orang sebab blog cantik. Walaupun aku tak minat apa benda yanng diorang duk taip kat entri, aku follow jugak sebab blog cantik. Tak ke sengal alasan aku follow orang? Buat lembab loading reading list kat dashboard je. Dah sah-sah aku tak follow up. Penegasannya di sini, tulisan datang dulu, rupa blog datang kemudian.

5. Sebab korang kata korang dah follow aku, so aku terpaksa la follow korang. Kau ingat aku rela? Haa..nampak? Tak best kan bila orang cakap camni. Tapi benda ni berlaku kadang-kadang je, Aku usha dulu blog tu. Kalau aku rasa aku boleh pergi, aku follow balik. Kalau tak, aku terus gi Giant beli syampu Follow Me. Dan lebih jarang berlaku aku follow balik walaupun aku tak suka blog tu. Mood ni datang bila tengah ada aura-aura tengah mulia pekerti.


Ok. Dah bebel sehabis syarat. Sekarang time untuk makan ubat dan tido. Esok ada training ragbi. Haa..sape percaya memang bengap. Sekian.



Moral of the story :  Buat la apape kau suka, janji tak terlalu annoying. Geli ah.






21 tindakbalas kimia:

Ku Azhar said...[Reply to comment]

6 harakat?? panjang kowt?? haaa..jap nk tnya..ku dh follow lma dh...hehehe blog ku penulisan ok ke x ok? berapa peratus ek? heehhe...jjur tau! :D

El said...[Reply to comment]

hah. betul. entry camni dah simpan dalam draft tak publish2 sebab otak jem tak mampu sambung. sama la kita bab ni.
high 5 guna kaki sikit! :D

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

saya suka cik ungu.. eh tak,. mksud sy, sy suka blog cik ungu.. sebab cik ungu senget.. haha..

cik ungu main ragbi, posisi mana?
goalkeeper ke?
wakakakaka :P

cheqwa said...[Reply to comment]

cikungu follow saya kenapa kenapa???haaaa,sebab suka saya lettew..hahahaha..pokcik gilo :p
like your entry! ^_^

bella luna said...[Reply to comment]

hehe, walaupun aku newbie,kdg2 annoying ngan perkataan follow me,.namun aku still m`follow walaupun tanpa ikhlas ;'(

Salwa said...[Reply to comment]

haha.Pagi-pagi dah tazkirah. Kite follow bile kite suke bace post kat blog tu. Btw, I suke setiap kali bace post, mesti nak komen, ntah. Puas hati dapat komen. Walaupun komen merapu tak tau la orang paham ke tak.hihihihi.

Cik Cyida said...[Reply to comment]

hahaha..
kte suka bce entry ni.

VanillaKrimSoda said...[Reply to comment]

lg satu.. keIKHLASan tu penting beb... kalau dah malas nak bace blog org tapi still pi jejak sane sini dgn harapan diorg jejak blog kita balik... xperlu lah kot.nnt kuciwa pastu emo kan..so tggu la rajin baru pi jejak sane sini dgn hati yg penuh ikhlas---> utk org yg malas blogwalkg macam aku... muahhaahah

Fara E's said...[Reply to comment]

haha , sebab follow , byk kes heh ;p

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

ko dh folow blog aku x??


hehe

:D

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

hehe ! totally agree meh.
aku jua begitu tidak kurang juga tidak lebih sama seperti kamu.
tapi, jangan tatau ada jugak yang sanggup unfollow bila kita tak follow diorang balik, lagi style bebeh.

Tukang Karut said...[Reply to comment]

aku pun tak tahu kenapa aku boleh terfollow blog ni... aduyai...

Chachos Cheezy Wedges said...[Reply to comment]

hahahaha.... sokong 120%!! point no 2 tuh bnyk ader kot... puiii!!

RAIZAN said...[Reply to comment]

Assalamualaikum!~ Baru balik dari trip~

Hehe! Saya ni kategori mane satu ye? Number 3 ke 5? =)
Haha! BTW kn kak, Akak main rugbi tu namapak bebenor tipu nye...xmgkin akak main rugbi~ Sy x caye...so x bengap la...hehe!

Ungu said...[Reply to comment]

Hmm. Patutlah kau tak follow aku. Sebab aku cantik.

HAHAHAHA
(gelak dengan kuat)

Ahem. Sorry tak kelakar. Aku tau kau follow aku.

layar_lara said...[Reply to comment]

sya angkat sepanduk tanda setuju...curtlassst kau jahhh...:)

khaifaiz said...[Reply to comment]

kenapa follower ko byk... aku jeles...

satu soalan juga tu... hahahahahha

ENCIK TIKUS said...[Reply to comment]

lu ni mesti pemalu kan kalau gua jumpa dekat luar ? hikhikhik

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

anim jumpa kot entry 100% best..belog kak mulan jameelah:p (hidung tak perlu kembang sangat yek)

A retarded kitty said...[Reply to comment]

Adalah sangat rare untuk berjumpa dengan penulisan blog yang best

penmerah said...[Reply to comment]

seyes, akak stuju tau ngn cik ungu. kdg2 bende kecik diperbesarkan . pelik pun ade.. tp nk jmpe penulisan yang best pun susah dh skrg.