Saturday, October 8, 2011

Aku Nak Puji Diri Sendiri. Kau Diam.


Bismillah


Dah 3 hari berturut-turut hujan. Bukan hujan style 'gerimis mengundang'. Hujan semua bagaikan taufan. Ok. Aku bukan nak cerita pasal hujan, sebab aku bukan katak. Aku juga bukan nak cerita pasal 4 helai baju yang aku baru beli, sebab aku bukan riak (Tak riak kejadah kau!). Jauh sekali nak cerita pasal aku ponteng kelas tutorial 2 kali berturut-turut, sebab aku taknak memburuk-burukkan diri sendiri. Haa.. Sekarang mesti korang nak kata aku bangang,kan? Takpe. Tak kesah. Nampak tak muka redha aku sekarang?


Persetankan mata juling air itu.

Anak sedara aku baru balik. Selepas dia selamat gigit lengan aku sampai biru dan cakar lutut aku dengan kuku panjang dia yang komfem banyak syaitan bergayut tu, dia pun melambai-lambaikan tangan dalam kereta dan cakap 'i love you,ciksu'. Keji tak keji perangai camtu? Dah buat aku cedera separuh mati, boleh lagi nak cakap i love you. Aaghh..!! Nasib la kau tu darah daging aku. Kalau darah daging orang lain, memang dah jadi chicken chop la. 

Kau tengok pic aku kat sebelah. Selain nampak gedik dan bajet, aku nampak penyayang,kan? Kau berani la cakap 'tak', kalau nak menemukan ajal di rel keretapi. Itu la rupa makcik sedara paling penyayang. Rela dicederakan demi melihat anak-anak sedara ketawa. Penyayang? Mungkin boleh dikategorikan bangang. Ya, mungkin. 

Owh. Tolong jangan puji tentang pic yang menunjukkan kerajinan study aku yang amat puaka tu. Buku tu terbukak masa nak amek gambar, tapi lepas dah amek gambar, entah macamana buku tu boleh terus ada dalam beg, Nampak? Nampak dah fungsi sebenar buku? Dan, owh.. kalau dah pernah nampak pic ni, maknanya korang ada Twitter aku. 


Macam Ciksu. Patut la comeelll..!! Yarabbiii..!!

Dan ini anak sedara yang paling hebat buat aku parah. Dan fon aku pernah hang angkara bakat melontar lembing dia. Nasik aku dalam pinggan pernah berenang dalam air sirap angkara bakat boling dia. Dan kepala aku pernah tanduk bola tanpa rela angkara bakat melontar jamratul aqabah dia.

Tapi macam yang aku cakap tadi, muka penyayang macam aku ni tak boleh nak marah la. Aku cuma mampu kata, 'Ehh Iman. Tak sakit sangat ni. Apa tak bunuh je Ciksu ni, kan senangg..'. Baik gila kan aku?

Aku tau sekarang ni korang semua tengah berebut berdoa supaya dapat jadi anak sedara aku.


Cukup. Aku rimas.




Moral of the story : Sedang menambahkan sifat penyayang untuk melatih bakat mendidik anak-anak sendiri. Nah kauu.. kontroversi ok ayat kau Jemahh..




24 tindakbalas kimia:

unguisme said...[Reply to comment]

saje komen..

ko tahu la aku kan.

mcm dh ketagih ngn blog ko~

hehehe :D

Niza Romli said...[Reply to comment]

haha...rilek la ciksu. Nanti iman wrestling ciksu pulak...oke dak?? huhu

alin alias said...[Reply to comment]

ciksu comey sangat, tu yang kena gigit..=)

zer0xs said...[Reply to comment]

erkkkk ni gambar baru iman ke? asal rambut die amat romeo? hahahaha

ai n i s h a f i qa said...[Reply to comment]

haha~~~ adventure cket ade anak buah cm2..hihi=) btw, cool~

Kathy Tuah said...[Reply to comment]

kesian ciksu :)

RAIZAN said...[Reply to comment]

Assalamualaikum! Aucak! kakak! >.< Hehe! Iman tu! Cm muke akak! ngee~ Berdoa ni..supaya jd anak sedara akak! =)

Hehe! Jemah bikin kontroversi! >.<

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

ciksu.. :)

Anonymous said...[Reply to comment]

muka macam mak awak la. sejibik! oh anak sendiri? jeng jeng jeng.. -nisfami-

Karimah Macho said...[Reply to comment]

ni first time komen ni agak2 dpt tak 7 mrkah extra yg dimaklumkn tu?hik3.. nway cute gile...ank sdara..mcm ciksu die jugek...:D

Tukang Karut said...[Reply to comment]

penyayang ke? nampak macam tak je!

dill said...[Reply to comment]

comel sangat itu budak!

dill.

Cik Miera said...[Reply to comment]

ye.. ko penyayang =.= haha

HerNameIsSha said...[Reply to comment]

haha comel gila ciksu n anak buahnye.. :)

cik bulan said...[Reply to comment]

meh aku puji ..haha..aku comel..kbai..:D

Juno said...[Reply to comment]

teruja pula perasaan nak mendirikan rumah tangga bila tengok iman.

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

adoi pening aku baca entry ko ni..walaupun ko tak bg aku cakap.tapi aku nak cakap sambil buat gaya tangan mcm karamsingh walia lagi.haha

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

ya ampun!comelnya iman..pipi dy!rasa nak bg penampo barang sebijik dua *eh tertaip pulak..haha

layar_lara said...[Reply to comment]

owwhhh...kesian ciksu...tp apadahal kan tuk anak buah tersayang...huahuahua

shedameor said...[Reply to comment]

berdoa agar anak sedara cikungu tak ikut perangai ciksu dia. kih3

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Anak sedara dengan mak sedara sama-sama comel.

suk said...[Reply to comment]

makbulkan lah doa hamba mu ini ya Allah.

bella luna said...[Reply to comment]

aku sekarang dgn khusyuknya berdoa agar dpt jadi anak sedara ko dgn harapan dpt bg pelempang berulang2 kali tanpa dimarah,hehe

YOUsoF said...[Reply to comment]

Budak comel, mestilah ada perangai yang comel macam tu. Baru lengkap pakej sebagai anak buah yang disayangi.. ;D



Semoga ciksu tabah ok heheh.