Monday, September 5, 2011

Tiba-tiba Entri Ilmiah. Biar Betul..



Bismillah


Terasa nak gi jalan-jalan cari buku kat MPH. Owh.. tempat feveret tuh. Selalu teringin nak kerja part time kat MPH atau mana-mana bookstore. Bukan niat nak kerja pun. Tapi nak baca buku free. Harus keji sikit perangai. 

Kalau korang rajin pergi bookstore, carilah tulisan-tulisan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Beliau antara penulis yang aku sanggup habiskan duit sebab nak beli buku. Tipulah kalau korang tak pernah ada buku dia. Aku rasa buku dia lagi best dari koleksi buku Harry Potter. 

Korang boleh jugak tengok tulisan-tulisan Habiburrahman El-Shirazy yang aku rasa korang semua confirm kenal. Beliau ni banyak tulis novel-novel cinta yang banyak diselitkan unsur-unsur untuk makanan jiwa dan rohani. 
Kalau korang suka movie Ayat-ayat Cinta, percaya cakap aku.. Korang akan berganda-ganda lebih suka baca novelnya. Movie tu dah banyak sangat bahagian-bahagian yang dipotong. Tapi dalam novel ni, walaupun dalam bentuk tulisan, hati boleh tersentap banyak kali. Serius korang akan menghayati. Satu lagi tulisan Habiburrahman yang buat aku menangis, tajuknya Dalam Mihrab Cinta. Ada lah beberapa buku tulisan dia yang aku kumpul. Ni bukan novel cinta lagha,bhai.. Nak anjakan paradigma, try baca.

Baru-baru ni aku dapat hadiah dari sorang teman akhi. Dia yang selalu rajin bagi peringatan kat aku. Buku tajuk Di Mana Dia Di Hatiku, tulisan Pahrol Mohd Juoi. Lagi sekali, bukan novel cinta. Bukan, bukan, bukan. Setakat ni belum habis baca lagi. Tapi boleh tahan la. Banyak madah, tapi madahnya semua berkait rapat dengan isi olahan setiap bab. 

Kalau rasa tak standard nak baca buku agama melayu dan rasa tak high standard, boleh la baca tulisan Harun Yahya. Siapa tak pernah dengar, boleh jalan kaki-ke-atas-kepala-di-bawah sekarang. Buku tajuk Deep Thinking. Serius kena baca. Semua explanation sangat jelas tapi pastikan kamus bersama-sama anda.

Ok..ok. Tak minat baca buku camni? Suka novel cinta jugak? Aku suggest korang beli buku-buku keluaran Ar-Risalah Product Sdn Bhd. Publisher ni banyak keluarkan buku-buku tulisan penulis Indonesia tapi dah diterjemah la. Kang berbelit pulak tali pusat korang nak faham slang Indonesia kan. 

Dan untuk pencinta novel tanahair, aku sangat-sangat suggest beli novel keluaran Jemari Seni Publishing, terutamanya tulisan Hlovate. Agama, cinta, muzik, extreme sport, medic, movie, pendek kata, serba lengkap! Hlovate memang akan terangkan dengan sangat terperinci apa-apa unsur yang diketengahkan dalam satu-satu konsep novel dia. Buat masa ni, semua novel dia aku beli. Dan lagi, Hlovate ni kelakar nak mampus ok. Kalau korang nak baca novel dia malam-malam, pesan kat mak ayah korang, supaya jangan laungkan azan tengah-tengah malam. Sebab yang ketawa mengilai tu bukan hantu, tapi anak diorang. 

Gila panjang siot.... Kagum dengan diri sendiri.



Moral of the story :
- Ilmu tu luas. Kena rajin cari. 
- Biar nampak macam bodoh. Biar pakai seluar rempit. Tapi dada jangan kosong.
- Biar nampak macam tak tahu, tapi ada ilmu. Jangan nampak pandai, tapi dalam kosong.




17 tindakbalas kimia:

khaifaiz said...[Reply to comment]

fuyyoooo... tabik spring ngan cik ungu

AdaApe..? said...[Reply to comment]

TERBAIK!!! nice info.. :D

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

novel ayat-ayat cinta mmg lagi lagi lagi best dr filem die.

aku setuju sgt tuh.

cik bulan said...[Reply to comment]

pakai seluar rempit??mcm kau je ungu oii..ahahaha

*larikkkkkkkk

aku slalu dengar je hlovate ni tp xpnah bce pon lgik..;s

si para para said...[Reply to comment]

kagum dengan kamu..

yang penting kena rajin baca buku..

emm bulan ni tak beli pun lagi buku..

muhamad hanif said...[Reply to comment]

aku bukan tak minat ilmu, tapi kurang sikit bab-bab membaca ni. Aku lebih prefer mendengar je.


HAHAHAHHAHA. teruk !

j b r said...[Reply to comment]

cita-cita nak jadi librarian eh?

budutaksedap said...[Reply to comment]

toksah la gundah jika body tak sesolid nasha aziz, mata tak secantik mila jovovic.. Itu semua parameter yang tak boleh nak diubah.. Tetapi anda mampu jadi makhluk yang paling istimewa pernah tercipta iaitu insan. Berperilakulah seperti seorang insan. Itu parameter yang mampu diubah..

ika said...[Reply to comment]

gila ilmiah...panjang plak tu...2,3 kali tertidur pastu smbung baca...=.=

Asyila Zainuddin said...[Reply to comment]

Hlovate best gile!! hehe..

suk said...[Reply to comment]

saya minat baca komik.

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

"Biar nampak macam tak tahu, tapi ada ilmu. Jangan nampak pandai, tapi dalam kosong."

saya suka ayat nie. :)


sy minat gak membaca, tpi taktau apa yg nak dibaca.. taktau buku mna yg best.. =.='

yg cik ungu cerita nie smua yg bgus2 lah ye?? nnti sy nak cari gak la..

terima kaseh bg info.. sobs.. *tba2 sedih T.T

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

pahrOl mohd juOi.

like him bery2 much. my idOl. buku die memang best2. yeaaw !

alhamdulillah cik ungu sudah mendapat cahaya keinsafan dengan membaca buku2 ilmiah. kikikiki !

mohammad nabil syahmi said...[Reply to comment]

nice..lama ta lepak kedai buku..

nurull-nurull said...[Reply to comment]

kau suka membaca..?
nice hobby seyh !

kagum..kagum..

kau buat aku nak beli buku-buku tu sume..~~

Syahbinar Shuib said...[Reply to comment]

yey ! sy pon suka mmbaca gak. huhu

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Kenapa ya saya suka baca entry ni. Garapan kata-kata meskipun sinis tapi ada benarnya