Wednesday, September 7, 2011

Takut Nak Beraya Rumah Skandal??



Bismillah 


Esok tengahari nak beraya rumah bakal mertua-ntah-jadi-ntah-tak. Hambeekkk! Direct tak direct statement aku kali ni. Aku yakin ramai antara korang yang nak pergi beraya rumah skandal masing-masing. Konon-konon nak beraya la, open house la, tapi sebenarnya nak tayang diri depan family si skandal tu,kan? Sambil kias-kias saya-la-boipren-anak-makcik. Dalam rasa excited campur takut. Takut pakai tak kena la, borak tak kena la, gerak pape pun tak kena. *mengeluh ~

Jadi lah diri sendiri. Kalau kau dah sah-sah jenis wanita melayu terakhir ataupun jejaka macam Hang Tuah, tetaplah macamtu waktu beraya rumah skandal. Kalau kat luar pakai simple, janganlah beraya nanti berubah 360 darjah. Konon nak nampak cantik depan family si skandal, mula la gantung berlian besar sauh kapal kat leher. Pakai anting-anting besi sama panjang ngan rantai beskal. Baju pun stok nak berkerlipan gemerlapan di aidilfitri. Kasut pulak tinggi sampai kepala skandal sama paras ngan tulang keting. Kang ada jugak yang kena halau tak dapat beraya kang.

Bila aku cakap jadi diri sendiri, beragak lah. Kalau dah jenis mulut lancang suka mencarut dengan muka kudus, takkan lah nak jadi diri sendiri macamtu kat rumah skandal. Kot tiba-tiba si skandal terlanggar korang pastu tertumpah air sirap kat baju korang. Takkan korang nak melatah..

"Eh mak kau babi!"

Kompem. Kompem ada jenazah di hari raya. Dah biasa sangat mencarut dalam percakapan seharian la katekan. Orang macamni memang kompem tak mampu nak kawal perkataan yang keluar dari mulut kalau melatah. Aku yakin sebab aku ada kawan2 yang melatah macamni. Itu la pasal mulut tu kena jaga, sebab kalau si skandal terlanggar dan tertumpahkan air, bolehlah korang cakap..

"Subhanallah! Eh, sikit sangat you tumpahkan air ni. Simbah la banyak lagi."

Kompem esok kawin.

Dan kalau kat rumah dah memang pemalas nak mampus. Tahap nak angkat kening pun siap misscall ayah kat ofis suruh balik angkatkan kening, tolong berlakon sikit kat rumah skandal ok. Sekurang-kurangnya angkatlah pinggan cawan makan kau tu ke dapur. Lagi bagus kalau boleh basuh. Memanglah tuan rumah akan cakap "eh, tak payahlah. Letak je kat sinki." tapi percaya cakap aku, dalam hati diorang lagi suka korang basuh. Aku tau. Sebab aku macamtu. 

Ringan-ringankan mulut nak berbual. Aku mengaku aku memang tak pandai nak bukak topik dengan orang-orang tua. Yelah, bila nak borak dengan golongan macamtu, harus bunuh diri kalau nak borak topik..

"Blog saya dah lama tak update,aunty. Risau rasanya sebab unique visitor dah makin kurang. Nak dapat klik Advertlets pun payah sekarang." 

Cuba cari topik yang lebih senonoh dan selamat. Contohnya tentang raya tahun ni, macam-macam boleh dibualkan. Baju, biskut, lauk raya, balik kampung, etc. Kalau nak impress-kan bakal mertua, harus rajin tengok berita. Manis-maniskan lah muka walaupun bila senyum, rupa korang nampak macam puaka. Senyum pun dah macam puaka, cuba kalau tak senyum? Harus meninggal skandal korang nanti, siapa yang rugi? Korang jugak yang rugi sebab tak dapat kikis harta diorang,kan?



Moral of the story : Jadi diri sendiri bukan bermakna tak perlu jadi hipokrit,
tapi bawa diri sendiri sesuai dengan keadaan dan keperluan.



22 tindakbalas kimia:

Unna said...[Reply to comment]

hikhik cik ungu raya rumah bakal mertua ehh??? :D

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

HAHAHAHAHAHA!
sembang psal blog =.='

muhamad hanif said...[Reply to comment]

Err,


aku rasa. CUma.


Okbai.

IEQAH said...[Reply to comment]

selamat beraya laaa ye..jgn tak amalkn tipss sendiri tuee.. untunglaa org de skandal ye dakk :)

entri ni beshhh

cheqwa said...[Reply to comment]

cikungu mesti melatah ni kan....??hihihi

chemay said...[Reply to comment]

tak suka pergi beraya umah skandal.
takut termelatah mende bukan2
ahahaha

hanafijaafar said...[Reply to comment]

benda yang aku terpikir lepas baca entri ni adalah:

apakah jenis tudung yang kau nak pakai esok?

Chachos Cheezy Wedges said...[Reply to comment]

gler aktif berblog?? bgos2!! hahaha....

Tukang Karut said...[Reply to comment]

hoho... aku pi beraya rumah skandal pakai selipar jepun dan seluar jean koyak je... muhahaha...

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

cehhh ade jugak entry ala-ala jiwang.




puii.


dah ko cover elok2 biar esok jugak bakal mak mertua ko tu nk minang ko.

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Alaa kau ni. Apa susahnya bersembang dengan warga emas. Sentuh jer topik pasal kepupusan tapir di hutan tropika, kenapa penguin tak makan pisang dan adakah bigfoot itu wujud kat belakang rumah kau.

Komform makcik tu teruja sambil sampai ternganga mulut.

j b r said...[Reply to comment]

kalau pergi umah skandal pun dah mcmni, nnt umah future husband tak tau la nak jaga apa pulak. :)

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

memang sentiasa jadi diri sendiri pun..hehe

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Cik Ungu..

Entry ni buat akak gelak sambil berguling-guling. Lawak la awak ni...tapi dalam lawak-lawak pun..apa yang awak cakap tu memang tak diragui tentang kebenaranya :-)

dill said...[Reply to comment]

macik, saye hari2 update belog. macik ade pen ngan ketas tak? saye leh tuliskan alamat blog saye. bleh macik kenal saye ngan lebih rapat kat situ.

macik ngaga. kau sengih mcm kerang busuk.

ngee~. ape aku merepek ni

dill.

amranaiman said...[Reply to comment]

makcik bacalah blog saya.. nnti macik kenal saya lebih mndalam hahhaaa :P

shameel Iskandar said...[Reply to comment]

hahaha, tips berguna ni. Tapi kalau bakal mertua tu seorg blogger boleh juga sembang pasal blog. tak gitu.

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

babe, i tak beraya pun umah mertua. tak bersedia lah. tunggu 3 tahun lagi. hahaha!

Luqeem™ said...[Reply to comment]

fuhyo raya rumah bakal mertua..best tu..

Aki said...[Reply to comment]

hak hak hak.. Cik Ungu mantopzzz.. Hm,slalu gak p rumah skandal.. dah biasa dah.. Aki siap boleh masak kat dapur diorang lagi.. :-p

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

hahahahahahahaha !

cik ungu memang sOrt.

iejjah said...[Reply to comment]

ahha...beraye umh mak mertua..haruslah bersopan.... :}