Saturday, September 3, 2011

Raya Yang Keji


 
Bismillah




Sejak nak raya sampai sekarang tak bukak blog. Apatah lagi nak hapdet. Bz ok. Bz nak kira duet raya yang ada 2,3 helai tu. Berapa kali kira pun tak tambah-tambah jugak duet tu. Wat tertekan je.


Baiklah. Semua orang wat entri raya. Mula-mula aku ingat taknak buat entri raya yang letak gambar baju raya baru sebab baju raya aku takdelah bersulam-sulam benang emas, beropol-ropol pokok krismas dan tidak pula bersangkut lampu kelip-kelip raya. Tapi nafsu raya aku membuak-buak jugak nak buat entri raya. Jadi korang terpaksa berserah je dengan entri ni. Kenapa tajuk entri ni entri keji raya? Mestilah sebab aku letak gambar aku banyakk! So korang kena mengucap panjang-panjang la sebab takut mati terkejut.



Gambar gaya macam tak bersalah,kan? Sebenarnya ini bukan kandid. Aku cakap kat angah aku,


"Angah. Tolong amek gambar aku. Aku taknak pandang kamera. Buat-buat macam kandid tau."


Pastu aku terus pura-pura macam nak betulkan tudung sambil melentikkan jari. Kontrol pernafasan supaya saiz lubang hidung tak terlalu membunuh. Pandang tepat ke cermin hadapan buat muka gaya macam eh-dah-sampai-mana-ni-jauh-lagi-ke? Meyakinkan, bukan?


Tapi macam bodoh je aku bitau kat sini. Kompem-kompem kantoi aku kandid tipu. Tapi takpe. Korang harus buat muka yakin sekarang dan buat-buat percaya ini kandid. Kenapa? Korang lupa ke aku ni garang?



Raya meriah sebab anak-anak sedara semua berkumpul kat rumah aku. Tahun ni aku rasa nak cekik diorang sebab diorang telah memberikan aku saingan yang amat sengit dalam acara mengumpul duit raya. Tiap kali orang nak bagi duit raya kat diorang berdua ni, aku harus berdiri di sebelah dan buat-buat macam sebaya. Tapi orang selalu terlepas pandang. Mungkin sebab saiz aku tak sama dengan diorang.

Mungkin.




 
Nur Sofea Raudah dengan Iman Mukhlis. Muka nampak comel,kan? Tapi tolong... Tolong jangan terpedaya dengan muka suci diorang. Ni kalau diorang bergaduh, rumah aku boleh roboh, tahu? Sofea dah selamat baju berlubang kena bunga api. Iman pulak dah selamat telan belerang bunga api. Bagus. Genetik mana lah dorang dapat ni. Tahun depan dah kena start kasi budak-budak ni duit raya. Hmm.. Tahun ni dah kena fikir nak rompak bank mana.


Starting tepek muka aku. Ending pun haruslah tepek muka aku. Cuma sebab taknak korang mati terkejut sangat, so aku cover la gambar ni dengan selit muka Iman sekali. Senyum nak cover habis. Haruslah. Nama pun Mulan Jameelah. Makhluk tuhan paling seksi ok.


Kata orang, kalau aku tak senyum, muka aku nampak garang dan sombong. Tapi aku rasa kalau aku senyum pun, tetap nampak macam puaka. Tapi puaka yang cantik. 



Apa?



Apsal muntah?



Siut laaa...




Moral of the story : 
Seminggu starting 5hb ni, aku free kat rumah seminggu. Nak datang raya jemputlah. Tapi kena bawak kuih raya sendiri. Rumah aku sediakan air suam je. Nak air sejuk, bawak ais sendiri.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ~


30 tindakbalas kimia:

budakijaupendek said...[Reply to comment]

tp rasa mcm terpedaya je dgn muka budak2 cute tu.

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

comel,kiut sungguh budak2 comel tu.hehe. cam mak sdara dia lah.selamat hari raya ,maaf zahir batin kak iqa....=)

Elie Lily said...[Reply to comment]

kem salam budak kecik 2 orang tu! :)

salam lebaran ya? :)

muhamad hanif said...[Reply to comment]

wehweh,

tak dtg raya ke ? HAHAHAHA



(muntah)

beLLa said...[Reply to comment]

ha, kan sweet je senyum camtu. hihihi~

miZz_nizZ said...[Reply to comment]

hee.kalo bwk air n ais sndri?juz nk tumpng minum kt umah cik ungu je..leh?haha

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

canteknya baju raya cik ungu! ^^

RAIZAN said...[Reply to comment]

Salam! Suka tgk mase awk pakai baju kaler pink nak ke oren tu....gmbo yamg last tu...comel! x gaye garang pon....huhu! X rugi follow~ =p

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Alaa.. apa susah nak dapat simpati orang dengan harapan mereka akan menghulur sekeping dua duit raya. Kau buat jer gaya merajuk sambil menghentak kaki kuat-kuat sambil meraung-raung kegilaan bagai nak rak.

Nak efek lebih ekstrem dan dramatik, kau tampar laju-laju pipi sampai terteleng kepala tu 185 darjah.

Percayalah. Aku merayu ni..

iszieylyanziy said...[Reply to comment]

cute2x,,ngee.selamat hari raya :)

iszieylyanziy said...[Reply to comment]

cute2x,,ngee.selamat hari raya :)

Tukang Karut said...[Reply to comment]

nak duit raya berhelai helai? pi raya dekat rumah orang tua,... hoho... banyak angpow oooo kat sana...

caliph shuriken said...[Reply to comment]

yer x tertipu dak kiut2 suwiit tu msti notie giler kn, hikk...

dill said...[Reply to comment]

Selamat Hari Raya!

nak kuih raye dalam lapan tong!

dill.

TIKUS MANDO said...[Reply to comment]

mujur aku sudah mengucap panjang seiap-siap.

siap istighfar sekali. eh, banyak kali.

Shawn Razaleigh said...[Reply to comment]

awrrr. garangnya, hahaha. best2

ekabukanmakcikkau. said...[Reply to comment]

wuihhhhhhh aku cakap betul erk sume comel tauuu aww aww . aik kat mane aku gi kat situ lah ade si shawn razaleigh ni wtf ? haha

RAIZAN said...[Reply to comment]

cikgu ungu! Nanti....akn dtg lawat blog ni! suka sangat2 blog ni!! Jarang dpt blog cmni! Yang lain..jgn muntah ijau! haha!

Luqeem™ said...[Reply to comment]

cik ungu dah comel dah..ahaks..tak prlu bersimpati nk mintak duit raya..haha..

tunjuk muka budak2 jadi la..:P konfem dapat duit raya lebih

aimie said...[Reply to comment]

mwahaha kelakar lahh entry ni xD selambe jee ! ^^ . haha cntik lahh awak ^^

http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.com/

suk said...[Reply to comment]

pic 1 tengok sekali pandang dah tau bukan gambar kandid. tp yelah. sebab garang kan, yakinlah gambar kandid.

Chachos Cheezy Wedges said...[Reply to comment]

dtg raya nak duit raya je boley x?? hahaha!!

merahitujambu said...[Reply to comment]

comel laa gambar2 tu

aiEz said...[Reply to comment]

alahai cutenya bdk2 ni..nakal pun xpe,babap mnje2 kt dorg nt,hehe..:)

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

u tahi tak gmbar candid u tu nmpak fake sgt?? haha. kemas neg nanti nak balik hostel daa. haha

khaifaiz said...[Reply to comment]

owh... gitu yer...

selamat hari raya.. ampun maap diminta k

shedameor said...[Reply to comment]

muka puaka ? betol lahh tuu. HAHA

afzalsukasuki said...[Reply to comment]

kahkahkah aku suka cara ko mengkandidkan diri ko tu.aku pon nak buat satu la.haha

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

ko mmg cumel lah.

kalau aku lelaki.

aku dh minang wat bini.

hahahahahaha :D

ika said...[Reply to comment]

mana baju raya ungu? mana? mana?? gambar fake tu akan dipratikkan oleh rapunzel....