Friday, September 9, 2011

Mungkin Korang Tertanya-tanya ..



Bismillah


Bhai.. Kau jeling sikit pukul berapa aku tulis entri ni. Bila? Bila? Sebelum subuh, tahu?? Gigih tak gigih haa... Ok. Tolong jangan terlalu berfikir di luar kotak keranda bahawa aku set alarm bangun kul 5.30 pagi ni semata-mata sebab nak tulis entri. Sungguh liar pemikiran tu. 

Ekceli, baru pas sahur. Menurut tips keji, tak elok tidur lepas makan. Tapi lebih keji lagi kalau sambil tidur pun nak makan. Maka sambil nak tunggu Subuh, aku tulis entri walaupun takde tujuan. Ya.. Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku isi masa ni dengan tulis entri? Kenapa aku tak mengaji? Hmmm... Susah nak jawab tu. Dan aku terasa bodoh jugak membuka peluang kepada korang memikirkan soalan maut macamtu untuk aku. Jadi aku amek keputusan untuk taknak jawab soalan tu. *sembam muka atas bantal  Ok. Diam.

3 jam dari sekarang, aku akan ke Hospital Pakar An-Nur, Bangi. Apa? Aku nak beranak? Kau ni memang nak kena lempang,kan? Mungkin korang tertanya-tanya kenapa aku nak gi spital. Sofea sakit. Kesian betul tengok dia muntah tak berhenti. Kalau ada sesiapa nak jumpa Mulan Jameelah, boleh la pergi hospital tu pukul 10 pagi nanti. Masuk pintu hospital, ambik nombor giliran kat kaunter. Eh bukan... Bukan nombor giliran jumpa doktor. Tu nombor giliran nak ambik gambar dengan Mulan. Tolong bertenang dan jangan bersesak-sesak ok. Malu.

Sekarang ni aku terpandang karpet depan pintu bilik aku. Ada corak bulat-bulat macam bunga api. Mungkin macam roda basikal. Siapa design eh?

Huh?


Aarghh! Apakah yang aku cuba nak bincangkan ni??


Baik. Baik. Kembali pada paksi kebenaran.

Kalau korang perasan, history post banyak pada bulan Julai dan Ogos. 2 bulan ni memang aku banyak buat entri. Bermacam tuduhan aku dapat hanya kerana aku aktif 2 bulan tu. Paling tak sanggup dengar, ada orang tuduh aku blogger hebat. Sampai hati diorang bikin aku tersipu-sipu malu. Benci ah..~

Mungkin korang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba rajin hapdet? Well, 2 bulan tu aku cuti. So aktiviti yang istiqamah adalah blog. Kalau aku angkat batu blok nak buat rumah bulan-bulan puasa tu, haruslah menipu. Tapi minggu depan aku dah naik sem. Jadi kalau aku sebok nak taip entri kat dalam lecture hall, haruslah kasut pensyarah terbenam di dahiku. Mulan Jameelah kena baling kasut?? Tak cantik sangat tajuk berita macamtu,kan? Walaumacamanapun, aku berharap sokongan korang agar tak beralih arah. Pembaca tegar, teruskanlah membaca. Perokok tegar? Innalillah....



Moral of the story : 

Nak kena bawak banyak pen pergi hospital ni... Ehem.. 
Apa? Tak faham? Dah agak... 
Lembab.



22 tindakbalas kimia:

sabella mohamad said...[Reply to comment]

hek oh . perasan mulan jameelah . kahkah

Luqeem™ said...[Reply to comment]

haha..awal bngun cik ungu..hehe..

sy pn pose gak..

Aku Si Pujangga said...[Reply to comment]

bgun pagi rezeki murah.. :)

iejjah said...[Reply to comment]

ahha...awl bgn...slmt berpuasa :}...

iejjah said...[Reply to comment]

ahha...awl bgn...slmt berpuasa :}...

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

giler tabah wat entri subuh2. hehe.

j b r said...[Reply to comment]

thumbs up for the last quotes :)

Chachos Cheezy Wedges said...[Reply to comment]

rajin gler cik ungu nie update blog... hahaha!!

saya dewi said...[Reply to comment]

ehem mulan jameela. nah amek pen. carera. . nak signnn ( angkat kaen ) nak signnn kat betis gebu boleh? bhahaha

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Yer. yer akak datang baca sini sambil beri sokongan padu untuk kamu terus menulis supaya akak boleh terus gelak sampai pengsan tiap kali akak baca entry kamu hihihihi

budutaksedap said...[Reply to comment]

dalam 24 jam Dia bagi kita 5 waktu; dalam 7hari Dia bagi kita 1 hari jumaat, dalam 12 bulan, Dia bagi kita 1bulan puasa. Apa signifikan benda ni? Dia suruh kita sentiasa mereformasikan ingatan kita kepada Dia. Dia tau kita lemah, banyak dosa, tapi Dia tetap sayang kita. Kenapa? Kerna dia adalah Zat Yang Maha Penyayang kepada manusia. Hanya tertarik apabila cik berpuasa 6 dibulan september dan sempat bersahur.

chemay said...[Reply to comment]

perokok tegar.
innalillah.
yeahhhH!!!!

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Mesti hati kau tak berapa nak tenteram dan aman tyme taip entry ni sampaikan isu karpet pon nak diketengahkan dalam entry blog.


Huh! Nasib baik ko tak ter-terus sembang pasal mamat pakistan yang jual karpet depan rumah tu.

muhamad hanif said...[Reply to comment]

Err, kau update pagi2 ? Kenapa kau tak mengaji?


LALLALALALALALAL.

suk said...[Reply to comment]

nak sign!!!

ZURAINI said...[Reply to comment]

apesal x ckp bwk tgn banyak2 p hospital? ada pen byk tp tgn 2 je x gune. hahah :P

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

uuu.. selamat kembali ke U.ahaks

sifu im said...[Reply to comment]

wah blogger hebat ke ni??ni kli pertama aku view kot..hheehe

Tukang Karut said...[Reply to comment]

tak payah bawak pen... bawak ipad jea... huhuhuhu...

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

cuti lama kan? bole la update blog. cuba dah masuk sem nanti berhabuk habes la babe :P

cheqwa said...[Reply to comment]

cikungu dah masuk uia balik dah kan?cikungu!nanti kita jumpa naaa.cheqwa masuk tahun depan..hihihihi:p

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

hye blogger hebat!