Tuesday, September 6, 2011

Bagaimana Taknak Nampak Loser Sangat?



Bismillah


Walaupun korang Mulan Jameelah, perasaan loser mesti menghantui pada satu-satu waktu. Bila? Semestinya waktu yang paling kita benci, yakni - waktu menunggu.

Tunggu bas sampai. Tunggu member janji-datang-pukul-5-tapi-dah-5.50-takde-lagi. Tunggu kereta siap basuh. Tunggu bulan jatuh ke riba. 

Waktu-waktu macamni, selalunya aku jadi paranoid. Bila aku terpaksa duduk sorang-sorang di khalayak ramai, aku rasa terancam. Rasa di-mengorati melalui kaedah telepati. Walaupun takde siapa yang perasan kehadiran aku waktu tu, tapi duduk diam dan bernafas sambil menunggu, tanpa kawan untuk berbual, membuatkan aku rasa macam loser. 


1. Handphone

Dulu waktu zaman sekolah menengah, aku selalu kena tunggu sejam lebih baru mak aku sampai. Jangan nak kata aku anak manja sebab aku memang akan balik sendiri kalau duit tambang cukup. Kalau aku dilanda kemiskinan, aku kena tunggu mak aku balik sekolah sebab on the way balik rumah memang lalu sekolah aku. Jimat di situ. Tapi sejam lebih tu sangat menyeksakan. Satu benda untuk menghilangkan perasaan loser, adalah dengan membalik-balikkan handphone. Handphone tak perlu mahal ye tuan-tuan. Cukup sekadar Nokia 3310, anda akan rasa lebih yakin untuk menempuhi perasaan loser tu.

Aku akan buat-buat balas mesej walaupun tak ada bunyi mesej yang masuk. Picit sana, tekan sini. Keypad tu kalau boleh tekan kuat-kuat bagi bunyik dia sampai ke hujung simpang jalan. Barulah meyakinkan orang sekeliling bahawa aku betul-betul tengah bz. Walaupun hakikatnya fon aku dah seminggu tak topup. Yang penting lakonan mesti meyakinkan.

Sesekali aku akan picit-picit fon sambil tersengih atau ketawa kecil. Tak perlu nak ketawa berdekah-dekah macam nampak beruk pakai seluar dalam menari salsa depan mata. Cukup ketawa sinis yang boleh orang dekat-dekat korang dengar. Atau bila aku rasa ada mata yang memandang, aku akan kerut-kerutkan dahi aku sampai dahi aku ada 7,8 lapis. Pastu cepat-cepat selak buku-buku teks kat sebelah sambil belek-belek skrin fon. Nampak? Nampak tak gaya macam aku tengah ulangkaji pelajaran dengan member menerusi fon? Situasi macam weh-cuba-kau-tengok-homework-tu-kat-buku-teks-jawapan-dia-betul-tak? ni memang dah selalu sangat aku praktikkan. Ramai yang beranggapan aku pelajar genius bila nampak aku camtu.


2. Jam

Bagi mereka-mereka yang tak punya handphone, jangan gundah. Ye lah.. Tak semua orang mampu ada handphone kan. So, jangan risau. Kalau anda tak punya handphone, anda tak perlu nak hangkut public phone dan lilit kat pinggang dengan tali rafia. Tolong jangan buat macamtu. Tapi anda boleh gunakan jam. Yaa... jam. Jam tangan. Jangan terlalu berfikir di luar kotak keranda. Mana mungkin kita nak guna jam dinding pulak kan.

Tengah tunggu member kat cafe sorang-sorang? Meja depan pulak ada satu group jejaka hot hensem? Hentikanlah tangan dari duk pintal bucu meja cafe tu. Berbelit sok bucu meja tuh sape nak ganti? Caranya senang je. Kerutkan dahi. Selang seminit, tengok jam kat tangan dan cepat-cepat buat gaya tertoleh-toleh mencari seseorang.Lagi panjang leher tu toleh, lagi bagus. Selang 5 minit pulak mengeluh kuat-kuat biar jejaka meja depan dengar. Situasi mana-budak-ni-lambatnya-aku-banyak-kerja-nak-wat-neh macamni akan memberikan anggapan kat orang bahawa anda seorang yang sibuk dan takde masa nak tunggu-tunggu orang. Mesti orang ingat anda ni orang penting, walaupun hakikatnya jawatan untuk kuli program pun  nama anda tak pernah tersenarai. 


3. Jari dan mulut

Err.. Tak sedap sangat bunyik props nombor 3 ni,kan? Hah! Tertanya-tanya,kan? Senaannggg.. Senang sangat. Hanphone takde? Jam tangan takde? Tak payah menangis sambil cucuk ibu jari kaki ke lubang hidung. Tak perlu semua tu. Gunakan apa anggota badan yang ada. Macamana?

Duduk. Silangkan kaki. Tundukkan badan sikit memandang peha sendiri. Menarikan jari telunjuk anda di atas peha sendiri beberapa saat. Waktu ni harus bergaya gigih sikit. Lepastu tegakkan badan. pandang satu sudut dengan anak mata sambil kumat-kamitkan mulut. Jangan lupa, kerut dahi sikit. Ulang lagi tundukkan sikit badan dan menarikan jari beberapa kali atas peha. Selang 5 minit, ketapkan bibir. Ni memang paling senang. Situasi macam kos-50hengget-darab-100unit-tolak-minyak-upah-untung-ke? memang akan buat anda dikagumi. Memang orang nak tegur pun tak berani takut kena saman.


Nampak?

Senang,kan?



Bulan depan boleh try audition filem.


Moral of the story : Memang tak susah nak menipu ni. Kena banyak berlatih.


25 tindakbalas kimia:

Sarah Mohd Saleh said...[Reply to comment]

hahhaha.skill yg bgus nih.menipu memerlukan mimik muke yg hebakk br menjdi penipuan anda

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

hahahaha !
tolong2, num 3 itu sangat terlalu dan amat keji lagi menjijikkan. hahahahaha!

part henpon tu kita boleh angkat tangan dan lagakan tapak tangan kita sambil mengatakan,
yeayh ! gimme five ! kita serupa.

hoho !

syafiqakarim said...[Reply to comment]

hahah jam tu xleh blah.konon bz.haha
ok ok.kena praktik kann

miratun madihah said...[Reply to comment]

nak try lah ni yang num 3 tu :P

muhamad hanif said...[Reply to comment]

aku jugak selalu pura-pura macam tengah oncol, tengah pura-pura bunyi msej masuk pulk. Kntoi dek.

IEQAH said...[Reply to comment]

mmg tipss yg bguihh ni..lehlaaa try..haha

El said...[Reply to comment]

haha. nice. memang sy selalu buat camtu pon. especially phone. haha

beLLa said...[Reply to comment]

tips 1st ngan 2nd tu aku penah je buat. yang last tu, tak penah pulak. cne nak g audition neh? tskk ;p

Tukang Karut said...[Reply to comment]

hohoho... yang pertama tu aku selalu buat... hhohoho...

merahitujambu said...[Reply to comment]

ahahaha..jangan ajr..jangan ajar

khaifaiz said...[Reply to comment]

owh... baiklah.. akan dicuba nanti

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

no.1 tu aku pernah buat..
seriously..hahahaha!

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

yang henpon tuh mmg taktik paling berkesan.












aku selalu wat dah. kui3

Anak Wak Mail said...[Reply to comment]

haha,,aku selalu buat muka yakin bila aku sorang2,,kat mana2..sebab aku memang tak nak nampak loser sangat dgn memegang hp dan menengok jam..:P

budutaksedap said...[Reply to comment]

Kita insan. Itu pasti. Hidup mesti buat baik. Jangan kita remehkan kebaikan. Walaupun bermuka manis ketika bertemu rakan taulan. Senyum. Hati suka. Orang sayang. Tuhan kaseh. Kalau kene mengorat, buat muka kambeng okeh.

RAIZAN said...[Reply to comment]

Salam...da lalui Trial subjek BM. InsyaAllah! Bole A+! Hehe! Btw....zaman sekolah da ad 3310, kire byk la duit tu! Huhu....^^
Oklah! Tq sebab komen entry sy yg x seberapa....=) Ye cikgu ye? >.<

.: iEyLa :. said...[Reply to comment]

bukan susah pon...
kne practice slalu..then yg penting confident..hakhak

shedameor said...[Reply to comment]

yang num 1 tu da selalu buat da. HAHA

LaYar_LaRa said...[Reply to comment]

ahak3x..........no 1 n 2 tu mmg sll praktik...tp yg no 3 tu style lah.....bulih try nih....;p

mr.syazwan said...[Reply to comment]

no 1 tu selalu gak buat..

utama lps keluar toilet nak buang air besar x nak org syak bukak hp ala2 jln sambil bls mesej

hahahahah

ika said...[Reply to comment]

kreatif dan kreatis la yang no 3 tu...1,2 dah biasa dah...haha...

amranaiman said...[Reply to comment]

berlakon lebih ni haha :P

VanillaKrimSoda said...[Reply to comment]

Bijak2!! tektik keji yg aku pun selalu buat.. :DDD

Not so Randy said...[Reply to comment]

nmpk sgt loser nya..hahaha..=p

VampireGirl said...[Reply to comment]

ha..no.1 n 2 slalu buat mase tgah tunggu-org-tak-smpai-smpai.tak nak org pndg dgn mate menikam kalbu..bajet2 tengok henset.bukak msg2 tutup balik lps tu mrh knape tak dek msg? he..