Monday, September 12, 2011

Aku Budak Baik


Bismillah


First day untuk sem ni. Aku pergi kelas untuk first day. Aku pergi kelas. Diulangi. Aku pergi kelas! Ini boleh jadi salah satu dari keajaiban dunia. Sama ajaib dengan menara Pisa yang senget di Itali. Sama tajam dengan bucu Piramid di Giza. Dah la pergi first class. First day. First student yang sampai pulak tu! Tak ke korang rasa nak menari joget salsa dibuatnya. Kalau mak aku tau, mesti dia buat sujud syukur. Padahal lecturer tak masuk pun. Aku memang layak dapat 'Anugerah Budak Baik'.


88% aku tak kenal langsung student yang berlambak-lambak kat Uni ni. Nampak sangat dah tua. Yang lain semua junior. Satu,dua batch je yang aku cam. Ini sindrom aku senior, atau ini sindrom aku tak glamer? Ahh.. terhiris hati ni kalau ada orang tak kenal Mulan Jameelah.


Accounting, Auditing & Governance of Islamic Financial Institution. Nama subjek dah sama panjang macam jarak Bumi ke bulan. Tapiiii..tapi tapi tapi you allll... Lecturer subjek ni menggugat iman,tahu! Owh bukan sebab muda. Bukan sebab hensem gila. Tapi karisma dan gaya-mutu-keunggulan beliau memang buat aku tiba-tiba berazam nak cemerlang gemerlapan dalam subjek ni. Terbayang-bayang result subjek ni aku dapat markah maksimum berserta 3 biji bintang kecil di sudut hujung kanan kertas jawapan peperiksaan. Nahh kau! Ini lecturer ala-ala Datuk K punya penangan! Nanti tak payah buat muka tenuk kalau masuk berita pasal Mulan kawin Datuk R. 




Dah penat berpeluk cium dengan member-member. Maklumlah, 10 bulan tak jumpa. Nak setahun tu. Tak sempat pulak nak bergambar dengan body sesudah raya. Bz carik kelas. Melampau tak melampau. Dah masuk 4 tahun pun tak hafal kedudukan kelas. Layak kena pelempang je ni.



 



Ok. Bukan gambar sem ni. Ada yang dah takde sem ni. Kerinduan di situ. Ok. Sekarang ni aku lapar. Aku perlukan nasi. Nasi! Malam ni nak gi Giant. Nak pergi boroskan duit. Oh ye. Tahu tak dalam banyak-banyak barang, aku lupa nak bawak langsir. Langsir!! Kau gila apa. Haruslah semua orang boleh nampak kalau aku buat tarian naga dalam bilik. Kan tak manis tu?    



Moral of the story : Carilah lecturer yang korang berkenan, untuk kesejahteraan di dalam kelas. Sekian.


18 tindakbalas kimia:

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

wallah ! mulan zabedah, semangat 44 pegi ke kelas. hehe !

i lagi semagt, balik kampus pn blum. hehe ! packing barang pon belum.

tolong2, semburkan mood budak baik dan mood budak rajin kau itu dtg ke mari.

khaifaiz said...[Reply to comment]

Aku rase, anak murid aku pun mcm ko jugak kud bila tgk aku... hahahah

Cik Miera said...[Reply to comment]

alahai rajinya cik bedah kekelas hari pertama... hihi

ekabukanmakcikkau. said...[Reply to comment]

perghhh mulan jameelah gitu terpaksalah aku jadik anzelina zolie erghhhh haha

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

kesian orang yg x dikenali tu~~
HAHAHA :P

cheqwa said...[Reply to comment]

perrrgh,tak tahu plak mulan jameela begitu berdisiplin! hahahaha...tahniah!anda begitu laya terima anugerah dari datuk k.kekekekeke

RAIZAN said...[Reply to comment]

Haha! Rilek2 kak...blaja cm lecterur tu kayu. Kan bez? Ape?!! Mulan kawin dengan datuk Raizan?? :D Nak kawin dgn adik Mulan~ =p. #Adarasenaklempangsayatak?

zer0xs said...[Reply to comment]

dasat.... lebih dasat... kau kata kau pergi kelas... hahahahahaa

IEQAH said...[Reply to comment]

yeayyy cik ungu budak baik :)

Tukang Karut said...[Reply to comment]

langsir? Sat sat sat jangan beli langsir dulu... Tinggal dekat hostel mana ye?? Hohohoho...

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Tetiba akak rasa macam nak pilih lecturer jugak hahahahaa tapi malangnya jadual kelas keluar dulu baru keluar nama lecturernya. Jadi tiada kuasa memilih di situ

Anak Wak Mail said...[Reply to comment]

kau memang baik..aku suspect betul!

budakijaupendek said...[Reply to comment]

hai budak baik..
boleh kita berkwan ?
haha

~SaL IjOu~ said...[Reply to comment]

siyes windu zaman u~ sob*

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

terajin datang first day.
tapi, bkn nye ada kelas pon. nyesal jgk aku datang. aish..

ipa faiza~ said...[Reply to comment]

dr sem 2 smpai sem 8 ; aku x penah dtg kelas y 1st.


sekian.

zulkifli said...[Reply to comment]

omg, uia gombak ke?!

caliph shuriken said...[Reply to comment]

smoga trus rajin ok ^^