Saturday, September 10, 2011

#2 Tips Kurus Keji



Bismillah


Malas nak letak gambar aku.
Kang jeles sampai bunuh diri kang, naye je.

Haritu aku dah bagi cara pemakanan. Kali ni aku nak bagi terus apa makanan yang elok untuk diet. Tapi perhatian di sini, aku tak mengamalkan sebarang diet sebab aku cintakan makanan. Aku selalunya lapar selang 3 jam dan selalunya aku tak cari makanan ringan-ringan. Aku cari nasi! Nasi, tahu?! Aghhh... 


Produk 1 : Quaker Chewy

Yang ni memang aku makan. Selalunya Quaker oat yang biasa dalam tin tu, aku tak boleh telan sebab rasa dia ada iras-iras muntah kucing. Rupa pulak jangan tanya lah.. sebijik macam muntah kucing.kan? Ehh berdosa la. Rezeki tuu. 

Quaker oat ni dibuat dalam bentuk granola bar. Satu kotak ada 10 bar. Kalau tengok gambar, Quaker Chewy ni bukanlah dibuat dari oat semata-mata. Tapi ada kacang, biskut, bahan tenusu, bergantung kepada flavour apa yang kita suka. Kat Malaysia ni, rasanya ada dalam 5 flavour. Boleh tengok kat sini.

Quaker Chewy granola bar ni rasa dia manis. Rasanya dulu ada satu produk masa aku sekolah rendah. Rasa dia lebeh kurang macamni. Memang 'chewy' seperti namanya. 


Kalau korang nak diet, tapi sarapan nasik lemak hari-hari. Tak pun roti canai, hentikan lah niat kudus korang tu. Sarapan pagi sepatutnya bukan makan sampai kenyang. Sarapan pagi untuk alas perut, supaya otak tak lembab sangat dan ada tenaga nak mengumpat orang sampai tengahari. 
So, boleh substitute sarapan dengan menatang ni. Takpun makan sarapan cam biasa, tapi substitute nasik campur waktu tengahari dengan menatang ni. Aku tak tau lah perut korang macamana, tapi makan satu bar Quaker Chewy ni, aku dah tak rasa lapar. Jeles,bukan ? Tenang..



Produk 2 : Izumio water


Yang ni tak ramai orang tau kot. Sebab memang tak jual kat 7-11. Nama pun dah tau produk Jepun. Air ni mengandungi paling banyak Hidrogen, dan kenapa Hidrogen penting untuk badan, sila baca kat sini kalau rajin. Tapi kompem pembaca aku semua malas. Air ni kena memang kena order. Ayah aku rajin beli sebab dia dulu banyak penyakit. Alhamdulillah dan InsyaAllah, jadi ok.

Kandungan air ni halus nak mampus, dan satu-satunya air yang boleh meresap dalam urat badan yang paaaling halus! Bagi aku, kalau perempuan nak kulit cantik, baik minum air ni sebab dia wat kerja dari dalam badan. Bersihkan darah. Daripada duk tepek segala macam benda kat muka tuh sampai muka rasa berat semacam. Kulit yang berjerawat batu tu selalunya sebab darah dalam badan kotor. 

Air ni minum sebotol sehari. Kesan air ni adalah, korang akan lebih kerap rasa haus. Maka korang akan lebih selalu minum dari makan. Perhatian, air putih. Tolong buang air berkarbonat tu jauh-jauh. Lempang kang haa..

Sebab produk ni tak glamer, payah nak explain. Apape boleh refer kat Naturally Plus. Oh ye. Lee Chong Wei minum air ni. Terus je aku rasa aku pun atlet dunia. Ya.. Acara lari dalam guni. 



Produk 3 : Pisau PVC

Ini produk paling terkenal dan murah. Boleh dapat kat mana-mana kedai hardware ataupun Giant.

Cara penggunaan : 

Cubit lemak di bahagian perut, pinggul, lengan, peha dan bawah dagu. Ambil pisau dan hiris lemak laju-laju.


Sekian.





Moral of the story : Nak sehat kena la usaha skit. Tuang duit sikit. Istiqamah sikit. 




24 tindakbalas kimia:

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

ahahahahahahahaha !

tarik napas. gelak lagiii.

aku kembali gila. ketawa tak henti2.

hapuskan belog cik ungu dgn segera supaya tak ada manusia masuk wad gila.

RAIZAN said...[Reply to comment]

^.^ huhu!! Suke yang air izumio tu!! Nak cari la nanti...=D

sis92 said...[Reply to comment]

aiyaak..kalau bab diet2 bagai, tak payah ajk sis..kang nt pura2 pengsan..
jari debab diet, tak gojess lah

cik bulan said...[Reply to comment]

selamat aku kurus..heh..hahaha

aku rasa acara lari bawak bola pingpong dalam sudu lagi sesuai kat kau wahai cik ungu..ahahahak..kalo dalam guni i rasa xmuat kot u nak masuk..muahahahahaha

Luqeem™ said...[Reply to comment]

terima kasih aku kurus guna cara ni la!haha

cheqwa said...[Reply to comment]

hahahaha..mesti cikungu guna yang nambot 3 tu..patotlaaah kurus sampai sekarang..muahahahahaha :p

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

yg last tu mmg tak ble pakai la.

eh, ko pernah mkn muntah kucing ehh? dasat. sgup jgk ko nk mkn.hoho

Suara Kalbu said...[Reply to comment]

Walawehhhhhh......

Tips last sekali tu macam best je. Nanti boleh cuba. Pakai pisau gillette tak boleh ke Cik Ungu ?

TIKUS MANDO said...[Reply to comment]

kenapa aku makan macam-macam, tetap mentein selim?

o em ji.

budutaksedap said...[Reply to comment]

Ucapan cool utk emak emak yang pandai masak! Melahirkan anak anak yg sehat. Yiehhhhhaaaaaaaaaa

IEQAH said...[Reply to comment]

alaaa kita nk tipss naik badan.. takmo kurus kurus sgt :P

cik sakdi said...[Reply to comment]

haha da mcm promoter dah kau pasal air tu, aku klik naj tengok harga dia hampeh xjumpe pon. baru nak suruh bpk aku baayaar hahaha

Shawn Razaleigh said...[Reply to comment]

yang last tu,
kurus dapat, sakit pun dapat

MisS HoNeY said...[Reply to comment]

nak cari la air tu...

muhamad hanif said...[Reply to comment]

aku dh kurus.


ALALLALALALLA.

VanillaKrimSoda said...[Reply to comment]

ko diet? perlu ke? merepek...

iejjah said...[Reply to comment]

ahha...yang part last mang agk dh keji....haha

Tukang Karut said...[Reply to comment]

memang keji! lepas dipotong lemak tu nak buat apa? sate? Keji!

aiEz said...[Reply to comment]

trololol cara yg last tu,heh..;p

caliph shuriken said...[Reply to comment]

mcm best jaa izumio water tu, nanti nk cari laa ^^

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Berbekalkan tips nombor 3 tu, kau ada dua pilihan saja.

Sama ada kau jadi penasihat doktor pakar, atau pon kau dimasukkan ke wad doktor pakar.




Kau gila ker nak hiris guna pisau PVC? Haishh! merepek.

Orang guna gergaji potong kayu balak jer sekarang. Baru la efektif.

Umie Artoqiemie said...[Reply to comment]

yang hiris2 tu akuh suka.. memang betul mujarab..

Agen SLutena Sumber Sehat said...[Reply to comment]

Terima Kasih Informasinya gan..webnya sungguh bagus sekali. saya terus membayangkan kapan web saya bisa seprti web agan. silahkan kunjungi juga web saya gan :naturallyplusampuh.com

Agen S Lutena Dan Izumio – Toko Herbal Sumber Sehat Pamulang

Obat Sakit Mata Rekomendasi Dokter Jepang

Obat Mata Rekomendasi Dokter Jepang

Agen Obat Mata


Agen SLutena Sumber Sehat said...[Reply to comment]

Terima Kasih Informasinya gan..webnya sungguh bagus sekali. saya terus membayangkan kapan web saya bisa seprti web agan. silahkan kunjungi juga web saya gan :naturallyplusampuh.com

Agen S Lutena Dan Izumio – Toko Herbal Sumber Sehat Pamulang

Obat Sakit Mata Rekomendasi Dokter Jepang

Obat Mata Rekomendasi Dokter Jepang

Agen Obat Mata