Wednesday, August 10, 2011

Setakat Mana 'Cukup' Itu Cukup ..?



Bismillah



Kita selalu salah gunakan perkataan 'cukup' dalam hidup. Perasan atau tak, kita gunakan perkataan 'cukup' ni dah macam terbalik. Bila kita boleh buat lebih untuk sesetengah perkara, kita cenderung untuk cakap 'cukup'


Satu situasi senang.

Kalau kita kat kedai makan, dengan anak-anak. Kita tanya anak kita, "Montel nak makan ape, Montel? Order je ye." Kita tanya pulak anak kita yang paling kecik, "Hey Sepanjebob. Sepanjebob suke Mc'Dogol kan? Nanti kita drivethru Mc'Dogol ok?". Untung lah... Aku pun nak jadi anak korang kalau camni.


Tengah tunggu makanan tu, macam biasa, ada orang datang kat meja makan korang. Bukann.. Bukan nak mintak autograf ni. Korang bukan Mulan Jameelah. Tolong ingat tu. Mereka datang nak mintak derma. Mungkin sindiket, mungkin orang buta, apapelah. Standard harga yang kita rela bagi mesti sehelai not kertas singgit..kan? Alhamdulillah..seringgit pun duit jugak,kan? Lepas dapat duit seringgit korang tadi, budak tu pun pergi meja sebelah. Orang sebelah taknak layan.


Ok. Kalau korang bagi extra seringgit, adakah korang akan jatuh miskin? Dan pastinya extra seringgit korang tu takkan membuatkan peminta sedekah atau derma tu kaya. Bila kita bukak wallet atau purse, nak tarik duit seringgit sehelai. Tiba-tiba tertarik dua helai, kita mesti masukkan balik sehelai tu. Nak jugak sedekah seringgit!! Tak kira! Tak kira! Nak sedekah seringgit jugak!!..sambil tarik-tarik rambut. Macamtu sekali kan berkira nak bagi sehelai seringgit. 


Memanglah duit tu duit korang. "seringgit pun duit jugak ape..". Memanglah seringgit tu duit. Bila masa pulak aku cakap seringgit tu peti ais? Kat sinilah korang menggunakan perkataan 'cukup' tu dengan salah. Cuba bayangkan budak-budak yang minta sedekah tu adalah anak korang yang tengah sama-sama tunggu order tadi. Sampai hati ke korang nak bagi anak korang makan nasik kosong bila korang mampu nak bayar harga nasik goreng..?


Ada orang pernah kena tegur sebab sedekah 5 ringgit kat orang yang datang meja. "Eishh.. Banyaknye. Seringgit dah la.." Kalau dah rezeki orang tu adalah 5 ringgit.. kenapa nak kata seringgit tu 'cukup'..? Kita pun takkan kaya dengan simpan 5 ringgit tu. Melainkan dalam purse korang memang ngam-ngam untuk hidup. Orang yang mintak sedekah pun manusia jugak. Bukan pulak maknanya aku suruh sedekah sampai korang takleh bayar duit makan tadi. Ikut kemampuan. Tapi takkanlah selamanya kita mampu seringgit je..?


Percayalah.. Seteruk mana pun korang terdesak duit, InsyaAllah rezeki tu takkan putus. "...akan sampai kepadamu rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.." Ayat ni dengar macam biasa. Tapi sekali korang alami dan terasa, sampai bila-bila tak lupa. Jangan fikirkan diorang tu menipu ke, sindiket ke, buat-buat buta ke..jangan. Jangan fikir semua tu. Fikirlah 'saham' sendiri. Kita bersedekah sebab Allah. Kalau kita bersedekah sebab Allah, macamana kita boleh rasa 'cukup'..?



"Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Al-Baqarah:261)


*    *    *    *    *


 "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Ramadan." (hadis diriwayat at-Tirmidzi)



Moral of the story : Orang yang paling murah bersedekah, adalah orang yang takkan miskin.




* owh ye.. tolong jangan panggil anak korang Montel.
  Itu adalah doa.


27 tindakbalas kimia:

Luqeem™ said...[Reply to comment]

betul2 sdekah tu amalan mulia, skrang ramai yg x nk bersedekah..ada jgak sedekah smpai menunjuk2..

HAZWAN17 said...[Reply to comment]

bulan-bulan puasa ni memang digalakkan bersedekah..besar ganjarannya

TIKUS MANDO said...[Reply to comment]

cukup-cukuplah tu menderma RM1. lepas ni RM5 pulak.

harap dapat markah extra untuk geografi.

Aki said...[Reply to comment]

hm,pasni nak datang dekat cik ungu bawa kotak derma ar.. Aki slalu pungut derma kat Uptown Shah Alam seksyen 24.. nak buat bayar Unifi.. aci tak?? ^_^.v.. Hehehe..

cheqwa said...[Reply to comment]

janganlah kita kedekut sangat...kang terputus rezeki,terputuslah nyawa kita...huhu,nauzubillah :/

amir aizat said...[Reply to comment]

cube bnykkan sdkeh dlm bulan ni.target ank yatim,huhu

zer0xs said...[Reply to comment]

hihi setiap kejadian ade maknanya... peace yooo ade sebab kenape org tu tak bersedekah kat yang dtg kat meja tuh.... :D

mR.sAm said...[Reply to comment]

btui itu..rezeki Allah taala sentisa akn bg..cuma caranye je berbeza,dan cepat dan lambt je kan...thank for the advice nice entri..

Unna said...[Reply to comment]

walaupun terasa sebab kekadang lalu kat org mintak sedekah unna xkasi pape, tapi tu sbb memang xde duit kecik lngsg. ada rm10. takpe, nnti kalau unna ada rm10 pn, unna kasi. haha

betul ckp cik ungu tu. bulan puasa ni jum kita sama sama buang perangai buruk, amik perangai baik :)

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

iyap... insyaallah, bulan baik amal baik pun perlu ditingkatkan ^^.

cik ungu said...[Reply to comment]

Luqeem :

Diorang bukan taknak sedekah, tapi berat tangan nak hulur duit.
___________________________________

Hazwan17 :

Betul3.

Bak duet.


Apasal taknak bagi plak?
__________________________________

Tikus mando :

kau pandai bodek nak markah extra kan?

keji ah!

cik ungu said...[Reply to comment]

Aki :

pasni tolong kutipkan utk saye skali.

nak wat beli topup.
__________________________________

cheqwa :

tau pun.

dah tu bila nak hulur duit kat den ni haaaa?
__________________________________

aizat :

anak yatim...

hurmm..

kucing sblah rumah, mak die da mati kene langgar.

aci?

cik ungu said...[Reply to comment]

zerox :

ya..

sebab dia akan belajar bersedekah lepas dpt rasa susah.
____________________________________

Mr. Sam :

welkem.

benda simple macamni semua orang tau.

cuma berat tangan je.

cik ungu said...[Reply to comment]

Unna :

wahh 10hengget lagi bagusss.

jangan sampai nak bayar nasik yg dah makan tu tak cukup duit.

tak pasal2 kene mintak balik duet sdekah td.gila.
__________________________________

cik as :

yeayy cik as pandai!!

nah karipap!

zer0xs said...[Reply to comment]

-ve nye jawapan... org yang minta sedekah tu pun.. die kata "Tidak Ku pinta.. Cacat begini~"


Secara positive.. salah kan "Agent" tuh.. nanti lagi "Agent" ni dapat untung.. lagi banyak org derang cacatkan... ngeeeee :p


Maaf ye pakcik pakcik lain yang x bersalah.. kerna nila setitik rosak Air Kacang soya sekilo... ~


ape ape pun.. Selamat bersedekah :D

ifwat said...[Reply to comment]

bulan puasa ni mmg elok nak bagi sedekah.. tapi ramai yang salah guna 'sedekah' ni.. datang merayu2 cakap tak makan la, Islam la, mualaf la, lapar la, kaki tempang la.. kita pun bagi la berapa yg ada.. then esoknya ifwat jumpa pulak kat tempat lain, tengah teguk beer siap.. hati mendidih maaa.. konon masa mintak sedekah tu kopiah atas kepala bagai.. hish, apa pon tak bley

Sarah Mohd Saleh said...[Reply to comment]

walaupun duet tinggal cukup2 utk makan, kalau kte bersedekah i.allah allah akan murahkan lagi rezeki kite.;)

iejjah said...[Reply to comment]

mang bgs sdekah tp kdg2 lau bdk2 yg mnx sdkah siap pksa2 ag mcm mne?? agak nk sdkah tbe2 niat terbantut..haha :}..lau pk cik mk cik kdg2 kesian bg jek...walaupun seringit tp yg pnting niat kte ikhlas...hehe

FaizalSyukri.com @ Peja - Pendapatan Dengan Blog said...[Reply to comment]

Terima kasih atas peringatan :D

Artikel terbaru:
Jimatkah Penggunaan Hot Ticket Yang Diperkenalkan Oleh Hotlink?

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

setuju sis!jgn penah merasa cukup menghulurkan bantuan..razeki tu lebih berkat kalo dikongsi besama^^

p/s: jemput semua bukak pose kat silebaca.blogspot..ehehe

Ct Aja said...[Reply to comment]

thnax share, begitu bermakna en3 ini

LinE PuTih LiNe HiTaM said...[Reply to comment]

sangat memahami...

pengemis Cinta~ said...[Reply to comment]

peringatan buat kita semua.besar ganjaran disisi Allah jika kita bersedekah walaupun hanya dengan senyuman;) tapi pastikan ikhlas, jika tidak SIA-SIA je.hehe.salam kenal cik ungu..

cik ungu said...[Reply to comment]

ifwat :

itula pasal.

wat bodoh je la semua tu. betulkan niat kita.

kalau dorang menipu, kesian lah untuk diorang kat akhirat esok.
__________________________________

Sarah :

Yup InsyaAllah!

Yakin lah Allah tu sentiasa dekat !~
;)
__________________________________

iejjah :

kalau jumpe budak camtu, cekik leher dia, julang tinggi ke langit,

dan..

..hempas kuat ke lantai.

cik ungu said...[Reply to comment]

Peja :

sama2 mengingatkan
____________________________________

hanim :

ada makan2 ke?

tengahari ada x?
_________________________________

CT Aja :

sama2 mengingatkan.

cik ungu said...[Reply to comment]

Line :

insyaAllah sampai bila2.
___________________________________

pengemis cinta :

kalau niat sedekah kerana Allah, InsyaAllah takdenya berat hati nak rasa tak ikhlas ~

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

xmau2x,!as pose.sambil jeling2x manja tengok karipap.gulp ;p