Sunday, August 21, 2011

Nak Jadi Jejaka 'Cool' Bukan Susah



Bismillah


Semua orang nak nampak 'cool'. Selalunya attitude 'cool' ni dikaitkan dengan penampilan. Rappers zaman KRU dengan 4U2C dulu banyak dikaitkan dengan attitude cool. Tapi, tolong.. Tolong jangan kompius yang mana satu 4U2C dengan Mas Idayu. Korang tak layak nak kompius benda yang nyata berbeza tu.


Semua orang ada pendapat yang berbeza tentang mengklasifikasikan kategori 'cool'. Lelaki yang pakai spek hitam, duduk kaki bersilang sambil hisap rokok - ini pun dikategorikan cool. Lelaki berambut pacak tahap-tenggiling-terpijak-rambut-pasti-meninggal pun dikatakan cool. Rambut tutup dahi ibarat nak-cover-jerawat-batu macam Noh Hujan atau Justin Biebier pun boleh dikatakan cool. Jejaka berbaju kemeja corak petak-petak dan pakai kasut Converse pun adalah cool.


Terpulang kat masing-masing.


(Ayat ini harus dibaca dengan menjelirkan lidah tanda 'mak tak kuasa,nyahh'..). Bagi aku, nak jadi cool bukan susah. Kepada yang ada nawaitu nak mengorat aku, anda memang bertuah sebab kriteria menjadi 'cool' bagi aku adalah sangat mudah. Jadi boleh ambik pisau dan tikam bijik mata sendiri tanda  kegembiraan.



  • Bagi aku, lelaki itu sangat cool bila dia berbaju melayu dan berkain pelekat. Sambil tolong rewang kat kenduri. Atau sekadar balik surau atau masjid. Versi cool dalam iman ni boleh bikin aku berjalan tangan-di-bawah-kaki-ke-atas. Ini adalah all time favourite definisi 'cool' bagi aku.


  • Lelaki juga boleh jadi cool bila dia seorang yang kelakar. Tapi bukan kelakar lawak spastik seperti korek-hidung-dan-jari-masuk-mulut tu. Lawak haruslah berkualiti. Bila dia bercakap something yang kelakar dan orang lain ketawa sakan macam-hari-esok-dah-tak-boleh-ketawa, lelaki tu pulak cuma tersenyum senget atau tersengeh. Tambah pulak sambil geleng-geleng kepala sikit. Sumpah cool! Tak perlu wat lawak dengan gigih. Sambil lewa itu kadang-kadang cool.


  • Lelaki itu juga nampak cool bila dia baru lepas bayar parking tiket kat mesin, dan nak lintas jalan. Masa nak melintas tu dia toleh kiri kanan, dan bila ada kereta nak lalu, dia lintas jalan laju-laju. Waktu tu rambut dia macam beralun sikit masa berlari. Itu cool ok! Baeklah. Aku tahu panorama cool ini sangat panjang. Nak buat macamana, mata aku terlalu special.


  • Bagi aku, lelaki itu juga akan nampak cool bila dia berkemeja pejabat, pastu dia londehkan tali leher, pastu dia lipat lengan baju ke atas. Macam gaya orang baru balik pejabat, atau nak gi ambik wudhu'. Aku boleh cair di situ.


  • Dan satu lagi all time favourite aku, adalah lelaki yang sederhana naik train. Dalam train dia cuma tunduk sambil pasang earfon dan dengar mp3/ipod. Sape yang tak dapat menghayati panorama ni, memang sangat rugilah. Boleh bunuh diri sekarang.



Mungkin ada lagi tapi aku pun tak ingat. Semua ni adalah macamana tafsiran 'cool' bagi diri aku. Diulangi, bagi diri aku! Maka, kalau ia nampak aneh dan tak bernas, tolong jangan buat muka ungka. Kalau terer, cuba try buat muka platipus. 




Moral of the story : Tak semua perempuan terpegun dengan kereta mahal,
spek hitam, atau rambut pacak.



30 tindakbalas kimia:

AdaApe..? said...[Reply to comment]

TERBAIK!!! :D

shedameor said...[Reply to comment]

haha. comel je cool macam tuu :)

Luqeem™ said...[Reply to comment]

haha..nice...

lelaki jadi cool bila dia tolong orang tua lintas jalan..haha

PendekarPetai said...[Reply to comment]

aku cool... so bila kite leh kapel?? hahahha

amir said...[Reply to comment]

Huh.

-Peluk tubuh-

Eyka said...[Reply to comment]

Lelaki juga boleh jadi cool bila dia seorang yang kelakar. Tapi bukan kelakar lawak spastik seperti korek-hidung-dan-jari-masuk-mulut tu. Lawak haruslah berkualiti. Bila dia bercakap something yang kelakar dan orang lain ketawa sakan macam-hari-esok-dah-tak-boleh-ketawa, lelaki tu pulak cuma tersenyum senget atau tersengeh. Tambah pulak sambil geleng-geleng kepala sikit. Sumpah cool! Tak perlu wat lawak dengan gigih. Sambil lewa itu kadang-kadang cool.


#yg ni kompem eykaa cairr!! seriusss sukeee :)

ubie said...[Reply to comment]

guwa pakai moto ex5 hitam,
seluar jeans lusuh dan rmbut sikat tepi..

cool kan..

TIKUS MANDO said...[Reply to comment]

mujur aku hot. fuh.

tak payah nak buat muka ungka sangatlah. kan?

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

yup.... sangat cool... sokong lah.taste sama tu.hehe

hanim Nabilah said...[Reply to comment]

ohemmmgiii!camane kita punya definisi cool ni boleh tersama..kecuali yg ketiga tu..haha

nampaknye akak..potensi nak berebut dgn akak agak tggi kalo carik laki cool macam nih.heh

dan kompem anim kalah.sadis!hahaha

Anak Wak Mail said...[Reply to comment]

lelaki yang cool bagi aku pulak adalah lelaki yang duduk dalm peti sejuk..sangat cool okeh!hehe..:P

bella luna said...[Reply to comment]

ok,one words for this entry,cool,hehe,.

ainondreamergirl♥ said...[Reply to comment]

COOL :)

j b r said...[Reply to comment]

kalau pkai earphone bunuh diri, kalau pkai headphone? 2 kali bunuh diri la ni. :)

ZURAINI said...[Reply to comment]

yg second last tu serious cool!

VanillaKrimSoda said...[Reply to comment]

Adalah cool apabila lelaki tak buat2 bajet macho sambil terhegeh2 dan tersengih2 layan EVERY perempuan bajet nak ambik hati EVERY perempuan tetapi dilakukan pada kadar yang melampau... rilex2 n selamber je sudah...

✿ cik pieQa ✿ said...[Reply to comment]

OMG ! pemilihan kriteria cool yang sama cam saya.
siyez num 1 tu, pakai baju melayu dgn kaen pelekat g jemaah kat surau, rwang2 kat kenuri,200% cOol. bikin hati angau bertahun2 kOt. haha ! susah tuu nk jupa spesis tu. yang ada pon warga2 emas kan kan.

NaNaKyu said...[Reply to comment]

laki sgt2 cool ble pkai baju kemeja nok..nak2 tali leher londeh sket..lipat baju ke atas...cair mak..kalo sy naek tren lewat2 ptg kan..dok cair sesorg dlm tren tgk panorama indah org2 jantan berkemeja cmtu..ngeee..laki lg gle cool kalo die independent dan xharap duet mak bapak goyang kaki jaaaa~

asfira aminuddin said...[Reply to comment]

babe, yang pakai kemeja and tali leher longgar tu i setuju. suka sangat!

bagi i, lelaki itu cool bila org tny lain, die jwb lain. pastu muka die blur and malu abes. hish comel!

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

sy tgah buat mka ungka..
so what?
hahaha :P

miZz_nizZ said...[Reply to comment]

smua ni tips ni!leh wt kmdian tckle tn blog..hehe=P

-Incek Fik- said...[Reply to comment]

Kalau lelaki pandai masak kat dapur ko agak-agak kool tak?!
*terpercik minyak kat muka gitu-gitu..

apek poyo said...[Reply to comment]

wahahaha..yg mulo-mulo tu yo dah ado kat den..ekekek

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

jadi diri sendiri sudah..tak pyh nak cool2..hehe

Panggil aku Han said...[Reply to comment]

wow tak tau nk ckp ape..hahah..
cool ^_^

Anif Abdullah| AA said...[Reply to comment]

cool fever betul sape baca ni..hehe hmm.. ada org kata sy cool *mata ke atas

caliph shuriken said...[Reply to comment]

ada pluang ni sbb dulu direct naik train sambil pasang earfon & dgr mp3, hikk...

ika said...[Reply to comment]

haaa~ macam nie la cool kan? nie lelaki skng semua nak poyo...apakah? biar smua lelaki take note menda kat ats nie...bru la haty senang cair~

mashumello hangit said...[Reply to comment]

cool......lagi cool klau nk mti..huuu...x leh cair tuu...
(mksd ak cool sbab darah x jalan..haha

fizafantagirO said...[Reply to comment]

yeaaa .. suka dgn moral of the story tu =) huhu