Sunday, August 14, 2011

Menghayati Beruk Di Bulan Ramadhan



Bismillah



Beberapa hari lepas, aku pergi tengok wayang.


*bunyik cengkerik



Ye. Tak baik tengok wayang bulan pose. Batal pose. Sesuka hati je cakap tengok wayang batal pose. Lain la aku memasukkan popcorn ke dalam rongga hidung. Aku tengok cerita Rise of The Planet of The Apes. Alahh... Cerita beruk jadik cerdik tuh. Merosakkan akidah betul la.


Sumpah ni bukan muka aku. Apa? Tak percaya?
Biadap.

Duduk pulak sebelah family India. Krupp krapp geget popcorn. Panas hati betul. Kalau nak ikutkan kadar kebiadapan aku, nak je aku tegur aunty sebelah tu...

" Aunty, i'm sorry to interrupt but i'm fasting today. It will be nice if u can save it for later?"


Kenapa buat muka kagum sangat? Ni ke yang korang fikirkan..? Tolonglah kembali ke alam yang nyata. Aku nak cakap benda lain...

" Aunty... Nak sikit aci..?"


Kenapa buat muka macam ada bencana alam?


Pastu entah berapa kali apek cina belakang duk borak kat fon gaya macam tengah ada kat kopitiam. Cakap taknak slow pulak kan. Tapi sebab aku berpuasa, aku kena buat-buat cool dan sabar. Lagipun aku tak boleh nak marah apek tu sebab mendengarkan dari sound handphone, aku tau handphone apek tu mahal nak mampus. Oleh kerana aku taknak berbuka puasa dengan handphone mahal dalam mulut, aku teruskan dengan lakonan cool aku.


Muka eksaited nak tengok beruk.


Owh.. dan tentang cerita beruk ni. Aku promote untuk korang tengok. Kenapa? Sebab korang percaya tak Mulan Jameelah boleh menangis tengok cerita beruk ni..?




Moral of the story : Tahu tak dari start tulis entri ni aku tahan perut nak gi tandas.?
Tabah,kan..?



21 tindakbalas kimia:

Luqeem™ said...[Reply to comment]

haha.comel...:)

kau tahan? ish3..

slamat tak kluar gas toksik..:)

Unna said...[Reply to comment]

haha moral tu paling taley belah :D

bulan puasa mmg kena bnyk sabar :)

Luqeem™ said...[Reply to comment]

tak ajak pun..:P

dak eina said...[Reply to comment]

ddk dlm panggung mcm ddk kt dlm umah...mmg xbest kan..huhu sbr je la ngan ragam manusia nie..

cheqwa said...[Reply to comment]

hahaha...awat tak cilok terus popcorn tu??kekeke.bes tak cita dia?awat tak buat review sikeeet? :p

i am S!L4H.. said...[Reply to comment]

ahaha. bese la bln2 pose ni kesabaran perlu di kemuncak. haha

eh ckp kt ckgu, paper geografi x ambik la, transfer kat paper lain bole? =.=

Cik As ~ cinta solehah said...[Reply to comment]

awat kak iqa asyik sakit peyut je..hehe^^

cik ungu said...[Reply to comment]

Luqeem :

habis publish terus g toilet.

waktu terindah.
__________________________________

Unna :

moral tu terlalu hebat,kan..?

amin amin ~
__________________________________

Luqeem :

kalau ajak nak join ka?

Nak ngorat awex pkai skirt pepel tu ke? wowwoowow

cik ungu said...[Reply to comment]

dak eina :

tu la pasal.

kalau tak sabar, dah lama pocorn tu dalam perut.
___________________________________

cheqwa :

alaa.. review gi tengok sendiri laa.

kalau kamu bayar gaji, sy reviewkan. hahaha

cik ungu said...[Reply to comment]

Silah :

tengah sabar ni haaa...

cikgu kata ok. dia transfer gi paper bahasa uganda.
___________________________________

cik as :

tah laaa...

sistem penghadaman terlalu hebat kott..

Mohd Izzar said...[Reply to comment]

lama tak tgk wayang..

delarocha said...[Reply to comment]

igtkan ada review citer beruk ni tadi..

Anak Wak Mail said...[Reply to comment]

banyaknya dugaan..tu maksudnya,,sape suruh tengok wayang bulan puasa..baik mengaji!haha..=)

zer0xs said...[Reply to comment]

baru lepas tgk tadi... download saja.... ko nak kata ko nanges masa beruk nak berpisah ngan tuan dia? kekekeke

TIKUS MANDO said...[Reply to comment]

Bawak-bawaklah tengok cerita manusia dan kembali ke realiti. Sedih Anuar Zain kalau dia tahu.

Amirul Aqiim said...[Reply to comment]

sedih kan citer beruk tu?
kesian caesar tu.. :(

*tba2 tacink.. hahaha :P

caliph shuriken said...[Reply to comment]

citer beruk ganas ni.. skali dia lempang abis terbang, hukk...

touya said...[Reply to comment]

lepas nie kalau aku tengok beruk , mesti aku ingat kat ko

cik ungu said...[Reply to comment]

Izzar :

nanti gi lalu depan wayang, tengok puas2.

tangkap gamba buat kenangan.
__________________________________

delarocha :

x kuasa nak rebiu-rebiu.

kalau ade syarikat wartawan bayar, den buat.
__________________________________

anak wak mail :

den bawak quran tu dlm hanpon tu.

tgk wayang, dgr ngaji guna earfon.

menipu kan?

cik ungu said...[Reply to comment]

zerox :

tahu takpe.
___________________________________

tikusmando :

kau kenapa nak sebut-sebut nama pakwe aku ni.
diam2 sudah laaa..
_________________________________

amirul aqim :

haa tau takpee.
banjir kejap wayang aritu.

cik ungu said...[Reply to comment]

caliph :

ganas-ganas pun i nanes tahu!~
____________________________________

touya :

setakat ni komen kau plg biadap.

tahniahh!!